Tuesday, December 14, 2010

Sesekali terkenang…

Walaupun pernah saya tulis entry berkenaan kepayahan kami sekeluarga hidup di kawasan pedalaman German dan saya seboleh2nya tak mahu mengenangkannya lagi setibanya kami ke tanah air tercinta Malaysia..tapi tak tahula sejak kebelakangan ini sering berlaku imbasan kenangan2 semasa di sana secara tiba2…nak dikatakan saya buka video tengok gambar2 kami di sana..takde masa saya nak buka pun, nak kata saya menyimpan barang2 kami semasa di sana pun tak..nak dikatakan saya rindu pada suasana di sana lagilah jauh…tak rindu pun..tapi tak tahu kenapa dgn tiba2 datang imbasan kenangan saya sedang berjalan dgn anak2 pergi membeli belah, sedang tunggu bas, berkejar nak naik bas, pergi kedai nak sewa kete tak dapat, makan anggur untuk isi perut yg tengah lapar… nak naik teksi tak dapat sbb 5 org…nak jumpa doctor tapi tak dilayan sbb tak tahu Deutsch….kesimpulannya semua yg tak seronoklah…

Bila terjadi imbasan tu, saya jadi diam seketika..terfikir kenapa Allah nak ingatkan saya kembali pada kenangan di sana. Mungkin juga kerana di sini saya tak mungkin berdepan dgn suasana seperti itu dan Allah mahu saya mensyukuri nikmat yg ada sekrg. Sememangnya saya sangat2 bersyukur bila dah balik ni…tambah syukur lagi bila saya melahirkan Furqaan di Malaysia…tak terbayang kepayahan saya jika Allah takdirkan saya bersalin di sana.

Apapun itu pengalaman peribadi saya dan keluarga..tak semestinya orang lain juga mengalami benda yg sama…saya terima ujian2 itu dgn redha. Sesekali apabila jiran sebelah rumah dulu menghantar emel memberitahu yg anak2nya merindui anak2 saya..rasa tersentuh juga..siap hantar gambar terbaru anak2nya..Sesekali juga anak2 saya bertanya bila lagi kami akan ke German? Hehehe…mungkin tidak sampai bila2 saya jawab..

Rakan2 sekelas dahulu pun masih lagi berhubungan tapi taklah sekerap dulu…tambahan pula saya sendiri sudah teramat jarang menjenguk fesbuk…malas dan sibuk jadi makin jauhla jarak hubungan kami..hanya sekadar melalui emel..skype dan ym mmg tak pernah dibuka sejak balik ke Malaysia…ada juga pihak university buat cadangan nak buat reunion…tapi tahu sajalah…kami pelajar2 international ni mmg boikot habis apa saja program mereka…so akhirnya reunion pun tak jadi. Saya memndam rasa ketidakprihatinan pihak uni kepada kami sekeluarga…rakan2 luar german yg lain pun begitu juga….soal kebajikan kami mmg tiada siapa yg menjaga…dari segi pelajaran juga sangat menyedihkan…hinggakan semasa sesi berjumpa dgn external moderator dr Cardiff tiada antara kami yg mahu mencadangkan kursus yg kami ambil ini kepada pelajar lain melainkan pelajar2 dr German sendiri.

Ahhhh itu semua pengalaman pahit yg telah pun berlalu dan tak mahu saya kenang lagi. Tidak dinafikan ramai juga rakan2 saya yg tinggal di German sangat gembira semasa berada di sana…itu rezeki mereka. Alhamdulillah. Apapun pengalaman sebegini tidak membuat saya serik untuk terus menjelajah hehehe…(tapi bukan ke German laa)…tapi tengok poket la…sihat ker sakit…tapi tak tahula bila poket nak sihat...asyik sakit je manjanggggg...

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg