Monday, December 26, 2011

Ich liebe Dich Laundry

Alhamdulillah…

Itu saja yang mampu diluahkan buat masa ni kerana setelah bertungkus lumus…(giler2 punya tungkus lumus nih) akhirnya tercapai juga niat untuk membuka sebuah kedai dobi. (sebab tu la lama sgt tak ada apa2 entry)

Macam mana mula cerita nak buka kedai dobi plak ni?
Hmm…macam mana yer..mula2 tu adikla yg memulakan soalan…bisnes apa nak buat kalau ada duit?(dia tanya tu untuk dia la…)so masa tu saya cadangla beberapa bisnes..buka kedai kek, kedai bunga..tapi masa tu belum ada idea pasal kedai dobi lagi..kebetulan saya panjangkan pencarian saya berkenaan bisnes apa nak buat kalau ada duit ni dalam internet. Yerla sekarang ni apa2 pun tenet la yang paling cepat...carian saya..”bisnes untuk dijual” hehehe..so banyak la pulak keluar pasal kedai dobi untuk dijual…erk! Terfikir gak apsal byk kedai dobi pulak…bisnes dobi tak bagus ker? Dari situ saya teruskan carian saya pasal kedai dobi pulak…baca punya baca…terjumpa la satu kursusni…kursus asas dobi…

Yuran kursus pun murah…dibuat hari cuti..so saya fikir apa salahnya saya dan suami join kursus…dapatkan insight…macam mana prospek bisnes ni…mmg niat nak join hanya sekadar nak dapat info jer…entah macam mana dh pergi kursus tu makin membuak2 la pulak nak bukak bisnes ni…seronok main dgn benda2 wangi ni…nak kata niat nak jadi jutawan dobi tu tak der langsungla sbb mmg tak Nampak bisnes ni boleh jadi jutawan pun..tapi cukup sekadar memberi peluang kerjaya pada adik beradik ataupun anak beranak yang tgh tanam anggur. dan satu lagi saya rasa bisnes ni berkat sbbnya...letih ooo nak basuh baju..nak gosok baju...dan dapat hasilnya setelah penat lelah tu...

Lepas buat istikharah…Alhamdulillah macam mudah jer Allah beri jalan untuk teruskan bisnes ni. Bermula dgn pencarian tempat perniagaan…tak semena2 masa kami tgh round2 kwsn2 yg sesuai…trnampak sorang akak tgh tampal “ruang niaga untuk disewa” huh apa lagi…booking dulu la..lepastu telefon konsultan tempat kami ambik kursus tu dulu (sebab janjinya seumur hidup dia akan bimbing kami)..minta pandangan dia tempat tu strategic ker tak?hehehe dia pun heran mcm mana kami boleh dpt tempat hot spot macam tu…tu la namanya rezeki…Alhamdulillah..

So bemulalah kerja2 pengurusan lain…ding dong ding dong…tertubuhla Ich liebe Dich Laundry hahaha…kekalkan juga nama german tu…walaupun tak suka tapi nak juga ada kenangan di sana.

Entry seterusnya tengokla bila2 masa senang nanti hahaha...sibuk teramatnya sekarg ni...kisah2 lucu pun ada...pasal anak2 la...sibuk nak menolong...jgn tak caya sbb sifat tak malu mereka la juga bisnes kita dapat pelanggan hahaha...

Monday, October 31, 2011

Handphone ku hilang….

Terkedu bila puas mencari habis menyelongkar ke sana sini…dalam kete…dalam bilik…dalam laci…segala cerok semua cari..terdiam saya seketika…terasa seperti nak menangis…tapi air mata tak keluar…terasa pilu sangat..kenapa aku tak pernah ambil walau sekecil duit 5sen hak orang….aku ajar anak2 ku jangan mengambil apa2 yg bukan hak kita…tapi aku sendiri sudah 2x hilang hset…

Suami seakan mengerti bila lihat aku diam tak berkata apa2…anak2 pula bila lihat aku merenung jauh…datang bertanya…”kenapa bu?”..aku seakan malas nak berkata2…tapi tahu sajalah budak2..selagi kita tak menjawab..selagi itulah dia bertanya…aku Cuma jawab “ibu sedih…hfon ibu hilang” mulalah kesemua anak2 macam lipas kudung mencari… ada yg cari di tempat yg tak logic langsung!..ada ka cari dalam peti ais?!

Aku memang tak kisah nak pakai hfon mahal ker murah ker…aku bukan jenis yg pentingkan jenama…Cuma aku katakan pada suami…”kita ada anak2 yg membesar…ibu nak selalu capture gambar anak2 bila mereka buat aksi2 yg kelakar” itu saja…jadi aku Cuma mahukan hfon yg boleh tangkap gambar…bukan aku tak ada kamera…tapi kalau nak tunggu nak ambik kamera…alamatnya tak tertangkap la gambar aksi anak2…

Aku tahu itu ujian Allah padaku…tanda aku dalam perhatianNya…Cuma kita sebagai manusia memang terasa pahit untuk terima ujian ni pada awalnya…insyaAllah esok lusa legalah perasaan ni…Cuma aku hairan bagaimanalah orang lain boleh hidup dengan hasil curi…ingatla wahai manusia..walau sebesar zarahpun kita ambil hak orang lain…Allah akan arahkan kita untuk pulangkan semula hak itu kepada tuannya di akhirat nanti..kalau tidak..kita tak akan masuk syurga…ingatlah.

Sunday, October 16, 2011

Babyku demam!


Buat kali pertama…setelah umurnya setahun nak masuk 2 bulan…baby ku demam!huhuhu…rasa sayu tengok dia tak mahu makan tak mahu minum susu…tidur pun nak atas ibu jer…(bukan tepi…tapi atas!)takper la terlentok herot petot pun…asal atas ibu….huhuhu….
Ibupun tak dapat nak tido lena sbb risaukan baby….kejap2 lap tubuh dia……cepat betul kering air kat tubuh…dah badan panas sgt…kalau ikutkan Furqaan ni kebal demam…Alhamdulillah…penangan susu ibu rasanya…setiap kali cucuk vaksin2 tertentu…tak pernah demam..even yg baby2 lain sering demam pun…dia kebal…
Tapi kali ni…dah abg2 n kakak dia pun demam semua (berturutan..)at last…sampai juga pada dia…tu pun malam jer dia merengek manja gitu…siang walaupun badannya panas tapi dia tetap aktif….main segala permainan yg dia suka…Cuma dia tak mahu makan…puas ibu masak macam2…nestum pun beli gak..manalah tahu kot2 bawaan demam ni..terasa nak makan nestum (selama ni dia tak suka nestum…memang ibu yg selalu masak utk dia)…tapi takmo gak… minum susu pun kurang…alahai susah hati ibu….
Dua hari lepas hari cuti…boleh ibu jaga…hari ni ibu dh mula keje…beratnya hati nak pegi…memikirkan nanti nak minta cuti panjang sikit utk raya haji…terpaksa la cekalkan hati untuk tak cuti pada hari ni…mujur bibik tersangat saying pada Furqaan….jadi bolehla ibu harapkan bibik menggantikan tempat ibu kejap…memikirkan Furqaan ceria waktu siang…dan abah pun balik tengahari…jadi bolehla abah tengok2 kan Furqaan.
Engkau yg maha mengetahui betapa resahnya hati ini…Ya Allah..sembuhkanla sakit anak2 ku…

Sunday, September 25, 2011

Rumah terbuka 2011



Alhamdulillah…walau keputusan nak buat rumah terbuka ni dibuat dgn drastic…(kejap rasa nak buat…kejap rasa tak nak buat)..akhirnya terlaksana juga nak buat rumah terbuka…sebenarnya sebelum kembalinya kami ke Malaysia dulu lagi saya dah pasang niat nak buat rumah terbuka bila balik Msia nanti…tapi dh saya bersalin pula masa raya tahun lepas…jadi pospon la ke tahun ni….tu la jadi suam2 kuku tu..kejap nak buat kejap tak nak tu…bukan apa…saya tak pandai nak oder2 katering ni…kot mana pun mmg nak kena masak sendiri gak…tu yg maleh tu…dgn anak kecik lagi…

Tapi Allah dh kurniakan saya bibik yg rajin…Alhamdulillah..suami pun jenis yg mmg terer di dapur..jadi saya pun kuat la sikit semangat nak buat majlis ni…menu saya nasi dagang dan laksam. Memang saya tak pernah masak kedua2 menu tu spanjang hayat saya ni….makan tu adalah…tak niat nak belajar masak pun sbb rasa macam complicated sgt…lagipun mak n mertua ka nada hehehe…kalau nak makan kenen2 la mak atau mak mentua…mesti dapat punya la…

So lepas dh betul2 tetap nak buat majlis maka saya n suami pun mula la menjemput. Takder la ramai sgt pun yg nak dijemput..maklumla rumah terbuka hari raya jer pun…bukan kenduri kawin. Saya jemput kawan2 sepejabat saya... suami jemput kawan2 sepejabat dia…tapi yer la dh cik suami ni aktif dalam macam2 NGO lain..so ramai la kawan2 yg bukan sepejabat pun. Apapun itu semua dh masuk dalam list jemputan.

Majlis kami adalah pada 24/9/2011 selepas Asar hingga pukul 10mlm..so seawal semalam lagi bermulalah proses koling2 nih…huhuhu..koling mak la nak tanya resepi…mmg nak cari resepi dalam tenet bukan payah sgt tapi ni resepi tok nenek..takkan sama macam yg dlm tenet..buat permulaan tu mmg podih la jg telinga ni..kena sindir dgn mak ahaks..yerla..selama ni pandai makan jer...buat malas…nolong pun malas gak hahaha tu yg tak tahu langsung macam mana nak buat tuh..tapi at last mmg semua ilmu mak diturunkan la…so bermulala proses pencarian bahan2 di pasar borong Selangor…huhuhu..first time ke pasar borong tu….takmo pegi dah…kotorr (yerla mana ada pasar yg bersih..nampak sangat jarang gi pasar hhahaha)…semua barang2 borong kat situ jer..senang kira

Walaupun cooking utensils kat rumah tu tak banyak…tapi pandai2 la nak idup. Saya ni tak macam pompuan lain..suka ngumpul barang2 gitu…entah la tak minat..nak buat macam mana…tapi lepas event ni rasanya nak kena la beli barang2 dapur sikit sebanyak…siksa oooo masak pun kena 3-4 kali round nak siapkan satu2 menu…insap2…suami pun masa ni la nak pulangkan paku buah keras…almaklumla selama ni bila ada sales kat supermarket dia selalu gak suruh saya pilih…tapi saya pandang sebelah mata pun tak…ha sekarang hadap la sendiri kepayahannya. Buat suri2 rmh sekalian..beli2 la barang2 keperluan dapur tu selengkap yg mungkin…jangan beli sekaligus…kopak la…beli sikit2…lama2 banyak laa

Apapun seawal pukul 12.30 dah siap semua juadah. Kedudukan perabut yg ada sikit sebanyak tu pun dah dipindah supaya ramai org boleh duduk bersila…Alhamdulillah..sempat la berehat tarik nafas kejap sblm tetamu mula datang…sempat la nak uruskan baby yg ditinggalkan pada bibik sepanjang pagi…kecian dia…ibu cutipun tak main dgn dia gak…

Lepas mandikan baby (entah kali ke berapa pun tak tahula…dia suka mandi…ibu diapun suka gak mandikan dia..yer la pakai cloth diaper… so no hal la nak pakai nak cabut berapa kali sehari pun). Baby suka mandi kat luar rumah…dia suka kalau ibu dia sembur guna paip tu…terkedek-kedek dia lari..tak sempat nak bernafas hahaha..lepas mandi…kasi baby makan dulu..pakai baju melayu yg beli utk raya ritu..n bagi susu…terus tertido…alahai comelnyaaa… sayang anak ibu!

Tamu mula datang sebelum Asar lagi..kami pun faham…di hujung2 Syawal ni berpusu2 org nak buat open house…jadi para tetamu kena atur elok2 perjalanan nak ke open house kawan2 ni. Yang dekat tu sama ada didahulukan ataupun diakhirkan…apapun Alhamdulillah…dalam pukul 8 malam tetamu terakhir pun pulang….suami pun dh terlentok di sofa. Anak2 juga yg masih kekal aktif..terutamanya sikecik..mana tak aktifnya..tido sblm pkl 2 ptg..bangun dekat pukul 5! Dah bangun tu keje nak berdukung jer la…tamu dok ingat dia takleh berjalan lagi..walhal dari umurnya 8 bulan lagi dia dh berjalan…sekrg ni dah pandai berlari dh pun…tapi oleh sbb pagi tadi asyik dgn bibik jer..so ni dia takmo dok bawah langsung…kira nak qada la ni…haduhhh…kalau ringan takper la jg…

Ada jg tetamu yg sambil menyelam sambil minum air hahaha….datang open house smbil2 tu beli baju bundle utk anak2 mereka sekali…minta maaf byk2 la kawan2…tak sempat nak layan…tapikan kalau saya..saya suka pilih sorang2…takder org ikut…rasa puas jer nak memilih kan…so kira ok la tu saya tinggal tu…

Akhir kata…pada kawan2 yg tak terjemput tu..saya minta maaf sgt2…saya buat majlis kecik jer…kawan2 n jiran2 terdekat jer…rumah pun tak besar…takleh nak tampung ramai org dlm satu2 masa…dan pada kawan2 yg hadir terima kasih byk2 kerana hadir…minta maaf juga atas segala kekurangan layanan saya n suami sepanjang majlis berlangsung.

Monday, September 12, 2011

Kembali lagi setelah lama menyepi






Assalamualaikum para pengunjung…dh lama sgt blog ni ditinggal bersawang…kalau ada tempoh expiry rasanya dh expired blog ni…nasib baikla takder tempoh expired…
Sekarang ni dh terfikir plak nak tukar nama blog ni…(sbb cerita dh tak berkisar ttg kehidupan di German kan) tapi almaklumlah…kebolehan saya dalam bidang IT ni mmg sgt2 terbatas…blog ni pun suami saya yg buat…saya tumpang2 tulis jer…Cuma sejak balik Malaysia ni…En. Suami mmg dh buat blog ni macam anak tiri dah…tak peduli langsung…tapi dia aktif fb…saya pulak kedua2nya tak peduli hehehe…fb lagilah…ditambah pula pejabat saya block penggunaan fb…hmm lagila kuat justifikasi utk tidak menjengok fb…minta maaf yer kawan2 yg add saya…tak bermakna saya takmo kawan dgn anda sumer…

Jeng..jeng ..jeng…

Kini saya sibuk pula berbisnes…hahaha…nak tau bisnes apa?memangla bukan bisnes besar2..tapi walau kecik..cukup untuk memberikan kepuasan. Saya sekarang buat bisnes baju bundle baby dan kanak2 dari umur baru lahir hinggalah ke umur 5-7 tahun..tapi ada juga terselit baju budak2 yg besar sikit tapi yg terselit tu kira rezeki anak2 saya la hahaha. Baju2 ni adalah baju2 terpakai berjenama dari US gred A. Gred A ni kira gred yg terbaik la..yg byk baju2nya macam baru...yer la saya tak nak la rumah saya tu nanti jadi tempat himpunan kain2 buruk berjenama plak!!kalau saya rasa tak tergamak nak pakai...mana mungkin saya tergamak nak jual kan?…jenama2 yg selalu ada dalam bundle yg saya dapat adalah Oshkosh, Okie Dokie, Carter, Guess, Disney, Place,Faded Glory apa lagi yer…hmmm tak ingat la…tapi pokoknya baju berjenamalah…


Macam mana saya boleh tahu pasal bisnes baju terpakai ni?
Hmm gini citernya….tahu jer la sejak balik Msia ni..mmg sibuk tahap gaban…sampai nak gi beli baju untk anak2 pun takder masa…jadi mulala saya mencari secara online…taip je ‘baju kanak-kanak online’ zup terus keluar byk blog2 yg menjual baju2 bundle kanak-kanak ni…hohoho….meriahnya!!! baru la saya tahu kewujudan baju bundle kanak2 ni…(tak pernah tahu oooo selama ni) ralit saya go thru dari satu blog ke satu blog lain…menyeronokkan! Murah2 pulak tu…


So apa lagi...saya pun mula la mencari pembekal…cari punya cari…terjumpa la pembekal yang saya kira menawarkan harga yg murah…haaaa apa lagi…saya bawa balik baju satu bundle…basuh dulu (sbb tak mahu bau bundle tu ada kat baju2 yg saya jual..almaklumla org allergy dgr dan juga bau baju bundle ni…haduhhh letih gak membasuh baju2 ni…(hek elehhh macam la dia yg basuh…bibik dia yg basuh punnnn hihihi) banyak oooo… saya taklah serahkan bibik buat sumernya…saya tolong…lagipun inikan bisnes saya…bukan bisnes bibik…kesianla kalau saya libatkan dia…apapun jgn ingat saya berlaku kejam pada bibik saya yer sbb saya bayar upah dia membasuh baju2 tu…(memangla dia tak minta…tapi bila saya bagi..itu bonus la padanya)

Bila dh siap basuh saya siapkan 2 beg utk isi baju2 ni…satu utk saya bawa ke pejabat..satu lagi utk En Suami..hihihi..dia mula dulu…saya malu2 kucing lagi masa tu…saya ingat lagi haritu hari jumaat…minggu kedua bulan Ramadan..ambil berkat la tu…bawa 10 pasang jer pun..nak test market…wahhhh meriahnya…laku!!! Habis terus..mungkin sbb semua mereka ni mmg jenis yg selama ni pakai baju baru berjenama…so bila dh tahu harga baju baru…dan saya pula jual yg terpakai…yg Nampak macam baru…tapi harga nunnnnn jauh lebih murah berbanding harga yg baru…apa lagiiiii….sambar la..suami pun balik dgn muka senyum jer…saya pun mula la yakin nak bawa ke pejabat saya pula…hehehe

Alhamdulillah..sambutan di pejabat memberangsangkan…kawan2 yg tak satu pejabat saya pun saya helo2 jg..pelawa dtg ke rumah utk jamu2 mata…hahaha…mula2 mmg la Nampak macam tak nak dtg sbb baju bundle la katakan hahahah…tup2 bila dh dtg..hahaha…bertimbun dipilihnya! Mahu dekat seratus habis…tapi berbaloi la ..habis dekat seratus pun baju setimbun…berbanding beli yg baru…belum tentu dapat 3 helai! Saya tahu la… dulu pun saya beli yg gitu2 gak….(takder kesedaran lagi masa tu)..begitu la bentuk pembelian beberapa rakan yg datang ke rumah…hati saya dh semakin berbunga nihhh..

Ada satu pelanggan saya plak yg tetiba sms saya minta nak bawa baju2 tu ke pejabatnya sbb kawan2nya nak tengok! Hahaha..peluang baik ni…Alhamdulillah Allah buka jalan kepada saya…di pejabatnya juga laku…dan ada juga yg tak sempat nak tengok pun sbb kawan saya ni dh nak bercuti saya…takperla..belum ada rezeki.
Kini saya dh pun menambah stok baju2 saya kerana yg lama telah tinggal sikit. Walaupun ada kawan2 minta saya bawa ke pejabat…tapi saya rasa dh tak sempat nak bawa….kerja kat pejabat pun dh bertimbun…tader masa nak tengok2 kan jualan saya…saya kena berlaku adil pada kerja saya dan saya mahu rezeki yg saya dapat halal…bukan kerana curi tulang.

Jadi pada kawan2 yg nak tengok2 baju2 stok terbaru..jemputlah ke rumah saya di Putrajaya….atau sms saya 019-6908043. Kalau betul2 nak datang elok bagi tau dulu sbb maklumla…kot2 keluar ker…kalau nak Tanya harga pun takper….tapi senang citer…ni nak royat…harga baju2 saya mmg teramatla murahnya…bermula dari RM0.50 hinggala RM10 dan kalau jeans tu jer yg mahal sikit tapi sikit jer pun…tak lebih RM20 pun (tu sah2 la yg memang nampak sgt2 baru)


Kat sini ada saya uploadkan gambar2 baju2 yg saya jual…ada banyaaaaaakk lagi yg tak gantung tu sbb anak2 sibuk nak tolong lekatkan harga…jadi saya susun ikut harga…yang rm0.50, rm1.00, rm2.00, rm3..dan seterusnya…tapi tu la kan ada sikecik yg nak nolong ni…kita dh tetapkan harga pandai pulak dia komen…’apa ibu letak murah sgt?’…haaaa tengok budak kecik pun cakap murah…tak caya meh la dtg rumah!!!

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg