Monday, December 26, 2011

Ich liebe Dich Laundry

Alhamdulillah…

Itu saja yang mampu diluahkan buat masa ni kerana setelah bertungkus lumus…(giler2 punya tungkus lumus nih) akhirnya tercapai juga niat untuk membuka sebuah kedai dobi. (sebab tu la lama sgt tak ada apa2 entry)

Macam mana mula cerita nak buka kedai dobi plak ni?
Hmm…macam mana yer..mula2 tu adikla yg memulakan soalan…bisnes apa nak buat kalau ada duit?(dia tanya tu untuk dia la…)so masa tu saya cadangla beberapa bisnes..buka kedai kek, kedai bunga..tapi masa tu belum ada idea pasal kedai dobi lagi..kebetulan saya panjangkan pencarian saya berkenaan bisnes apa nak buat kalau ada duit ni dalam internet. Yerla sekarang ni apa2 pun tenet la yang paling cepat...carian saya..”bisnes untuk dijual” hehehe..so banyak la pulak keluar pasal kedai dobi untuk dijual…erk! Terfikir gak apsal byk kedai dobi pulak…bisnes dobi tak bagus ker? Dari situ saya teruskan carian saya pasal kedai dobi pulak…baca punya baca…terjumpa la satu kursusni…kursus asas dobi…

Yuran kursus pun murah…dibuat hari cuti..so saya fikir apa salahnya saya dan suami join kursus…dapatkan insight…macam mana prospek bisnes ni…mmg niat nak join hanya sekadar nak dapat info jer…entah macam mana dh pergi kursus tu makin membuak2 la pulak nak bukak bisnes ni…seronok main dgn benda2 wangi ni…nak kata niat nak jadi jutawan dobi tu tak der langsungla sbb mmg tak Nampak bisnes ni boleh jadi jutawan pun..tapi cukup sekadar memberi peluang kerjaya pada adik beradik ataupun anak beranak yang tgh tanam anggur. dan satu lagi saya rasa bisnes ni berkat sbbnya...letih ooo nak basuh baju..nak gosok baju...dan dapat hasilnya setelah penat lelah tu...

Lepas buat istikharah…Alhamdulillah macam mudah jer Allah beri jalan untuk teruskan bisnes ni. Bermula dgn pencarian tempat perniagaan…tak semena2 masa kami tgh round2 kwsn2 yg sesuai…trnampak sorang akak tgh tampal “ruang niaga untuk disewa” huh apa lagi…booking dulu la..lepastu telefon konsultan tempat kami ambik kursus tu dulu (sebab janjinya seumur hidup dia akan bimbing kami)..minta pandangan dia tempat tu strategic ker tak?hehehe dia pun heran mcm mana kami boleh dpt tempat hot spot macam tu…tu la namanya rezeki…Alhamdulillah..

So bemulalah kerja2 pengurusan lain…ding dong ding dong…tertubuhla Ich liebe Dich Laundry hahaha…kekalkan juga nama german tu…walaupun tak suka tapi nak juga ada kenangan di sana.

Entry seterusnya tengokla bila2 masa senang nanti hahaha...sibuk teramatnya sekarg ni...kisah2 lucu pun ada...pasal anak2 la...sibuk nak menolong...jgn tak caya sbb sifat tak malu mereka la juga bisnes kita dapat pelanggan hahaha...

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg

Video Klip Ziarah Ukhuwah di Hamburg

Loading...