Sunday, November 29, 2009

Jalan2 dan Aidiladha di Holland



Plan ni mengejut sebenarnya...tak terfikirpun nak gi jalan2 dalam tempoh terdekat...dah la dgn sibuk nak siapkan report internship...dh tu nak bersiap utk balik Msia pulak...tetiba jer..suami tanya...“bolehh tak nak gi jalan2 ke Holland sblm balik M‘sia?“..alahai...part ni yg lemah ni....souvenir utk ibu bapa..adik beradik dan kengkawan pun belum beli apa2 lagi...macam mana nak gi jenjalan..tanya saya balik!...tapi betul juga kata suami saya...kami akan bawa 2 anak kami balik Msia for good...ini saja peluang utk mereka travel sekali lagi setelah lebih 4 bulan (selama saya berpraktikal) kami tak ke mana2...lagipula kali ni kami travel bersama Abg Azam dan Kak Liza...jadi, nak perkenalkan Abg Azam n kak liza cara2 nak travel tanpa kereta hahahaha....

Akhirnya walaupun plan ni mengejut..tapi Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar...dan juga sgt ekonomi..(kenala fikir cara nak jimat kos sbb plan mengejut lagipun dh nak balik Msia ni...ngeeee) kami beli lander ticket utk Hessen dan juga NRW..bermula dr Idstein-Frankfurt-Köln-Düsseldorf-Venlo(Holland)-Den Haag HS. Bertolak dr rumah pukul 7.20pagi dan sampai ke rumah sahabat, Yusman dan Ida dalam pukul 9.00mlm...kesian kat tuan rumah...lapar kerana menunggu kami utk makan malam bersama....

Malam tu punyala berselera makan..Ida dan Yusman hidangkan budu!...dah berapa lama kami tak pekena budu....Abg Azam dan Kak Liza pun punyala berselera makan..budupun mereka makan!...Sambil makan sambil berbual...sebenarnya kami dan pasangan Ida dan Yusman hanya bertemu di Luxembourg..masa tu kami gi jalan2 ke sana..begitu juga mereka yg menyambut anniversary perkahwinan yg ke...erk..tak ingat la hihiih...jadi di situ kami bertukar2 no telefon...tapi Allah tu maha kuasa...walau hanya pertemuan yg sekejap tu...kami boleh sampai ke Holland! Dan di layan macam dah kenal lama...

Selepas makan malam...sempatla berbuat tentang plan utk keesokan harinya...mulanya plan naak ke Brussel...sbb dh tak jauh dr Den Haag...tapi sbb masa yg terlalu suntuk...jadi kami batalkan plan ke Brussel...dan kekal dgn plan utk ke Amsterdam...Yusman ni dh lama berkerja di Holland...so byk benda dia tahu pasal negara ni...ralit pulak dgn dia beri penerangan....tapi saya ni tak ambik port sgt mana2 nak pegi tu...asal sampai sudah! Tangkap gambar sikit sebanyak sudah....lagipun jalan2 dgn anak2 ni mana boleh nak lama2 kat satu2 tempat...melainkan tempat tu tempat permainan....

Akhirnya kami sampai juga ke Amsterdam...tak sampai 1j dr Den Haag la...pusing2 mana yg boleh...tangkap gambar yg mana nampak cantik...dh tu perut pun mula lapar la...huh..kedai kebab kat sini mmg cekik darah! Kalau kat bandar2 lain dalam 5-7€ utk satu2 hidangan yg kami biasa makan..tapi kat Amsterdam ni kena 11€! Dah tu air ppun kalau kat Frankfurt 1€ sebotol...kat sini kena 2€...bukan tak bawa bekal makan...mmg la kami bawa..tapi tahu jer la..bawa anak2 ni....cepat habis bekalan tu....takper la..at least dapat merasa kebab Amsterdam.

(Antara icon di Amsterdam...Madaame Tusaud....Tempat patung lilin...)

Lepas jamak Zohor-Asar di masjid di Amsterdam (punyalah payah nak cari masjid tu pun)..anak2 dah tak larat nk berjalan dh...mak anak pun dh tak larat juga hihihi.....lagipun cuaca tak berapa nak baik...hujan renyai2...tapi sempatla juga beli sourvenir yg tak berapa mahal....

Kami balik bila dh agak gelap...naik train..tapi tersilap tengok stesen...akhirnya kami sampai ke Rotterdam instead of Den Haag Centraal! Tapi bagus gak sesat gini...boleh snap2 gambar sikit kat Rotterdam hehehe...lepas tu ambik balik train yg betul...so sampai rumah Yusman agak lewat la...sekali lagi kesian kat Yusman dan Ida terpaksa tunggu kami utk makan malam...minta maaf yer tuan rumah....

Oleh kerana keesokannya dah nak raya haji..dan ada sambutan di embassy...malam tu Ida masak nasi impit dan kek carrot...saya tak sempat nak nolong sbb mmg tgh sakit kepala sgt2...dh 2 hari berturut2 jalan jauh...tapi anak2 rilek jer...takder pulak keletihan...bangun tido pun awal jer...derang ni sebenarnya semanngat nak main game kat rumah tu...tv si tuan punya rumah ni punya la besar gedabak! Dah tu macam2 mainan ada…Mana anak2 tak syok main...gi jalan2 pun takmo…dok asyik sebut nak balik jer sepanjang gi Amsterdam tu...

Sambutan hari raya Eidul Adha di Holland ni mmg la tak semeriah sambutan hari raya Eidul Fitri kat Frankfurt haritu...tapi tetap meriah...staff2 yg masak sumer juadah...tak sempat beramah mesra dgn ramai staff...sibuk nak makan lagiii...hihihi..




(Antara juadah yg di hidangkan...buah mata kucing pon ada kat Holland....)

Majlis pun tak lama..lepas sembhyng, khutbah...makan..dan semasa makan ni suami sempat berkenalan dengan lecturer dari UM yang buat research dekat Holland, bila dok sembang2 tu jadi la jejak kasih yang mana lecturer ni, dr. Fauzi Hamat rupanya satu kampung dengan ayah suami...apa lagi panjang la cerita yang dibualkan....






(Saya bersama dgn orang lama di Jerman K.yah berbelas2 tahun....manakala suami pulak bersama dr. wan suhaimi, dr. Fauzi Hamat (lecturer UM) dan lecturer UTP baju belang2 ..x ingat nama lak....)

Lepas tu terus bersurai...dalam tghari dh habis...sempat la juga gi jalan2 sekitar Den Haag pulak....sempat pegi ke ICJ..mahkamah di mana berlangsungnya perbicaraan merebut Pulau Batu Putih...dan juga ke Madurodam...tp takleh gi jalan byk juga sbb hari hujan...lagipun ni jer hari yg ada utk beramah mesra dgn tuan rumah kan? Asyik keluar jer...









(Bergambar didepan ICJ......)

So hari tu kami stay kat rumah jer..berbual2 dgn tuan rumah dan juga beberapa lagi Msian yg berkerja di Holland ni...rancak berbual...lagipun keesokannya dah nak balik German...rilek2 la sikit...hihihi...

Kami bertolak pulang seawal pukul 9.30pg...naik tram ke Den Haag Centraal-Venlo-Düsseldorf-Bonn-Limburg-Idstein-Wallrabenstein. Wahhh jauh berjalan...punyala penat...sampai rumah dah pukul 11.40malam...

Secara rumusannya...Holland ni mmg lain sangat2 dgn German...ramai org Indonesia kat sini...yer la sbb mereka jajah Indonesia dulu...macam kita juga ramai di UK....jadi mereka tak pandang kita yg bertudung ni macam org2 German pandang org2 Turki...dan satu lagi yg amat memudahkan adalah mereka mmg boleh berbahasa English...dan tak pandang kita lain bila kita tak boleh berbahasa guna bahasa mereka...

Menurut Yusman, terdapat masjid2 kepunyaan komnuniti Indonesia yang mana mereka membeli church untuk dijadikan Masjid. Tidak seperti Jerman, di Holland ni juga kebanyakkan mereka menggunakan basikal dan motosikal yang mana basikal ni di buat dengan pelbagai bentuk ada yang tempat duduk tiga dan ada yang kat depannya macam beca untuk membawa anak2 mereka.






Satu perkara lagi yang saya perhatikan ialah rumah di Holland tidak seperti rumah kami di Idstein Jerman, tak tahu lah mgkin perbezaan antara Den haag iaitu sebuah bandar besar manakala Idstein adalah kawasan perkampungan iaitu ketika kami tinggal di Den Haag selama tu jugak la hujan sentiasa turun tetapi saya tengok tuan rumah tak la sibuk perlu buka tingkap untuk peredaran uadara tak seperti di Jerman yang mana kami hari2 terpaksa membuka semua tingkap 5-10 minit bagi peredaran udara...kalau tak buat camtu kulat2 akan tumbuh merata2 tempat dan siap tuan rumah kami ni bagi penyukat suhu kelembapan dalam rumah supaya suhu lembap dalam rumah sentiasa di bawah 60 darjah...aduhhh macam2 kat Jerman ni....









(Bersama tuan rumah ida....terima kasih daun keladi....)

Apapun terima kasih banyak2 pada Ida dan Yusman atas layanan selama 4 hari kami di sana...inilah pertama kali kami pegi travel anak2 sebut takmo balik nak duduk rumah Aunty Ida and Uncle Yusman...(alaaa saya tahu sbbnya...ada byk game...mmg la tak mo balik!)...Harap2 nanti Ida dan Yusman jangan la segan2 nak dtg berkunjung ke sini pulak....cumanya rumah kami ni byk la kekurangan sbb hidup pun ala kadar jer hahahaha....

Oklah itu jer coretan utk entry kali ni....

Friday, November 20, 2009

Last day at Diasys...


20hb November 2009 tibalah hari terakhir saya di Diasys Holzheim, sebuah syarikat reagen bahan kimia. Mulanya saya mmg tak sabar nak tunggu habis internship ni...mahunya tak...hari2 dok mengadap komputer dgn membaca perkara2 yg memboringkan (walaupun boring ia tetap memberikan ilmu yg sgt2 berguna kepada saya kerana pengalaman mengendalikan regulatory affairs ni mmg sgt mencabar)...sekarang ni saya berani bet..sapa2 yg berani nak tanya saya pasal peraturan2 di setiap negara pengedar produk2 sykt tmpat saya berkerja ni hihihihi...belagakla pulak ngeeee...takderla...mmg bila kita buat keje tu hari2..mmg sumer tu dalam kepala kita....

Nak tahu tak...di Thailand...label untuk medical devices dan ubat2 an di kehendaki dalam bahasa Thai...jika ada sebarang bahasa selain Thai di label ubat/medical devices tersebut...fontnya mestilah lebih kecil dr font bahasa Thai tersebut! Begitu juga peraturan2 labeling di negara2 terutamanya EU member states..sumernya mengkehendaki label di tulis dalam bahasa mereka...tapi bagaimana dgn negara kita? Ha cuba teka!...hmmm biasala negara kita....label mestila dalam bahasa Eng! (ni untuk medical devices la…) utk ubat saya tak pasti sbb tak sumer Negara aktanya bersekali antara ubat dan medical devices…tapi saya pernah beli ubat batuk utk kegunaan hospital tempat saya berkerja yg mana labelnya tak ada sedikitpun bahasa Melayu…yg ada adalah bahasa Eng dan juga Cina! (salah saya juga sbb tak check dulu label ubat…yer la..takkanla nak check setiap label ubat…saya bukannya beli ubat batuk jer…berpuluh2 jenis ubat saya beli…habis kalau nak gi check label satu2…haiii..tak terbuat la…apapun saya take note la sykt pembekal tu hihihi…so that lain kali tak beli dr sykt yg sama….

Apapun byk lagi perkara2 menarik berkenaan keje saya selama 4 bulan ni..tapi biarlah saya luahkan sumernya dalam report internship saya nanti hihihi…

Pada hari Isnin minggu terakhir saya di Diasys…saya dapat rakan semeja…selama ni saya sorang jer konker meja tu...haritu dh kena share dgn dia….namanya Robert….bertugas sebagai salah seorang engineer di situ…Alhamdulillah…siRobert ni boleh speaking Eng…jadi sepanjang minggu terakhir tu saya ada rakan berbuallah….seronok pulak dok bersembang dgn dia…byk ideanya nak bersembang dgn saya…mungkin dia nak practice English dia kot!

Hari ni…last day..saya sibuk dok mengemas mejala…apa yg patut saya ambil bawa balik…saya simpan…apa yg patut saya tinggal..saya letakkan atas meja…then saya ke bhgn raw material…dh janji nak kutip kotak kat situ…byk juga kotak saya ambil bawa balik…walaupun saya balik Msia kalini tak bawa brg2…tapi saya nak berkemas apa yg patut…lagipun kat mana lagi saya nak dapatkan kotak kalau bukan kat kilang yer tak?..Suzie pun sudi nak hantarkan saya balik ke rumah terus….sbb tu la saya ambil kotak byk2…

Sesudah tu…saya kembali ke meja…buat apa yg patut…tetiba dating Stefanie dan Dominik…bersama kamera…katanya nak ambil gambar bersama…huhuhu..terharu pulak rasanya….(saya pun bawa gak kamera..nak ambil gambar buat kali terakhir la hajatnya…)..sudah ambil gambar…dating pula makcik2 cleaner…sumer pakat2 salam dgn saya…huhuhu..cedey la pulak…siap berpelukan lagi…hai bergenang juga air mata….

Minit2 terakhir saya di Diasys…dating Holger..memberikan saya beberapa buah tangan…yg pastinya akan saya bawa balik Malaysia…kemudian saya ke bilik Stefanie dan Dominik…bersalaman dan berpelukan dgn Stefanie…dan walaupun tak rela…terpaksa jugala bersalaman dgn Dominik….dah dia hulurkan tgn…(itupun Nampak gayanya macam nak berpeluk juga…tapi nasib baikla saya boleh elak…)

Gambar yg disnap tadi siap di printkan atas kertas A4..di belakangnya tertulis kata2 semangat utk saya…huhuhu….

Apapun…terima kasih atas segala2nya…walaupun byk pengalaman pahit di German ni…tapi ia tetap manis di Diasys….all of u guys will always be remembered!

Wednesday, November 18, 2009

Teringgin nak makan kebab......


Pada Jumaat minggu lepas kami sekeluarga dan pasangan K. Liza dan abg azam ke Wiesbaden. Banyak kali jugak la kami mengajak k.liza dan abg azam untuk ke Wiesbaden tetapi memandangkan stok bahan2 makanan yang dibawa dari Msia masih ada lagi kata mereka. Yela baru dalam 2-3 bulan baru sampai kat sini mana nak habis stok lagi...ye dak....

Oleh kerana kami akan balik tak lama lagi, maka kali ini mereka pun ikut sekali la sebab nak tahu cara2 nak ke Wiesbaden dan nak tahu kat mana letaknya kedai2 Asia jika stok makanan yg dibawa dah habis.....

Sebelum ini mereka kata mereka dah ke Wiesbaden tetapi dengan menaiki train tapi dengan kawan2 sekelas mereka tapi bukan dari Jerman laa... so tak banyak yg mereka tahu di Wiesbaden.

So kali ni kami kiranya jadi macam pemandu pelancong la plak....hehehe.

Bermula di Idstein kami menaiki ‘bus‘ 271 ke Wiesbaden kira2 dalam 40 minit. So bila sampai di Wiesbaden, tempat pertama yg kami tuju ialah kedai kebab ini kerana abg Azam teringin sangat nak makan kebab. Sebelum ini semasa ke jamuan Aidilfitri di Frankfurt abg azam memang dah teringin nak pekena kebab tapi rugi la pulak rasanya sebab pergi ke konsulat tu tu pun nak pekena maknan gak...hehehe.





So bila masuk kedai kebab tu masing2 terus melihat apa menu yg menarik.... abg azam ada gak tanya kenapa pilih kedai kebab kat sini....so jawab saya kedai kebab memang banyak... tetapi yg takde jual kebab bersekali dengan arak tu tak banyak sebab tu saya pilih kedai ini. Supaya kita makan pun tak ragu2. Ada banyak kedai kebab kat Jerman ni tetapi masalahnya mereka jual arak sekali tu yang tak syok tu.....






Kami juga di jamu dengan manisan... amat2 manis entah apantah namanya...begitu juga dengan teh Turki, agak2 kami la...sebab nak tanya pun mereka x leh berbahasa english...begitu jugak kami x leh berbahasa jerman....2x5 je la....

Makan kebab kat Jerman ni memang puashati....sebab keebab mereka ni besar...diorang satu pinggan tu sorang....kami satu pinggan kongsi sebab banyak sangat....huhhuuhuhu....kata abg azam memang puashati....memang kenyang wpun berkongsi....

Setelah habis makan, kami semua ke kedai Asia utk membeli barang2 keperluan dan kebetulan kedai asia tu berdekatan dengan ‘Suleymen Camey‘ iaitu Masjid Turki di Wiesbaden ni maka kami pun terus solat Maghrib kerana sekarang cepat malam dan waktu maghrib pon cepat....






(Bergambar kenangan dalam masjid Turki...)

So selepas solat, kami pun sempat la snap2 gambar dalam masjid Turki ni.... lepas tu pergi membeli brg kat kedai asia dan daging2 kat kedai halal Turki sebab isteri nak buat jamuan perpisahan kerana internship dah nak habis minggu ni.....

Schusss...

Tuesday, November 17, 2009

Four months in Diasys, Holzheim













Saya memulakan hari saya sebagai intern di sebuah syrkt chemical, Diasys di Holzheim (berdekatan dgn Limburg) pada 3 Ogos 2009. Oleh kerana tiada kenderaan awam yg menuju ke sana (kerana kedudukan sykt ini yg juga jauh di pedalaman...sama cantik kawasannya dgn Wallrabenstein!) jadi saya menumpang beberapa pekerja yg juga berulang dr Idstein setiap hari. Kebiasaannya saya pergi dan balik dgn menaiki kereta Suzie yg tinggal di Wörsdof, jika Suzie sakit atau holiday, saya pergi dgn Sarah yg tinggal di bandar Idstein dan jika kedua2 nya kebetulan tiada...saya pergi dgn Stefan (seorg duda beranak 3)..juga tinggal di Idstein

Alhamdulillah..kesemua mereka sgt2 baik dan very helpful..kadang2 waktu hari hujan...walau pun saya tak minta dihantar ke rumah..mereka dgn sendirinya akan hantar saya ke rumah...kadang2 bila mereka balik lewat...(melebihi waktu biasa) mereka juga akan terus hantar saya ke rumah...begitu juga kalau mereka nampak saya bawa byk barang...saya tak perlu minta mereka hantar saya ke rumah... (sebenarnya dalam kereta saya lebih byk berdiam diri..jadi mungkin mereka ingat saya malu nak minta apa2 pertolongan dr mereka)...

Di tempat keje...saya diberikan satu meja khas utk saya seorg dn juga satu set komputer...tugas saya lebih kepada regulatory affairs job. Oleh kerana sykt ini mengexport product2 hasil buatan kilangnya ke lebih 80 buah negara di dunia...dan setiap negara mempunyai requirement2 tertentu bagi membolehkan produk2 medical devices di import utk di gunakan oleh rakyatnya..maka adalah sgt penting utk setiap pengeksport utk memenuhi requirement dr setiap negara...dan requirement ini pula sering berubah2....utk memeningkan lagi kepala pegawai yg menguruskan regulatory affairs ni....

Kehadiran saya di Diasys (walau hanya sebagai intern) tapi sebenarnya saya melakukan tugas hakiki seorg pegawai regulatory affairs. Hmmm bolehla dikatakan Diasys ni kekurangan staff…sbb selama ni hanya 2 org saja yg menjaga department Quality Management sekali gus regulatory affairs…mmg mereka sgt2 sibuk dan tak sempat nak update knowledge ttg perubahan dalam requirement2 di setiap Negara pengedar. Immediate boss saya selalu sgt memuji dan mengatakan betapa dia bersyukur saya datang ke sini…Alhamdulillah…saya juga suka jika kehadiran saya dihargai…walaupun sebenarnya keje saya ni tak ada kena mengena dgn bidang pengajian saya…tapi nak buat macam mana…terlalu susah utk saya dapatkan tempat praktikal…jadi bila ada tempat yg offer…saya grabbed saja laaaa….

Boss saya mmg baik orgnya…namanya Stefanie Geisener…rakan satu departmentnya adalah Dominik Bender…sama umur dgn saya…32..dia nilah pengganti kwn German saya…Jan…diala yg selalu menolong saya setiap kali saya berdepan dgn masalah2 berkaitan bil2…anak2 sekolah..nak isi borang nak jumpa Dr…sumer2 la….hehehe…

Rakan2 lain tu ada…tapi mereka ni tak berapa nak bercakp dgn saya….saya pun faham…mereka mungkin nak berbual dgn saya…tapi dh saya tak boleh speaking German…terpaksala pendam hajat nak berbual tu…kadang2 kalau mereka hanya berseorangan..mmg ada juga yg berbual gn saya…jadi saya tahu la…mereka malu nak berbual sbb malu pada kawan2 german yg lain sbb English mereka tak berapa baik (alaaa English saya pun….saya tibai jerrrr)

Kat sini juga sya rapat dgn makcik2 cleaner hehehe….dgn mereka la saya berani nak speaking Deutsch hihihi…pon main hentam saja….mmg lucu…makcik2 ni tegur la apa yg salah…bayangkan la…mereka tak boleh faham English langsung…saya pulak tak pandai Deutsch…ha jadila itik angsa nak bercakap dgn itik nila…..

Selama 4 bulan saya di sini….saya perhatikan…cara mereka berkerja mmg lain…pertama dari segi punch card…mmg mereka tak guna punch card tapi chip yg fungsinya sama dgn punch card juga la…tak kisah pukul berapa nak masuk keje asal cukup 9j setiap hari (termasuk rehat 1 jam)….hmm bagus betul system gini….bagi yg buat keje lebih masa tu…mmg masa lebihan akan terkumpul dan kalau dh cukup 8 jam boleh la tukar kepada cuti….tapi kena jujurla…pastikan waktu yg lebih tu mmg buat keje dan bukan main game kat tempat keje…atau dok bersembang…dan saya perhatikan mmg mereka ni jujur…betul2 buat keje…kalau waktu rehat mmg mereka pegi rehat…bila masuk keje…terus masuk keje…tak buang masa lepak2..sembang2…gossip2 hehehehe…

Kalau meeting tu…mereka ni meeting sambil berdiri jer…sekejap pulak tu..takdela berzaman macam kat Msia…dah tu takder makanan juga…yg ada hanyalah air mineral bergas mereka laaa…dan saya perhatikan mmg cara sebegini sgt productive…tak melalut…tak buang masa..dan jimat belanja juga….(tapi tak syok la kalau takder makanan kan? Hehehe…sbb ada makan2 la seronok nak gi meeting hihihi…)

Lepastu mereka ni tak byk gossiping….(tapi kalau mereka bergosip pun…mana saya reti yer tak? Hihihii)..kalau mereka berbual…mmg betul2 bincang pasal keje….saya rasa laaa sbb saya boleh la faham sikit2 apa yg mereka sebut tu….perjumpaan pun short and precise….bagus!

Dan sgt2 jarang saya dapat mendengar handset berbunyi! Melainkan handset saya la hahaha....setiap staff telah diberi telefon masing2 jadi mereka hanya menggunakan telefon ini utk urusan keje...maknanya mereka tak bergayut. Saya pula guna handset sbb saya mmg tak diberi telefon (yer la nak buat apa bg telefon pd saya pun!)..mana ada org nak berurusan dgn saya...melainkan boss saya yg biliknya 4-5 langkah jer dr tempat saya....

Saya pula guna handset sbb nak telefon suami saya hihihihi....yer la...keje saya 100% melayari laman2 web rasmi setiap negara pengedar dan mencari akta2, norm2, decree2, directive2 dan order2 yg berkaitan dgn medical devices....hmmm nak baca sumer benda2 tu mashaAllah....naik buntang bijik mata! Dah tu punyala boringgggg....sudahla ayat peguam semuanya....huhuhu...so bila kepala dh rasa berat sgt..atau mata yg rasa berat...apa lagi...saya telefon la org kat rumah....hihii....tak sembang apapun....saja nak hilangkan rasa ngantuk jer....

Kat sini juga tak dibenarkan guna internet utk keperluan peribadi...mmg keje saya 100% boss saya tahu apa yg saya buat....so kenala jaga2....jadi saya tak boleh buka emel peribadi saya, tak boleh layari blog2 huhuhu...(tapi kdg2 saya buat gak....boring laaaa takder kwn nak sembang) tapi tak lama la...saya pastikan less than 5 minutes.

Dan yg paling saya bersyukur di tempatkan di sini adalah saya boleh sembhyg bila2 saya suka dan di mana2 yg saya suka....mmg pada mulanya agak susah saya nak ambik air sembhyg sbb sinki di tandas sgt2 kecil...mmg tandas selalu basah setiap kali saya ambil air sembhyg...(tu pun dh cuba sedaya upaya tak nak bagi basah tuuuu)..Allah takdirkan satu haritu masa saya sedang ambil air sembhyg...masuk seorg staf..dia ni org Turki...Islam..tapi tak practice la...tapi dia tahu bab sembhyg ni....jadi lepas dia dpt tahu saya susah nak ambil air sebhyg di situ....dia tunjukkan saya satu bilik yg mmg mudah sgt saya nak ambil air sembhyg....boleh kunci pintu juga....Alhamdulillah...

Dan saya sembhyg berdekatan meja saya..mmg pada mulanya staf2 lain pelik melihat saya...tapi lama kelamaan mereka pun dh biasa....siap ada yg bertanya ‚dulu saya nampak awak sembhyg sekali saja..sekrg ni dah 2 kali...kenapa?‘ saya pun jawablah...‘setiap org Islam wajib sembhyg 5 kali setiap hari...dulu awak nampak saya sembhyg sekali saja sbb jarak waktu antara satu2 sembhyg tu jauh2...maka awak hanya nampak saya sembhyg sekali saja...sbb yg bakinya saya buat di rumah....sekrg waktu siang semakin pendek...begitu juga waktu sembhyg...jadi awak nampak saya sembhyg 2 kali di pejabat‘...dia angguk tanda faham...

Bagi saper2 yg nak keje kat company ni..jemputla...berdasarkan carta organisasi yg ditunjukkan pada saya masa mula2 masuk keje haritu...mmg byk lagi jawatan kosong...dan salah satunya adalah di ‚post‘ saya sekarag ni la....kata boss saya tu dia mmg sgt2 memerlukan pembantu...dia mmg takleh nak buat keje ni sorang....katanya dia sgt2 mengharap yg boss atas lagi akan dgr permintaannya....so pada sapa2 yg berminat..ni adalah link yg boleh di layari...

http://diasys.de/front_content.php?lang=3

Minggu terakhir di Diasys...

Saya pernah berniat utk masak sesuatu di dapur Diasys ni selepas mereka suka sgt bila saya bawa kuih karipap dan burger Malaysia ke pejabat pada suatu hari tu (kiranya jamuan raya la...sbb saya bawa utk meraikan saya dh tak perlu puasa lagi)..jadi selepas sambutan yg menggalakkan ekekeke..sayapun bercadangla nak masak sesuatu pd hari terakhir saya di sini...tapi memandangkan minggu ni ramai staff yg terlibat dgn Medica di Düsseldorf (international medical devices exibition) dan kebetulan hari ni jer mereka sumer ada....jadi saya pun buatla jamuan hari ni....instead of hari Jumaat ni...

Macam biasala resepi paling mudah dan murah, apa lagi...buat bihun sup laaaa hihihi...yg kering2 tu saya rebus di rumah siap2...Cuma supnya saja saya buat di dapur pejabat. (kat Diasys ni nama jer ada dapur...tapi tak pernah berasap...dapur tu tak pernah org guna...Cuma derang guna microwave jer utk panaskan makanan derang...)

So kiranya kalini dapur Diasys buat pertama kalinya berasap hahahaha!!!!..Lucunya bila saya mula memasak...habis sumer staff yg dekat2 tu mari menjenguk ke dapur!...ha masa tu la saya pun menjemput mereka dtg makan lunch nanti...ada yg mmg tak sabar2 dah....

Siap masak...terus saya panggil staff yg terdekat makan...hmm apa lagi...meriah la dapur tu kali ni...mmg hari ni betul2 hari yg baik utk masak tu sbb CEO Diasys juga ada tamu dari Texas...kebetulan pembantu peribadinya juga terhidu masakan saya..jadi dia dtg bertanya kalau saya boleh benarkan tamu CEO saya juga makan....alahai...naik malula pulak...






(Dominic dan Stephanie serta staff2 lain menjamu selera....sorry x dapat ambik gambar bnyk2 sebab dok sibuk melayan depa ni.... sebab depa x tahu nak campur bahan2 bihun sup camner...hehehe....)

Jadi saya la serve CEO dan juga tamunya makan hmmm nasib baikla sumer org suka masakan saya….termasukal CEO dan tamunya....siap Tanya resepi lagi…hehehe….yg 2-3 kali menambah pun ramai…kata sorang kawan saya...bau masakan saya boleh dihidu ke seluruh Diasys! Hmm tu la yg tak berapa sedap tu...sbb rasanya tak cukup utk jamu sumer org....tapi Alhamdulillah…niat saya terlaksana...hampir kesemua staff Diasys dapat makan dan suka dgn apa yg saya masak...

Apapun inilah pengalaman terindah saya di tempat praktikal...CEO Diasys selama ni saya tak pernah bertemu muka...kali ni siap boleh hidangkan dia makanan...diapun baru kali ni la tahu nama saya dan dr mana asal saya...staff2 lain pun yg selama ni hanya ber“Hallo“ jer...dh mula bercakap sikit2...rupanya ada juga yg ingatkan saya ni Vegetarian! Tadi baru tahu bila dia tengok saya masak sup daging lembu....katanya dia tak sangka pulak seorg vegetarian boleh masak sup lembu....hehehe...saya tanya dr mana pulak awak tahu saya ni vegetarian?...hai macam2 la bila kita ni tak byk buka mulut...tapi takper...sekurang2nya saya tahu mereka sedar kehadiran saya ni...

Oklah tu jer yg nak di kongsi tentang Diasys Diagnostic System.

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg

Video Klip Ziarah Ukhuwah di Hamburg

Loading...