Thursday, March 14, 2013

Ich liebe Dich Homestay Putrajaya, Presint 9

Ich liebe Dich Homestay Putrajaya, Presint 9.... " SELESA, DEKAT DAN BERPATUTAN"....

.............................................................


Alhamdulillah…... sedar tak sedar…..akhirnya siap juga homestay saya.



Saya beli dari seorang kenalan..rezeki nak dapat rumah di kawasan panas. Dengan major renovation  yang dibuat..terpaksa beberapa kali juga menolak tempahan sebab belum siap sepenuhnya taddaaaaaa kini ia sudah boleh menerima tempahan.

Terdapat 2 unit Terletak di Blok A (Dipanggil flat hijau) ground floor dan Tingkat 7.


Hmm macam mana timbul idea nak buat homestay? Senang jer..ideanya timbul sbb kat Putrajaya ni banyak event..ramai orang selalu datang event2 ni…dah tu hotel kat sini mana ada yang murah..5 star hotel semuanya..kalau nak cari yang murah…keluar sikit dari Putrajayala (tak boleh nak namakan sebab tak tahu..tak pernah tido hotel kat sini…rumah kuates dah ada..nak buat apa tido hotel kan).

Rumah transit kerajaan memang ada..murah..tapi selalu penuh sebab unitnya tak banyak..yer la barang murah memang la sentiasa mendapat tempat kan.. So kebetulan ada orang nak jual..maka muncullah Ich liebe Dich Homestay hihihi…



Kalau malas masak pun kedai makan berderet kat luar rumah...buka jer pintu terus nampak kedai...bukan kedai makan jer ada, kedai gunting rambut...kedai topup, klinik...kedai runcit..semua la...kedai dobi tak perlu sebab kami dah ada dobi..so kalau pelanggan nak mendobi terus beritahu jer..



Gambar ruang tamu snap juga tapi tak menjadi sebab model dah marah nak balik. Next time bila2 akan upload gambar ruang tamu. Ada sofa bed kat ruang tamu..so kalau datang dengan family besar...boleh lagi tido kat sofa bed tu.

Bayaran:
RM100-130/malam untuk hari2 biasa (sebuah rumah)
RM130-150/malam untuk cuti sekolah/hujung minggu dan cuti kelepasan am.(Sebuah rumah)
Hubungi saya Hariana 012-7958043  (wasap) untuk pertanyaan atau tempahan.

Nota kaki:
Rumah ini tidak dilengkapi dengan aircond dan mandian air panas yer...

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg

Video Klip Ziarah Ukhuwah di Hamburg

Loading...