Saturday, May 30, 2009

Ceramah UZAR di Frankfurt....

Alhamdulillah (sabtu) kami sekeluarga telah berkesempatan menghadiri Kursus Kesempurnaan Solat oleh penceramah yang tak asing lagi Ustaz Hj. Zaharuddin Abdul Rahman atau UZAR. UZAR sebelum ini telah ke Wolfsburg, Saarbrukeen, Albstact juga Geneva (Swiss) dan Besanco (France) sebelum yang terakhir ini di Frankfurt. Kebetulan Wan Fazrul Adlan, sahabat dari Bayern datang menziarahi kami. So kami sama2 ke Konsulat untuk menghadiri kursus tersebut. Bayern mengambil masa kira2 6 jam untuk sampai ke Frankfurt dengan train laju atau ICE.

Kursus Kesempurnaan Solat dan muhasabah diri ini banyak memberi ilmu-ilmu tambahan dan dapat memperbaiki kesilapan2 yang dilakukan seawal mengambil wudhuk sehingga habis solat serta dapat mengetahui bagaimana untuk mendapatkan pahala yang paling banyak di setiap rukun dalam solat. Ye la kita belajar solat sewaktu sekolah rendah jee lepas tu masing2 anggap dah pandai dah padahal banyak terdapat kesalahan2 kecil yang membuatkan pahala tertolak.

"Kita di Malaysia belajar solat di masjid2 tu pun sebulan sekali. Mula2 tu ustaz yang datang mengajar tu syarah intro pasal kitab solat tersebut lebih kurang setengah jam lepas tu solat Isyak. Bulan depan kita datang, ustaz tu tak datang....bulan depan satu lagi kita tak datang ustaz tak datang...tambah lagi elok....bulan depan lagi ustaz datang dan kita pun datng...tapi ustaz dah lupa dah kat mana last yang dia ajar 5 bulan lepas... senang2 ustaz tu kata kita mula kat intro tu balik...."ujar UZAR disambut ketawa oleh hadirin...

Walaupun sepatutnya 'slide' kursus tersebut untuk sehari lebih tetapi UZAR terpaksa menyampaikannya secara preview dan menghighlightkan perkara2 yg dapat memberi markah/pahala yang tertinggi sahaja memandangkan kesuntukkan masa.

Dalam kursus tersebut UZAR juga menyentuh secara asas berkaitan keewangan Islam dan 'Riba' dan relatednya dengan kesempurnaan solat.


"Sebab itulah doa2 kita kurang mustajab kerana hasil keewangan kita masih terlibat dengan 'riba' seperti simpanan, pinjaman dan macam-macam lagi..."ujar UZAR.

Bagi kami sekeluarga memang berpuashati kerana mendapat mengenalpasti kesalahan2 dan dapat untuk mempertingkatkan solat kearah yang lebih sempurna.

Antara tujuan lain ialah dapat berkenal-kenalan dan mengeratkan ukhuwah dengan student2 yang tinggal jauh dari Frankfurt.

Kami sebenarnya ada menjemput UZAR untuk bermalam kat rumah kami di Idstein kerana kami pikir bahawa tinggal kat hotel amat susah terutama bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang ramai. Ruang yang sempit, susah untuk mendapatkan makanan yang sesuai. Pada mulanya UZAR dah bersetuju untuk datang kerumah pada sebelah petang setelah ronda2 Frankfurt. Walaubagaimanapun beliau perlu ke hotel untuk selesaikan bayaran hotel tersebut.

Setibanya kami kat rumah, kami mendapat sms daripada UZAR mengatakan beliau meminta maaf kerana tak dapat datang/ziarah kerana masih lagi keletihan dan juga Idstein jauh untuk ke Bremen berbanding Frankfurt. Ini kerana UZAR akan menaiki flight di Bremen Airport dan menghantar kereta yang disewanya juga di Bremen.

So alrijal reply sms kepada UZAR dengan mengatakan Insyaalah lain kali jika ada rezeki UZAR dapat ziarah ke rumah kami....walaupun ada nada kecewa kerana tidak dapat menerima tetamu yang mempunyai ilmu agama yang tinggi ke rumah....



Najwa bergambar kenangan
dengan Ustazah Noraslina
Istari UZAR







Depan pintu masuk Konsulat Malaysia








Najwa bersama geng usrah dari Bingen








Fazrul (bertopi) dan Radin(depan akin, baju berbelang) atas Tram








Wednesday, May 27, 2009

BBQ sempena (beenden)tamat Exam....


Gestern (kelmarin) 26 May... student-student kelas isteri telah buat kata sepakat untuk membuat BBQ bagi menyambut sempena habisnya exam.... Pada mulanya mereka rancang untuk buat pada hari Rabu tetapi ramai yang tak dapat hadir kalau buat pada hari tersebut terutamanya Prof dr Helen (Course Coordinator) dan Witrud (staff Uni).

So selepas habis exam dalam 12pm tiba-tiba isteri (najwa) telefon...

"Abang geng2 kelas dah berpakat nak buat BBQ kul 4 petang ni...."  

Alamak macamana ni...masa tu alrijal tengah ambik anak2 kat kindergarten...

"Habis tu macamana? Ayam tak beli lagi ni...." alrijal jelaskan pada isteri.

"Na kat Kuchun Markt dah ni nak beli ayam..." kata isteri.. 

"Sempat ke nak perap ayam tu?" ujar alrijal.

"Kita buat takat yang dan je lah.." balas isteri. "ok lah kalau camtu..."

Perancangannya pada keesokan hari nak buat BBQ tu nak bakar sate la... nak bagi depa try makan sate....
  
Setelah sampai kat rumah dari kindergarten, isteri dah tercegat kat depan pintu balik dari Kuchun Mart. Kami pun tanpa berlengah-lengah lagi terus potong ayam dan sediakan apa yang patut potong bawang, hiris halia dan macam-macam lagi lah.....

"Entahlah sedap ke tak sate kita ni.... perap pun sekejap je..."alrijal berkata kat isteri....

"Takpelah bang nak buat macamana....diaorang nak buat jugak pada petang ni...."

Setelah perap dekat sejam je kami pun terus cucuk ayam tu dengan lidi.. dapat la lebih kurang 50 batang.

"Cukup ke ni?" tanya alrijal.... "Cukup lah kita sekeluarga je...campur dengan ayam rendang ni lagi.... yang lain tu diaorang beli sendiri.."kata isteri...

"Yelah... demo tu bukan makan yang halal pun...yang penting keluarga kita..." balas alrijal sambil tersengeh....

Antara menu lain yang dibuat oleh isteri ialah ayam rendang.....

Diaorang dah set time untuk berkumpul kat umah Wiltrud kul 4pm... setelah semua barang dah disediakan dengan membawa sudu dan gelas sendiri beserta pingan (takut oooo pingan depa bekas babi...) dan makanan pun dah dimasukkan dalam bekas kira2 jam 3.45pm...isteri call kawan kat flat atas.... rupa2nya 2 orang bujang kat atas...telefon tak menjawab rupa2nya tengah tido lagi....isteri dah berbunyi dah....

"Budak Jan (baca Yan) dengan Nicholas ni kata nak kumpul kat sana kul 4pm....tak bangun-bangun lagi...." So apa lagi....kami suruh anak2 pegi kacau 2 budak bujang ni....

So selepas mereka dah bersiap dan turun ke flat kami...."Sorry la Hariana.... nak release kejap kan kita baru lepas exam...." ujar Jan.

"Ye la ....tadi kata tak nak tido takut terbabas pulak...." balas isteri.... Jan dan nicholas hanya tersengih je mendengar kata-kata isteri....mungkin mereka tahu mereka salah kot....

Setelah kami semua sampai kat umah Witrud... sudah ramai rakan sekelas isteri berkumpul kira-kira dalam 7-8 orang... dan tuan rumah menyambut kami....dan alrijal bertemu dengan Paul dan Jacob yang dua2 Melawian sambil2 bertanya khabar dalam bahasa Jerman...

"Wie gehts dir?(apa khabar)...."ujar alrijal pada paul. "Gut.." balas Paul..."und du" giliran Paul pulak bertanya pada alrijal "sehr gut...." masing2 tersengih... saja2 nak bermesra dengan gunakan bahasa jerman.... Jacob pulak menyampuk..."Alles klar....(tak ingat eje camner....maksud everything is ok?)" jawab alrijal...."ja...Alles klar..." Masing2 pun berlalu.....

Alhamdulillah juga wiltrud menyediakan 2 tempat untuk membakar....satu utk daging haram dan satu untuk daging halal katanya.....

Sebelum ni kami membeli tempat membakar segera BBQ (gambar atas) bersekali dengan arang....so kami bawa untuk membakar sate kami. 

Setelah masak sate dan ayam bakar kami....kami menjemput mereka semua untuk mencuba sate.... dan ramai memuji makanan M'sia sedap2....sampaikan prof dr Helen berkata 

"Macamana ni saya dah addicted dah ni dengan sate dan ayam bakar M'sia ni...." disambut ketawa oleh orang lain....

Prof dr Helen dengan rakusnya memakan BBQ resepi M'sia

So kami semua memang seronok sangan dengan majlis BBQ tersebut. Tetapi ye la masalahnya depa ni tak dapat lari la dengan 'arak' depa.... tapi ok jugak wiltrud sediakan dua meja....satu meja tak de arak...satu meja ada arak....

Oleh kerana ini lah hari terakhir mereka bersama kerana selepas ini mereka akan ke tempat praktikal masing2 kami pun turut sama meraikannya juga lah....kalau tidak jangan harap kami nak pergi....












Sunday, May 24, 2009

Pemandangan dan bunga di sekitar kg Wallrabenstein...

Biasanya hari Ahad iaitu hari minggu tidak banyak aktiviti yang dilakukan. Anak2 pun boring je asyik dok tonton tv je sepanjang hari... lalu anak2 pun ajak alrijal untuk berbasikal mengelilingi kampung Wallrabenstein. So teringat kepada basikal yang diberi oleh Prof Helen baru2 ini maka tanpa banyak fikir alrijal terus menyuruh anak2 bersiap. Selain bawak anak beerbasikal nak bagi isteri study sebab besok dah exam....harap dapat study dalam suasana condusive....kalau anak2 kat umah tahu2 aje ler....bising tahap gaban la...hihihi

So seronok bukan main la anak2 kalau dapat berbasikal... so sambil2 berbasikal tu alrijal sempat snap menyenap gambar2 untuk dijadikan kenangan kat kampung ni... Oleh kerana akhir bulan 6 ni kami akan berpindah ke tempat baru. Yang jadi problem sekarang ni tempat untuk berpindah tak tahu kat mana lagi....notis keluar rumah dah bagi....aisehhh camner ni....Sebenarnya tengah mennunggu tempat praktikal yang diwajibkan oleh pihak uni...

So ini lah gambar2 yang sempat diambil....so mari kita tengok ok ke tak jurugambar amatur ni ambik gambar..heheheh...untuk lebih jelas klik kat gambar...























































Wednesday, May 20, 2009

Teknologi internet sebagai medium mendidik jiwa....

Hari ini tidak ada sesiapa yang dapat mengelak daripada menggunakan teknologi tanpa sempadan iaitu internet. Dengan internet manusia semakin pantas mendapat maklumat dari serata dunia. Pelbagai maklumat yang baik atau yang buruk boleh di acces oleh sesiapa sahaja berdasarkan kepada niat seseorang itu....

Oleh kerana kami di Jerman ini tidak mempunyai komuniti disebabkan pelajar-pelajar yang belajar di Jerman ini berterabur merata tempat....di Hamburg..Bingen...Stutgart...Idstein Damstadt dan lain-lain. Kalau tak salah alrijal di satu-satu uni tu hanya 3-4 orang pelajar sahaja dan yang paling ramai pun hanya belasan pelajar sahaja dan yang paling sedikit adalah isteri alrijal di Hochschule Freesenius Idstein seorang sahaja.

Ini menyebabkan usrah tidak dapat di adakan secara bersemuka. So pada minggu lepas pertama kalinya alrijal mengikuti usrah secara online melalui 'skype' yang diusahakan oleh Ikatan Persaudaraan Melayu Jerman (IPMJ). Jazakallah hukhairan kathiran kepada sahabat dari Bingen yang memaklumkan berkaitan usrah ini.

Memang merasa sedikit perbezaan berbanding usrah secara direct tetapi yang penting masing-masing dapat mengutip mutiara ilmu melalui pembacaan Alquran yang di dengari dan di tegur secara online oleh 'Naqib' usrah....begitu juga pengisian ilmu oleh Naqib.... dan soal jawab tentang kemusykilan agama yang juga di jawab secara terus oleh Naqib. Inilah uniknya di Jerman yang menggunakan secara maksima yang mungkin kemudahan internet.

Jadi alrijal bersyukur kepada Allah kerana dapat mengikuti siri-siri mendidik jiwa yang akan datang. Ada juga terdetik kerisauan dihati sebelum ini untuk mengharungi 2 tahun di Jerman dengan pelbagai permasalahn yang timbul berkaitan Haram, Halal dan shubhah....Jadi dengan adanya medan ilmu walau hanya melalui internet sekurang-kurangnya dapat meningkatkan keyakinan untuk berhadapan dengan ujian dan dugaan di negara yang hanya maju berkaitan dunia sahaja.....

Tuesday, May 19, 2009

Apakah ada diskriminasi agama di German...??

Sambung Master kat German ni mengambil masa 2 tahun berbanding kalau kat United Kingdom (UK) hanya setahun sahaja. Pada mulanya course yang najwa ambil ni dibuat di UK tetapi kebetulan pulak ketika najwa buat course ni Cardiff uni buat collabration dengan satu uni swasta di Idstein Germany, Hochschule Freesenius. So terpaksa la datang ke German.....

Pejam celik...pejam celik kini hampir setahun kami di German setelah melalui pelbagai susah payah termasuklah dari segi komunikasi, makanan halal, nak sambung 'resident permit' dan macam2 lagi....

Untuk menghabiskan master ni najwa perlu membuat praktikal di tempat2 yang berkaitan dengan bidang yg najwa ambik.. 'Pharmacoeconomics'. Tak tahu entah berapa syarikat najwa hantar permohonan utk buat praktikal tapi takder satu pun yg sangkut...last2 najwa pergi jumpa pihak uni...minta mereka pula tolong carikan...(najwa ingat mungkin kerana najwa bukan org german dan tak boleh berbahasa german pula menjadi penyebab kepada rejection tu..)Tunggu punya tunggu sampai sekarang masih lagi najwa belum menerima jawapan positive berkenaan tempat praktikal. Padahal kalau diikutkan jadual untuk memulakan praktikal pada awal Julai (bergantung pada tempat) ada yang memulakan awal Jun ini. Untuk pengetahuan..najwa sorang jer yg belum dapat tempat praktikal...12 classmates najwa yg lain semua dh dapat tempat...siap boleh pilih lagi sbb dapat banyak tawaran...(and bukan semuanya org german and sama2 tak boleh speaking German juga)

Bukan najwa nak cakap besar..tapi najwa ada latar belakang clinical yg kuat...pengalaman kerja yg merangkumi berbagai ruang lingkup yg memang sangat2 bertepatan dgn semua tempat yg kami disarankan pohon utk buat praktikal..jika nak dibandingkan dgn classmates yg lain kerana mereka freshly graduates dan ada pula yg memang grad dr bachelor yg memang tiada kena mengena dgn health...tapi semua dapat tempat....lebih menyakitkan hati..ada satu syarikat ubat tu...najwa dapat jawapan 'no vacancy'..tapi classmate najwa yg pohon kemudian sedikit dr najwa dapat jawapan positive...

Kebetulan 2-3 hari yang lalu najwa ke Uni untuk menghantar assingment... jadi dah kebetulan ke sana, najwa pun terus pergi berjumpa dengan kerani yang menguruskan tempat2 praktikal. Jadi najwa pun suarakan resah hati najwa. ..adakah kerana bahasa german? kalau masalah bahasa menjadi penyebab kenapa pelajar luar German yg lain dapat tempat pula?

najwa bertanya apakah disebabkan najwa bertudung menyebabkan semua company tidak bersedia menerima? Kerani itu nampaknya macam serba salah untuk menjawab..... jadi najwa pun terus mengatakan kalau disebabkan bertudung masalahnya kenapa tidak diberitahu awal2 dalam peraturan uni.... senang untuk orang yang bertudung tidak akan menyambung study mereka kat German....jika masyarakat di German masih belum boleh menerima org bertudung berkerja...janganlah dibuka course antarabangsa di sini....

Kebetulan seorang student dari Bingen datang ziarah ke rumah kami... jadi najwa ada bertanya juga berkaitan bertudung di german ni... kata kawan tu di German memang ada diskriminasi kepada mereka yang bertudung..tetapi tidak ditunjukkan dgn jelas kerana tiap kali mereka menolak application org2 bertudung ni..mereka tak menyatakan bahawa permohonan tersebut tak berjaya kerana 'anda bertudung'! tapi mereka akan memberi alasal lain yg tak akan meletakkan mereka dalam bahaya iaitu..'ada calon lain yg lebih layak'.

Jika pihak uni menyatakan dgn jelas ini lah sebabnya...najwa akan pastikan perkara ni tidak terhenti di sini...dan jika mereka mahu najwa menggadaikan agama hanya kerana nak buat praktikal...minta maaflah...bukan mereka yg menentukan masa depan najwa...


Bagi najwa memang ujian di negara german ni cukup2 hebat.... walaubagaimana pun InsyaAllah najwa akan tetap bertahan..... kerana "Syurga itu MAHAL...tentulah ujian yg harus ditempuhi juga payah"........

Sekian


Monday, May 11, 2009

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg

Video Klip Ziarah Ukhuwah di Hamburg

Loading...