Monday, October 31, 2011

Handphone ku hilang….

Terkedu bila puas mencari habis menyelongkar ke sana sini…dalam kete…dalam bilik…dalam laci…segala cerok semua cari..terdiam saya seketika…terasa seperti nak menangis…tapi air mata tak keluar…terasa pilu sangat..kenapa aku tak pernah ambil walau sekecil duit 5sen hak orang….aku ajar anak2 ku jangan mengambil apa2 yg bukan hak kita…tapi aku sendiri sudah 2x hilang hset…

Suami seakan mengerti bila lihat aku diam tak berkata apa2…anak2 pula bila lihat aku merenung jauh…datang bertanya…”kenapa bu?”..aku seakan malas nak berkata2…tapi tahu sajalah budak2..selagi kita tak menjawab..selagi itulah dia bertanya…aku Cuma jawab “ibu sedih…hfon ibu hilang” mulalah kesemua anak2 macam lipas kudung mencari… ada yg cari di tempat yg tak logic langsung!..ada ka cari dalam peti ais?!

Aku memang tak kisah nak pakai hfon mahal ker murah ker…aku bukan jenis yg pentingkan jenama…Cuma aku katakan pada suami…”kita ada anak2 yg membesar…ibu nak selalu capture gambar anak2 bila mereka buat aksi2 yg kelakar” itu saja…jadi aku Cuma mahukan hfon yg boleh tangkap gambar…bukan aku tak ada kamera…tapi kalau nak tunggu nak ambik kamera…alamatnya tak tertangkap la gambar aksi anak2…

Aku tahu itu ujian Allah padaku…tanda aku dalam perhatianNya…Cuma kita sebagai manusia memang terasa pahit untuk terima ujian ni pada awalnya…insyaAllah esok lusa legalah perasaan ni…Cuma aku hairan bagaimanalah orang lain boleh hidup dengan hasil curi…ingatla wahai manusia..walau sebesar zarahpun kita ambil hak orang lain…Allah akan arahkan kita untuk pulangkan semula hak itu kepada tuannya di akhirat nanti..kalau tidak..kita tak akan masuk syurga…ingatlah.

Sunday, October 16, 2011

Babyku demam!


Buat kali pertama…setelah umurnya setahun nak masuk 2 bulan…baby ku demam!huhuhu…rasa sayu tengok dia tak mahu makan tak mahu minum susu…tidur pun nak atas ibu jer…(bukan tepi…tapi atas!)takper la terlentok herot petot pun…asal atas ibu….huhuhu….
Ibupun tak dapat nak tido lena sbb risaukan baby….kejap2 lap tubuh dia……cepat betul kering air kat tubuh…dah badan panas sgt…kalau ikutkan Furqaan ni kebal demam…Alhamdulillah…penangan susu ibu rasanya…setiap kali cucuk vaksin2 tertentu…tak pernah demam..even yg baby2 lain sering demam pun…dia kebal…
Tapi kali ni…dah abg2 n kakak dia pun demam semua (berturutan..)at last…sampai juga pada dia…tu pun malam jer dia merengek manja gitu…siang walaupun badannya panas tapi dia tetap aktif….main segala permainan yg dia suka…Cuma dia tak mahu makan…puas ibu masak macam2…nestum pun beli gak..manalah tahu kot2 bawaan demam ni..terasa nak makan nestum (selama ni dia tak suka nestum…memang ibu yg selalu masak utk dia)…tapi takmo gak… minum susu pun kurang…alahai susah hati ibu….
Dua hari lepas hari cuti…boleh ibu jaga…hari ni ibu dh mula keje…beratnya hati nak pegi…memikirkan nanti nak minta cuti panjang sikit utk raya haji…terpaksa la cekalkan hati untuk tak cuti pada hari ni…mujur bibik tersangat saying pada Furqaan….jadi bolehla ibu harapkan bibik menggantikan tempat ibu kejap…memikirkan Furqaan ceria waktu siang…dan abah pun balik tengahari…jadi bolehla abah tengok2 kan Furqaan.
Engkau yg maha mengetahui betapa resahnya hati ini…Ya Allah..sembuhkanla sakit anak2 ku…

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg

Video Klip Ziarah Ukhuwah di Hamburg

Loading...