Kalau nak diikutkan kali ni entah yg keberapa bibik yang saya pakai…tapi kali ini
memang terasa sedih sebab tak tahu kenapa dia lari…sedangkan diterlalu rapat
dgn Furqaan…kami sayangkannya sama macam ahli keluarga..tak nampak riaknya nak
lari… tiba2 terus hilang…
Di bawah adalah kisah2 bibik2 ku yg telah lepas…
1.
Namanya Sugini (umur 34 tahun)
Dia dari Medan…aku mula menggunakan khidmat
bibik bila hampir nak bersalin anak kedua (Rabiatul Adawiyah) masatu aku
mengandung rapat2…Umur Baihaqi baru masuk 6 bulan aku dh mengandung
lagi..dengan statusku sebagai pelajar aku rasa sgt2 perlu kepada khidmat bibik.
Masatu tahun 2003..gaji bibik baru RM300 dan kos nak ambik pun tak mahal sgt
RM3000.00
Bibik ni takder masalah sikap cuma suaminya
yg ditinggalkan di Indon baru pertama kali agaknya ditinggalkan isteri..hampir
setiap malam menelefon..dalam tempoh 2 minggu lepas sampai dia dh minta nak
balik Indon! Katanya suaminya rindu..boleh terima ker alasan gitu?masa belum
datang Malaysia tak terfikir akan rindu ker?Agen kat sana tak cakap ker? Dan
sebagai jawapan tentu saja saya tak kasi dia balik..baru 2 minggu…walaupun kos
ambik rm3000 jer tapi status saya masa tu hanya pelajar..besar jumlah tu…tu pun
pinjam duit abang sendiri..nama majikan pun atas nama abang juga sbb saya masih
belum layak nak pakai maid. Lepas saya tak kasi tu…dia diam kejap..lepas tu dia
cakap anak dia sakit pulak…nak balik..saya tak kasi juga..dh tu monyok..dh
takleh buat keje…sayapun dengan baik hati cakapla kat dia..”ginila bik…saya
kasi bik balik sekejap…lepas tu datang balik tau!” diapun punya la suka…saya
belikan tiket kapal laut pergi balik lagi…tapi tahu jer la..kalau dah balik
Indon..tipula kalau dia nak datang balik…di sana dia telefon saya cakap suami dia tak
kasi dia datang balik ke Malaysia…lesap la duit..dh tu kena denda dgn imigresen
lagi sbb breach bond. Haduh…dh la dianiaya oleh org Indon…dianiaya lagi oleh
undang2 kerajaan sendiri.
Dia ni bukan saya yg cari…masa tu saya
masih hantar anak2 ke nursery…walaupun hati berat nak hantar tapi apakan
daya..terpaksa…masatu bayar kat nursery RM600 sebab 3 orang (kecik2). Dia
kebetulan duduk selang 3 buah rumah dari rumah saya (saya tinggal di rumah
teres di Taman Selaseh Gombak). Dia tinggal dengan kakaknya yg ada status
permastautin sebab kawin dgn org Msia. Dia ada permit kerja kedai buku tapi
kedai tu dah tutup so permit masih berjalan dalam 4 bulan lagi…jadi dia minta
kerja dgn saya…sayapun bagai org mengantuk disorong bantal..saya terima...gaji
dalam RM300 jer…tak perlu susah2 nak hantar ker nursery…
Suatu hari Allah takdirkan saya tertinggal
kunci bilik ofis. Lepas sampai ofis baru perasan dan saya berpatah balik…hati
sangat berdebar2 masa tu..apa sebanarnya yg Allah nak tunjukkan…bagai
disangka…dari kejauhan saya dah boleh hidu bau hangit nasi yg saya masak untuk
anak2 saya pagitu (sebelum pergi saya pesan padanya supaya tolong tutupkan
apinya bila dah cukup masak). Saya buka pintu anak2 dah meluru..saya cari
dia…betul macam yg jiran katakan…dia tido dalam bilik tidur saya (melampau)
anak saya yg bongsu masa tu muttaqin
baru umur dalam 6 bulan dah bergoyang2 dalam buai nak turun…sebaknya hati…saya
terus ke dapur tutup api sebab nasi tu dah hangus…dia masih lena diulit
mimpi…saya ambil Baihaqi dan Adawiyah dan bawa ke rumah jiran…mandikan dan
pakaikan baju..Muttaqin saya biarkan. Saya pesan pada jiran tu tolong ke rumah
saya dan kejutkan dia sbb saya risau Muttaqin jatuh buai. Saya cakap pada jiran
jangan cakap yang saya bawa anak2 ke pejabat..biar dia lintang pukang cari.
Saya bayar dia untuk jaga anak2 saya bukan untuk tido. Panjang kisah bibik
ni..so pendeknya petang tu saya berhentikan dia..
3.
Bibik ni namanya Sri..bukan bibik la sbb umur
baru 18.
Kisah macam mana saya dapat bibik ni
panjang tapi saya pendekkan dia adalah mangsa sindiket penjualan org..so dia
tiada apa2 dokumen pengenalan. Saya berani ambil dia sbb bos saya yg
rekemenkan. Lagipun saya tak keluar ke mana2..mukanya pun tak macam Indon so
mudah. Saya memang takde duit nak buat permit. Alhamdulillah dia bagus
rajin..beriman..menurut katanya dia pelajar di mesir..saya percaya sbb gaya
bacaan al quran memang tak seperti Indon malah ada jiran minta untuk dia
ajarkan anak2nya mengaji. Saya guna khidmatnya agak lama dalam setahun lebih
hinggalah dia dapat berita yg ibunya meninggal dunia selepas cuba menjejaknya
sekian lama. Dia menangis sampai bengkak matanya…saya terharu dan tumpang
sedih..dan dia minta nak balik sbb ayahnya juga kurang sihat..katanya kalau dia dh
tak sempat nak jumpa ibunya sepanjang hayatnya dia nak berjumpa ayahnya. Maka
walaupun saya sedar payah untuk hantar dia pulang kerana ketiadaan apa2
dokumen. Pendeknya dia pulang juga.
4.
Yang ni bukan bibik tapi rakan sepermainan saya
masa kecil di kampong umur sebaya dgn saya
Tapi oleh kerana rezeki saya lebih, saya
berjaya dalam bidang pelajaran maka saya dapat kerja sebegini. Alhamdulillah
saya boleh kongsi rezeki yg Allah bagi ni bersama orang lain. Saya buka mulut
mencari2 siapa yg boleh menjaga anak2 saya. Pada waktu tu saya telah berpindah
ke Kuala Krai Kelantan sedangkan suami masih kekal di KL. Terasa macam janda
muda beranak 3. Bukan saja saya terasa gitu malah jiran2 di kampong juga ingat
saya janda sebab suami saya hanya boleh menjenguk kami hujung minggu saja.
Memang perit masa tu..mujur kawan lama sanggup menjaga. Masatu saya bayar gaji
hari RM20 sehari. Kebetulan dia dh bersuami, so dia datang pagi2 sblm saya
pergi kerja dan balik selepas saya tiba di rumah. Tapi dia kerja tak
lama..dalam 3 bulan saja sebab dia nak buka kedai runcit. Saya akur. Sekali
lagi bermula episode pencarian pengasuh.
Budak ni lurus bendul..masih muda cuma agak
slow (otaknya) tapi bagi saya selagi masih boleh faham apa yg saya cakap ok lah.
Dia kerja sementara saya mencari bibik Indon..dalam sebulan saja saya dapat
bibik Indon dan dia berhenti.
6.
Nama bibik ni saya dh lupa umur dalam 30an
Masa awal saya terima dia hati saya dh tak
sedap. Tak pakai tudung tu satu hal takper la..pakai pulak seluar sekerat
haduhhh..takper saya terima. Saya terima dia awal subuh so saya suruh la dia
solat subuh dulu baru tido…dia angguk…masuk zohor dia mandi dan tanyakan saya
arah kiblat..saya terkejut la tadi sembhyg subuh macam mana?dia kata dia tak
solat tadi..sebab capek! Hati dah makin goyah..takper sabar. Saya bagi ceramah
sikit. Dah tu ajar dia masak utk anak2..kebetulan saya ajar dia masak telur
kicap…telur kicaptu la setiap hari yg dia masakkan utk anak2 saya tak berubah2.
Bila saya balik keje hari tu saya nampak
dia kat luar tak pakai tudung dan pakai seluar gantung…saya terus cakap bibik
tolong pakai tudung dan seluar panjang and saya masuk dalam rumah kasi dia
tudung dan seluar. Esoknya saya balik rumah macam tu juga…dia tak pakai tudung
juga..saya cakap kenapa tak pakai? Dia senyap jer..sakit hati gak…saya kata
sekali lagi tolong pakai tudung kalau nak keluar rumah. Dalam rumah takper la sebab
suami saya pun takder.
Yang buat tak tahan tu…dia tak pernah masak
benda lain utk anak2 saya melainkan telur kicap tu…saya ingatkan memang dia tak
pandai masak..so diamjer la..rupanya bila malam dalam pukul 3 pagi saya
terdengar ada orang memasak di dapur…saya hendap diam2…rupanya dia dok
memasak..lepastu terus makan dan basuh…kira takder tinggal apa2 kesan
la…pandaiiii. Dah berapa lama dia buat macam ni pun tak tahula..
Terus saya kontek ajen dia minta nak tukar
baru..tapi ajen tahujer la…masa nak dapat duit dulu memang la cepat…lepas dh
dapat duit..nak tukar lain tak perlu bayar pulak..memang jawabnya takder la
pengganti. Nak dapatkan dulu habis rm3500 janji kalau dalam3 bulan tak perform
boleh pulang balik dan dapat tukar tanpa cas apa2..tapi itu hanya sekadar tanam
tebu dipinggir bibir saja. Tel ajen pun terus bertukar…tak dapat kontek sampai
ke hari ni…
7.
Saya masih berusaha…kali ni saya pergi sendiri
ke agensi berdaftar di Kota Bharu. Susie namanya umur baru 24.
Betullah kalau agensi ni..mahal memang
mahal masa tu rm5400. Gaji rm300 sebulan.takper la sbb perlu punya pasal. Dia
ni memang terbaik setakat ni. Dapat tunjuk ajar daripada agensi so memang
takpernah ada masalah. Agama pun bagus. Saya pilih dia masa tengok biodatapun
kerana dia tulis “maunya majikan yang benarkan solat”. Mungkin sebab itulah dia
kerja hingga tamat kontrak.
Kalau boleh memangla saya nak terus dengan
dia..tapi Allah merencanakan sesuatu yg lain kepada saya. Saya mohon untuk
sambung belajar di luar Negara. Waktu saya berangkat ke German, kontraknya
masih bersisa 4 bulan. Saya letakkannya dirumah mak saya. Saya cakap lepas ni
saya masih mahu khidmatnya. Dia juga begitu. Tapi lepas balik ke Indon..dia
bertemu jodoh..terus mengandung..jadi walaupun saya dah balik ke Malaysia
suaminya masih tak benarkan dia kembali ke Malaysia. Hingga thn lepas dia masih
menghubungi bertanyakan khabar. (tahun ni lost contact sbb hp saya hilang)
Walauoun saya masih di luar negara, saya terpaksa guna bibik sebab saya bawa
balik ke Malaysia 2 anak saya. Saya nampak si abang agak ketinggalan jika terus
bersekolah di german. Jadi hujung tahun 2009 saya bawa balik Baihaqi dan
adawiyah utk bersekolah di Malaysia. Mereka tinggal dgn opahnya (mak saya )
takkan la saya nak tinggal gitu jer…so saya carikan bibik utk tolong. Kos
dapatkan bibik tu RM3500. Murah sebab maid dh ada di Malaysia katanya nak tukar
majikan. Majikan lama suruh jaga org tua sedangkan dia nak jaga budak. Menurut
agen dia ni sebatang kara didunia..mak ayah dh meninggal..adik beradik
takder…bila dh susah saudara mara pun tak kenal…sedihkan?(Jangan sedih2..tipujer sumer tu)
9.
Yang ke 9 namanya Maya..dia saya dapat melalui
agen juga..agen lain la…dah terpaksa…nak buat macam mana..agensi nak 9k..agen
ni minta 6k saja kira ok la juga..umur maya 36 thn..itu ikut paspot la..tapi
nampak jauh lagi tua dr umur. Dia dari Medan.
Maya ni sarat dgn cerita sedih…kalau nak
tulis lagila panjang entry ni..tapi itu cerita dia..yg pada mulanya saya
percaya…masatu saya dalam menunggu untuk melahirkan anak bongsu..Furqaan..jadi keadaan
sgt terdesak walaupun siagen kata Maya nak minta gaji lepas sebulan keje dan
balik Indon skjp lepas dapat gj tu sbb anak2nya di biarkan menumpang dibawah
garaj rumah jiran..tujuan dia minta balik adalah nak mencarikan rumah sewa utk
anak2nya dgn duit gaji pertama tu. Saya dapat jaminan ajen. Lagipun wang tak
bagi habis lagi…baru bagi rm4000 (byk juga tu..dibuatnya si Maya ni tak balik2
dh teruk la saya) tapi agen betul2 yakinkan dan saya pula bila tengok si maya
ni kerje nampak baik..maka saya yakin dia akan kembali..Alhamdulillah saya bagi
dia balik dan diaa cuma balik seminggu saja dan datang balik ke Malaysia.
Nak dijadikan cerita…ramai rakan sepejabat selalu bertanya mana saya dapat bibik…bila selalu sgt saya diaju soalan ni saya ceritakan pada Maya…dia dapat idea..katanya rakan2nya ramai nak kerja tapi takut nak datang sebab banyak cerita bibik didera…tapi kalau ibu dah ada bakal majikan yang dijamin baik, bibik boleh balik Indon dan bawa mereka balik ke sini. Itu kata2nya yg buat saya rasa bagus juga tu…saya kata itu boleh jadi pendapatan sampingan bibik. Sambil2 tolong kawan2 yg asyik ditipu agen.
10.
Yang ke 10 namanya Tori Haryani…dekat2 dgn nama
saya. Dari Banyuwangi. Umur 38 (ikut paspot la..tapi nampak macam tua lagi)
mesti org kata…hish tak serik2…macam mana nak serik..saya memerlukan khidmat
bibik..kalau saya hnatar anak2 saya ke transit..(jagaan budak2 yg dh besar
sikit selepas sekolah hingga saya jemput lepas balik kerja RM250/head..saya ada 3 orang = RM550 tambah anak yg kecil
RM300 = RM850) jadi dh boleh faham situasi saya?mana2 saya pergi org selalu
salah faham mengapa saya tak serik2 nak pakai pembantu…Nampak macam mengada2…walhal
itu satu keperluan. Kalau pakai bibik jauh lebih jimat dan jauh lebih
memudahkan.
Tori ni maid paling tak byk
cakap..mungkin sbb suami saya dah warning saya…jangan baik2 sgt dgn bibik…bila
saya baik sgt..dah buat macam kawan..dia naik kepala..jadi yg ini saya cukup
berhati2..saya kurangkan bercakap dgnnya..cakap yg perlu
sahaja..Alhamdulillah..dia bibik yg baik…tak perlu saya suruh... dia buat semuanya…diapun
selalu berbual dgn bibik sebelah memuji kebaikan saya sebagai majikan tapi tak
tahu di mana silapnya tiba2 dia lari..hilang tanpa sepatah kata…tak ada tanda2
dia sedih dgn saya…tak ada tanda apa2 pun…rajin seperti biasa…memang saya sgt
terasa dgn pemergiaannya sbb dia rapat dgn Furqaan…malah kadang kala saya
cemburu melihat Furqaan terlalu rapat dgnnya…tapi sanggup juga dia pergi…dia
pernah cakap pada saya yg dia mahu terus sambung dgn saya walaupun selepas 2
tahun nanti..entahlah siapa yg dh racun fikirannya…
Kini saya masih mencari yg baru…ya
Allah berikanlah bibik yg terakhir dan terbaik buat keluarga kami…Aminnnnnnn