Friday, May 25, 2012

Bibik lari...

(entry ini mungkin yg terpanjang pernah ditulis)

Kalau nak diikutkan kali ni entah yg keberapa bibik yang saya pakai…tapi kali ini memang terasa sedih sebab tak tahu kenapa dia lari…sedangkan diterlalu rapat dgn Furqaan…kami sayangkannya sama macam ahli keluarga..tak nampak riaknya nak lari… tiba2 terus hilang…

Di bawah adalah kisah2 bibik2 ku yg telah lepas…

1.       Namanya Sugini (umur 34 tahun)

Dia dari Medan…aku mula menggunakan khidmat bibik bila hampir nak bersalin anak kedua (Rabiatul Adawiyah) masatu aku mengandung rapat2…Umur Baihaqi baru masuk 6 bulan aku dh mengandung lagi..dengan statusku sebagai pelajar aku rasa sgt2 perlu kepada khidmat bibik. Masatu tahun 2003..gaji bibik baru RM300 dan kos nak ambik pun tak mahal sgt RM3000.00

Bibik ni takder masalah sikap cuma suaminya yg ditinggalkan di Indon baru pertama kali agaknya ditinggalkan isteri..hampir setiap malam menelefon..dalam tempoh 2 minggu lepas sampai dia dh minta nak balik Indon! Katanya suaminya rindu..boleh terima ker alasan gitu?masa belum datang Malaysia tak terfikir akan rindu ker?Agen kat sana tak cakap ker? Dan sebagai jawapan tentu saja saya tak kasi dia balik..baru 2 minggu…walaupun kos ambik rm3000 jer tapi status saya masa tu hanya pelajar..besar jumlah tu…tu pun pinjam duit abang sendiri..nama majikan pun atas nama abang juga sbb saya masih belum layak nak pakai maid. Lepas saya tak kasi tu…dia diam kejap..lepas tu dia cakap anak dia sakit pulak…nak balik..saya tak kasi juga..dh tu monyok..dh takleh buat keje…sayapun dengan baik hati cakapla kat dia..”ginila bik…saya kasi bik balik sekejap…lepas tu datang balik tau!” diapun punya la suka…saya belikan tiket kapal laut pergi balik lagi…tapi tahu jer la..kalau dah balik Indon..tipula kalau dia nak datang balik…di sana dia telefon saya cakap suami dia tak kasi dia datang balik ke Malaysia…lesap la duit..dh tu kena denda dgn imigresen lagi sbb breach bond. Haduh…dh la dianiaya oleh org Indon…dianiaya lagi oleh undang2 kerajaan sendiri.

 2.       Bibik kedua namanya tak ingat tapi umur dalam awal 20an

Dia ni bukan saya yg cari…masa tu saya masih hantar anak2 ke nursery…walaupun hati berat nak hantar tapi apakan daya..terpaksa…masatu bayar kat nursery RM600 sebab 3 orang (kecik2). Dia kebetulan duduk selang 3 buah rumah dari rumah saya (saya tinggal di rumah teres di Taman Selaseh Gombak). Dia tinggal dengan kakaknya yg ada status permastautin sebab kawin dgn org Msia. Dia ada permit kerja kedai buku tapi kedai tu dah tutup so permit masih berjalan dalam 4 bulan lagi…jadi dia minta kerja dgn saya…sayapun bagai org mengantuk disorong bantal..saya terima...gaji dalam RM300 jer…tak perlu susah2 nak hantar ker nursery…

 Tapi…huhuhu..lepas beberapa hari jiran sebelah menyebelah mula mengadu…katanya dia selalu bawa baju kotor dari rumah kakaknya berbeg2 untuk basuh di rumah saya..lepastu balik sidai kat rumah dia..sabun n softener guna yg saya punya…bila saya dengar agak marah juga..tapi tak apala..sabar…lepas tu jiran lain kasi tahu pulak dia pepagi tu tido jer..tak jaga anak2 sayapun…pernah jiran tu pergi kutip anak2 saya kt padang bola berhampiran dengan pakai pampes je.anak2 saya baru setahun lebih dan 2 thn lebih jer masa tu...gendong biskut kat tangan sebab lapar sedangkan tiap2 pagi saya masakkan dulu nasi kat derang..cuma minta bibik tu suapkan jer..kesiannya anak2 ku..mata berkaca bila jiran beritahu benda ni..tapi hati masih cuba menafikan.

Suatu hari Allah takdirkan saya tertinggal kunci bilik ofis. Lepas sampai ofis baru perasan dan saya berpatah balik…hati sangat berdebar2 masa tu..apa sebanarnya yg Allah nak tunjukkan…bagai disangka…dari kejauhan saya dah boleh hidu bau hangit nasi yg saya masak untuk anak2 saya pagitu (sebelum pergi saya pesan padanya supaya tolong tutupkan apinya bila dah cukup masak). Saya buka pintu anak2 dah meluru..saya cari dia…betul macam yg jiran katakan…dia tido dalam bilik tidur saya (melampau) anak saya  yg bongsu masa tu muttaqin baru umur dalam 6 bulan dah bergoyang2 dalam buai nak turun…sebaknya hati…saya terus ke dapur tutup api sebab nasi tu dah hangus…dia masih lena diulit mimpi…saya ambil Baihaqi dan Adawiyah dan bawa ke rumah jiran…mandikan dan pakaikan baju..Muttaqin saya biarkan. Saya pesan pada jiran tu tolong ke rumah saya dan kejutkan dia sbb saya risau Muttaqin jatuh buai. Saya cakap pada jiran jangan cakap yang saya bawa anak2 ke pejabat..biar dia lintang pukang cari. Saya bayar dia untuk jaga anak2 saya bukan untuk tido. Panjang kisah bibik ni..so pendeknya petang tu saya berhentikan dia..


3.       Bibik ni namanya Sri..bukan bibik la sbb umur baru 18.

Kisah macam mana saya dapat bibik ni panjang tapi saya pendekkan dia adalah mangsa sindiket penjualan org..so dia tiada apa2 dokumen pengenalan. Saya berani ambil dia sbb bos saya yg rekemenkan. Lagipun saya tak keluar ke mana2..mukanya pun tak macam Indon so mudah. Saya memang takde duit nak buat permit. Alhamdulillah dia bagus rajin..beriman..menurut katanya dia pelajar di mesir..saya percaya sbb gaya bacaan al quran memang tak seperti Indon malah ada jiran minta untuk dia ajarkan anak2nya mengaji. Saya guna khidmatnya agak lama dalam setahun lebih hinggalah dia dapat berita yg ibunya meninggal dunia selepas cuba menjejaknya sekian lama. Dia menangis sampai bengkak matanya…saya terharu dan tumpang sedih..dan dia minta nak balik sbb ayahnya juga kurang sihat..katanya kalau dia dh tak sempat nak jumpa ibunya sepanjang hayatnya dia nak berjumpa ayahnya. Maka walaupun saya sedar payah untuk hantar dia pulang kerana ketiadaan apa2 dokumen. Pendeknya dia pulang juga.


4.       Yang ni bukan bibik tapi rakan sepermainan saya masa kecil di kampong umur sebaya dgn saya

Tapi oleh kerana rezeki saya lebih, saya berjaya dalam bidang pelajaran maka saya dapat kerja sebegini. Alhamdulillah saya boleh kongsi rezeki yg Allah bagi ni bersama orang lain. Saya buka mulut mencari2 siapa yg boleh menjaga anak2 saya. Pada waktu tu saya telah berpindah ke Kuala Krai Kelantan sedangkan suami masih kekal di KL. Terasa macam janda muda beranak 3. Bukan saja saya terasa gitu malah jiran2 di kampong juga ingat saya janda sebab suami saya hanya boleh menjenguk kami hujung minggu saja. Memang perit masa tu..mujur kawan lama sanggup menjaga. Masatu saya bayar gaji hari RM20 sehari. Kebetulan dia dh bersuami, so dia datang pagi2 sblm saya pergi kerja dan balik selepas saya tiba di rumah. Tapi dia kerja tak lama..dalam 3 bulan saja sebab dia nak buka kedai runcit. Saya akur. Sekali lagi bermula episode pencarian pengasuh.

 5.       Yang ni juga bukan bibik tapi jiran di kampong tempat saya tinggal tu. Jiran sebelah yg rekemenkan dan saya pergi ke rumahnya...budak ni umur dalam belasan.

Budak ni lurus bendul..masih muda cuma agak slow (otaknya) tapi bagi saya selagi masih boleh faham apa yg saya cakap ok lah. Dia kerja sementara saya mencari bibik Indon..dalam sebulan saja saya dapat bibik Indon dan dia berhenti.


6.       Nama bibik ni saya dh lupa umur dalam 30an

Masa awal saya terima dia hati saya dh tak sedap. Tak pakai tudung tu satu hal takper la..pakai pulak seluar sekerat haduhhh..takper saya terima. Saya terima dia awal subuh so saya suruh la dia solat subuh dulu baru tido…dia angguk…masuk zohor dia mandi dan tanyakan saya arah kiblat..saya terkejut la tadi sembhyg subuh macam mana?dia kata dia tak solat tadi..sebab capek! Hati dah makin goyah..takper sabar. Saya bagi ceramah sikit. Dah tu ajar dia masak utk anak2..kebetulan saya ajar dia masak telur kicap…telur kicaptu la setiap hari yg dia masakkan utk anak2 saya tak berubah2.

Bila saya balik keje hari tu saya nampak dia kat luar tak pakai tudung dan pakai seluar gantung…saya terus cakap bibik tolong pakai tudung dan seluar panjang and saya masuk dalam rumah kasi dia tudung dan seluar. Esoknya saya balik rumah macam tu juga…dia tak pakai tudung juga..saya cakap kenapa tak pakai? Dia senyap jer..sakit hati gak…saya kata sekali lagi tolong pakai tudung kalau nak keluar rumah. Dalam rumah takper la sebab suami saya pun takder.

 Bila saya dok tengok anak pompuan saya menggaru kepala, saya tanyala kenapa asyik menggaru..dia kata gatal..so saya cek la…dalam masa tak sampai 2 minit saya dapat tangkap 8 ekor kutu! Saya tanya bibik saya dia ada kutu tak? Dia kata ada huhuhuhu macam2 hal la…dah tu takper la sayapun bawa la balik ubat kutu…siap ajar lagi macam mana nak guna. beberapa hari lepas tu saya tanya la ada rasa kurang tak kutunya..dia selamba jer cakap..bibik tak pakai pun! Saya tanya balik kenapa tak pakai?…dia senyap jer…hish…ada mental problem ker bibik ni??

Yang buat tak tahan tu…dia tak pernah masak benda lain utk anak2 saya melainkan telur kicap tu…saya ingatkan memang dia tak pandai masak..so diamjer la..rupanya bila malam dalam pukul 3 pagi saya terdengar ada orang memasak di dapur…saya hendap diam2…rupanya dia dok memasak..lepastu terus makan dan basuh…kira takder tinggal apa2 kesan la…pandaiiii. Dah berapa lama dia buat macam ni pun tak tahula..

Terus saya kontek ajen dia minta nak tukar baru..tapi ajen tahujer la…masa nak dapat duit dulu memang la cepat…lepas dh dapat duit..nak tukar lain tak perlu bayar pulak..memang jawabnya takder la pengganti. Nak dapatkan dulu habis rm3500 janji kalau dalam3 bulan tak perform boleh pulang balik dan dapat tukar tanpa cas apa2..tapi itu hanya sekadar tanam tebu dipinggir bibir saja. Tel ajen pun terus bertukar…tak dapat kontek sampai ke hari ni…


7.       Saya masih berusaha…kali ni saya pergi sendiri ke agensi berdaftar di Kota Bharu. Susie namanya umur baru 24.

Betullah kalau agensi ni..mahal memang mahal masa tu rm5400. Gaji rm300 sebulan.takper la sbb perlu punya pasal. Dia ni memang terbaik setakat ni. Dapat tunjuk ajar daripada agensi so memang takpernah ada masalah. Agama pun bagus. Saya pilih dia masa tengok biodatapun kerana dia tulis “maunya majikan yang benarkan solat”. Mungkin sebab itulah dia kerja hingga tamat kontrak.

Kalau boleh memangla saya nak terus dengan dia..tapi Allah merencanakan sesuatu yg lain kepada saya. Saya mohon untuk sambung belajar di luar Negara. Waktu saya berangkat ke German, kontraknya masih bersisa 4 bulan. Saya letakkannya dirumah mak saya. Saya cakap lepas ni saya masih mahu khidmatnya. Dia juga begitu. Tapi lepas balik ke Indon..dia bertemu jodoh..terus mengandung..jadi walaupun saya dah balik ke Malaysia suaminya masih tak benarkan dia kembali ke Malaysia. Hingga thn lepas dia masih menghubungi bertanyakan khabar. (tahun ni lost contact sbb hp saya hilang)

 8.       Yang ke 8 ni saya tak ingat namanya sebab sebulan jer pakai. Umur dalam lingkungan lewat 30an. Tapi tak kawin lagi.

Walauoun saya masih di luar negara, saya terpaksa guna bibik sebab saya bawa balik ke Malaysia 2 anak saya. Saya nampak si abang agak ketinggalan jika terus bersekolah di german. Jadi hujung tahun 2009 saya bawa balik Baihaqi dan adawiyah utk bersekolah di Malaysia. Mereka tinggal dgn opahnya (mak saya ) takkan la saya nak tinggal gitu jer…so saya carikan bibik utk tolong. Kos dapatkan bibik tu RM3500. Murah sebab maid dh ada di Malaysia katanya nak tukar majikan. Majikan lama suruh jaga org tua sedangkan dia nak jaga budak. Menurut agen dia ni sebatang kara didunia..mak ayah dh meninggal..adik beradik takder…bila dh susah saudara mara pun tak kenal…sedihkan?(Jangan sedih2..tipujer sumer tu)

 Mak terima bibik masa saya dh berangkat ke German kembali. Jadi saya tak sempat tengok muka bibik tu. Tapi hahaha citer bibik ni lagi lawak. Memang dia dtg nak jadi tuan. Dia siap cakap dia bukan nak jadi bibik.Dia org kaya di Indon. Terkedu mak saya. Nak kata apa kalau dh bibik cakap macam tu. Saya tel ajen..agen pun terkejut sbb dia memang kata nak keje (tak tahula mana satu betul..ajen pun putar belit gak). Masak tak..siap mak saya pulak yg tolong masakkan utk dia. Kalau mak saya keluar…terpaksa balik tengahari utk masak utk dia..sbb kalau tak masak nanti dia kelaparan. Sya yg mendengar ni naik meremang bulu roma nak marah.

 Kata mak lagi anak2 tak mahu dia yg uruskan..jadi nak kasi pakai baju sekolah…nak mandikan…sediakan makan... semua opah dia juga yg kena buat sbb geli dgn bibik. Saya bertaya pd anak2 kenapa tak mahu bibik buat (melalui skype) ini jawapannya “eiiii tak mau…bibik macam hantu…kuku panjang” saya cakapla.. suruh la bibik potong…anak2 cakap “opah dh suruh byk kali tapi dia tak mau potong..abe geli…kuku kaki pun panjang bu….kotor…hitam” erkkk…kuku kaki sama?adoiai…ada mental problem gak ke ni?

 Saya Tanya agen lagi..dia kata memang takde masalah pun (dia temberang pun tak tau la) ada sekali tu dia melawa…pakai lipstick bagai…mak tanya nak pergi mana? Dia cakap “tak payah nak risau dia tak lari”amboi mak!! Jawab…tiap petang mak cakap dia buat2 menyapu sampah kat luar (rumah mak ni berjiran dgn rumah kongsi pekerja2 bujang lelaki Indon)..ada sekali tu dia minta izin kat mak saya nak gi johor…fuh keje tak sampai sebulan dah nak gi jenjalan…mak tanya buat apa nak gi johor..dia cakap abg dia ada kat sana..pulak dah!!! Kata sebatang kara…mari mana pulak abg dia ni…dh tu adik ada kat ipoh..mak sedara ada kat KL semua ada…alahai..memang dh kena tipu hidup2 la..bila saya cakap kat agen..agen buat2 terkejut…sbb dia kata bibik tu sendiri yg cakap dia sebatang kara.

 Hari2 kat rumah dok dalam bilik menelefon..sapa yg dia telfon pun tak tahula…kata sebatang kara…dh tu mak minta saya nasihatkan (melalui skype la jg) saya pun cakapla..jgn la bercakap lama2 dlm tel…kita dtg nk keje…tahu tak dia jawab apa? Hahaha..dia kata “itukan telfon saya” humang aih…geramnya rasa…mak cakap sejak sya nasihatkan jangan terperuk dalam bilik..dia dh mula keluar..tapi lagi menyakitkan hati sebab dia berbaring kat tengah ruang tamu…tak malu langsung. Bila mak cakap jgn baring kat situ dia cakap dia pusing (pening kepala)…ada penyakit darah tinggi dan sakit jantung…pernah operasi jantungnya tu…haduhhhhhh macam2…

 Atas permintaan mak yg dh tak boleh bersabar dgn bibik ni..saya minta nak tukar lain. Tapi macam biasa..kalau dh tukar lain tu..jawabnya lesap la duit tu…ajen pun tak dapatla nak dihubungi lagi…


9.       Yang ke 9 namanya Maya..dia saya dapat melalui agen juga..agen lain la…dah terpaksa…nak buat macam mana..agensi nak 9k..agen ni minta 6k saja kira ok la juga..umur maya 36 thn..itu ikut paspot la..tapi nampak jauh lagi tua dr umur. Dia dari Medan.

Maya ni sarat dgn cerita sedih…kalau nak tulis lagila panjang entry ni..tapi itu cerita dia..yg pada mulanya saya percaya…masatu saya dalam menunggu untuk melahirkan anak bongsu..Furqaan..jadi keadaan sgt terdesak walaupun siagen kata Maya nak minta gaji lepas sebulan keje dan balik Indon skjp lepas dapat gj tu sbb anak2nya di biarkan menumpang dibawah garaj rumah jiran..tujuan dia minta balik adalah nak mencarikan rumah sewa utk anak2nya dgn duit gaji pertama tu. Saya dapat jaminan ajen. Lagipun wang tak bagi habis lagi…baru bagi rm4000 (byk juga tu..dibuatnya si Maya ni tak balik2 dh teruk la saya) tapi agen betul2 yakinkan dan saya pula bila tengok si maya ni kerje nampak baik..maka saya yakin dia akan kembali..Alhamdulillah saya bagi dia balik dan diaa cuma balik seminggu saja dan datang balik ke Malaysia.

 Dia berjaya dapatkan kepercayaan saya masa tu..anak2nya pun selalu hantar sms tanya keadaan ibu mereka mybbkan saya lebih percaya yg dia memang sgt susah kerana ditinggalkan suami dgn 3 anak. Baju2 anak2 saya banyak yg saya sedekahkan pada dia untuk anak2nya. Bila balik dh kerja macam biasa. Dengan Maya saya sgt rapat sampai dia pernah peluk bahu saya masa kami bergurau. Saya selalu ajak dia tengok rancangan semanis kurma dgn saya. Dalam tempoh itu dia selalu puji rumah tangga saya, katanya dia suka tengok saya dan suami suka mengaji…hatinya jadi tenanng…suatu hari dia minta saya ajarkan dia mengaji (waktu tu saya masih dalam pantang dan saya katakan nanti saya akan ajarkan)
 
Nak dijadikan cerita…ramai rakan sepejabat selalu bertanya mana saya dapat bibik…bila selalu sgt saya diaju soalan ni saya ceritakan pada Maya…dia dapat idea..katanya rakan2nya ramai nak kerja tapi takut nak datang sebab banyak cerita bibik didera…tapi kalau ibu dah ada bakal majikan yang dijamin baik, bibik boleh balik Indon dan bawa mereka balik ke sini. Itu kata2nya yg buat saya rasa bagus juga tu…saya kata itu boleh jadi pendapatan sampingan bibik. Sambil2 tolong kawan2 yg asyik ditipu agen.

 Dalam tak promot, 4 org kawan2 saya mahukan bibik. Saya minta RM1500 seorang utk proses buat paspot, tambang, ‘duit tunjuk’ dan pelbagai…kira buat utk tolong kawan saja..dan nak bagi sikit pendapatan pada Maya…so semua sekali RM6500 saya kirimkan pada Maya lepas dia pulang ke Indon (kira dia kerja dgn saya selama 6 bulan dan saya benar2 mempercayainya) sebelum tu saya dh selalu selitkan kepadanya..jangan rambang mata dgn duit..ingat duit tu duit org…walau byk..walau sikit tetap berdosa kalau ambik…dan dia bersungguh2 yakinkan saya ‘ibu ni…bibik dh lama dgn ibu…bibik selalu dgr ibu ceramah..takkan la bibik nak bawa lari duit” itu la yg dia kata…siap dia tanyakan kepada saya apa yg saya nak kirimkan nanti..saya tak pesan apa2 cukupla dia balik dgn bawa balik bibik2 4 org tu…tapi dia berkeras nak bawa kacang tanah,ikan bilis..sbb katanya kat Malaysia mahal dan tak cantik..kat Indon benda2 tu cantik. Saya pun tak kisah la…

 Balik dengan kapal laut siap saya berikan duit belanja rm200 utk makan minum atau teksi..duit rm6500 tu saya bagi masa dia dh sampai ke sana..masuk sikit2 bila dia tipu mengatakan “esok bibik mau ke kantor buat paspor..ibu boleh masukkan wang utk buat paspor dulu”..kita pun masukkan la duit..elok jer dia kata nak berangkat ke Malaysia balik kita masukkan lagi baki..alih2 terus takleh telefon dah lepas tu….alahai sanggup bibik buat macam tu…walhal kalau betul2 dia bekalkan bibik2 tu..mungkin rezekinya akan lebih byk sbb bisnes bekalkan bibik ni saya nampak sangat memberangsangkan..tapi itula…tak reti nak bersyukur…dah nampak rm6500..terus lupa yg lain…sebelum dia berangkat saya berbual dgn dia…”bibik..rm6500 tu tak boleh jadi benteng api neraka di akhirat nanti..jadi jgn la bibik bawa lari…tambah2 lagi itu semua bukan duit saya..duit kawan2 saya…RM6500 tu tk boleh buat bibik jadi kaya seumur hidup tapi boleh bawa siksa di akhirat buat selamanya…saya sambung lagi..kalau nak curi pun biarlah berjuta2..yg dh pastinya bibik akan senang di dunia hingga bibik mati walaupun tahu akhirat nanti akan tersiksa..” dia selalu balas balik..”bibik faham..bibik dah lama dengan ibu…ibu selalu ajar bibik..takkan la bibik nak tipu ibu”…tapi dia tipu jugakkkk huhuhuhu tergamaknya dia….

 Jadi terpaksalah saya guna duit sendiri utk bayar semula pada kawan2 saya dgn nak keluar wang untuk cari bibik baru untk jaga anak2 lagi huhuhu…memang lebih 10k saya habis masa tu…tak per la..itudugaan Allah untuk saya…tanda saya dalam perhatianNya…


10.   Yang ke 10 namanya Tori Haryani…dekat2 dgn nama saya. Dari Banyuwangi. Umur 38 (ikut paspot la..tapi nampak macam tua lagi) mesti org kata…hish tak serik2…macam mana nak serik..saya memerlukan khidmat bibik..kalau saya hnatar anak2 saya ke transit..(jagaan budak2 yg dh besar sikit selepas sekolah  hingga saya jemput lepas balik kerja RM250/head..saya ada 3 orang = RM550 tambah anak yg kecil RM300 = RM850) jadi dh boleh faham situasi saya?mana2 saya pergi org selalu salah faham mengapa saya tak serik2 nak pakai pembantu…Nampak macam mengada2…walhal itu satu keperluan. Kalau pakai bibik jauh lebih jimat dan jauh lebih memudahkan.

Tori ni maid paling tak byk cakap..mungkin sbb suami saya dah warning saya…jangan baik2 sgt dgn bibik…bila saya baik sgt..dah buat macam kawan..dia naik kepala..jadi yg ini saya cukup berhati2..saya kurangkan bercakap dgnnya..cakap yg perlu sahaja..Alhamdulillah..dia bibik yg baik…tak perlu saya suruh... dia buat semuanya…diapun selalu berbual dgn bibik sebelah memuji kebaikan saya sebagai majikan tapi tak tahu di mana silapnya tiba2 dia lari..hilang tanpa sepatah kata…tak ada tanda2 dia sedih dgn saya…tak ada tanda apa2 pun…rajin seperti biasa…memang saya sgt terasa dgn pemergiaannya sbb dia rapat dgn Furqaan…malah kadang kala saya cemburu melihat Furqaan terlalu rapat dgnnya…tapi sanggup juga dia pergi…dia pernah cakap pada saya yg dia mahu terus sambung dgn saya walaupun selepas 2 tahun nanti..entahlah siapa yg dh racun fikirannya…

Kini saya masih mencari yg baru…ya Allah berikanlah bibik yg terakhir dan terbaik buat keluarga kami…Aminnnnnnn

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg