Sunday, October 16, 2011

Babyku demam!


Buat kali pertama…setelah umurnya setahun nak masuk 2 bulan…baby ku demam!huhuhu…rasa sayu tengok dia tak mahu makan tak mahu minum susu…tidur pun nak atas ibu jer…(bukan tepi…tapi atas!)takper la terlentok herot petot pun…asal atas ibu….huhuhu….
Ibupun tak dapat nak tido lena sbb risaukan baby….kejap2 lap tubuh dia……cepat betul kering air kat tubuh…dah badan panas sgt…kalau ikutkan Furqaan ni kebal demam…Alhamdulillah…penangan susu ibu rasanya…setiap kali cucuk vaksin2 tertentu…tak pernah demam..even yg baby2 lain sering demam pun…dia kebal…
Tapi kali ni…dah abg2 n kakak dia pun demam semua (berturutan..)at last…sampai juga pada dia…tu pun malam jer dia merengek manja gitu…siang walaupun badannya panas tapi dia tetap aktif….main segala permainan yg dia suka…Cuma dia tak mahu makan…puas ibu masak macam2…nestum pun beli gak..manalah tahu kot2 bawaan demam ni..terasa nak makan nestum (selama ni dia tak suka nestum…memang ibu yg selalu masak utk dia)…tapi takmo gak… minum susu pun kurang…alahai susah hati ibu….
Dua hari lepas hari cuti…boleh ibu jaga…hari ni ibu dh mula keje…beratnya hati nak pegi…memikirkan nanti nak minta cuti panjang sikit utk raya haji…terpaksa la cekalkan hati untuk tak cuti pada hari ni…mujur bibik tersangat saying pada Furqaan….jadi bolehla ibu harapkan bibik menggantikan tempat ibu kejap…memikirkan Furqaan ceria waktu siang…dan abah pun balik tengahari…jadi bolehla abah tengok2 kan Furqaan.
Engkau yg maha mengetahui betapa resahnya hati ini…Ya Allah..sembuhkanla sakit anak2 ku…

No comments:

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg