Tuesday, November 20, 2012

Ramainya manusia tak takut pada Allah…



Bukan niat untuk ambil untung atas rumah yang disewakan. Rumah pun dibeli bukan untuk tujuan pelaburan. Memang niat asal untuk mendiami tapi kita cuma merancang…Allah yang menentukan. Sebaik mendapat tawaran sambung belajar ke German memang ada beberapa pilihan diberi..sama ada utk sewakan atau buat homestay atau biarkan saja kosong.

Saya pilih buat homestay..ribuan ringgit habis utk fully furnish kan rumah. Dipendekkan cerita..dapat kontrak dgn KPLI untuk menempatkan student2 yang nak buat praktikal…habis rumah rosak dirosakkan oleh 12 orang bakal2 cikgu yang menyewa secara kontrak (kontrak selama setahun..nasib baik setahun). Tak terbayang beginikah rupa cikgu2 yang akan mengajar anak2 kita akhlaq, budi pekerti, kebersihan..jujur…ya Allah…apa nak jadi..

Serik dengan kejadian tu..setahun saya biarkan rumah tu kosong tak berpenghuni…tapi biasalah…ada juga kawan2 dan adik beradik bertanya..tak nak sewakan semula ker? Sayang rumah rosak kalau dibiarkan kosong terlalu lama. Terkesan dgn kata2 tu saya n suami mula iklankan semula rumah kami dalam mudah…ramai sgt yg menelefon..tapi Allah yang aturkan segala…semua yg menelefon, kami tolak dan terima saranan daripada abg yg tinggal berdekatan utk menyewakannya kepada seorang duda yg baru kematian isteri…dipendekkan cerita lagi... dia setuju terima rumah tu dgn barang2 di dalamnya. (saya memang tak mahu keluarkan barang2 saya…kalau dia nk menyewa sekali dgn barang2…dudukla..kalau tak nak..tak payah sewa.)

Pada mulanya dia setuju terima dgn barang2..so ok la…tak berapa lama lepas tu jiran depan rumah beritahu yang dia nmpak byk barang2 diluar rumah…dh lama katanya katil, tilam, almari, besen, pinggan mangkuk..macam2. duk berlambak diluar rumah. Saya pun tak tahu cerita..tel penyewa dah tak berangkat…sms tak berbalas…habis la kali ni…so saya balik Kelantan. Pergi ke rumah saya tu..alahai sedihnya tengok rumah…penyewa takder pun…so takleh masuk dalam rumah…Cuma tengok lambakan perkakas dapur dan perabut2 lain dilambak diluar rumah bahagian belakang…saya panggil jiran2 datang kutip apa2 saja yang mereka mahu...saya sedekah saja...

Setelah lebih 7 bulan tak bayar sewa, saya minta dia keluar. ..selang beberapa lama dia pindah dengan meninggalkan lubang di rumah saya (hasil tebukan utk pasang ekon…rumah saya dah ada 4 biji ekon..tak cukup lagi..dia tebuk juga utk tambah lagi ekon)..sampah sarap tak payah nak cerita la..dia keluar waktu malam dengan pintu, tingkap, lampu semua dibiarkan terbuka dan terpasang…aduhai..sampainya hati…rupanya ada surat merah dari TNB kerana hampir 5 bulan tak bayar elektrik berjumlah hampir rm400!..Terima kasih banyak2 wahai penyewaku. Kita jumpa di akhirat.

Kebetulan suami ada out station ke Kota Bharu sebaik selepas kejadian penyewa keluar rumah, terus dia ke rumah kami…pilu rasa hati lihat org buat rumah yg kita sayang macam tu…dalam tengok2 tu jiran depan rumah cakap ada org berminat nak sewa…kami yg serik dgn kejadian ni memang tawar hati nak sewakan pd org..pd waktu itu jawapan saya"tidak"..

Selepas suami balik ke Putrajaya..bertalu2 jiran tu telefon minta dipertimbangkan kerana org tu ada anak2 kecil dan perlu cari rumah dengan kadar segera sebab kebetulan memang nak hujung bulan dan tak nak bayar sewa utk bulan seterusnya kalau boleh pindah..alasan nak pindah dari rumah lama adalah kerana tekanan air di tingkat atas rendah…nak mandi tak puas…ok la alasannya bukan pasal masalah dgn tuan rumah (kalau masalah dgn tuan rumah walau apa jua masalahnya saya akan anggap memang penyewa yg bermasalah)…

Dipendekkan cerita saya terima dia menyewa di situ tanpa perlu bayar apa2 deposit sbb rumah tu ditinggalkan dalam keadaan teruk oleh penyewa sebelumnya dan saya belum sempat nak cuci…dan sipenyewa pun cakap tak apa dia akan cucikan..dia memang suka kerja cuci mencuci n mengemas…masa tu dalam hati Ya Allah bagusnya penyewa ni..harap rumah akan dijaga cantik la di tangannya. Jadi untuk cover kos repair rumah yg rosak sana sini saya rasa reasonable saya tak kenakan apa2 deposit (saya ni asyik pk pasal kesian kat org jer)

Selepas 3 bulan masih tak ada apa2 duit sewa yang dimasukkan ke akaun..masa nak menyewa siap janji..tak payah risau..setiap 8hb tiap2 bulan saya akan bank in duit sewa! (tarikh tu dia yang cakap tu..saya tak cakap pun dia kena bayar 8hb). Suami cuba tel..tak di angkat…sms tak dibalas…huhuhu..habisla kali ni pun kena tipu juga la nampaknya. 

Suami hubungi jiran yg mencadangkan dia haritu…jiran pun terkejut dia buat macam tu sbb nampak elok2 jer…so bila dah tahu gini dia pun cuba la gi minta duit sewa dr si penyewa tu…hmm kalau org dh selalu menipu…keje tipu ni dh tak rasa berdosa dh…seperti biasa dia berjanji akan byr la…tapi hinggalah bulan ke 4 masih tak bayar dan grill rumah dah sentiasa dikunci sbb tak nak si jiran ni datang rumah dia jadi ceti.

So sijiran ni pun takleh la nak buat apa2 sbb dia tak nak bergaul dgn org dah…gril sentiasa ditutup…anak2nya cuma berkawan sesama mereka je. Bila tengok ada anak2 dara perempuan 4 org asyik keluar masuk rumah tu dia pun pelik tapi nak bertanya tak ada sesiapa yg boleh di tanya..last2 sijiran ni sekat budak2 tu dan tanya..apa hubungan dgn tuan rumah ni? Budak2 tu kata “tak ada hubungan…kami menyewa kat bahagian atas rumah tu”…hohoho…siap sewakan pada org! rm100/seorang!

Hari raya haji tempoh hari saya balik nak selesaikan perkara ni…makin sakit hati memikirkan rumah kita dah dibuat macam rumah sendiri…Kami pergi waktu malam ke rumah tu…memang dia tak buka gril tu walaupun dah diberi salam berpuluh kali…di goncang gril tu bagai nak tercabut lengan dibuatnya…dia boleh pulak main intai2 dari dalam rumah!Kalau dah kami tuan rumah tu..memang kami tahu kat mana boleh masuk kalau bukan dari pintu utama tu…so kami berjaya masuk la juga…pergi ketuk pintu rumah bagai nak rak..memang kali ni takkan mengalah…last2 dia buka juga…boleh dia kata “eh tak dengar org bg salam!” 

Berlaku perbincangan yg tegang di situ…malas nk tulis sbb memang menyakitkan hati. Tapi pendek cerita saya bagi tempoh 3 hari supaya dia keluar…Ada dia kisah??? Memang dia buat bodo jer…so apa lagi…saya telefon tuan rumah lama..minta dia ke TNB (resit bil tnb masih atas nama tuan rumah lama) saya nak buat proses tukar nama sebab saya nak bg arahan potong elektrik! Selagi bil tnb bukan atas nama saya, saya tak berhak keluarkan arahan tersebut. Elok jer dh isi borang bagai…peg tnb tu cakap "cik kena setel dulu bil sekarang baru boleh teruskan proses tukar nama".."oklah berapa bil sekarang" saya tanya…bagai nk tercabut jantung saya hampir rm3ribu!!!! "Haa..macam mana boleh dekat 3k ni?" saya tanya…peg tnb tu cakap "sebab dh 5 bulan tak bayar"…saya tanya balik “habis dah 5 bulan tak bayar, tnb buat apa? Kalau rumah org lain 2 bulan tak bayar pun bil baru puluh2 jer pun you dh sibuk pegi potong letrik rumah org tu..apsal dia ni you biar sampai 5 bulan?dekat 3k pulak tu?”...apa respon peg tu?...dia terkebil2 tengok muka saya…rasa nak sedekah penampar pun ada….dia cakap “mungkin dh keluar peringatan kot puan”…sy cakap “apa mungkin2..kenapa you blh tak tahu keluar notis ker tak keluar”..

Tuan rumah lama pun terkejut beruk dengar bil sebanyak tu..secara purata sipenyewa ni guna letrik dekat rm5oo sebulan la maknanya…tuan rumah lama kata “rumah saya sekarg ni pun yg ekon tiap malam pasang utk tiap2 bilik tak pernah lebih dr rm340 sebulan! Dia ni memang nak aniaya you ni…”huhuhu..makin membara rasa marah…saya balik semula ke Putrajaya tanpa hasil! Takkan saya nak bayar rm3k macam tu jer..dia yg senang2 pasang ekon 24j...walhal kat rumah saya punya la berjimat cermat guna letrik.

Kebetulan ayah mertua ada kenal org yang agak gedebe untuk diminta tolong halau sipenyewa ni..biarlah tak bayar satu sen pun asal tak menambah lagi hutang saya pada tnb…so pergila si gedebe ni ke rumah tu…percaya tak kalau saya kata sigedebe tu pulak yg tak percaya yg saya ni tuan rumah tu? Sbb nya sipenyewa tu dengan yakinnya menjawab bahawa itu adalah rumahnya! Siap dengan details dgn siapa dia beli rumah tu…hohoho ni memang main kasar…Nampak gaya memang dia tak ada plan nak keluar dr rumah tu pun.
Tak tidur malam saya dibuatnya…memikirkan bimbang kalau2 dia betul2 dapat rumah tu nanti in any ways. Sekarang macam2 boleh jadi…yg penting ada duit…org dah tak takut tuhan…so nilai manusia dh makin murah…

Saya telefon tnb care line yg beribu pejabat di KL…menimbun2 syarahan saya bagi…baru puas hati. Antara isi kandungan syarahan adalah: Saya telah dianiaya oleh sipenyewa..tnb juga nak tambah penganiayaan tu…kenapa tak potong api kalau dh 5 bulan tk dibayar? Baik u cakap yg u trlepas pandang daripada u bg jawapan lain…sbb I akan fikir tnb dan ‘dia’ (si penyewa) ada apa2 link. Sebelum saya tulis surat rasmi n cc kepada sprm baik tnb ambil tindakan. Saya nak tengok u buat tindakan cepat!

Tak sampai seminggu saya dapat tahu dari sijiran yg dia dh pindah sbb letrik dh kena potong! Baru lega hati saya…dia pergi membawa bersama hutang nya kepada saya..tak apa…seorang lagi manusia yg akan menunggu saya sebelum dia boleh masuk ke syurga…
Risau saya memikirkan…bagaimana perangai budak2 n anak2 muda kita nak elok..kalau rezeki yg haram sebegitu yg disuap oleh ibu bapa mereka ke mulut anak2…rezeki yg dapat dengan menafikan hak orang lain…ingatlah daging yg terbina dari hasil yg haram..neraka adalah yg paling layak buatnya (Hadith At-Thabarani)..nauzubillah…

3 comments:

af-aziey said...

mmmm..terkedu saya baca post ni... teringat pada kisah yang diceritakan oleh arwah ayah pada saya masa kecil.

"seorang Hamba Allah telah termakan sebiji epal yang dibawa arus sungai...dek kerana takutkan epal ini tidak dihalalkan oleh tuanpunya, si hamba Allah ni mencari pemilik epal ini.. dan sebagai balasan untuk menghalalkan epal yang telah dimakan, pemilik epal ini meminta si Hamba Allah ini untuk tinggal bersamanya dan berkahwin dengan anak daranya. Hamba Allah ini setuju dengan apa saja syarat yang diberi asalkan epal yang dimakan dihalalkan"

Namun zaman sekarang, orang dah tak kisah dengan halal/haram..yang penting adalah kepentingan diri mereka sendiri..Nauzubillah, semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini..

alrijalnajwa said...

InsyaAllah ada lagi insan yang mementingkan rezeki yang halal sebegitu dalam dunia ni..cuma tak ramai. Allah nak uji saya..tanda saya dalam perhatianNya. Terbaru jiran belakang rumah saya tu beritahu..rumah saya tu dicat merah dan diconteng...Alhamdulillah...mungkin dia puas buat macam tu...

Anonymous said...

begitu banyak dugaan.. buat baik perpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali. insyaallah, semua dapat diatasi dengan elok... banyakkan bersabar ea^^

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg