PUTRAJAYA - Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 yang
dijadualkan pada 30 dan 31 Ogos serta 13 hingga 15 September dan 2
Oktober ini dijangka menarik tiga juta pengunjung.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat (gambar)
berkata, sebanyak enam negara menyertai pertandingan kali ini iaitu
China, Emiriyah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Perancis
dan Malaysia.
"Pertandingan itu berbeza dengan pertunjukan bunga api biasa kerana
ia diiringi muzik pilihan negara peserta," katanya pada sidang akhbar di
sini semalam.
Menurutnya, dianggarkan 500,000 pengunjung akan datang ke Pusat
Maritim, Presint 5, Putrajaya pada setiap hari pertandingan diadakan.
No comments:
Post a Comment