Thursday, February 14, 2013

Setahun mendobi...

Operasi mencantikkan kedai sedang bermula.....

Tadaaa.... inilah hasilnya....

Alhamdulillah sedar tak sedar..dah lebih setahun saya dan suami bertahan dalam bisnes dobi ni…dalam sibuk kerja seharian masing2..dengan anak2…dengan dobi yang semakin maju…memang sungguh mencabar.

Pernah juga saya dan suami menyuarakan hasrat untuk menjual bisnes ni…hahaha…ada org buat ker? Masa belum maju dulu tak jual…masa dah maju nak jual pulak! Memang mak saya pun marah..tapi bila tengok kesibukan saya dan suami menguruskannya..memang org lebih memahami..lagipun kan ker bagus begitu?nak jual masa bisnes tengah maju…sekurang2nya pembelinya nanti terus dapat untung. Lagipula bukannya kami ni nak kaya sgt pun…tujuan buka bisnes ni dulu pun sbb nak beri peluang kerja pada adik…dah dia dapat kerja lain..kamila yang terpaksa menyambungnya.

Banyak juga org yang berminat untuk membeli tapi tak tahula..Allah tu hebat rancanganNya..ada jer yang berlaku mybbkan saya tak jadi jual akhirnya..dan sampai hari ni masih di bawah milik kami.

Fuhhh byk sungguh cabaran dalam dunia dobi ni…masa gi kursus ritu takde pulak consultant tu bitau cabaran2 ni..adala dia bitau sikit2..yer la..kalau dia bitau semua takder sesapa la nak buka bisnes dobi kan…

Entry kali ni saya nak share dgn pembaca2 semua cabaran dalam bisnes dobi ni…supaya sebelum nak buka kedai dobi..kena prepare mentally dan juga physically hehehe…

1. Pihak berkuasa

Bergantung kepada lokasi perniagaan anda…macam kedai saya..terletak di bawah MPS (Majlis Perbandaran Sepang)..mak aihhhh..kalau hati tak kuat…awal2 lagi dah tak mula bisnes…punyalah payahnya berurusan dgn mereka ni…saya maksudkan unit penguatkuasa. Kat ofis tu ok kot sbb yg berurusan di ofis mereka adalah suami saya. Unit penguatkuasa ni jaga2 la…bukan nak nolong orang nak buka bisnes..nak suruh org tutup bisnes ada la..ada jer kesalahan yang dia cari supaya dia boleh keluarkan saman…so baik jaga2 la…dulu kami baru lagi..byk benda tak tahu…itu bukan alas an yer…takder maaf2 dgn MPS ni…terus kena saman! Bayangkanla..baru 2 minggu buka bisnes..2 keping saman kami dapat..kesalahannya tampal banner “Selamat Datang, Ich liebe Dich Laundry Kini Dibuka” dibhgn atas dan di bhgn bawahnya sekeping lagi banner kecik “Selamat Datang”. Kalau saya letak 5 keping maunya 5 keping saman dapat sekaligus! Dah la saman masa kita tutup kedai…kot yer pun dating la masa kedai beroperasi…boleh kita bercakap sikit…. Tegurlah kami yang baru nak mula berniaga ni..officer tu pun satu..dh nampak banner gitu fahamlaa kedai tu baru buka…mana la ownertu tahu yang tampal banner kt dinding kedai sendiri pun salah..saya terpinga2 apa kesalahan saya sebenarnya sampai la org lain beritahu bahawa kalau nak tampal apa2 pun kena tampal kat dalam kedai..kalau depan kedai tu cermin pun..tampal kat bhgn dalam bukan kat luar…itu salah! Itu la masalahnya kalau letakkan peraturan bukan untuk mendidik..tapi lebih kepada mencari keuntungan dengan cara mendenda.



2. Pembekal

Biasanya bahan2 pakai habis dobi adalah plastic baju gantung (untuk lelaki dan perempuan), plastic baju gosok lipat, plastic baju basuh lipat, hanger, clip, sabun, softener, Clorox, collar spray, perfume lotion, etc..bahan2 ni memang kena kerap beli la kalau bisnes bagus…so kena la pandai cari pembekal yang tak byk songeh. Ada pembekal saya tu tak boleh bekalkan semua perkara..maknanya setgh yg lain kena beli dr pembekal lain…aduhhh malasnya nak berurusan dgn byk pembekal. Sorang pembekal ni ok dah…hrga barang2 dia murah..tapi sabun dia tak wangi la pulak…wangi tu wangila..tapi tak capai std yang saya suka. So saya cari pembekal lain. Ada sstgh pembekal pulak kalau tak cukup limit dia beberapa ratus ringgit..dia tak hantar..kena gi kolek sendiri…alaaaa lagi la takder masa.ada tu dah pesan berminggu2 pun tak sampai2 lagi barangnya…huhuhu..sabar jer la…kalau dapat satu pembekal boleh bekalkan kesemua barang dobi dengan harga yang murah, mencapai std yg kita tetapkan alangkah bagusnya.



3. Pelanggan

Haaaa ini memang kena byk sabar. Perangai manusia memangla macam2…dulu masa keje kat spital pun saya lalui byk kerenah pesakit…pesakit dgn cara pesakit…pelanggan dobi dgn cara mereka..hadoiiii. Tapi nak tak nak kena lalui jg la dh nak berniaga dgn org..kalau nak berniaga dgn kambing tak boleh kot!



Kerenah 1.(pengalaman kawan-pengusaha dobi juga. saya belum kena lagi Alhamdulillah)

Pelanggan datang dgn keluarga hantar laundry…resit diberi kepada bapanya..masa kolek laundry disuruh anaknya yang datang ambil dikedai…tak bawa resit. Kita pun sbb dah nampak anak dia masa hantar haritu dgn tidak ada syak wasangka berila laundry tersebut. Kemudian datang si emak menuntut laundry dengan membawa resit. Katanya dia tak terima laundry pun! Dia yang berhak terima laundry sbb dia yg ada resit. Nak tuntut ganti rugi! Ada org gini dalam dunia…jgn main2…so jaga2 la..kita ni nak buat strict sgt nak tunggu ada resit dulu baru nak bagi laundry sat lagi takder sapa la nak mari kedai…cthnya si suami hntr dobi resit ada pd suami…selang bbrapa hari isteri kebetulan lalu kt depan kedai…nak kolek baju dobi, pekedai tak bagi sbb tak bawa resit..last2 dia pun tk pergi dh la kedai tu sbb payah sgt…So moral of the story..strict sgt pun takleh..loose sgt pun takleh. So kat kedai saya , saya buat satu buku…kalau ada pelanggan dtg nak ambil baju tak bawa resit..saya suruh dia tulis nama, no tel dan tandatangan. Senang nanti buat bahan bukti.



Kerenah 2

Pelanggan kaya raya (kaya la kot sbb hantar baju mahal giler)…jaga baik2 pelanggan macam ni…ada yg ok tapi ramai yg cerewet. Kalaula boleh tolak….dah lama tolak…takder pelanggan gini pun takper..dia hantar baju mahal..suruh basuh biasa..then gosok. Ok kita buat macam biasa la. Masa dia kolek tak puas hati , kita basuh tak cuci katanya. So saya ambik basuh tgn la senang. Lepas tu lain pulak komplennya..yg tak logic pulak tu..kita koyakkn baju dia (walhal memang dh sedia macam tu pun..ala yg lubang2 kecik kat kolar baju tu..biasa la kalau dh pakai, basuh,gosok byk kali) lagi dia tuduh kita kuningkan bawah ketiak baju dia…alahai…apa keje la pulak nak kuningkan bawah ketiak tu…itu kesan awak guna deodorant laaa..tu bukan baju pertama yang saya terima yg gitu keadaannya…dia minta ganti yang tak tahan tu…nasib baik la consultan saya dh janji akan bimbing saya sampai bila2..so bila berdepan masalah macam ni saya terus hubungi dia…dia cakap “kenapa awak layan org macam tu?..org macam tu dalam dunia dobi ni memang ramai. Kalau memang dh dia syg sgt baju tu kenapa hantar kedai kita yang buruk2 ni?hantar la kat specialist…paling tidak pun jangan la suruh basuh biasa…suruh dry clean atau paling tidak pun basuh tgn…ini tidak…suruh basuh biasa..lepas tu tuduh kita rosakkan baju dia pulak!Huhuuhu…macam2 la manusia di dunia ni…solution untuk kes macam ni susah….takkan la kita nak tolak kalau dah baju tu memang ada kesan deodorant kat bawah ketiak tu…sbb memang byk baju yg gitu…yang koyak terus kat bhgn kolar tu pun byk…hbs kalau sumer nak tolak (sbb takut dituduh merosakkan baju) apa lagi yang tinggal?



Kerenah 3

Saya ni buat servis pikap n delivery…so ni pun satu hal juga. Pelanggan hntr msg minta hantar baju laundry yang dah siap..bila kita dah sampai rumah dia..tekan loceng berpuluh kali…menunggu la kita ni depan rumah dgn baju di tangan (kalau rumah atas tanah ok la juga…bila tuan rumah dh keluar baru ambik baju dalam kete..kalau rumah flat..kita dah bawa siap2 baju… hadoi…lamanya menunggu nak buka pintu. Itu yang buka pintu…yang tak buka sampai sudah pun ada…kita ni dah dia yg pesan suruh hantar..pergi la rumah dia…tunggu punya tunggu tak buka pintu..hntr msg tak reply…tel tak angkt…last2 dia msg balik dia takder kat rumah…ada kt tempat lain…malam esok la hantar! Pelanggan oh pelanggan…jangan la menduga kami sampai begini sekali.



Kerenah 4

Ada juga pelanggan yang cakap nak sekian hari…lewat la kononnya..so kita yang dh tak menang tangan ni berani la nak ambil order…kalau nak cepat memang tak berani nak ambil dah…tup2 lepas sehari hantr msg nak baju cepat..nak balik kg laa macam2 la…dh tu kesian pulak gitu..letak la baju org lain dibelakang..buat yg dia dulu…pernah satu masa sampai ke pagi menggosok sebab pelanggan nak cepat...last2 tak datang kolek pun…sakit hati dibuatnya! Kalau kita berjanji kena tepati..kalau pelanggan berjanji takper kot kalau mungkiri…Pelanggan yang jatuh dalam kategori ni memang ramai…so berjaga2. Dan kepada para pelanggan..jangan la buat gitu...jika masa anda berharga buat anda..begitu juga masa pekerja dobi...kalau berjanji...wajib ditepati.



Kerenah 5

Hantar baju dryclean menimbun2…(kedai kami jenis tak ambil deposit)..dah siap..tak datang ambil sampai sudah!



Kerenah 5

Pelanggan yang hantar baju untuk gosok tapi bagi hanger tak cukup lepas tu kita letak hanger kita...dia pulak tak nak bayar untuk hanger. So solution utk masalah macam ni senang jer…jgn guna hanger kita…kita guna hanger dia juga…letaklah satu hanger tu 2 baju pun. Biasanya kita combine baju dan seluar kat satu hanger.



Kerenah 6

Pelanggan yang cerewet bab susun baju untuk gosok. Dia nak hanger warna sekian2 untuk baju sekian2..hanger warna ni untuk baju2 lain pulak…sabarlaaaa..wahai pelanggan budiman…anda bukan seorang saja pelanggan kami…manala kami nak ingat baju mana untuk hanger warna apa…ada yang lagi cerewet…bagi baju suruh basuh dulu lepas tu gosok tapi nak kena match baju dengan nama yang dah ada di hanger! Mana la kami tahu baju ni utk anaknya yang mana…minta maaf la….kalau memang baju tu tak basuh dulu ok la juga…kita cabut dari hanger lepas tu gosok then letak balik kat hanger yg sama…serik oooo



Kerenah 7

Pelanggan yang tak bayar lagi..tapi masa datang ambik baju mengaku dah bayar..berdepan masalah macam ni kena betul2 jaga2..pastikan kita ada system yg bagus untuk tentukan samada pelanggan betul2 dh bayar atau belum. Pelanggan akan kata dia bayar tapi pekerja tak cop bayar pun masa tu…susah nak detek…lastly kita bagi free jer..kalau sorang dua takper la..kalau ramai?



Kerenah 8

Pelanggan yang kata kita bagi balik baju dia tak cukup. Ha jenis yg macam ni memang ramai. So cara nak atasi senang jer…tiap kali dapat laundry…terus tulis berapa pant, berapa baju kurung, berapa tudung etc..senang…. biasa masalah timbul kalau baju basuh then gosok sbb biasanya kita tak bilang baju satu2….(yer la baju kotor...kotor tapi kering takper lagi..kalau kotor pastu lembab/basah?..melainkan tuan dia yang bilang depan kita). Masalah yang sama boleh juga berlaku kalau kita kolek baju dr rumah pelanggan. Masa tu takkan la nak kira satu2…bukan dia sorang kita nak kolek…pelanggan pun masa tu dgn anak2 la dok bermain atas bahu..memang mereka pun kalau boleh nak kita cepat2 pergi...



Kerenah 9

Ha yang ni memang takleh nak elak la kalau buka dobi yer…pelanggan yang hantar seluar dalam siap pad yang ada darah masih melekat kat seluar dalam!Ha jangan tak percaya memang ada. So bersedialaaaa



List ni bukan kesemua lagi..byk lagi yang mungkin tak tertimbul di benak saya sekarang. Tapi bagi saya…itu la cabarannya berniaga. Berniaga apapun pasti akan ada cabarannya. Kalau takut dgn cabaran memang payahla nak maju dalam hidup. Hingga kini saya dan suami masih kekal menguruskan dobi Ich liebe Dich ni. Walaubagaimanapun ramai juga pelanggan yang baik hati...biasanya pelanggan tetap memang jenis tak cerewet...sbb mereka dah masak benar cara kerja kita...tapi tu la...namapun manusia...tak semua sama.

List di atas hanya kerenah pelanggan…belum lagi kerenah pekerja hahaha….dalam apa2 bisnes pun…pekerja memang penting…bisnes maju kerana pekerja..bisnes lingkup pun juga kerana pekerja. Fikir2 kan laaa

Tuesday, December 18, 2012

Cabaran hidup berjiran

Nak kata saya ni ramah tamah..memang saya mengaku saya tak ramah tamah..tapi itu hanyalah apabila saya tak kenal seseorang tu..tapi kalau dah kenal..saya tak pernah mengira status…waimah bibik kat kawasan kejiranan tu memang rapat dgn saya..sebab tu bila bibik saya lari dulu ramai jer bibik lain suruh tunggu hingga tarikh kontraknya tamat dgn majikan lama utk kerja dgn saya…begitu juga bila saya ada masalah pekerja di kedai dobi saya…ada jer yang nak menyanggup..tapi takkan la saya sanggup tengok majikannya ke sana ke mari mencari bibiknya yang lari..sbb saya sendiri tahu betapa peritnya kalau bibik lari..


Hampir tiap petang anak kecil saya, furqaan menunggu saya pulang kerja utk pergi ke taman tempat dia biasa bermain…saya pulak bila balik dh tahu dah…memang tak masuk rumah terus bawa anak2 saya..bersama anak2 jiran ke taman tu…kena gi naik kete sebab agak jauh kalau nak jalan kaki..kiranya anak2 jiran memang dah rapat dengan saya…terutama satu budak pompuan kecik ni…nama dia Ainul Mardhiah…comel betul budaknya…menurut bibiknya, Ainul ni buka mata jer terus nak ke rumah saya..nak main dgn furqaan…si ainul pun pantang nampak saya …kedua2 tangan terus angkat..nak saya dukung…saya pun main2 cakap la…’alahai…menantu makcik ni sorang’…tapi memang furqaan serasi main dgn dia…

Baru2 ni tetiba dapat hadiah dari seseorang…bibik saya kata “besan” saya bagi…erk! Besan?? Hahaha rupa2nya mak si ainul ni bagi hadiah sbb si bibiknya selalu ceritakan pasal saya pada ibunya. Saya sendiri tak pernah jumpa pun maknya…yer la masing2 kerja…

Minggu lepas abang saya dari Kelantan datang ke rumah…jadi tempat park kereta penuhla…so mahu tak mahu saya parking di belakang keretanya dan mengambil sikit kawasan jiran…(punggung kereta masuk halaman jiran)..kereta jiran sedang park di depan rumahnya..fikir saya kalau dia nak keluar nanti dia datang la ke rumah saya minta saya alihkan…(kalau bukan dia pun…dia boleh suruh bibiknya)..

Rancak berbual dgn family abg (yg julung2 kali datang ke rumah) tetiba Aqin berlari masuk ke dalam rumah…”ibu..mama iqin panggil”..saya pun terkejut juga sbb jiran saya sorang ni tak tahula apa masalahnya dgn saya..tapi dia memang seboleh2nya tak mahu tengok muka saya…so bila dia tetiba panggil tu…kena la cepat2 kan…apa hal pulak…mesti penting ni…kalau tak takkan nak panggil saya…

Memang la penting pun…dia langgar kete saya! Alasannya mudah…dia tak nampak masa undur kete dia..ok la…waktu itu saya rasa elok kalau dia ckap akak minta maaf…akak tak nampak…tapi dari cara dia tengok muka saya, saya dapat rasa dia memang salahkan saya park kete melangkaui territory saya…dia diam jer..so lepas saya tengok tempat yg kemek saya tanyakan padanya..”akak nak keluar ke mana (sbb tengok anak2nya semua duk dalam kete)..dia balas balik “nak kuar makan”..so saya kata “takper la..akak kuar dulu..nanti balik kita bincang”..itu la kata2 terakhir saya pada dia…diapun tak kata apa..terus keluar…sehingga kini tiada apa2 berita.

Melihat pada responnya yang dingin saya cakap pada bibik saya…”ginilah bibik…nanti bilang sama bibiknya…kereta saya tu saya mau reper..nanti resitnya saya akan kasi pada dia..atau..dia boleh bawa kereta saya reper ikut mekanik yang dia percaya…terserahlah yang mana yg dia mahu”..bibik saya pun cakaplah pd bibiknya pesanan saya ni…huhuhu..tak pasal2 kedua2 bibik kena marah…”cakap sama bibik sebelah..jangan masuk campur urusan orang!” itu la yang dia kata….

Okla…tak apala kalau macam tu…

Seperti biasa anak2 saya memang bermain dgn anak2 jiran termasuk anak jiran saya yg sorang ni…sambil main anak saya tanya bila mak dia nak reper kete saya…jawapan anaknya ni lebih menyakitkan hati…”mak aku cakap mak engkau yang salah..apsal mak engkau parking kete kat depan rumah kitorang!”..huhuhu cantiknya budi bahasa….

Saya dengar dgn telinga saya sendiri…hati saya berkata tak apala…kalau dia rasa rm300tu (saya anggar kerosakan kete saya tu kalau reper byk tu la kena bayar) boleh bawa kesenangan hidup selamanya pada dia…buat la…

Tapi alangkah lebih bagus kalau dia sendiri datang ke rumah saya memberitahu bahawa dia tak mahu bayar kerana pada pandangannya saya yang salah sebab saya parking masuk ke kawasan rumahnya…supaya saya boleh berbalas hujah…jikapun saya fully blocked keretanya waktu itu..dia tidak berhak untuk melanggar kereta saya..apatah lagi hanya bontot kereta saya saja yang mengiring masuk sikit ke halamannya (dianggap kawasannya walaupun sebenarnya ia adalah jalan raya…kawasan lapang di halaman rumah saya juga tidak boleh saya claim mengatakan kawasan saya kerana ia adalah jalan raya..sesiapa saja berhak park kereta di situ) dan saya berada di rumah waktu itu…tambahan pula kami hidup berjiran..walaupun dia tak mahu menegur saya..tak apa la..dia larang bibiknya berbual dgn saya..tak apa la…tp jgn langgar kete saya…apa kata kalau saya tersilap mengundur dan terlanggar keretanya? Macam mana dia rasa kalau saya juga buat derk macam takder apa2 berlaku?

Suami saya kata…sabarla..nak buat macam mana…dia lagi tua..kita yang muda ni bersabar jer la…



Tuesday, November 20, 2012

Ramainya manusia tak takut pada Allah…



Bukan niat untuk ambil untung atas rumah yang disewakan. Rumah pun dibeli bukan untuk tujuan pelaburan. Memang niat asal untuk mendiami tapi kita cuma merancang…Allah yang menentukan. Sebaik mendapat tawaran sambung belajar ke German memang ada beberapa pilihan diberi..sama ada utk sewakan atau buat homestay atau biarkan saja kosong.

Saya pilih buat homestay..ribuan ringgit habis utk fully furnish kan rumah. Dipendekkan cerita..dapat kontrak dgn KPLI untuk menempatkan student2 yang nak buat praktikal…habis rumah rosak dirosakkan oleh 12 orang bakal2 cikgu yang menyewa secara kontrak (kontrak selama setahun..nasib baik setahun). Tak terbayang beginikah rupa cikgu2 yang akan mengajar anak2 kita akhlaq, budi pekerti, kebersihan..jujur…ya Allah…apa nak jadi..

Serik dengan kejadian tu..setahun saya biarkan rumah tu kosong tak berpenghuni…tapi biasalah…ada juga kawan2 dan adik beradik bertanya..tak nak sewakan semula ker? Sayang rumah rosak kalau dibiarkan kosong terlalu lama. Terkesan dgn kata2 tu saya n suami mula iklankan semula rumah kami dalam mudah…ramai sgt yg menelefon..tapi Allah yang aturkan segala…semua yg menelefon, kami tolak dan terima saranan daripada abg yg tinggal berdekatan utk menyewakannya kepada seorang duda yg baru kematian isteri…dipendekkan cerita lagi... dia setuju terima rumah tu dgn barang2 di dalamnya. (saya memang tak mahu keluarkan barang2 saya…kalau dia nk menyewa sekali dgn barang2…dudukla..kalau tak nak..tak payah sewa.)

Pada mulanya dia setuju terima dgn barang2..so ok la…tak berapa lama lepas tu jiran depan rumah beritahu yang dia nmpak byk barang2 diluar rumah…dh lama katanya katil, tilam, almari, besen, pinggan mangkuk..macam2. duk berlambak diluar rumah. Saya pun tak tahu cerita..tel penyewa dah tak berangkat…sms tak berbalas…habis la kali ni…so saya balik Kelantan. Pergi ke rumah saya tu..alahai sedihnya tengok rumah…penyewa takder pun…so takleh masuk dalam rumah…Cuma tengok lambakan perkakas dapur dan perabut2 lain dilambak diluar rumah bahagian belakang…saya panggil jiran2 datang kutip apa2 saja yang mereka mahu...saya sedekah saja...

Setelah lebih 7 bulan tak bayar sewa, saya minta dia keluar. ..selang beberapa lama dia pindah dengan meninggalkan lubang di rumah saya (hasil tebukan utk pasang ekon…rumah saya dah ada 4 biji ekon..tak cukup lagi..dia tebuk juga utk tambah lagi ekon)..sampah sarap tak payah nak cerita la..dia keluar waktu malam dengan pintu, tingkap, lampu semua dibiarkan terbuka dan terpasang…aduhai..sampainya hati…rupanya ada surat merah dari TNB kerana hampir 5 bulan tak bayar elektrik berjumlah hampir rm400!..Terima kasih banyak2 wahai penyewaku. Kita jumpa di akhirat.

Kebetulan suami ada out station ke Kota Bharu sebaik selepas kejadian penyewa keluar rumah, terus dia ke rumah kami…pilu rasa hati lihat org buat rumah yg kita sayang macam tu…dalam tengok2 tu jiran depan rumah cakap ada org berminat nak sewa…kami yg serik dgn kejadian ni memang tawar hati nak sewakan pd org..pd waktu itu jawapan saya"tidak"..

Selepas suami balik ke Putrajaya..bertalu2 jiran tu telefon minta dipertimbangkan kerana org tu ada anak2 kecil dan perlu cari rumah dengan kadar segera sebab kebetulan memang nak hujung bulan dan tak nak bayar sewa utk bulan seterusnya kalau boleh pindah..alasan nak pindah dari rumah lama adalah kerana tekanan air di tingkat atas rendah…nak mandi tak puas…ok la alasannya bukan pasal masalah dgn tuan rumah (kalau masalah dgn tuan rumah walau apa jua masalahnya saya akan anggap memang penyewa yg bermasalah)…

Dipendekkan cerita saya terima dia menyewa di situ tanpa perlu bayar apa2 deposit sbb rumah tu ditinggalkan dalam keadaan teruk oleh penyewa sebelumnya dan saya belum sempat nak cuci…dan sipenyewa pun cakap tak apa dia akan cucikan..dia memang suka kerja cuci mencuci n mengemas…masa tu dalam hati Ya Allah bagusnya penyewa ni..harap rumah akan dijaga cantik la di tangannya. Jadi untuk cover kos repair rumah yg rosak sana sini saya rasa reasonable saya tak kenakan apa2 deposit (saya ni asyik pk pasal kesian kat org jer)

Selepas 3 bulan masih tak ada apa2 duit sewa yang dimasukkan ke akaun..masa nak menyewa siap janji..tak payah risau..setiap 8hb tiap2 bulan saya akan bank in duit sewa! (tarikh tu dia yang cakap tu..saya tak cakap pun dia kena bayar 8hb). Suami cuba tel..tak di angkat…sms tak dibalas…huhuhu..habisla kali ni pun kena tipu juga la nampaknya. 

Suami hubungi jiran yg mencadangkan dia haritu…jiran pun terkejut dia buat macam tu sbb nampak elok2 jer…so bila dah tahu gini dia pun cuba la gi minta duit sewa dr si penyewa tu…hmm kalau org dh selalu menipu…keje tipu ni dh tak rasa berdosa dh…seperti biasa dia berjanji akan byr la…tapi hinggalah bulan ke 4 masih tak bayar dan grill rumah dah sentiasa dikunci sbb tak nak si jiran ni datang rumah dia jadi ceti.

So sijiran ni pun takleh la nak buat apa2 sbb dia tak nak bergaul dgn org dah…gril sentiasa ditutup…anak2nya cuma berkawan sesama mereka je. Bila tengok ada anak2 dara perempuan 4 org asyik keluar masuk rumah tu dia pun pelik tapi nak bertanya tak ada sesiapa yg boleh di tanya..last2 sijiran ni sekat budak2 tu dan tanya..apa hubungan dgn tuan rumah ni? Budak2 tu kata “tak ada hubungan…kami menyewa kat bahagian atas rumah tu”…hohoho…siap sewakan pada org! rm100/seorang!

Hari raya haji tempoh hari saya balik nak selesaikan perkara ni…makin sakit hati memikirkan rumah kita dah dibuat macam rumah sendiri…Kami pergi waktu malam ke rumah tu…memang dia tak buka gril tu walaupun dah diberi salam berpuluh kali…di goncang gril tu bagai nak tercabut lengan dibuatnya…dia boleh pulak main intai2 dari dalam rumah!Kalau dah kami tuan rumah tu..memang kami tahu kat mana boleh masuk kalau bukan dari pintu utama tu…so kami berjaya masuk la juga…pergi ketuk pintu rumah bagai nak rak..memang kali ni takkan mengalah…last2 dia buka juga…boleh dia kata “eh tak dengar org bg salam!” 

Berlaku perbincangan yg tegang di situ…malas nk tulis sbb memang menyakitkan hati. Tapi pendek cerita saya bagi tempoh 3 hari supaya dia keluar…Ada dia kisah??? Memang dia buat bodo jer…so apa lagi…saya telefon tuan rumah lama..minta dia ke TNB (resit bil tnb masih atas nama tuan rumah lama) saya nak buat proses tukar nama sebab saya nak bg arahan potong elektrik! Selagi bil tnb bukan atas nama saya, saya tak berhak keluarkan arahan tersebut. Elok jer dh isi borang bagai…peg tnb tu cakap "cik kena setel dulu bil sekarang baru boleh teruskan proses tukar nama".."oklah berapa bil sekarang" saya tanya…bagai nk tercabut jantung saya hampir rm3ribu!!!! "Haa..macam mana boleh dekat 3k ni?" saya tanya…peg tnb tu cakap "sebab dh 5 bulan tak bayar"…saya tanya balik “habis dah 5 bulan tak bayar, tnb buat apa? Kalau rumah org lain 2 bulan tak bayar pun bil baru puluh2 jer pun you dh sibuk pegi potong letrik rumah org tu..apsal dia ni you biar sampai 5 bulan?dekat 3k pulak tu?”...apa respon peg tu?...dia terkebil2 tengok muka saya…rasa nak sedekah penampar pun ada….dia cakap “mungkin dh keluar peringatan kot puan”…sy cakap “apa mungkin2..kenapa you blh tak tahu keluar notis ker tak keluar”..

Tuan rumah lama pun terkejut beruk dengar bil sebanyak tu..secara purata sipenyewa ni guna letrik dekat rm5oo sebulan la maknanya…tuan rumah lama kata “rumah saya sekarg ni pun yg ekon tiap malam pasang utk tiap2 bilik tak pernah lebih dr rm340 sebulan! Dia ni memang nak aniaya you ni…”huhuhu..makin membara rasa marah…saya balik semula ke Putrajaya tanpa hasil! Takkan saya nak bayar rm3k macam tu jer..dia yg senang2 pasang ekon 24j...walhal kat rumah saya punya la berjimat cermat guna letrik.

Kebetulan ayah mertua ada kenal org yang agak gedebe untuk diminta tolong halau sipenyewa ni..biarlah tak bayar satu sen pun asal tak menambah lagi hutang saya pada tnb…so pergila si gedebe ni ke rumah tu…percaya tak kalau saya kata sigedebe tu pulak yg tak percaya yg saya ni tuan rumah tu? Sbb nya sipenyewa tu dengan yakinnya menjawab bahawa itu adalah rumahnya! Siap dengan details dgn siapa dia beli rumah tu…hohoho ni memang main kasar…Nampak gaya memang dia tak ada plan nak keluar dr rumah tu pun.
Tak tidur malam saya dibuatnya…memikirkan bimbang kalau2 dia betul2 dapat rumah tu nanti in any ways. Sekarang macam2 boleh jadi…yg penting ada duit…org dah tak takut tuhan…so nilai manusia dh makin murah…

Saya telefon tnb care line yg beribu pejabat di KL…menimbun2 syarahan saya bagi…baru puas hati. Antara isi kandungan syarahan adalah: Saya telah dianiaya oleh sipenyewa..tnb juga nak tambah penganiayaan tu…kenapa tak potong api kalau dh 5 bulan tk dibayar? Baik u cakap yg u trlepas pandang daripada u bg jawapan lain…sbb I akan fikir tnb dan ‘dia’ (si penyewa) ada apa2 link. Sebelum saya tulis surat rasmi n cc kepada sprm baik tnb ambil tindakan. Saya nak tengok u buat tindakan cepat!

Tak sampai seminggu saya dapat tahu dari sijiran yg dia dh pindah sbb letrik dh kena potong! Baru lega hati saya…dia pergi membawa bersama hutang nya kepada saya..tak apa…seorang lagi manusia yg akan menunggu saya sebelum dia boleh masuk ke syurga…
Risau saya memikirkan…bagaimana perangai budak2 n anak2 muda kita nak elok..kalau rezeki yg haram sebegitu yg disuap oleh ibu bapa mereka ke mulut anak2…rezeki yg dapat dengan menafikan hak orang lain…ingatlah daging yg terbina dari hasil yg haram..neraka adalah yg paling layak buatnya (Hadith At-Thabarani)..nauzubillah…

Tuesday, September 25, 2012

Busy

Tak sempat nak update blog...

16/8 - 31/8 Cuti Hari Raya Eidulfitri
1/9 - 5/9 ISPOR international conference, Taipei
19/9 - 22/9 Penang: Bengkel Pharmacoeconomics
24/9- 28/9 Jadi juruaudit dalaman Bahagian Perkhidmatan Farmasi
1/10 - 3/10 Bengkel Penjenamaan Semula Portal BPF

Huhuhu....kedai dobi pun problem...bukan problem takder pelanggan...memang tengah laku sekarang ni..tak menang tangan...tapi masalahnya pekerja la pulak....main tolak pelanggan...(mentang2 bos dia tak dok kat kedai...senang2 jer dia tipu kata takder pelanggan langsung...kita pun percaya la takder pelanggan...walhal berpuluh2 pelanggan datang kedai pekerja ni tolak sbb dia penat...boleh ker gitu???) tahu ni pun sbb kedai sebelah bitau...kalau tak main percaya jer la cakap sibibik ni sorang...

Ni kira nak cari pekerja baru...anyone???? call me 019-6908043 hehehe...gaji RM600. nak pakai 2 orang.

Keje pun tak menang tangan gak huhuhuu...

Sunday, July 15, 2012

Macam-macam cara anak2 tak mau g sekolah…


Pelikla kenapa masa kat German dulu kalau cuti lama sikit terutama cuti Ester anak2 sibuk tanya bila boleh g sekolah balik? Padahal cuti Ester bukan lama sgt pun..paling2 seminggu jer..tu pun dah tak sabar nak pergi sekolah..


Kat Malaysia ni..cuti dah sebulan setengah pun masih lagi takmau g sekolah! Apa yg tak kena sebenarnya dgn system pendidikan kita ni yer?


Anak2 saya 3 orang sekolah di sekolah yg sama..senang nak hantar and ambik…cikgu2 pun dah tahu ‘do re mi’ tu anak2 saya..darjah 2, 3 dan 4. Kalau sorang tak g sekolah biasanya 2 lagi tu pun tak gi juga. Tapi tu kalau mereka ikut saya out station la. Dulu memang kerap ikut sbb sekolah pun saya rasa macam main2..tapi sejak sisulung tu dah drjah 4..saya kurangkan out station dan juga tak benarkan mereka ikut dah…konon nak suruh tumpukan pada pelajaran la.


Tapi ada kes2 tertentu kalau seorang tak pergi..2 lagi masih pergi..tapi dengan muka tak puas hati la hahahha…mana tak nya..mereka akan tanya kenapa mereka kena pergi sekolah? Walhal bukan tak tahu yg kakaknya demam! Tapi oleh kerana kerap sgt berlakon sakit..so kalau org lain sakitpun mereka ingat berlakon sakit la juga.


Baru2 ni si kakak balik rumah dgn berdarah2 di bawah siku dan beberapa tempat lain…bukan dia nak risaukan luka dia..dia boleh tanya “kakak sakit ni..esok kakak tak payah gi sekolah la ibu?”..akibatnya dia akan berlakon macam sakit sgt2 supaya tak payah g sekolah…abahnya yg lembut hati pulak apa lagi…’hmm kakak tak payah g sekolah yer…’ happy sakan la si kakak manakala abe n aqin masam mencuka nak marah sbb mereka terpaksa g sekolah. Bila balik sekolah pandai pulak kedua2nya..”abah..kalau abah tak caya..balik nanti tengok la..kakak tu bukan sakit pun…” dan hahaha..memang la hanya budak tahu psikologi budak lain…elok2 je si kakak dok main dgn kawan2 dia kat luar…


Later..abe pulak sakit perut…berguling2 gayanya…saya ni pergi la urut guna minyak angin sbb sblm tu elok2 jer pun…tapi anak2 ni cepat tak cepat otak dia..elok jer sakit terus dia terfikir nak buat alasan tak payah g sekolah…dalam saya dok urut2 perut dia tu si abe tanya “ibu..abe rasa esok abe takleh g sekolah la” saya jawab la…”ala sakit perut jer pun…kejap lagi baik la..” dia jawab balik “tapi abe sakit sgt ni..macam mana nak g sekolah” saya jawab balik “takper kalau esok pagi perut abe sakit lagi..abe tak yah g sekolah la…” (itu jawapan g dia tunggu pun..) so esoknya hmm macam dh tahu2 la…memang dia sakit perut lagi la…n seperti biasa kakak n aqin masam mencuka nak marah…n bila balik sekolah..abe elok2 jer main dgn kawan2 dia…


Last sekali minggu lepas..si aqin hhahahaha..mungkin dia kata dah orang lain semua cuti sekolah..dia jer belum lagi..so dia kena cari alasan nak cuti gak..masa saya tengah potong kuku dia, tetiba dia cakap “ibu, aqin mggu depan cuti..” saya tanya la ‘cuti apa pulak..takder surat apa2 pun..” dia jawab balik..”tak..ni aqin jer cuti” saya tanya balik “cuti apa? Berapa hari?” jawapan dia ni bagi saya kelakar..”beg aqin basah..haritu ada kawan aqin tumpahkan air susu dia kat beg aqin…bibik basuh beg aqin..aqin takleh g sekolah. Nanti bila beg aqin dah kering baru aqin boleh g sekolah” hahaha saya n abah dia gelak bagai nak rak…adeker alasan gitu tak nak g sekolah?…last2 kena g sekolah gak la sbb bukan lamapun nak kering beg sekolah..kalau tak kering jemur di bawah mataharipun..mak ayah dia kan tokeh kedai dobi..takkan la takleh nak keringkan guna dryer kat kedai nun…


Saya rasa dia akan kreatif mencari dan terus mencari alasan tak nak g sekolah. Saya kena berhati2 supaya tak dimanipulasi oleh anak2 saya.


Haritu masa bibik saya lari dan saya masih bersusah payah mencari pengganti bibik..terpaksalah saya cuti..si anak2 ni punya tak puas hati boleh dia tanya “eh ibu tak g keje ke hari ni?” saya jawab la..”ibu cuti sbb nak jaga furqaan..kan bibik lari” semua tak puas hati…”kenapa ibu boleh cuti?kami nak cuti jgk!”..nasib baik la otak sayapun jalan jg…”masa cuti sekolah tu..anak2 ibu cuti panjang ibu tak cuti pun!” hahaha baru terdiam.


Tapi saya musykil kenapa la mereka ni cukup tak mahu g sekolah…bukan anak2 saya jer..kadang2 masa saya pergi jemput anak2 saya pulang dr sekolah..ada juga saya bawa balik anak2 jiran…siap mereka pulak cakap “seronok la abe tak gi sekolah rini…” saya tanya kenapa pulak seronok? Mereka jawab.."yer la tak payah g sekolah…best la…g sekolah tak best.."


Hai..seingat saya..dulu masa saya sekolah..memang la tak seronok gak tapi takder la sampai benci betul nak g sekolah…saya tak pernah nak cari alasan utk tak nak g sekolah…walhal dulu pukul 5.30pg mak dah gerak suruh bangun mandi..


Masa anak2 saya bawa balik satu borang..tak silap saya tajuk borang tu adalah "bagaimana nak mempertingkatkan kualiti pengajaran di sekolah"..lebih kurang gitu la…apa lagi…bagai org mengantuk disorong bantal..panjang lebar saya tulis..saya mahu system di Malaysia tiru sikit system di luar negara. Sistem berorientasikan exam utk kanak2 memang sgt2 tak sesuai..apa lagi anak2 dh diberikan soalan beberapa hari sblm peperiksaan utk dihafal dan dibuat latihan d rumah..bagus ker gitu? Adakah itu berjaya mencungkil bakat kanak2 tersebut. Memang bagus utk mangasah kanak2 tu menghafal la!


Idea siapa la bagi soalan pd budak2 ni sblm exam..dh tu suruh hafal…keluar sebijik2 benda yg sama. Mula2 dulu saya memang tak suruh anak2 hafal pun…saya suruh mereka baca dan saya betulkan kalau ada ejaan mereka silap kat mana2..tak tahu pulak soalan exam sebijik macam tu…lepas tu barulah setiap kali nak exam saya akan tanya anak2 saya..mana soalan exam…”jom menghafal!!!!”


Seriously…kena ubah…banggakah kita kalau anak2 dapat markah tinggi sbb berjaya hafal dgn baik?banggakah kita sebagai cikgu bila anak2 murid semua dapat A sbb dapat hafal jawapan dgn baik?..tak tahula org lain..tapi saya tak bangga langsung. Sbb saya rasa system begitu tak mencungkil kebolehan murid2 memberi jawapan mereka sendiri.


Apapun saya hanya org kecil…yg tak ada sesiapa pun perasan tulisan saya ini. Kalau saya dh jadi menteri nanti…tengokla..hahaha…





Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg