Thursday, April 30, 2009

Alhamdulillah....Big Problem dah settle.....

Alhamdulillah.... syukur pada Allah Taala...

Seperti apa yang diketahui umum masalah bahasa di German ni memang big problem. Peraturan yang pelik-pelik dan tak munasabah dari German Embassy (di Malaysia) seolah-olah mereka tak ingin orang ramai datang ke negara mereka.Kalau sekadar untuk datang seminggu dua mungkin tak menimbulkan masalah tapi kalau nak duduk 2-3 tahun memang bermasalah terutama perlu mendapatkan sijil asas A1 bahasa German.

Memanglah bagus untuk mempelajari bahasa mereka...malah apa2 bahasapun...tetapi janganlah dijadikan satu kewajipan sebab kadang-kadang peraturan tu menjadi berat atau beban kepada sesetengah orang terutama bila datang ke German dan duduk di kawasan hulu macam kami ni...hihihi.

Ok...berbalik pasal masalah besar tadi...oleh kerana alrijal perlu extend resident permit utk setahun lagi...maka alrijal, ummu baihaqi (isteri) dan Prof Helen (salah seorang pensyarah najwa) telah pergi ke German Immigration Office di Bad Schwalbach untuk berunding berkaitan penyambungan ini untuk setahun lagi dan sebelum ini (semasa alrijal pergi mendapatkan residen permit buat kali pertama dulu) mereka meletakkan syarat supaya alrijal menyertakan sijil A1 jika ingin terus berada di German bagi tahun berikutnya. Tapi oleh kerana najwa ada berchatting dgn beberapa rakan yg sama keadaannya macam kami....tapi mereka tidak pula dikenakan peraturan ini dan dapat menyambung residen permit tanpa sebarang masalah..maka najwa mencadangkan agar kami pergi mendapatkan penjelasan.

Setelah berbincang dengan pegawai di Immigration tersebut peraturan yang memerlukan sijil A1 yang sebelum ini dikenakan kepada pasangan pelajar yang 'stay' kat German setahun atau lebih baru saja di dimansuhkan. Pada awalnya peraturan tersebut dikenakan kepada orang yang dah 'stay' lama kat German ni tapi masih tak boleh berbahasa German terutamanya geng-geng Turki. Tanpa disedari peraturan tersebut juga terpalit pada pendatang2 lain dan ini menyusahkan kami.

Jadi mungkin mereka kaji semula peraturan ini dan membatalkannya untuk pelajar. Memang betul seperti di Idstein ni ada seorang Turki yang membuka kedai daging halal... tapi isterinya tidak tahu berbahasa German sedangkan dah duduk bertahun-tahun kat German cuma tahu berbahasa Kurdis sahaja. Tapi memang geng-geng Turki ni tak suka bercampur dan mereka hanya dengan kelompok mereka saja....Menurut kata najwa, semasa dia ke parlimen bersama classmate yg lain...mereka sempat diberi taklimat oleh ketua menteri Hessen...dalam taklimat tu dia ada menyebut tujuan dikenakan peraturan tu adalah kerana rasa kasihan pada anak2 Turki yg tak boleh menguasai bahasa German dgn baik...sudahnya mereka ketinggalan dalam pelajaran dan apabila dewasa..hanya layak berkerja dgn gaji yg murah saja...(diberi gelaran 1euro job-kerana mereka dibayar 1euro sejam). Memang niatnya baik...tapi perlaksanaan regulation tu jer yg perlu diperbaiki...

Orang2 Turki ni pun satu...kalau dah tahu menumpang negara org...jangan la pula tak bergaul dengan 'tuan rumah' dah tu memang tak patut la kalau dah berpuluh-tahun di german ni masih tak boleh berbahasa German...kami yg hampir setahun ni pun dah agak 'reti' hehehe...

Sebab itu bila kami sekeluarga cuba untuk bergaul dengan jiran-jiran German ni ...mereka rasa terkejut juga la ingat kami ni sama macam puak-puak Turki. Tapi bagi alrijal kalau nak cepat pandai bahasa German..kena selalu bercakap...jadi kenalah rajin beramah mesra dgn jiran....

Oleh kerana alrijal dah tak payah nak sediakan sijil bahasa german lagi...jadi rasa satu beban yg besar dh hilang...so najwa ingat nak buat BBQ utk meraikan berita gembira ni.... cadang nak buat BBQ di kawasan padang berhampiran rumah yang mempunyai aliran anak sungai yang menarik....najwa pun bertanya pada prof Helen pasal nak buat BBQ tu tapi nampaknya jawapan Prof Helen tu menyebabkan kami terpaksa menangguhkan dulu cadangan tu sebab ...alau nak buat kat kawasan terbuka macam tu perlu ada kebenaran dari pihak berkuasa tempatan...atau ke tempat 'Grill Platz' yang disediakan atau menyewa grill yang mereka sediakan. Adoiiii renyahnya...nampaknya tak jadila nak celebrate hehehe.....

Semasa on the way balik ke Idstein ...sempat la snap-snap gambar yang dikira menarik untuk di kongsi bersama....ok tchussss.




























4 comments:

fauziharis said...

Tu gambar adawiah ke tu? nampak dah macam anak dara.

alrijalnajwa said...

Tu la... ramai orang kata adawiyah yang sulong sebab lebih besar daripada abe....tahulah abe ni... rasanya makan dah kuat... tapi main lagi kuat tu tak sempat nak besar tu....

zakiah said...

Assalamualaikum
Apa kabo?
Cantik2 betul gambar2 tu
Camna study?
Take care

alrijalnajwa said...

W'salam...Alhamdulillah...kami sekeluarga sihat2 semuanya...ehem2..maaflah nak tumpang tanya ni...zakiah yg mana satu ni yer...sbb kna ni ada beberapa org kwn nama zakiah ni...hihihii....study alhamdulillah...biasa2 jer...nak mula praktikal 3 ogos ni...

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg