Sunday, November 21, 2010

Tertinggallah pulak….

Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua…
Haa..entry kali ni nak citer pasal kepulangan saya sekeluarga ke rumah kedua ibu bapa saya di Taiping Perak. Kamipun macam orang lain juga rasanya..ambil cuti pada 18 dan 19hb 11 untuk beraya. Saya balik berkonvoi dgn adik yg tinggal di Nilai. Kami mulakan perjalanan pada lebih kurang jam 10malam bermula dari rumah saya di Putrajaya (nak elak jam la kononnya)..
Saya macam biasala sebagai ibu yg menyusu badan ni…selain sediakan baju2 anak2 utk dipakai di rumah opah nanti saya kena pastikan la gadjet2 menyusu saya tu lengkap. Nak dijadikan cerita pada mulanya dah sedia elok2 dah letak satu tempat sumer barang2…tapi bila adik telefon beritahu dia akan lewat sikit tiba di rumah saya..so saya pun keluarkan la corong penyedut susu pam medela saya untuk di sterilkan bersekali dgn botol2 susu yg lain. (botol2 susu yg nak di bawa dh pun ada dalam beg).
Bila adik tiba jer terus kami punggah beg2 masuk ke dalam kereta. Lupa terus pada corong pam medela tadi. Akibatnya..tertinggallah corong tersebut….
Saya sedar tu pun pada keesokan hari selepas bangun tidur tu…nak pam susu la kononnya sbb dah bengkak…alamak!!! Huhuhu terlupa ambik la pulak…apa lagi walaupun hari tu hari raya..saya dan suami berserta adik saya keluar ke Bandar mencari corong pam ni di setiap farmasi yg ada di Bandar Taiping. Malangnya..tiada satu pun farmasi yg menjualnya kata mereka produk tu mahal dan tiada permintaan. Huhuhuhu…so penyelesaiannya terpaksala saya beli pam baru..
Satu2nya pam yg direkemen kan pada saya adalah pam Pureen harga dalam lebih kurang RM120 la…(melayang duit tak pasal2 akibat kecuaian sendiri) Memangla beza produk mahal dgn produk murah ni..pam Pureen ni memang boleh perah susu juga tapi sakitnya mak aiiiii…dah tu bunyi macam orang mesin orang yg tebang pokok balak laaaa
So selama 4 hari di rumah mak..saya Cuma perah sekali sekala saja la..dah sakit…buat apa nak perah byk kali…bila balik ke Putrajaya saya terus gunakan pam medela…tapi oleh kerana saya beli medela swing so saya ingat nak pasang pam Pureen ni sebelah n sebelah lagi medela…jimat masa…tapi entah macam mana..pam Pureen ni macam merajuk pulak…tak boleh menyedut langsung! Last2 guna satu pam la juga…
Pengajarannya jangan la lupa nak bawa gadjet2 menyusu tu…penting tu….

No comments:

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg