Sunday, September 25, 2011
Rumah terbuka 2011
Alhamdulillah…walau keputusan nak buat rumah terbuka ni dibuat dgn drastic…(kejap rasa nak buat…kejap rasa tak nak buat)..akhirnya terlaksana juga nak buat rumah terbuka…sebenarnya sebelum kembalinya kami ke Malaysia dulu lagi saya dah pasang niat nak buat rumah terbuka bila balik Msia nanti…tapi dh saya bersalin pula masa raya tahun lepas…jadi pospon la ke tahun ni….tu la jadi suam2 kuku tu..kejap nak buat kejap tak nak tu…bukan apa…saya tak pandai nak oder2 katering ni…kot mana pun mmg nak kena masak sendiri gak…tu yg maleh tu…dgn anak kecik lagi…
Tapi Allah dh kurniakan saya bibik yg rajin…Alhamdulillah..suami pun jenis yg mmg terer di dapur..jadi saya pun kuat la sikit semangat nak buat majlis ni…menu saya nasi dagang dan laksam. Memang saya tak pernah masak kedua2 menu tu spanjang hayat saya ni….makan tu adalah…tak niat nak belajar masak pun sbb rasa macam complicated sgt…lagipun mak n mertua ka nada hehehe…kalau nak makan kenen2 la mak atau mak mentua…mesti dapat punya la…
So lepas dh betul2 tetap nak buat majlis maka saya n suami pun mula la menjemput. Takder la ramai sgt pun yg nak dijemput..maklumla rumah terbuka hari raya jer pun…bukan kenduri kawin. Saya jemput kawan2 sepejabat saya... suami jemput kawan2 sepejabat dia…tapi yer la dh cik suami ni aktif dalam macam2 NGO lain..so ramai la kawan2 yg bukan sepejabat pun. Apapun itu semua dh masuk dalam list jemputan.
Majlis kami adalah pada 24/9/2011 selepas Asar hingga pukul 10mlm..so seawal semalam lagi bermulalah proses koling2 nih…huhuhu..koling mak la nak tanya resepi…mmg nak cari resepi dalam tenet bukan payah sgt tapi ni resepi tok nenek..takkan sama macam yg dlm tenet..buat permulaan tu mmg podih la jg telinga ni..kena sindir dgn mak ahaks..yerla..selama ni pandai makan jer...buat malas…nolong pun malas gak hahaha tu yg tak tahu langsung macam mana nak buat tuh..tapi at last mmg semua ilmu mak diturunkan la…so bermulala proses pencarian bahan2 di pasar borong Selangor…huhuhu..first time ke pasar borong tu….takmo pegi dah…kotorr (yerla mana ada pasar yg bersih..nampak sangat jarang gi pasar hhahaha)…semua barang2 borong kat situ jer..senang kira
Walaupun cooking utensils kat rumah tu tak banyak…tapi pandai2 la nak idup. Saya ni tak macam pompuan lain..suka ngumpul barang2 gitu…entah la tak minat..nak buat macam mana…tapi lepas event ni rasanya nak kena la beli barang2 dapur sikit sebanyak…siksa oooo masak pun kena 3-4 kali round nak siapkan satu2 menu…insap2…suami pun masa ni la nak pulangkan paku buah keras…almaklumla selama ni bila ada sales kat supermarket dia selalu gak suruh saya pilih…tapi saya pandang sebelah mata pun tak…ha sekarang hadap la sendiri kepayahannya. Buat suri2 rmh sekalian..beli2 la barang2 keperluan dapur tu selengkap yg mungkin…jangan beli sekaligus…kopak la…beli sikit2…lama2 banyak laa
Apapun seawal pukul 12.30 dah siap semua juadah. Kedudukan perabut yg ada sikit sebanyak tu pun dah dipindah supaya ramai org boleh duduk bersila…Alhamdulillah..sempat la berehat tarik nafas kejap sblm tetamu mula datang…sempat la nak uruskan baby yg ditinggalkan pada bibik sepanjang pagi…kecian dia…ibu cutipun tak main dgn dia gak…
Lepas mandikan baby (entah kali ke berapa pun tak tahula…dia suka mandi…ibu diapun suka gak mandikan dia..yer la pakai cloth diaper… so no hal la nak pakai nak cabut berapa kali sehari pun). Baby suka mandi kat luar rumah…dia suka kalau ibu dia sembur guna paip tu…terkedek-kedek dia lari..tak sempat nak bernafas hahaha..lepas mandi…kasi baby makan dulu..pakai baju melayu yg beli utk raya ritu..n bagi susu…terus tertido…alahai comelnyaaa… sayang anak ibu!
Tamu mula datang sebelum Asar lagi..kami pun faham…di hujung2 Syawal ni berpusu2 org nak buat open house…jadi para tetamu kena atur elok2 perjalanan nak ke open house kawan2 ni. Yang dekat tu sama ada didahulukan ataupun diakhirkan…apapun Alhamdulillah…dalam pukul 8 malam tetamu terakhir pun pulang….suami pun dh terlentok di sofa. Anak2 juga yg masih kekal aktif..terutamanya sikecik..mana tak aktifnya..tido sblm pkl 2 ptg..bangun dekat pukul 5! Dah bangun tu keje nak berdukung jer la…tamu dok ingat dia takleh berjalan lagi..walhal dari umurnya 8 bulan lagi dia dh berjalan…sekrg ni dah pandai berlari dh pun…tapi oleh sbb pagi tadi asyik dgn bibik jer..so ni dia takmo dok bawah langsung…kira nak qada la ni…haduhhh…kalau ringan takper la jg…
Ada jg tetamu yg sambil menyelam sambil minum air hahaha….datang open house smbil2 tu beli baju bundle utk anak2 mereka sekali…minta maaf byk2 la kawan2…tak sempat nak layan…tapikan kalau saya..saya suka pilih sorang2…takder org ikut…rasa puas jer nak memilih kan…so kira ok la tu saya tinggal tu…
Akhir kata…pada kawan2 yg tak terjemput tu..saya minta maaf sgt2…saya buat majlis kecik jer…kawan2 n jiran2 terdekat jer…rumah pun tak besar…takleh nak tampung ramai org dlm satu2 masa…dan pada kawan2 yg hadir terima kasih byk2 kerana hadir…minta maaf juga atas segala kekurangan layanan saya n suami sepanjang majlis berlangsung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment