Thursday, January 26, 2012

Perkhidmatan di Hospital kerajaan vs hospital swasta

Ermmm first of all kenapa tajuk ni dipilih yer?? Tentulah ada sebabnya…kalau sebelum ni saya agak reserve sikit bab2 ni walaupun dah byk yang saya dengar ttg komplen2 org ramai terhadap hospital gomen ni...almaklumlah sayakan orang gomen…keje pulak kat spital gomen (dululah..) jadi pengalaman2 buruk berurusan dgn staf2 di institusi gomen ni saya keep silent je. Tapi memang situasi kali ni sungguh mencabar kesabaran saya..manakan tidak..kalau selama ni jika saya/ ahli keluarga ada masalah kesihatan..senang je saya helo mana2 pakar yg saya kenal and straight away terus gi jumpa…kali ni oleh sbb ‘kepakaran’ saya…saya telah ‘ditarik’ ke ibu pejabat kementerian kesihatan selepas pulang dari menyambung pelajaran…(nyesal plak buat master dalam pharmacoeconomics ni huhuhu) jadi secara otomatiknya tiada lagi kelebihan2 seperti mana di hospital dulu…

Tak mengapa be professional..saya terima keadaan ni. Setiap kali sakit..saya pergi ke klinik seperti org awam biasa..tunggu giliran nak jumpa Dr macam biasa…tunggu giliran nak ambil ubat macam biasa..memang terasa lain..sebab selama ni tak pernah menunggu tapi apa nak buat..kena redha sbb saya kini bukan lagi di hospital.

Baru2 ni…(bukan baru juga la)..bulan 10 thn lepas (2011) saya pergi ke klinik kesihatan Putrajaya presint 9…mesti org tertanya gak kenapa g yg present 9? Kan tersangat la ramai pesakit kat situ…habis tu kalau saya g KK presint 3..asik2 jumpa MA…buat apa?Pegawai Farmasi jumpa MA?Kalau pegawai Farmasi tu junior kira boleh tahan la lagi..ni peg pun dh senior…jumpa MA yang junior huhuhu…sgt la tak relevan…okla kalau MA tu jenis yg bagus..tapi hmm macam mana nak cakap yer..ada sekali tu saya gi..dh la cara cek tu macam nak tak nak…siap preskrib antibiotic lagi..takdernye nak countersign Dr…kira hebat la tu konon..hampesh!!
Dah tu lepas beberapa hari bila tak baik lagi saya gi skali lagi…kira kali ni dgn harapan nak jumpa Dr la pulak…sedih la…kena jumpa MA gak! Apa niii? Dah tu MA tu bila saya kata saya tak makan antibiotic tu dia macam marah…then saya cakap saya tak makan sbb MA yg prescribe and MA by law tak boleh prescribe antibiotic! Ha padan muka..sakit hati betul.

Lepas pada tu kira berpatah arang la dgn klinik presint 3 tu. So back to kk presint 9 balik. Saya gi sana sbb ada masalah mata..actually masalah ni dah lama…ada ketulan di bawah kelopak mata kanan..ketulan tu mula ada masa saya di German lagi..tapi dulu kecik jer… tapi lama kelamaan dh makin besar n mengganggu penglihatan saya selain malu gak bila mata dh sepet sebelah! Bila pergi klinik tu..Alhamdulillah dapat jumpa Dr..seperti yg diharapkan saya dirujuk ke hospital Putrajaya (HPJ). Tahu sajalah…pegi klinik pepagi buta…dapat jumpa Dr dalam pukul 11!dh tu bila dapat surat rujukan saya pun takder la minta MC sbb nk gi HPJ pulak..hajat dihati tu nak minta MC kat HPJ jer la..dekat HPJ huhuhu…mmgla tidak mesra pesakit…(saya menulis ni sebagai org awam yer..bukan sebagai staf KKM) last2 dekat pukul 3 baru boleh bercakap dgn staf yg buat appointment..katanya “5hb 12 jam 8.00 pagi appointment yer” erk???? Saya terkejut! Eh tak kena jumpa pakar ker? (almaklumlah org tak biasa guna cara yg betul utk jumpa pakar) saya tanya lagi “pakar tak payah tengok ker? Terus set appointment jer?” staf tu senyum jer..dia cakap “tak..memang mula2 pakar tak tengok…set appointment dulu” ooo gitu ker? Baru tahu..tapi saya musykil..adakah itu cara yg bagus? Tak payah tengok keadaan pesakit pastu bagi appointment date! Appointment date pulak berdasarkan apa? Based on surat rujukan Dr dari KK yg tak sampai pun 3 baris! Kita yg dok hidap bnda ni rasa macam nak tunggu sehari pun dh tak hengat…dia main2 jer…kot yer pun tengok la kejap sblm set appointment date tu…kita ni dah berjanggut tunggu…macam mana nak minta MC kalau jumpa kerani tu jer???

Appointment date pulak sebulan kemudian!!!! Ni memang memanaskan hati.berdasarkan apa dia pilih tarikh temujanji yg macam tu punya lama?kalau nak mati..dah lama mati dah!!…oklah sabar2…saya tunggu dan tunggu walaupun di pejabat memang org akan tegur pasal bengkak di mata saya yg dah semakin membesar..saya pulak kerap kali di serang migraine..mungkin kerana tekanan pada bahagian mata saya..tiba masa yg ditunggu, 5/12/2012 saya pergi ke HPJ utk temujanji…lepas jumpa Dr (Dr tu tak pakar lagi kot) dia bawa saya ke bilik Dr pakar..siap tangkap gambar bagai..katanya “ni kena buang ni”…yer saya kata memang nak buang…then dia cakap “ bilik bedah penuh sekarg ni..bulan 1 kalau adapun” huhuhu bulan 1? Aduhai macam dah tak tertanggung beban di mata ni…so set la utk appointment bedah pada 26/1/2012 tapi sebelum tu pada 16/1/2012 ada appointment lagi untuk cek progress mata…walaupun lamanya terasa nak tunggu hingga hujung bulan satu sebab kiranya hampir 2 bulan juga la menunggu dalam keadaan mata dah makin bengkak. saya setuju tanpa sikit pun komen.

Hari2 saya lalui dgn sakit kepala dan juga teguran kawan2 sepejabat tentang mata saya..ramai yg tanya “bila nak operate ni? dah makin bengkak..merah dah” huhuhu..org yg takder ilmu kedoktoran nampak keseriusan keadaan saya tapi Dr2 kt HPJ tak nampak!!!tak apalah..sabarlah menunggu..saya kini hanya org awam sahaja…pada 8/1/2012 tiba2 saya dapat panggilan dari Klinik mata HPJ..katanya selepas perbincangan dengan pakar2..mereka dapati mata saya tak boleh buat pembedahan terus..kena dibuat MRI dulu...CT scan pun tak boleh kerana CT scan tak nampak urat2 yg berkaitan..ha takperla buat la apa nak buat pun sy kata…Dr tu cakap masalahnya mesin MRI kat Malaysia ni tak byk..hanya ada beberapa jer…so kita kena set date dgn hospital serdang dulu sbb kat sana ada mesin MRI..so salahkah kalau saya rasa sakit hati sesangat kat sini???? Nak tahu bila date utk buat MRI?? 7/3/2012!!!! Gila ker hapa? Nak suruh saya eksiden dulu kat jalan raya sbb bawa keta mata sebelah?
Kenapa tunggu lebih sebulan baru nak bincang dgn pakar2 lain tentang mata saya?…kenapa tak selepas 5/12 tu atau minggu selepas tu ker utk review balik kes saya dgn pakar2 and decide sama ada mata saya ni kena buat MRI atau tak? Kalau bincang masa tu mungkin dah boleh terus booking date dgn hospital serdang and saya pasti appointment takdernya sampai bulan 3!! Melampau betul!!! Bila saya tanya kenapa lama sgt..jawapannya mudah saja “kes puan tak emergency” kepala hotak dia!!! Ni ayat marah ni..memang marah sgt2..

Kalau kebiasaannya saya tak menggunakan kedudukan pakcik saya sebagai ketua jabatan nefrologi HTAA, tapi kini saya terpaksa menelefon dia utk minta dia mencadangkan mana2 kenalannya utk menolong saya..dah tak tertanggung dah bengkak di mata ni. Tapi ini jawapannya “pakcik takder kenalan ophthalmologist..tapi kalau bab2 mata ni memang tak payah la nak gi hospital gomen, pesakit pakcik ramai yg mengadu pasal ni..mereka sanggup menahan sakit dari sakit hati pasal servis di klinik mata mana2 hospital gomen…pergi hospital swasta jer la”huhuhu…saya staf gomen…KKM lagi…takder ke sikit kelebihan utk dapatkan rawatan cepat sikit..paling tidak pun bukan la cepat tapi tidak dibuat sambil lewa begini…

Dipendekkan cerita yg dah pun panjang lebar ni…pada 17/1/2012 saya ke KPJ Damansara…(huhuhu mengalah juga akhirnya)…berjumpa dgn pakar mata..terkejut besar dia kerana saya tunggu selama ini utk dapatkan rawatan!!!(kat gomen cakap “kes puan tak emergency!!”)katanya dia tak boleh buat under LA tapi kena GA kerana sudah terlalu besar…kalau buat LA saya akan berada dalam kesakitan…untuk itu kosnya hukhukhuk tak payah cerita la…

Saya tanya..tak buat MRI dulu ker...CT scan ker? Terkejut dia.."kenapa nak buat MRI or CT scan? Saya boleh rasa ketulan ni tak bersangkut kat mana2 pun so tak perlu MRI"..hampesh sekali lagi…kat HPJ siap kena buat MRI…saja nak melambat-lambatkan supaya saya beralih ke private kot!bosan nak layan pesakit reramai…yang mana ada gaya2 akan beralih ke private buat la lambat-lambat…dia ingat duit nak bayar private tu turun dari langit ka?kalau murah takper…ni ribu riban…

Pembedahan dibuat dihari yang sama( kat HPJ berbulan2), tanpa CT scan tanpa MRI dan rupa2nya ketulan yg besar itu hanyalah ketumbit yg telah lama, tiada lubang utk keluar kerana tiada mata…hanya incision kecil dibuat utk keluarkan segala nanah, lendir dan darah…(ketumbit????Dr di HPJ nak buat MRI utk ketumbit? dh tu slps perbincangan sesama pakar2 hospital serdang??? takder ke mana2 Dr pakar tahu itu ketumbit?)

Kini Alhamdulillah mata saya pulih sepenuhnya…apa yg saya fikirkan sekarg apakah kualiti pakar2 kita di KKM? Ini hanya kes yg terpencil..untuk run MRI bukan sikit kosnya..dan saya dijadualkan menjalaninya unnecessarily..berapa byk lagi kes2 lain yg dibuat sesuatu ujian yg sepatutnya tidak perlu…siapakah yg menanggung kos itu? Kerajaan…tak kiralah kerajaan mana sekalipun tapi sekiranya ada org2 yg tidak ikhlas dalam menjalankan tugas…akan ada pihak yg menanggung akibatnya…walau kita kata sikit saja tapi itu kalau seorg..kalau ramai…kos2 itulah yg menyebabkan kerajaan berhabis wang secara yg tidak wajar sedangkan kos itu dapat dijimatkan untuk perkara2 yg lain yg lebih perlu…

Fikirlah wahai ahli professional sekalian…kita berkerja untuk mendapat redha Allah bukan sekadar redha manusia…buatlah kerja betul2..jangan buat sambil lewa…kes ini terkena pada saya..yg dikira masih mampu untuk beralih ke hospital swasta..bagaimana dgn org yg tidak mampu? Terpaksa menangngg penderitaan yg tidak sepatutnya..bagaimana pula kualiti kerja sipesakit tersebut? Tentu juga terganggu…fikir-fikirkanlah…akibat kecuaian kita..banyak perkara yg terjejas yg pada fikiran kita ia tidak menjadi masalah langsung.

Thursday, January 12, 2012

Azam baru 2012

Aku sendiri tak pernah ada azam untuk tahun baru, bagi aku kalau berazam tak payah nak tunggu-tunggu tahun baru…azam terus buat..kalau nak tunggu tahun baru misalnya ada niat tu di pertengahan tahu..alamatnya basi la dulu azam tu kalau nak tunggu masuk tahun akan datang. Sebab tu la agaknya suami kata aku ni jenis yg tak menyempat-nyempat…hmm ikut sukala..yg penting aku tak suka bertangguh.

Yang aku nak ceritakan di sini bukan pasal aku..tapi pasal anak sulungku…selama ni aku risau sgt memikirkan pasal dia…kalau nak solat tu aduhhh liat betul…nak kena pegang rotan baru solat..tapi pandai pulak dia jawab..”ustazah cakap umur sepuluh tahun baru kena solat”..aku jawab la balik..”habis tu tup-tup sepuluh tahun baru nak solat la..tak payah la solat langsung sebelum 10 thn?” dgn selambanya dia jawab “ya”…hukhukhuk…anak2 zaman sekarang…

Aku beri penerangan…kenala belajar dulu solat sikit-sikit…tak cukup 5 waktu pun takper lagi yg penting solat..dia buat la juga tapi tu la…kena pegang rotan dulu la..tu pun solat gitu jer la…kalau kita dh pegang rotan terus zzupp gi solat…wuduk pun tak payah!! Mazhab apa la yg dia pakai…tu kalau dh abg buat macam tu adik2 apa lagi…gitu la anak2 ku sebelum ni…solat bila dh jenuh suruh…

Aku dan suami selalu mengeluh aka bg nasihat la…"sedih la ibu dgn abah kalau anak2 ibu macam ni…semyg nak kena suruh..ni ibu dgn abah hidup lagi dah tak mahu dgr cakap..kalau ibu dgn abah dh takder langsung tak dengar la"…itu la selalu ayat2 yg kami selalu ulang2…memang takder respon drpd mereka melainkan diam jer…aku cakap pada abe (anak sulungku) "abe..thn depan ni abe dh masuk 10 thn…ibu takkan suruh abe smyg dh..abe kena buat sendiri..abe takleh tido kat depan tv dah (bergelimpangan adik beradik tu sekali dgn kakak) abe kena tido dalam bilik"…dia tanya pulak "kenapa takleh tido kat luar?"…aku jawab…"abe dah besar…takleh tido campur dgn kakak…tak baik…"

Masuk tahun baru 2012..aku tak sangka betul…abe solat 5 waktu dgn ambil wuduk tanpa aku suruh2…dia pindahkan barang2nya ke bilik yg selama ni aku jadikan bilik tamu…dia minta tuala, minta sejadah, minta penyangkut tuala…Alhamdulillah…dalam hatiku Cuma bersyukur yg teramat sgt…selama ni rupanya nasihat dan keluhan kami tu meresap ke hatinya…

Betullah…selepas dia solat 5 waktu tanpa gagal…perangainya banyak berubah…kalau dulu ya Rabbi…keras hati takmo dgr cakap..kali ni memang terbalik…awal2 pagi walaupun cuti dia bangun pg terus mandi dan solat…sifat abg sulung tu jelas terserlah…masuk waktu maghrib dia panggil adik2nya masuk dari bermain di luar…belajar pun rajin…memang byk la berubah…

Sekarang abe dan aqin dah tido sebilik dan kakak dah tido bilik yg lain..maknanya kalau ada tetamu nak mari lepas ni..tak tahu la nak letak kat mana dah sbb semua bilik dah occupied. Mereka pun dah pandai mengurus diri masing2..tak perlu lagi bibik nak siapkan baju mereka setiap kali mereka mandi…Alhamdulillah. Takper adalah tu jalannya nanti…


Aku bersyukur malah kadang2 aku rasa walau rutin harian aku dan suami jadi semakin sibuk dgn adanya kedai dobi yg baru beroperasi tapi waktu2 yg kami ada bersama anak2 menjadi lebih berkualiti kerana kami cuba manfaatkannya sebaik mungkin. Jadi janganlah salahkan masa kalau kita tak sempat nak buat itu dan ini..salahkan diri sendiri kerana tak pandai uruskan masa.

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg