Thursday, January 12, 2012

Azam baru 2012

Aku sendiri tak pernah ada azam untuk tahun baru, bagi aku kalau berazam tak payah nak tunggu-tunggu tahun baru…azam terus buat..kalau nak tunggu tahun baru misalnya ada niat tu di pertengahan tahu..alamatnya basi la dulu azam tu kalau nak tunggu masuk tahun akan datang. Sebab tu la agaknya suami kata aku ni jenis yg tak menyempat-nyempat…hmm ikut sukala..yg penting aku tak suka bertangguh.

Yang aku nak ceritakan di sini bukan pasal aku..tapi pasal anak sulungku…selama ni aku risau sgt memikirkan pasal dia…kalau nak solat tu aduhhh liat betul…nak kena pegang rotan baru solat..tapi pandai pulak dia jawab..”ustazah cakap umur sepuluh tahun baru kena solat”..aku jawab la balik..”habis tu tup-tup sepuluh tahun baru nak solat la..tak payah la solat langsung sebelum 10 thn?” dgn selambanya dia jawab “ya”…hukhukhuk…anak2 zaman sekarang…

Aku beri penerangan…kenala belajar dulu solat sikit-sikit…tak cukup 5 waktu pun takper lagi yg penting solat..dia buat la juga tapi tu la…kena pegang rotan dulu la..tu pun solat gitu jer la…kalau kita dh pegang rotan terus zzupp gi solat…wuduk pun tak payah!! Mazhab apa la yg dia pakai…tu kalau dh abg buat macam tu adik2 apa lagi…gitu la anak2 ku sebelum ni…solat bila dh jenuh suruh…

Aku dan suami selalu mengeluh aka bg nasihat la…"sedih la ibu dgn abah kalau anak2 ibu macam ni…semyg nak kena suruh..ni ibu dgn abah hidup lagi dah tak mahu dgr cakap..kalau ibu dgn abah dh takder langsung tak dengar la"…itu la selalu ayat2 yg kami selalu ulang2…memang takder respon drpd mereka melainkan diam jer…aku cakap pada abe (anak sulungku) "abe..thn depan ni abe dh masuk 10 thn…ibu takkan suruh abe smyg dh..abe kena buat sendiri..abe takleh tido kat depan tv dah (bergelimpangan adik beradik tu sekali dgn kakak) abe kena tido dalam bilik"…dia tanya pulak "kenapa takleh tido kat luar?"…aku jawab…"abe dah besar…takleh tido campur dgn kakak…tak baik…"

Masuk tahun baru 2012..aku tak sangka betul…abe solat 5 waktu dgn ambil wuduk tanpa aku suruh2…dia pindahkan barang2nya ke bilik yg selama ni aku jadikan bilik tamu…dia minta tuala, minta sejadah, minta penyangkut tuala…Alhamdulillah…dalam hatiku Cuma bersyukur yg teramat sgt…selama ni rupanya nasihat dan keluhan kami tu meresap ke hatinya…

Betullah…selepas dia solat 5 waktu tanpa gagal…perangainya banyak berubah…kalau dulu ya Rabbi…keras hati takmo dgr cakap..kali ni memang terbalik…awal2 pagi walaupun cuti dia bangun pg terus mandi dan solat…sifat abg sulung tu jelas terserlah…masuk waktu maghrib dia panggil adik2nya masuk dari bermain di luar…belajar pun rajin…memang byk la berubah…

Sekarang abe dan aqin dah tido sebilik dan kakak dah tido bilik yg lain..maknanya kalau ada tetamu nak mari lepas ni..tak tahu la nak letak kat mana dah sbb semua bilik dah occupied. Mereka pun dah pandai mengurus diri masing2..tak perlu lagi bibik nak siapkan baju mereka setiap kali mereka mandi…Alhamdulillah. Takper adalah tu jalannya nanti…


Aku bersyukur malah kadang2 aku rasa walau rutin harian aku dan suami jadi semakin sibuk dgn adanya kedai dobi yg baru beroperasi tapi waktu2 yg kami ada bersama anak2 menjadi lebih berkualiti kerana kami cuba manfaatkannya sebaik mungkin. Jadi janganlah salahkan masa kalau kita tak sempat nak buat itu dan ini..salahkan diri sendiri kerana tak pandai uruskan masa.

No comments:

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg