Thursday, January 26, 2012

Perkhidmatan di Hospital kerajaan vs hospital swasta

Ermmm first of all kenapa tajuk ni dipilih yer?? Tentulah ada sebabnya…kalau sebelum ni saya agak reserve sikit bab2 ni walaupun dah byk yang saya dengar ttg komplen2 org ramai terhadap hospital gomen ni...almaklumlah sayakan orang gomen…keje pulak kat spital gomen (dululah..) jadi pengalaman2 buruk berurusan dgn staf2 di institusi gomen ni saya keep silent je. Tapi memang situasi kali ni sungguh mencabar kesabaran saya..manakan tidak..kalau selama ni jika saya/ ahli keluarga ada masalah kesihatan..senang je saya helo mana2 pakar yg saya kenal and straight away terus gi jumpa…kali ni oleh sbb ‘kepakaran’ saya…saya telah ‘ditarik’ ke ibu pejabat kementerian kesihatan selepas pulang dari menyambung pelajaran…(nyesal plak buat master dalam pharmacoeconomics ni huhuhu) jadi secara otomatiknya tiada lagi kelebihan2 seperti mana di hospital dulu…

Tak mengapa be professional..saya terima keadaan ni. Setiap kali sakit..saya pergi ke klinik seperti org awam biasa..tunggu giliran nak jumpa Dr macam biasa…tunggu giliran nak ambil ubat macam biasa..memang terasa lain..sebab selama ni tak pernah menunggu tapi apa nak buat..kena redha sbb saya kini bukan lagi di hospital.

Baru2 ni…(bukan baru juga la)..bulan 10 thn lepas (2011) saya pergi ke klinik kesihatan Putrajaya presint 9…mesti org tertanya gak kenapa g yg present 9? Kan tersangat la ramai pesakit kat situ…habis tu kalau saya g KK presint 3..asik2 jumpa MA…buat apa?Pegawai Farmasi jumpa MA?Kalau pegawai Farmasi tu junior kira boleh tahan la lagi..ni peg pun dh senior…jumpa MA yang junior huhuhu…sgt la tak relevan…okla kalau MA tu jenis yg bagus..tapi hmm macam mana nak cakap yer..ada sekali tu saya gi..dh la cara cek tu macam nak tak nak…siap preskrib antibiotic lagi..takdernye nak countersign Dr…kira hebat la tu konon..hampesh!!
Dah tu lepas beberapa hari bila tak baik lagi saya gi skali lagi…kira kali ni dgn harapan nak jumpa Dr la pulak…sedih la…kena jumpa MA gak! Apa niii? Dah tu MA tu bila saya kata saya tak makan antibiotic tu dia macam marah…then saya cakap saya tak makan sbb MA yg prescribe and MA by law tak boleh prescribe antibiotic! Ha padan muka..sakit hati betul.

Lepas pada tu kira berpatah arang la dgn klinik presint 3 tu. So back to kk presint 9 balik. Saya gi sana sbb ada masalah mata..actually masalah ni dah lama…ada ketulan di bawah kelopak mata kanan..ketulan tu mula ada masa saya di German lagi..tapi dulu kecik jer… tapi lama kelamaan dh makin besar n mengganggu penglihatan saya selain malu gak bila mata dh sepet sebelah! Bila pergi klinik tu..Alhamdulillah dapat jumpa Dr..seperti yg diharapkan saya dirujuk ke hospital Putrajaya (HPJ). Tahu sajalah…pegi klinik pepagi buta…dapat jumpa Dr dalam pukul 11!dh tu bila dapat surat rujukan saya pun takder la minta MC sbb nk gi HPJ pulak..hajat dihati tu nak minta MC kat HPJ jer la..dekat HPJ huhuhu…mmgla tidak mesra pesakit…(saya menulis ni sebagai org awam yer..bukan sebagai staf KKM) last2 dekat pukul 3 baru boleh bercakap dgn staf yg buat appointment..katanya “5hb 12 jam 8.00 pagi appointment yer” erk???? Saya terkejut! Eh tak kena jumpa pakar ker? (almaklumlah org tak biasa guna cara yg betul utk jumpa pakar) saya tanya lagi “pakar tak payah tengok ker? Terus set appointment jer?” staf tu senyum jer..dia cakap “tak..memang mula2 pakar tak tengok…set appointment dulu” ooo gitu ker? Baru tahu..tapi saya musykil..adakah itu cara yg bagus? Tak payah tengok keadaan pesakit pastu bagi appointment date! Appointment date pulak berdasarkan apa? Based on surat rujukan Dr dari KK yg tak sampai pun 3 baris! Kita yg dok hidap bnda ni rasa macam nak tunggu sehari pun dh tak hengat…dia main2 jer…kot yer pun tengok la kejap sblm set appointment date tu…kita ni dah berjanggut tunggu…macam mana nak minta MC kalau jumpa kerani tu jer???

Appointment date pulak sebulan kemudian!!!! Ni memang memanaskan hati.berdasarkan apa dia pilih tarikh temujanji yg macam tu punya lama?kalau nak mati..dah lama mati dah!!…oklah sabar2…saya tunggu dan tunggu walaupun di pejabat memang org akan tegur pasal bengkak di mata saya yg dah semakin membesar..saya pulak kerap kali di serang migraine..mungkin kerana tekanan pada bahagian mata saya..tiba masa yg ditunggu, 5/12/2012 saya pergi ke HPJ utk temujanji…lepas jumpa Dr (Dr tu tak pakar lagi kot) dia bawa saya ke bilik Dr pakar..siap tangkap gambar bagai..katanya “ni kena buang ni”…yer saya kata memang nak buang…then dia cakap “ bilik bedah penuh sekarg ni..bulan 1 kalau adapun” huhuhu bulan 1? Aduhai macam dah tak tertanggung beban di mata ni…so set la utk appointment bedah pada 26/1/2012 tapi sebelum tu pada 16/1/2012 ada appointment lagi untuk cek progress mata…walaupun lamanya terasa nak tunggu hingga hujung bulan satu sebab kiranya hampir 2 bulan juga la menunggu dalam keadaan mata dah makin bengkak. saya setuju tanpa sikit pun komen.

Hari2 saya lalui dgn sakit kepala dan juga teguran kawan2 sepejabat tentang mata saya..ramai yg tanya “bila nak operate ni? dah makin bengkak..merah dah” huhuhu..org yg takder ilmu kedoktoran nampak keseriusan keadaan saya tapi Dr2 kt HPJ tak nampak!!!tak apalah..sabarlah menunggu..saya kini hanya org awam sahaja…pada 8/1/2012 tiba2 saya dapat panggilan dari Klinik mata HPJ..katanya selepas perbincangan dengan pakar2..mereka dapati mata saya tak boleh buat pembedahan terus..kena dibuat MRI dulu...CT scan pun tak boleh kerana CT scan tak nampak urat2 yg berkaitan..ha takperla buat la apa nak buat pun sy kata…Dr tu cakap masalahnya mesin MRI kat Malaysia ni tak byk..hanya ada beberapa jer…so kita kena set date dgn hospital serdang dulu sbb kat sana ada mesin MRI..so salahkah kalau saya rasa sakit hati sesangat kat sini???? Nak tahu bila date utk buat MRI?? 7/3/2012!!!! Gila ker hapa? Nak suruh saya eksiden dulu kat jalan raya sbb bawa keta mata sebelah?
Kenapa tunggu lebih sebulan baru nak bincang dgn pakar2 lain tentang mata saya?…kenapa tak selepas 5/12 tu atau minggu selepas tu ker utk review balik kes saya dgn pakar2 and decide sama ada mata saya ni kena buat MRI atau tak? Kalau bincang masa tu mungkin dah boleh terus booking date dgn hospital serdang and saya pasti appointment takdernya sampai bulan 3!! Melampau betul!!! Bila saya tanya kenapa lama sgt..jawapannya mudah saja “kes puan tak emergency” kepala hotak dia!!! Ni ayat marah ni..memang marah sgt2..

Kalau kebiasaannya saya tak menggunakan kedudukan pakcik saya sebagai ketua jabatan nefrologi HTAA, tapi kini saya terpaksa menelefon dia utk minta dia mencadangkan mana2 kenalannya utk menolong saya..dah tak tertanggung dah bengkak di mata ni. Tapi ini jawapannya “pakcik takder kenalan ophthalmologist..tapi kalau bab2 mata ni memang tak payah la nak gi hospital gomen, pesakit pakcik ramai yg mengadu pasal ni..mereka sanggup menahan sakit dari sakit hati pasal servis di klinik mata mana2 hospital gomen…pergi hospital swasta jer la”huhuhu…saya staf gomen…KKM lagi…takder ke sikit kelebihan utk dapatkan rawatan cepat sikit..paling tidak pun bukan la cepat tapi tidak dibuat sambil lewa begini…

Dipendekkan cerita yg dah pun panjang lebar ni…pada 17/1/2012 saya ke KPJ Damansara…(huhuhu mengalah juga akhirnya)…berjumpa dgn pakar mata..terkejut besar dia kerana saya tunggu selama ini utk dapatkan rawatan!!!(kat gomen cakap “kes puan tak emergency!!”)katanya dia tak boleh buat under LA tapi kena GA kerana sudah terlalu besar…kalau buat LA saya akan berada dalam kesakitan…untuk itu kosnya hukhukhuk tak payah cerita la…

Saya tanya..tak buat MRI dulu ker...CT scan ker? Terkejut dia.."kenapa nak buat MRI or CT scan? Saya boleh rasa ketulan ni tak bersangkut kat mana2 pun so tak perlu MRI"..hampesh sekali lagi…kat HPJ siap kena buat MRI…saja nak melambat-lambatkan supaya saya beralih ke private kot!bosan nak layan pesakit reramai…yang mana ada gaya2 akan beralih ke private buat la lambat-lambat…dia ingat duit nak bayar private tu turun dari langit ka?kalau murah takper…ni ribu riban…

Pembedahan dibuat dihari yang sama( kat HPJ berbulan2), tanpa CT scan tanpa MRI dan rupa2nya ketulan yg besar itu hanyalah ketumbit yg telah lama, tiada lubang utk keluar kerana tiada mata…hanya incision kecil dibuat utk keluarkan segala nanah, lendir dan darah…(ketumbit????Dr di HPJ nak buat MRI utk ketumbit? dh tu slps perbincangan sesama pakar2 hospital serdang??? takder ke mana2 Dr pakar tahu itu ketumbit?)

Kini Alhamdulillah mata saya pulih sepenuhnya…apa yg saya fikirkan sekarg apakah kualiti pakar2 kita di KKM? Ini hanya kes yg terpencil..untuk run MRI bukan sikit kosnya..dan saya dijadualkan menjalaninya unnecessarily..berapa byk lagi kes2 lain yg dibuat sesuatu ujian yg sepatutnya tidak perlu…siapakah yg menanggung kos itu? Kerajaan…tak kiralah kerajaan mana sekalipun tapi sekiranya ada org2 yg tidak ikhlas dalam menjalankan tugas…akan ada pihak yg menanggung akibatnya…walau kita kata sikit saja tapi itu kalau seorg..kalau ramai…kos2 itulah yg menyebabkan kerajaan berhabis wang secara yg tidak wajar sedangkan kos itu dapat dijimatkan untuk perkara2 yg lain yg lebih perlu…

Fikirlah wahai ahli professional sekalian…kita berkerja untuk mendapat redha Allah bukan sekadar redha manusia…buatlah kerja betul2..jangan buat sambil lewa…kes ini terkena pada saya..yg dikira masih mampu untuk beralih ke hospital swasta..bagaimana dgn org yg tidak mampu? Terpaksa menangngg penderitaan yg tidak sepatutnya..bagaimana pula kualiti kerja sipesakit tersebut? Tentu juga terganggu…fikir-fikirkanlah…akibat kecuaian kita..banyak perkara yg terjejas yg pada fikiran kita ia tidak menjadi masalah langsung.

26 comments:

Anonymous said...

setelah lama tidak menulih...rasa gatai pulak tange ni nak nulih... oh pong dah start nulih balik...

alrijalnajwa said...

Kna dok tengok jg blog2 yg kna follow tp jarang dah la...sibuk..tiap entry yg kna tulis pun bukan siap sehari tu...berminggu2...

Unknown said...

Salam. Rasanya saya menghadapi masalah mata yg sama seperti saudari. Dah berbulan2 kelopak atas kiri mata membengkak. Tapi tak Sakit. Just kerap Sakit Kepala Dan mengganggu kalau nak tengok sebelah kiri. Sekarang rasanya semakin membesar bengkak tersebut. Saya dah tak tahan n rasanya nak buat operation untuk buang ketumbuhan tersebut.

Sekarang a masalah yg dihadapi saya Dan saudari adalah sama, nak tau, berapa kah kos keseluruhan untuk buang bengkak tersebut di KPJ Damansara?

Hopefully saya boleh dapat kan jawapan daripada saudari segera sebab nak buat appointment di KPJ Damansara bulan July nanti.

alrijalnajwa said...

Ohhh mungkin keadaan kita sama dan mungkin juga tidak...diagnosis saya yg pertama adalah lipoma (pengumpulan lemak luar biasa di bawah kulit) jadi pada waktu tu Dr cakap harganya RM3000.00..sebab bengkak dah besar..tak boleh buat guna local anastetik. so bila terpaksa guna general anastetik, prosedur terpaksa dibuat dibilik bedah..sbb tu kos tinggi.

Tapi selepas pembedahan, Dr mendapati ia bukan lipoma tetapi ketumbit yang telah lama...jadi secara otomatik harga tadi berkurang dgn drastik iaitu RM1500.

Harap dapat membantu. Kalau En sophian ada medical card rasanya tak apa kot..macam saya ni out of pocket...tu yg concern sgt pasal harga.

cilgu eijad said...

Yeah... Medical card sngt penting skarang

alrijalnajwa said...

Yer..selepas kejadian tu saya dah buat medical card..siap untuk suami lagi...takmahu pisang berbuah dua kali

Anonymous said...

Penulisan yg bagus sekali, sebab tu saya memilih hospital swasta, sy br lepas buat MRI tadi,Alhamdulillah company tempat keje cover insurans, tapi bg org lain di luar sana yg x berkemampuan, tiada insurans, sgt membebankan, kerajaan ptt lebih mengambil berat hal ni...kebajikan rakyat diabaikan,nak dibiarkan sakit semakin kronik br nak rawat. kawan mak sy menghidap fibroid , pergi ke hospital kjaan di selayang, darah melimpah ats kerusi menunggu, meleleh dikaki, nurse counter pendaftaran,boleh ckp, mkcik ok lg boleh balik, disebab tidak tahan skt, makcik tu pergi kpj ampang puteri, harini daftar esok operate, setel masalah.

Anonymous said...

sme lah dgn sy..sakit dr pinggang samp kaki da dkt 3 bln..di hospital putrajaya Dr orthopedic kte bkn psl tulang,suh wat urutan,masalahnye sakit x penah berkurang..sy nk tunduk,membongkok,menggiring sume x lbh..nk try g private da x tertahan menanggung sakit nie..yg best appointment Dr bln 11 nie..lme lg nk tunggu jmp dr..:(

Anonymous said...

sme lah dgn sy..sakit dr pinggang samp kaki da dkt 3 bln..di hospital putrajaya Dr orthopedic kte bkn psl tulang,suh wat urutan,masalahnye sakit x penah berkurang..sy nk tunduk,membongkok,menggiring sume x lbh..nk try g private da x tertahan menanggung sakit nie..yg best appointment Dr bln 11 nie..lme lg nk tunggu jmp dr..:(

Lelaki Letrik said...

kosnya tak mau cerita ke..? sbb i pun ingt nak bawak my mom ke hospital swasta buang fibroid.. hospital gomen mmg lambat...

Anonymous said...

same with my mom..sakit sendi sampai susah sangat nak bergerak.sakit takyah citerla.pergi HPJ dengan harapan dapat jumpa pakar dan tahu lebih detail penyakit ape sebenarnye.tapi malangnye takde refer letter then suruh pergi klinik ksihatan presint 9 then jumpa dotor ambik darah, result sebulan kemudian. OMG my mom da sakit macam ape kat rumah nak kene tunggu sebulan lg just to know the result.Tak tahu la priority diorang untuk case yg macam mane.So speechless dengan gomen services.

. said...

Salam. Saya nak tanya berapa encik/puan/cik kena di KPJ ye? Sy ada masalah yg sama iaitu kena tunggu berbulan2 untuk sakit yg smakin parah. Tapi sy bimbang kos di swasta terlalu mahal. Tolong reply ye,trima kasih..

Anonymous said...

Bersimpati dgn nasib penulis.... Tp pd sy x wajar nak salahkan hospital kerajaan 100%. Mmg tarikh appmnt diorg lama... Berbulan... Tp kalau emergency... Cepat jer... Kena percaya pd rezeki dr Allah juga... Saya percaya takde terniat di hati semua doctor, nurse @ staf di hospital kerajaan tu nak buaT sambil lewa... Dan membahayakan pesakit.... Sy selalu Ada appmnt dgn hops/ klinik kerajaan... Kdg2 rasa kesian tengok dr yg pukul 145 tgh kasih ambil patient sbb nak hbskan yg sesi pg.... Pukul 2 dah start pulak utk patient sesi petang... Kesian tengok.

Aida the Pinky said...

salam..
yea itulah yg orang awam mcm sy selalu rasa. kes dianggap tak serius..appointment selang 1 atau 2 bulan. tgu lama dr pg smpai ke ptg. jumpa tak sampai 5minit. kes sy hampir setahun tapi satu ubat tak pernah dpt. kena buat mri tapi appoitment dkt situ utk mri setahun. ??. skg terpaksa beralih ke private.
**sekadar luahan.

@Muslim Product In The House@ said...

Untuk rakyat malaysia umumnya dan org melayu khasnya jika ada plan yang menawarkan dengan simpanan rm150/bulan, kompeni akan bagi duit kos perubatan rm90 ribu setiap tahun, rm900 ribu sepanjang umur, harga bilik hospital swasta RM150/hari, pampasan rm50 ribu untuk kematian/36 jenis penyakit kritikal, tambahan elaun hospital rm100/sehari. Bagus tak? mampu tak? sila hubungi saya 0169140921

Anonymous said...

Salam. Pendapat saya kualiti doktor / servis kerajaan ni bergantung pada nasib. Ada tempat ok. Ada tempat better elak. Huhu. Parents saya memang pelanggan setia KK di Kuantan dan HTAA. Setakat ni kami memang berpuas hati dengan rawatan yang diterima. Cuma ada la insiden sekali dua apabila saya berperang dengan nurse untuk upgrade wad mak ke 1st class. Alasan nurse, x boleh upgrade nanti susah doktor nak pantau kena masuk bilik. duh..

p/s: Mak bagitau trick untuk dapat servis baik di hosp kerajaan. Kena speaking baru doktor/nurses beri perhatian. Susah la mentaliti macam ni.

Unknown said...

Assalam.. sy ad maslah mata sepet sebelah kiri... sy ingat nk buat operation. ..supaya kedua dua mata saya nmpk okey.. btw sy punye mate xder sakit pew2. .pomm.. sy rase.mase bila nk eye contacts dgn org rmai.. kadang ade jugak kene hina.. so sy dah lame berhasrat nk buat operation nie.. tp sy x tau dgn pakar mane sy nk kene rujuk.. hope korang semua dpt rekemen klinik /hospital mane y boleh selesaikam masalah sy nie...

Sab 사브리 said...

Good info.. thanks for shared.

Sab 사브리 said...

Good info.. thanks for shared.

sethdahalan said...

Assalamualaikum . ..nak tanye..2 hari lepas..perasan mata kiri saya kabur . .saya memang pakai spect . ..bila tutup mata kanan yg kiri tu kabur . .agak2 centre nya blur memang tak jelas tenguk talipon...kanan ok..need check dgn doc mata...mcmana nak buat checkup . ..saya pesara kerajaan..

eiyraa said...

Salam.brapa harga nk buat mri @ct scan kt gomen?

eiyraa said...

Salam.brapa harga nk buat mri @ct scan kt gomen?

Dorapink said...

Sedih baca. Sebab ayah saya sakit sampai meninggal ujian tak siap2 lagi. First check kt hospital krjaan kuala krai dia ckp bukan tibi. Second check sbulan kmudian smpai ayh sy xlrt lgsung still bukan tibi. Smpai ayah sy xsmpat tggu bulan seterusnya utk check, dia dh msuk wad dulu sbb dh tenat. Refer hospital kota baru tibi dah smpai otak pun. Sampai ayh sy dh xleh rawat. Dia mninggal betul2 raya haritu. Itu bayaran utk tunggu segala servis dari mereka. Sedangkan masa tu ayh sy dh trlampau nazak. Sedih bila igt balik.

nurul said...

assalam saudari. saya rasa masalah yang sama skrg. ketumbit dr raya ari tu takmau hilang. sakit kepala pon iye gak. saya nak tnya lepas operate bunag sakit pale ilang skali atau masih ada? terima kasih

Anonymous said...

sy demam panas setiap mlm, badan lemah sgt. klinik bg surat pegi hospital serdang, utk dptkn appoinment hospital je dah dkt sebulan bdn pulak makin lemah, demam makin teruk setiap mlm. lepas appoinment tu nk tggu result pon 3 minggu, dh dpt result kena pegi daftar klinik pakar yg sepatutnya kt hospital tu
, nurse bg date appoinment lg sebulan mcm tu. lepas tu bru jumpa doktor pakar yg sepatutnya dan bru start rawatan. rasa sedih dilayan mcm ni tp apapun doktor mmg bagus kat situ, mungkin pesakit terlalu ramai.

Unknown said...

Minta izin Sharing manfaat vmc ya puan..

Semakin ramai yg dah nikmati manfaat MediSaversVIP, VMC.

Katanya...
"Org lain bayar medical card seumur hidup, kesian diorang �� Saya bayar baru 6 bulan, lepas tue dah jadi percuma.
Sekali guna, dapat bilik executive VVIP, xpayah nak share2. Menu first class & marbeles ��
Coverage pulak "JUTA2", jadi xde lagi alasan coverage xcukup. Selama2nya boleh pakai ��
Siap dapat "Katil EXTRA" utk penjaga, VMC je yg ada benefit mcm nie ��"

MediSaversVIP coverage RM1JUTA/1penyakit tapi byrn mampu milik. Tak dpt kat mana2 �� Byrn utk anak murah sgt2 RM98.00 je & dewasa punye bawah RM120.00. Nak buat byrn bulanan tue jadi free pun boleh. Ada caranya. Free forever... COOL kan? ��

Dapat juga free health screening percuma setiap tahun utk 52 blood test termasuk kanser.��
Nak tahu? Jom apply MediSaverSVIP sekarang! Jgn jadi org yg terakhir apply!

www.wasap.my/60176371458/SayaNakVMC

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg