Sunday, April 29, 2012

Malang tak berbau...


Pada 22 April lepas macam biasa Furqaan memang tak suka dok dalam rumah…dia suka main..dia tak kisah sebenarnya main dalam rumah atau kat luar..tapi tahu aje la kalau dalam rumah tu nak main apa? Ruang kecik jer…Furqaan pulak kalau mainan yang indoor dia tak minat…dia nak yang lari2..sepak2 bola..memang kena main luar rumah la…saya ni pulak tak berapa gemar nak keluar rumah…memang setiap petang saya dah devote kan masa utk main dgn dia…letih macam mana sekalipun..memang lepas pukul 5 ptg tu kena bawa dia main kat luar..tak kira hari cuti atau hari berkerja…

Petang tu awal2 lagi bebudak kat kejiranan tu dah mula main…rumah saya ni jual aiskrim Malaysia..so awal2 lagi dah laku aiskrim tu..(memang ‘laku’ tiap hari…duit jer tak nampak…anak2 sendiri pun tak tahu berapa batang sehari ambik…kalau pegi beli kat petronas tu tahu pulak bayar hmph…sekarg ni si Furqaan pun dah pandai dah makan aiskrim…memang la dia tak sampai nak buka pintu peti ais tu..tapi dia pandai jer tarik tangan ibu/abah/bibik/abg2/kakak dia suruh ambik aiskrim utk dia…yg lagi pandai..org nak potong aiskrim tu dia tak kasi…nak yang sebatang terus!...nak lapik aiskrim tu dgn kain pun tak nak..siap guling2 lagi marah kalau org lapik dgn kain-tujuan tak nak kasi tgn dia sejuk. Dah sejuk tu pandai pulak ngadu kata tgn dia sejuk..minta kita tiupkan kasi panas huhuhu)

So dah awal2 lagi bebudak dtg beli aiskrim..furqaan pun apa lagi…ajak saya keluar la…alahai…awal lagi ni…kalau nak ikutkan mana ada ibu2 lain keluar pun…yang ada bibik2 jer..saya jer tiap hari keluar main dgn anak…kadang2 tu hand bag pun masih tergantung di bahu…nak buat macam mana..tak turun kete lagi anak dh ajak main…

Bila saya tak nak keluar mulalah dia nangis2..si abg sulung faham..dia bawa adik dia tu keluar…letak atas kete tolak…tolak la kedepan ke belakang atas jalan tar depan rumah…malang tak berbau..tengah dok tolak2 tu si Furqaan terjatuh…luka parah…dari dalam rumah saya dengar Furqaan menangis dgn kuar..terus saya berlari ke pintu..Ya Allah banyaknya darah! Kenapa ni? Saya tanya…abe yg ketakutan cakap adiknya jatuh…saya bawa furqaan ke sinki cuci darah yang banyak tu..gerun juga kalau2 lukanya besar…di kepala pulak tu..lepas cuci luka tengok luka tak besar mana cuma agak dalam…biasalah kalau luka di kepala memang darah banyak…Alhamdulillah luka tak besar mana..tapi rasanya cukuplah untuk tinggalkan parut seumur hidup huhuhu…

Alahai hilang hencem anak ibu..kat muka pulak tu… kulit tergores atas jalan tar…insyaAllah sebagai ibu saya akan cuba sedaya upaya utk mengurangkan parut yg bakal ada tu…sayu tengok keadaannya masa mula2 jadi tu…bengkak…sekarg ni bendkak dah hilang cuma parut yg masih tinggal…macam mana yer nak hilangkan parut tu?



Luka dah sembuh cuma parut yang masih tinggal..


No comments:

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg

Video Klip Ziarah Ukhuwah di Hamburg

Loading...