Saya ni tinggal di Putrajaya..keje pulak di Petaling Jaya..hari2 ulang alik dalam 75km setiap hari. Saya ambik wp1 ie. Masuk keje pukul 7.30 pagi balik kul 4.30 petang..so tahu2 je la kalau dh balik kul 4.30 petang tu…kalau masa asar masuk awal tu memang la saya solat kat pejabat jer…tapi kalau masuk lewat..saya solat kat RnR (takleh solat kat rumah sbb kalau dah sampai rumah t uterus la si kecik tu meluru..nak dukung la nak ronda2 naik motor la) so kot mana pun saya kena solat sblm sampai rumah jg.
Kebiasaannya saya berhenti solat Asar di RnR Sri Kembangan..ada surau kat situ…bersih Cuma takder kipas..tingkap pun takleh buka..so berpanas la kalau nk solat lelama…solat kejap pun berpeluh gak oooo. Oleh kerana kain sembhyang yg disediakan oleh pihak RnR tu nipis2..saya bawala kain sembhyg saya sendiri…mula2 tu saya bawa balik kain sembhyg tu (bawa pergi..bawa balik tiap2 hari)..tapi lelama rasa malas la pulak nak bawa balik..lagipun terfikir juga ‘kalau saya sendiri rasa tak berapa sah nak solat guna kain sembhyg yg sgt nipis…org lain pun macam tu jugala kan?” tapi kalau dh musafir mungkin tak bawa kain sembhyg sendiri so mahu tak mahu kena guna juga kain sembhyg yg sedia ada…tapi kena pakai byk lapisla subaya tak berbayang…(lagila panas)..
So lepas fikir “mungkin kain sembhyg saya akan bermanfaat pada org lain juga” maka saya tinggalkan kain sembhyg saya di surau tuberserta begnya sekali (tidaklah bergantung seperti kain sembhyg wakaf). Ditakdirkan saya ‘cuti’..maka saya tak singgahla ke surau tu…sebaik saja habis ‘cuti’ macam biasa tiap kali dalam perjalanan balik saya akan singgah solat Asar di situ…cari punya cari manala kain sembhyg saya ni…huhuhu takder..beg je ada…alahai kain sembhyg pun boleh hilang…
Sedihla…kain smbhyg tu bukan la mahal sgt pun…Cuma ia dihadiahkan oleh seorang kenalan…itu satu2nya perkara yg dihadiahkannya yg masih tinggal…itu pun hilang juga. Kenapala boleh jadi macam ni…agakan saya… org yg masih ada hati nak singgah solat walaupun dalam perjalanan adalah org yg teguh imannya…bagaimana org yg teguh imannya boleh mengambil kain sembhyg org lain? Sungguh saya tak faham.
Bukan soal kain sembhyg tu yg saya sedihkan…saya sedih dengan sikap masyarakat dunia hari ni…mengambil hak org lain sudah dianggap perkara biasa..tiada rasa berdosa…
Kenala cari kain sembhyg lain utk solat kat situ…tapi Nampak gayanya kain sembahyg wakaf kat situ pun pun dah tebal2 dah…yg nipis tu dah takder…Alhamdulillah ada penambahbaikan. Cuma kalau boleh diletakkan kipas akan lebih baik…sebab panas sgt…kipas takder…tingkap pula tak boleh buka..memang berpeluh2…tapi mungkin juga tujuan asal pihak pengurusan berbuat begitu adalah kerana tak nak kasi orang lepak lelama kot…cukup sekadar sembhyg jer…
2 comments:
mgkn ada org amek tlong bsuh kot
Sayapun sangka baik gitu gak mula-mula tu...tapi selepas 2 minggu masih belum ada lagi maka terhasillah entry blog saya ni huhuhu
Post a Comment