Assalamualaikum wth... Farmasi Ich Liebe Dich sedang mencari pegawai farmasi bertempat di Hentian Kajang, Jalan Reko, Bangi, Selangor...Sesiapa yang berminat boleh hubungi Pn Ana 0127958043 untuk keterangan lanjut.
Monday, August 26, 2019
Monday, July 11, 2016
RUMAH UNTUK DI SEWA PRESINT 9, PUTRAJAYA
Assalamualaikum,
Kepada sesiapa yang mencari rumah sewa sekitar Putrajaya terdapat 1 unit rumah untuk disewa. Lokasinya di Flat Hijau Presint 9. Rumah dilengkapi oleh kelengkapan perabot dan alatan eletrik kerana sebelum ini dijadikan rumah penginapan.
KEMASUKAN SEGERA ATAU BULAN OGOS. (Maaf telah disewa).
Kepada yang berminat boleh menghubungi:
Pn. Ana - 018-3695220

Monday, August 10, 2015
Pembukaan Kedai Farmasi di bawah Rangkaian Ich Liebe Dich
Assalamualaikum... Alhamdulillah biiznillah (dengan izin Allah) rangkaian di bawah Ich Liebe Dich telah berjaya membuka kedai farmasi dengan nama FARMASI ICH LIEBE DICH (PHARMACY). Dengan pembukaan farmasi ini moga dapat meningkatkan lagi ekonomi umat Islam untuk bersaing dengan pemain-pemain ekonomi yang lain.
Insyaallah dengan adanya farmasi ini dapat memberi perkhidmatan konsultasi secara percuma berkaitan ubat-ubatan bagi masyarakat di sekitar Desa Pinggiran Putra, Kampung Limau Manis, Desa Putra dan Putrajaya. Untuk mendapatkan perkhidmatan konsultasi ubat-ubatan boleh ke farmasi di alamat :
NO.3, JALAN PINGGIRAN PUTRA 4A/14,
DESA PINGGIRAN PUTRA,
SUNGAI MERAB,
43000, KAJANG SELANGOR. (Lebih dikenali Desa Pinggiran Putra, Putrajaya)
No. untuk dihubungi :- hp : 012-7958043
wasap : 019-6908043
Untuk dapatkan info/produk terkini boleh layari:
Blog : http://farmasiichliebedich.blogspot.com/
Sunday, February 9, 2014
Tuesday, August 20, 2013
Pertandingan Bunga Api Putrajaya dijangka tarik 3 juta pengunjung
PUTRAJAYA - Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 yang
dijadualkan pada 30 dan 31 Ogos serta 13 hingga 15 September dan 2
Oktober ini dijangka menarik tiga juta pengunjung.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat (gambar) berkata, sebanyak enam negara menyertai pertandingan kali ini iaitu China, Emiriyah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Perancis dan Malaysia.
"Pertandingan itu berbeza dengan pertunjukan bunga api biasa kerana ia diiringi muzik pilihan negara peserta," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurutnya, dianggarkan 500,000 pengunjung akan datang ke Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya pada setiap hari pertandingan diadakan.
Kredit: Kosmoonline

Wednesday, June 5, 2013
Thursday, May 16, 2013
Wednesday, May 15, 2013
Thursday, May 2, 2013
Wednesday, March 27, 2013
5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013...
Keterangan lanjut sila layari http://www.myballoonfiesta.com.
Sesiapa yang memerlukan homestay boleh call kami 0196908043/0196495249/0166262630.
Thursday, March 14, 2013
Ich liebe Dich Homestay Putrajaya, Presint 9
Ich liebe Dich Homestay Putrajaya, Presint 9.... " SELESA, DEKAT DAN BERPATUTAN"....
.............................................................

.............................................................

Alhamdulillah…... sedar tak sedar…..akhirnya siap juga homestay saya.
Saya beli dari seorang kenalan..rezeki nak dapat rumah di kawasan panas. Dengan major renovation yang dibuat..terpaksa beberapa kali juga menolak tempahan sebab belum siap sepenuhnya taddaaaaaa kini ia sudah boleh menerima tempahan.
Terdapat 2 unit Terletak di Blok A (Dipanggil flat hijau) ground floor dan Tingkat 7.

Hmm macam mana timbul idea nak buat homestay? Senang jer..ideanya timbul sbb kat Putrajaya ni banyak event..ramai orang selalu datang event2 ni…dah tu hotel kat sini mana ada yang murah..5 star hotel semuanya..kalau nak cari yang murah…keluar sikit dari Putrajayala (tak boleh nak namakan sebab tak tahu..tak pernah tido hotel kat sini…rumah kuates dah ada..nak buat apa tido hotel kan).
Rumah transit kerajaan memang ada..murah..tapi selalu penuh sebab unitnya tak banyak..yer la barang murah memang la sentiasa mendapat tempat kan.. So kebetulan ada orang nak jual..maka muncullah Ich liebe Dich Homestay hihihi…
Kalau malas masak pun kedai makan berderet kat luar rumah...buka jer pintu terus nampak kedai...bukan kedai makan jer ada, kedai gunting rambut...kedai topup, klinik...kedai runcit..semua la...kedai dobi tak perlu sebab kami dah ada dobi..so kalau pelanggan nak mendobi terus beritahu jer..
![]() |
Gambar ruang tamu snap juga tapi tak menjadi sebab model dah marah nak balik. Next time bila2 akan upload gambar ruang tamu. Ada sofa bed kat ruang tamu..so kalau datang dengan family besar...boleh lagi tido kat sofa bed tu.
Bayaran:
RM100-130/malam untuk hari2 biasa (sebuah rumah)
RM130-150/malam untuk cuti sekolah/hujung minggu dan cuti kelepasan am.(Sebuah rumah)
Hubungi saya Hariana 012-7958043 (wasap) untuk pertanyaan atau tempahan.
Nota kaki:
Rumah ini tidak dilengkapi dengan aircond dan mandian air panas yer...
Thursday, February 14, 2013
Setahun mendobi...
Operasi mencantikkan kedai sedang bermula.....
Tadaaa.... inilah hasilnya....
Pernah juga saya dan suami menyuarakan hasrat untuk menjual bisnes ni…hahaha…ada org buat ker? Masa belum maju dulu tak jual…masa dah maju nak jual pulak! Memang mak saya pun marah..tapi bila tengok kesibukan saya dan suami menguruskannya..memang org lebih memahami..lagipun kan ker bagus begitu?nak jual masa bisnes tengah maju…sekurang2nya pembelinya nanti terus dapat untung. Lagipula bukannya kami ni nak kaya sgt pun…tujuan buka bisnes ni dulu pun sbb nak beri peluang kerja pada adik…dah dia dapat kerja lain..kamila yang terpaksa menyambungnya.
Banyak juga org yang berminat untuk membeli tapi tak tahula..Allah tu hebat rancanganNya..ada jer yang berlaku mybbkan saya tak jadi jual akhirnya..dan sampai hari ni masih di bawah milik kami.
Fuhhh byk sungguh cabaran dalam dunia dobi ni…masa gi kursus ritu takde pulak consultant tu bitau cabaran2 ni..adala dia bitau sikit2..yer la..kalau dia bitau semua takder sesapa la nak buka bisnes dobi kan…
Entry kali ni saya nak share dgn pembaca2 semua cabaran dalam bisnes dobi ni…supaya sebelum nak buka kedai dobi..kena prepare mentally dan juga physically hehehe…
1. Pihak berkuasa
Bergantung kepada lokasi perniagaan anda…macam kedai saya..terletak di bawah MPS (Majlis Perbandaran Sepang)..mak aihhhh..kalau hati tak kuat…awal2 lagi dah tak mula bisnes…punyalah payahnya berurusan dgn mereka ni…saya maksudkan unit penguatkuasa. Kat ofis tu ok kot sbb yg berurusan di ofis mereka adalah suami saya. Unit penguatkuasa ni jaga2 la…bukan nak nolong orang nak buka bisnes..nak suruh org tutup bisnes ada la..ada jer kesalahan yang dia cari supaya dia boleh keluarkan saman…so baik jaga2 la…dulu kami baru lagi..byk benda tak tahu…itu bukan alas an yer…takder maaf2 dgn MPS ni…terus kena saman! Bayangkanla..baru 2 minggu buka bisnes..2 keping saman kami dapat..kesalahannya tampal banner “Selamat Datang, Ich liebe Dich Laundry Kini Dibuka” dibhgn atas dan di bhgn bawahnya sekeping lagi banner kecik “Selamat Datang”. Kalau saya letak 5 keping maunya 5 keping saman dapat sekaligus! Dah la saman masa kita tutup kedai…kot yer pun dating la masa kedai beroperasi…boleh kita bercakap sikit…. Tegurlah kami yang baru nak mula berniaga ni..officer tu pun satu..dh nampak banner gitu fahamlaa kedai tu baru buka…mana la ownertu tahu yang tampal banner kt dinding kedai sendiri pun salah..saya terpinga2 apa kesalahan saya sebenarnya sampai la org lain beritahu bahawa kalau nak tampal apa2 pun kena tampal kat dalam kedai..kalau depan kedai tu cermin pun..tampal kat bhgn dalam bukan kat luar…itu salah! Itu la masalahnya kalau letakkan peraturan bukan untuk mendidik..tapi lebih kepada mencari keuntungan dengan cara mendenda.
2. Pembekal
Biasanya bahan2 pakai habis dobi adalah plastic baju gantung (untuk lelaki dan perempuan), plastic baju gosok lipat, plastic baju basuh lipat, hanger, clip, sabun, softener, Clorox, collar spray, perfume lotion, etc..bahan2 ni memang kena kerap beli la kalau bisnes bagus…so kena la pandai cari pembekal yang tak byk songeh. Ada pembekal saya tu tak boleh bekalkan semua perkara..maknanya setgh yg lain kena beli dr pembekal lain…aduhhh malasnya nak berurusan dgn byk pembekal. Sorang pembekal ni ok dah…hrga barang2 dia murah..tapi sabun dia tak wangi la pulak…wangi tu wangila..tapi tak capai std yang saya suka. So saya cari pembekal lain. Ada sstgh pembekal pulak kalau tak cukup limit dia beberapa ratus ringgit..dia tak hantar..kena gi kolek sendiri…alaaaa lagi la takder masa.ada tu dah pesan berminggu2 pun tak sampai2 lagi barangnya…huhuhu..sabar jer la…kalau dapat satu pembekal boleh bekalkan kesemua barang dobi dengan harga yang murah, mencapai std yg kita tetapkan alangkah bagusnya.
3. Pelanggan
Haaaa ini memang kena byk sabar. Perangai manusia memangla macam2…dulu masa keje kat spital pun saya lalui byk kerenah pesakit…pesakit dgn cara pesakit…pelanggan dobi dgn cara mereka..hadoiiii. Tapi nak tak nak kena lalui jg la dh nak berniaga dgn org..kalau nak berniaga dgn kambing tak boleh kot!
Kerenah 1.(pengalaman kawan-pengusaha dobi juga. saya belum kena lagi Alhamdulillah)
Pelanggan datang dgn keluarga hantar laundry…resit diberi kepada bapanya..masa kolek laundry disuruh anaknya yang datang ambil dikedai…tak bawa resit. Kita pun sbb dah nampak anak dia masa hantar haritu dgn tidak ada syak wasangka berila laundry tersebut. Kemudian datang si emak menuntut laundry dengan membawa resit. Katanya dia tak terima laundry pun! Dia yang berhak terima laundry sbb dia yg ada resit. Nak tuntut ganti rugi! Ada org gini dalam dunia…jgn main2…so jaga2 la..kita ni nak buat strict sgt nak tunggu ada resit dulu baru nak bagi laundry sat lagi takder sapa la nak mari kedai…cthnya si suami hntr dobi resit ada pd suami…selang bbrapa hari isteri kebetulan lalu kt depan kedai…nak kolek baju dobi, pekedai tak bagi sbb tak bawa resit..last2 dia pun tk pergi dh la kedai tu sbb payah sgt…So moral of the story..strict sgt pun takleh..loose sgt pun takleh. So kat kedai saya , saya buat satu buku…kalau ada pelanggan dtg nak ambil baju tak bawa resit..saya suruh dia tulis nama, no tel dan tandatangan. Senang nanti buat bahan bukti.
Kerenah 2
Pelanggan kaya raya (kaya la kot sbb hantar baju mahal giler)…jaga baik2 pelanggan macam ni…ada yg ok tapi ramai yg cerewet. Kalaula boleh tolak….dah lama tolak…takder pelanggan gini pun takper..dia hantar baju mahal..suruh basuh biasa..then gosok. Ok kita buat macam biasa la. Masa dia kolek tak puas hati , kita basuh tak cuci katanya. So saya ambik basuh tgn la senang. Lepas tu lain pulak komplennya..yg tak logic pulak tu..kita koyakkn baju dia (walhal memang dh sedia macam tu pun..ala yg lubang2 kecik kat kolar baju tu..biasa la kalau dh pakai, basuh,gosok byk kali) lagi dia tuduh kita kuningkan bawah ketiak baju dia…alahai…apa keje la pulak nak kuningkan bawah ketiak tu…itu kesan awak guna deodorant laaa..tu bukan baju pertama yang saya terima yg gitu keadaannya…dia minta ganti yang tak tahan tu…nasib baik la consultan saya dh janji akan bimbing saya sampai bila2..so bila berdepan masalah macam ni saya terus hubungi dia…dia cakap “kenapa awak layan org macam tu?..org macam tu dalam dunia dobi ni memang ramai. Kalau memang dh dia syg sgt baju tu kenapa hantar kedai kita yang buruk2 ni?hantar la kat specialist…paling tidak pun jangan la suruh basuh biasa…suruh dry clean atau paling tidak pun basuh tgn…ini tidak…suruh basuh biasa..lepas tu tuduh kita rosakkan baju dia pulak!Huhuuhu…macam2 la manusia di dunia ni…solution untuk kes macam ni susah….takkan la kita nak tolak kalau dah baju tu memang ada kesan deodorant kat bawah ketiak tu…sbb memang byk baju yg gitu…yang koyak terus kat bhgn kolar tu pun byk…hbs kalau sumer nak tolak (sbb takut dituduh merosakkan baju) apa lagi yang tinggal?
Kerenah 3
Saya ni buat servis pikap n delivery…so ni pun satu hal juga. Pelanggan hntr msg minta hantar baju laundry yang dah siap..bila kita dah sampai rumah dia..tekan loceng berpuluh kali…menunggu la kita ni depan rumah dgn baju di tangan (kalau rumah atas tanah ok la juga…bila tuan rumah dh keluar baru ambik baju dalam kete..kalau rumah flat..kita dah bawa siap2 baju… hadoi…lamanya menunggu nak buka pintu. Itu yang buka pintu…yang tak buka sampai sudah pun ada…kita ni dah dia yg pesan suruh hantar..pergi la rumah dia…tunggu punya tunggu tak buka pintu..hntr msg tak reply…tel tak angkt…last2 dia msg balik dia takder kat rumah…ada kt tempat lain…malam esok la hantar! Pelanggan oh pelanggan…jangan la menduga kami sampai begini sekali.
Kerenah 4
Ada juga pelanggan yang cakap nak sekian hari…lewat la kononnya..so kita yang dh tak menang tangan ni berani la nak ambil order…kalau nak cepat memang tak berani nak ambil dah…tup2 lepas sehari hantr msg nak baju cepat..nak balik kg laa macam2 la…dh tu kesian pulak gitu..letak la baju org lain dibelakang..buat yg dia dulu…pernah satu masa sampai ke pagi menggosok sebab pelanggan nak cepat...last2 tak datang kolek pun…sakit hati dibuatnya! Kalau kita berjanji kena tepati..kalau pelanggan berjanji takper kot kalau mungkiri…Pelanggan yang jatuh dalam kategori ni memang ramai…so berjaga2. Dan kepada para pelanggan..jangan la buat gitu...jika masa anda berharga buat anda..begitu juga masa pekerja dobi...kalau berjanji...wajib ditepati.
Kerenah 5
Hantar baju dryclean menimbun2…(kedai kami jenis tak ambil deposit)..dah siap..tak datang ambil sampai sudah!
Kerenah 5
Pelanggan yang hantar baju untuk gosok tapi bagi hanger tak cukup lepas tu kita letak hanger kita...dia pulak tak nak bayar untuk hanger. So solution utk masalah macam ni senang jer…jgn guna hanger kita…kita guna hanger dia juga…letaklah satu hanger tu 2 baju pun. Biasanya kita combine baju dan seluar kat satu hanger.
Kerenah 6
Pelanggan yang cerewet bab susun baju untuk gosok. Dia nak hanger warna sekian2 untuk baju sekian2..hanger warna ni untuk baju2 lain pulak…sabarlaaaa..wahai pelanggan budiman…anda bukan seorang saja pelanggan kami…manala kami nak ingat baju mana untuk hanger warna apa…ada yang lagi cerewet…bagi baju suruh basuh dulu lepas tu gosok tapi nak kena match baju dengan nama yang dah ada di hanger! Mana la kami tahu baju ni utk anaknya yang mana…minta maaf la….kalau memang baju tu tak basuh dulu ok la juga…kita cabut dari hanger lepas tu gosok then letak balik kat hanger yg sama…serik oooo
Kerenah 7
Pelanggan yang tak bayar lagi..tapi masa datang ambik baju mengaku dah bayar..berdepan masalah macam ni kena betul2 jaga2..pastikan kita ada system yg bagus untuk tentukan samada pelanggan betul2 dh bayar atau belum. Pelanggan akan kata dia bayar tapi pekerja tak cop bayar pun masa tu…susah nak detek…lastly kita bagi free jer..kalau sorang dua takper la..kalau ramai?
Kerenah 8
Pelanggan yang kata kita bagi balik baju dia tak cukup. Ha jenis yg macam ni memang ramai. So cara nak atasi senang jer…tiap kali dapat laundry…terus tulis berapa pant, berapa baju kurung, berapa tudung etc..senang…. biasa masalah timbul kalau baju basuh then gosok sbb biasanya kita tak bilang baju satu2….(yer la baju kotor...kotor tapi kering takper lagi..kalau kotor pastu lembab/basah?..melainkan tuan dia yang bilang depan kita). Masalah yang sama boleh juga berlaku kalau kita kolek baju dr rumah pelanggan. Masa tu takkan la nak kira satu2…bukan dia sorang kita nak kolek…pelanggan pun masa tu dgn anak2 la dok bermain atas bahu..memang mereka pun kalau boleh nak kita cepat2 pergi...
Kerenah 9
Ha yang ni memang takleh nak elak la kalau buka dobi yer…pelanggan yang hantar seluar dalam siap pad yang ada darah masih melekat kat seluar dalam!Ha jangan tak percaya memang ada. So bersedialaaaa
List ni bukan kesemua lagi..byk lagi yang mungkin tak tertimbul di benak saya sekarang. Tapi bagi saya…itu la cabarannya berniaga. Berniaga apapun pasti akan ada cabarannya. Kalau takut dgn cabaran memang payahla nak maju dalam hidup. Hingga kini saya dan suami masih kekal menguruskan dobi Ich liebe Dich ni. Walaubagaimanapun ramai juga pelanggan yang baik hati...biasanya pelanggan tetap memang jenis tak cerewet...sbb mereka dah masak benar cara kerja kita...tapi tu la...namapun manusia...tak semua sama.
List di atas hanya kerenah pelanggan…belum lagi kerenah pekerja hahaha….dalam apa2 bisnes pun…pekerja memang penting…bisnes maju kerana pekerja..bisnes lingkup pun juga kerana pekerja. Fikir2 kan laaa
Tuesday, December 18, 2012
Cabaran hidup berjiran
Nak kata saya ni ramah tamah..memang saya mengaku saya tak ramah tamah..tapi itu hanyalah apabila saya tak kenal seseorang tu..tapi kalau dah kenal..saya tak pernah mengira status…waimah bibik kat kawasan kejiranan tu memang rapat dgn saya..sebab tu bila bibik saya lari dulu ramai jer bibik lain suruh tunggu hingga tarikh kontraknya tamat dgn majikan lama utk kerja dgn saya…begitu juga bila saya ada masalah pekerja di kedai dobi saya…ada jer yang nak menyanggup..tapi takkan la saya sanggup tengok majikannya ke sana ke mari mencari bibiknya yang lari..sbb saya sendiri tahu betapa peritnya kalau bibik lari..
Hampir tiap petang anak kecil saya, furqaan menunggu saya pulang kerja utk pergi ke taman tempat dia biasa bermain…saya pulak bila balik dh tahu dah…memang tak masuk rumah terus bawa anak2 saya..bersama anak2 jiran ke taman tu…kena gi naik kete sebab agak jauh kalau nak jalan kaki..kiranya anak2 jiran memang dah rapat dengan saya…terutama satu budak pompuan kecik ni…nama dia Ainul Mardhiah…comel betul budaknya…menurut bibiknya, Ainul ni buka mata jer terus nak ke rumah saya..nak main dgn furqaan…si ainul pun pantang nampak saya …kedua2 tangan terus angkat..nak saya dukung…saya pun main2 cakap la…’alahai…menantu makcik ni sorang’…tapi memang furqaan serasi main dgn dia…
Baru2 ni tetiba dapat hadiah dari seseorang…bibik saya kata “besan” saya bagi…erk! Besan?? Hahaha rupa2nya mak si ainul ni bagi hadiah sbb si bibiknya selalu ceritakan pasal saya pada ibunya. Saya sendiri tak pernah jumpa pun maknya…yer la masing2 kerja…
Minggu lepas abang saya dari Kelantan datang ke rumah…jadi tempat park kereta penuhla…so mahu tak mahu saya parking di belakang keretanya dan mengambil sikit kawasan jiran…(punggung kereta masuk halaman jiran)..kereta jiran sedang park di depan rumahnya..fikir saya kalau dia nak keluar nanti dia datang la ke rumah saya minta saya alihkan…(kalau bukan dia pun…dia boleh suruh bibiknya)..
Rancak berbual dgn family abg (yg julung2 kali datang ke rumah) tetiba Aqin berlari masuk ke dalam rumah…”ibu..mama iqin panggil”..saya pun terkejut juga sbb jiran saya sorang ni tak tahula apa masalahnya dgn saya..tapi dia memang seboleh2nya tak mahu tengok muka saya…so bila dia tetiba panggil tu…kena la cepat2 kan…apa hal pulak…mesti penting ni…kalau tak takkan nak panggil saya…
Memang la penting pun…dia langgar kete saya! Alasannya mudah…dia tak nampak masa undur kete dia..ok la…waktu itu saya rasa elok kalau dia ckap akak minta maaf…akak tak nampak…tapi dari cara dia tengok muka saya, saya dapat rasa dia memang salahkan saya park kete melangkaui territory saya…dia diam jer..so lepas saya tengok tempat yg kemek saya tanyakan padanya..”akak nak keluar ke mana (sbb tengok anak2nya semua duk dalam kete)..dia balas balik “nak kuar makan”..so saya kata “takper la..akak kuar dulu..nanti balik kita bincang”..itu la kata2 terakhir saya pada dia…diapun tak kata apa..terus keluar…sehingga kini tiada apa2 berita.
Melihat pada responnya yang dingin saya cakap pada bibik saya…”ginilah bibik…nanti bilang sama bibiknya…kereta saya tu saya mau reper..nanti resitnya saya akan kasi pada dia..atau..dia boleh bawa kereta saya reper ikut mekanik yang dia percaya…terserahlah yang mana yg dia mahu”..bibik saya pun cakaplah pd bibiknya pesanan saya ni…huhuhu..tak pasal2 kedua2 bibik kena marah…”cakap sama bibik sebelah..jangan masuk campur urusan orang!” itu la yang dia kata….
Okla…tak apala kalau macam tu…
Seperti biasa anak2 saya memang bermain dgn anak2 jiran termasuk anak jiran saya yg sorang ni…sambil main anak saya tanya bila mak dia nak reper kete saya…jawapan anaknya ni lebih menyakitkan hati…”mak aku cakap mak engkau yang salah..apsal mak engkau parking kete kat depan rumah kitorang!”..huhuhu cantiknya budi bahasa….
Saya dengar dgn telinga saya sendiri…hati saya berkata tak apala…kalau dia rasa rm300tu (saya anggar kerosakan kete saya tu kalau reper byk tu la kena bayar) boleh bawa kesenangan hidup selamanya pada dia…buat la…
Tapi alangkah lebih bagus kalau dia sendiri datang ke rumah saya memberitahu bahawa dia tak mahu bayar kerana pada pandangannya saya yang salah sebab saya parking masuk ke kawasan rumahnya…supaya saya boleh berbalas hujah…jikapun saya fully blocked keretanya waktu itu..dia tidak berhak untuk melanggar kereta saya..apatah lagi hanya bontot kereta saya saja yang mengiring masuk sikit ke halamannya (dianggap kawasannya walaupun sebenarnya ia adalah jalan raya…kawasan lapang di halaman rumah saya juga tidak boleh saya claim mengatakan kawasan saya kerana ia adalah jalan raya..sesiapa saja berhak park kereta di situ) dan saya berada di rumah waktu itu…tambahan pula kami hidup berjiran..walaupun dia tak mahu menegur saya..tak apa la..dia larang bibiknya berbual dgn saya..tak apa la…tp jgn langgar kete saya…apa kata kalau saya tersilap mengundur dan terlanggar keretanya? Macam mana dia rasa kalau saya juga buat derk macam takder apa2 berlaku?
Suami saya kata…sabarla..nak buat macam mana…dia lagi tua..kita yang muda ni bersabar jer la…

Tuesday, November 20, 2012
Ramainya manusia tak takut pada Allah…
Bukan niat untuk ambil untung atas rumah yang disewakan.
Rumah pun dibeli bukan untuk tujuan pelaburan. Memang niat asal untuk mendiami tapi
kita cuma merancang…Allah yang menentukan. Sebaik mendapat tawaran sambung
belajar ke German memang ada beberapa pilihan diberi..sama ada utk sewakan atau
buat homestay atau biarkan saja kosong.
Saya pilih buat homestay..ribuan ringgit habis utk fully
furnish kan rumah. Dipendekkan cerita..dapat kontrak dgn KPLI untuk menempatkan
student2 yang nak buat praktikal…habis rumah rosak dirosakkan oleh 12 orang
bakal2 cikgu yang menyewa secara kontrak (kontrak selama setahun..nasib baik
setahun). Tak terbayang beginikah rupa cikgu2 yang akan mengajar anak2 kita
akhlaq, budi pekerti, kebersihan..jujur…ya Allah…apa nak jadi..
Serik dengan kejadian tu..setahun saya biarkan rumah tu
kosong tak berpenghuni…tapi biasalah…ada juga kawan2 dan adik beradik
bertanya..tak nak sewakan semula ker? Sayang rumah rosak kalau dibiarkan kosong
terlalu lama. Terkesan dgn kata2 tu saya n suami mula iklankan semula rumah
kami dalam mudah…ramai sgt yg menelefon..tapi Allah yang aturkan segala…semua
yg menelefon, kami tolak dan terima saranan daripada abg yg tinggal berdekatan
utk menyewakannya kepada seorang duda yg baru kematian isteri…dipendekkan
cerita lagi... dia setuju terima rumah tu dgn barang2 di dalamnya. (saya memang
tak mahu keluarkan barang2 saya…kalau dia nk menyewa sekali dgn
barang2…dudukla..kalau tak nak..tak payah sewa.)
Pada mulanya dia setuju terima dgn barang2..so ok la…tak
berapa lama lepas tu jiran depan rumah beritahu yang dia nmpak byk barang2
diluar rumah…dh lama katanya katil, tilam, almari, besen, pinggan
mangkuk..macam2. duk berlambak diluar rumah. Saya pun tak tahu cerita..tel penyewa dah tak berangkat…sms
tak berbalas…habis la kali ni…so saya balik Kelantan. Pergi ke rumah saya
tu..alahai sedihnya tengok rumah…penyewa takder pun…so takleh masuk dalam
rumah…Cuma tengok lambakan perkakas dapur dan perabut2 lain dilambak diluar
rumah bahagian belakang…saya panggil jiran2 datang kutip apa2 saja yang mereka
mahu...saya sedekah saja...
Setelah lebih 7 bulan tak bayar sewa, saya minta dia keluar.
..selang beberapa lama dia pindah dengan meninggalkan lubang di rumah saya
(hasil tebukan utk pasang ekon…rumah saya dah ada 4 biji ekon..tak cukup
lagi..dia tebuk juga utk tambah lagi ekon)..sampah sarap tak payah nak cerita
la..dia keluar waktu malam dengan pintu, tingkap, lampu semua dibiarkan terbuka dan terpasang…aduhai..sampainya
hati…rupanya ada surat merah dari TNB kerana hampir 5 bulan tak bayar elektrik
berjumlah hampir rm400!..Terima kasih banyak2 wahai penyewaku. Kita jumpa di
akhirat.
Kebetulan suami ada out station ke Kota Bharu sebaik selepas
kejadian penyewa keluar rumah, terus dia ke rumah kami…pilu rasa hati lihat org
buat rumah yg kita sayang macam tu…dalam tengok2 tu jiran depan rumah cakap ada
org berminat nak sewa…kami yg serik dgn kejadian ni memang tawar hati nak
sewakan pd org..pd waktu itu jawapan saya"tidak"..
Selepas suami balik ke Putrajaya..bertalu2 jiran tu telefon
minta dipertimbangkan kerana org tu ada anak2 kecil dan perlu cari rumah dengan
kadar segera sebab kebetulan memang nak hujung bulan dan tak nak bayar sewa utk
bulan seterusnya kalau boleh pindah..alasan nak pindah dari rumah lama adalah
kerana tekanan air di tingkat atas rendah…nak mandi tak puas…ok la alasannya
bukan pasal masalah dgn tuan rumah (kalau masalah dgn tuan rumah walau apa jua
masalahnya saya akan anggap memang penyewa yg bermasalah)…
Dipendekkan cerita saya terima dia menyewa di situ tanpa
perlu bayar apa2 deposit sbb rumah tu ditinggalkan dalam keadaan teruk oleh
penyewa sebelumnya dan saya belum sempat nak cuci…dan sipenyewa pun cakap tak apa
dia akan cucikan..dia memang suka kerja cuci mencuci n mengemas…masa tu dalam
hati Ya Allah bagusnya penyewa ni..harap rumah akan dijaga cantik la di
tangannya. Jadi untuk cover kos repair rumah yg rosak sana sini saya rasa reasonable
saya tak kenakan apa2 deposit (saya ni asyik pk pasal kesian kat org jer)
Selepas 3 bulan masih tak ada apa2 duit sewa yang dimasukkan
ke akaun..masa nak menyewa siap janji..tak payah risau..setiap 8hb tiap2 bulan
saya akan bank in duit sewa! (tarikh tu dia yang cakap tu..saya tak cakap pun
dia kena bayar 8hb). Suami cuba tel..tak di angkat…sms tak dibalas…huhuhu..habisla
kali ni pun kena tipu juga la nampaknya.
Suami hubungi jiran yg mencadangkan
dia haritu…jiran pun terkejut dia buat macam tu sbb nampak elok2 jer…so bila
dah tahu gini dia pun cuba la gi minta duit sewa dr si penyewa tu…hmm kalau org
dh selalu menipu…keje tipu ni dh tak rasa berdosa dh…seperti biasa dia berjanji
akan byr la…tapi hinggalah bulan ke 4 masih tak bayar dan grill rumah dah
sentiasa dikunci sbb tak nak si jiran ni datang rumah dia jadi ceti.
So sijiran ni pun takleh la nak buat apa2 sbb dia tak nak
bergaul dgn org dah…gril sentiasa ditutup…anak2nya cuma berkawan sesama mereka je.
Bila tengok ada anak2 dara perempuan 4 org asyik keluar masuk rumah tu dia pun pelik tapi
nak bertanya tak ada sesiapa yg boleh di tanya..last2 sijiran ni sekat budak2 tu dan tanya..apa hubungan dgn tuan rumah ni? Budak2 tu kata “tak ada
hubungan…kami menyewa kat bahagian atas rumah tu”…hohoho…siap sewakan pada org!
rm100/seorang!
Hari raya haji tempoh hari saya balik nak selesaikan perkara
ni…makin sakit hati memikirkan rumah kita dah dibuat macam rumah sendiri…Kami
pergi waktu malam ke rumah tu…memang dia tak buka gril tu walaupun dah diberi
salam berpuluh kali…di goncang gril tu bagai nak tercabut lengan dibuatnya…dia
boleh pulak main intai2 dari dalam rumah!Kalau dah kami tuan rumah tu..memang
kami tahu kat mana boleh masuk kalau bukan dari pintu utama tu…so kami berjaya masuk
la juga…pergi ketuk pintu rumah bagai nak rak..memang kali ni takkan mengalah…last2
dia buka juga…boleh dia kata “eh tak dengar org bg salam!”
Berlaku perbincangan yg tegang di situ…malas nk tulis sbb
memang menyakitkan hati. Tapi pendek cerita saya bagi tempoh 3 hari supaya dia
keluar…Ada dia kisah??? Memang dia buat bodo jer…so apa lagi…saya telefon tuan
rumah lama..minta dia ke TNB (resit bil tnb masih atas nama tuan rumah lama)
saya nak buat proses tukar nama sebab saya nak bg arahan potong elektrik!
Selagi bil tnb bukan atas nama saya, saya tak berhak keluarkan arahan tersebut.
Elok jer dh isi borang bagai…peg tnb tu cakap "cik kena setel dulu bil sekarang
baru boleh teruskan proses tukar nama".."oklah berapa bil sekarang" saya tanya…bagai
nk tercabut jantung saya hampir rm3ribu!!!! "Haa..macam mana boleh dekat 3k ni?" saya tanya…peg tnb tu cakap "sebab dh 5 bulan tak bayar"…saya tanya balik “habis dah 5
bulan tak bayar, tnb buat apa? Kalau rumah org lain 2 bulan tak bayar pun bil
baru puluh2 jer pun you dh sibuk pegi potong letrik rumah org tu..apsal dia ni
you biar sampai 5 bulan?dekat 3k pulak tu?”...apa respon peg tu?...dia
terkebil2 tengok muka saya…rasa nak sedekah penampar pun ada….dia cakap “mungkin
dh keluar peringatan kot puan”…sy cakap “apa mungkin2..kenapa you blh tak tahu
keluar notis ker tak keluar”..
Tuan rumah lama pun terkejut beruk dengar bil
sebanyak tu..secara purata sipenyewa ni guna letrik dekat rm5oo sebulan la maknanya…tuan
rumah lama kata “rumah saya sekarg ni pun yg ekon tiap malam pasang utk tiap2 bilik
tak pernah lebih dr rm340 sebulan! Dia ni memang nak aniaya you ni…”huhuhu..makin
membara rasa marah…saya balik semula ke Putrajaya tanpa hasil! Takkan saya nak bayar rm3k macam tu jer..dia yg senang2 pasang ekon 24j...walhal kat rumah saya punya la berjimat cermat guna letrik.
Kebetulan ayah mertua ada kenal org yang agak gedebe untuk
diminta tolong halau sipenyewa ni..biarlah tak bayar satu sen pun asal tak
menambah lagi hutang saya pada tnb…so pergila si gedebe ni ke rumah tu…percaya
tak kalau saya kata sigedebe tu pulak yg tak percaya yg saya ni tuan rumah tu? Sbb
nya sipenyewa tu dengan yakinnya menjawab bahawa itu adalah rumahnya! Siap dengan
details dgn siapa dia beli rumah tu…hohoho ni memang main kasar…Nampak gaya
memang dia tak ada plan nak keluar dr rumah tu pun.
Tak tidur malam saya dibuatnya…memikirkan bimbang kalau2 dia
betul2 dapat rumah tu nanti in any ways. Sekarang macam2 boleh jadi…yg penting
ada duit…org dah tak takut tuhan…so nilai manusia dh makin murah…
Saya telefon tnb care line yg beribu pejabat di KL…menimbun2
syarahan saya bagi…baru puas hati. Antara isi kandungan syarahan adalah: Saya
telah dianiaya oleh sipenyewa..tnb juga nak tambah penganiayaan tu…kenapa tak
potong api kalau dh 5 bulan tk dibayar? Baik u cakap yg u trlepas pandang
daripada u bg jawapan lain…sbb I akan fikir tnb dan ‘dia’ (si penyewa) ada apa2
link. Sebelum saya tulis surat rasmi n cc kepada sprm baik tnb ambil tindakan.
Saya nak tengok u buat tindakan cepat!
Tak sampai seminggu saya dapat tahu dari sijiran yg dia dh pindah sbb letrik
dh kena potong! Baru lega hati saya…dia pergi membawa bersama hutang nya kepada
saya..tak apa…seorang lagi manusia yg akan menunggu saya sebelum dia boleh
masuk ke syurga…
Risau saya memikirkan…bagaimana perangai budak2 n anak2 muda
kita nak elok..kalau rezeki yg haram sebegitu yg disuap oleh ibu bapa mereka ke mulut anak2…rezeki
yg dapat dengan menafikan hak orang lain…ingatlah daging yg terbina dari hasil yg
haram..neraka adalah yg paling layak buatnya (Hadith At-Thabarani)..nauzubillah…
Tuesday, September 25, 2012
Busy
Tak sempat nak update blog...
16/8 - 31/8 Cuti Hari Raya Eidulfitri
1/9 - 5/9 ISPOR international conference, Taipei
19/9 - 22/9 Penang: Bengkel Pharmacoeconomics
24/9- 28/9 Jadi juruaudit dalaman Bahagian Perkhidmatan Farmasi
1/10 - 3/10 Bengkel Penjenamaan Semula Portal BPF
Huhuhu....kedai dobi pun problem...bukan problem takder pelanggan...memang tengah laku sekarang ni..tak menang tangan...tapi masalahnya pekerja la pulak....main tolak pelanggan...(mentang2 bos dia tak dok kat kedai...senang2 jer dia tipu kata takder pelanggan langsung...kita pun percaya la takder pelanggan...walhal berpuluh2 pelanggan datang kedai pekerja ni tolak sbb dia penat...boleh ker gitu???) tahu ni pun sbb kedai sebelah bitau...kalau tak main percaya jer la cakap sibibik ni sorang...
Ni kira nak cari pekerja baru...anyone???? call me 019-6908043 hehehe...gaji RM600. nak pakai 2 orang.
Keje pun tak menang tangan gak huhuhuu...

Sunday, July 15, 2012
Macam-macam cara anak2 tak mau g sekolah…
Pelikla kenapa masa kat German dulu kalau cuti lama sikit terutama cuti Ester anak2 sibuk tanya bila boleh g sekolah balik? Padahal cuti Ester bukan lama sgt pun..paling2 seminggu jer..tu pun dah tak sabar nak pergi sekolah..
Kat Malaysia ni..cuti dah sebulan setengah pun masih lagi takmau g sekolah! Apa yg tak kena sebenarnya dgn system pendidikan kita ni yer?
Anak2 saya 3 orang sekolah di sekolah yg sama..senang nak hantar and ambik…cikgu2 pun dah tahu ‘do re mi’ tu anak2 saya..darjah 2, 3 dan 4. Kalau sorang tak g sekolah biasanya 2 lagi tu pun tak gi juga. Tapi tu kalau mereka ikut saya out station la. Dulu memang kerap ikut sbb sekolah pun saya rasa macam main2..tapi sejak sisulung tu dah drjah 4..saya kurangkan out station dan juga tak benarkan mereka ikut dah…konon nak suruh tumpukan pada pelajaran la.
Tapi ada kes2 tertentu kalau seorang tak pergi..2 lagi masih pergi..tapi dengan muka tak puas hati la hahahha…mana tak nya..mereka akan tanya kenapa mereka kena pergi sekolah? Walhal bukan tak tahu yg kakaknya demam! Tapi oleh kerana kerap sgt berlakon sakit..so kalau org lain sakitpun mereka ingat berlakon sakit la juga.
Baru2 ni si kakak balik rumah dgn berdarah2 di bawah siku dan beberapa tempat lain…bukan dia nak risaukan luka dia..dia boleh tanya “kakak sakit ni..esok kakak tak payah gi sekolah la ibu?”..akibatnya dia akan berlakon macam sakit sgt2 supaya tak payah g sekolah…abahnya yg lembut hati pulak apa lagi…’hmm kakak tak payah g sekolah yer…’ happy sakan la si kakak manakala abe n aqin masam mencuka nak marah sbb mereka terpaksa g sekolah. Bila balik sekolah pandai pulak kedua2nya..”abah..kalau abah tak caya..balik nanti tengok la..kakak tu bukan sakit pun…” dan hahaha..memang la hanya budak tahu psikologi budak lain…elok2 je si kakak dok main dgn kawan2 dia kat luar…
Later..abe pulak sakit perut…berguling2 gayanya…saya ni pergi la urut guna minyak angin sbb sblm tu elok2 jer pun…tapi anak2 ni cepat tak cepat otak dia..elok jer sakit terus dia terfikir nak buat alasan tak payah g sekolah…dalam saya dok urut2 perut dia tu si abe tanya “ibu..abe rasa esok abe takleh g sekolah la” saya jawab la…”ala sakit perut jer pun…kejap lagi baik la..” dia jawab balik “tapi abe sakit sgt ni..macam mana nak g sekolah” saya jawab balik “takper kalau esok pagi perut abe sakit lagi..abe tak yah g sekolah la…” (itu jawapan g dia tunggu pun..) so esoknya hmm macam dh tahu2 la…memang dia sakit perut lagi la…n seperti biasa kakak n aqin masam mencuka nak marah…n bila balik sekolah..abe elok2 jer main dgn kawan2 dia…
Last sekali minggu lepas..si aqin hhahahaha..mungkin dia kata dah orang lain semua cuti sekolah..dia jer belum lagi..so dia kena cari alasan nak cuti gak..masa saya tengah potong kuku dia, tetiba dia cakap “ibu, aqin mggu depan cuti..” saya tanya la ‘cuti apa pulak..takder surat apa2 pun..” dia jawab balik..”tak..ni aqin jer cuti” saya tanya balik “cuti apa? Berapa hari?” jawapan dia ni bagi saya kelakar..”beg aqin basah..haritu ada kawan aqin tumpahkan air susu dia kat beg aqin…bibik basuh beg aqin..aqin takleh g sekolah. Nanti bila beg aqin dah kering baru aqin boleh g sekolah” hahaha saya n abah dia gelak bagai nak rak…adeker alasan gitu tak nak g sekolah?…last2 kena g sekolah gak la sbb bukan lamapun nak kering beg sekolah..kalau tak kering jemur di bawah mataharipun..mak ayah dia kan tokeh kedai dobi..takkan la takleh nak keringkan guna dryer kat kedai nun…
Saya rasa dia akan kreatif mencari dan terus mencari alasan tak nak g sekolah. Saya kena berhati2 supaya tak dimanipulasi oleh anak2 saya.
Haritu masa bibik saya lari dan saya masih bersusah payah mencari pengganti bibik..terpaksalah saya cuti..si anak2 ni punya tak puas hati boleh dia tanya “eh ibu tak g keje ke hari ni?” saya jawab la..”ibu cuti sbb nak jaga furqaan..kan bibik lari” semua tak puas hati…”kenapa ibu boleh cuti?kami nak cuti jgk!”..nasib baik la otak sayapun jalan jg…”masa cuti sekolah tu..anak2 ibu cuti panjang ibu tak cuti pun!” hahaha baru terdiam.
Tapi saya musykil kenapa la mereka ni cukup tak mahu g sekolah…bukan anak2 saya jer..kadang2 masa saya pergi jemput anak2 saya pulang dr sekolah..ada juga saya bawa balik anak2 jiran…siap mereka pulak cakap “seronok la abe tak gi sekolah rini…” saya tanya kenapa pulak seronok? Mereka jawab.."yer la tak payah g sekolah…best la…g sekolah tak best.."
Hai..seingat saya..dulu masa saya sekolah..memang la tak seronok gak tapi takder la sampai benci betul nak g sekolah…saya tak pernah nak cari alasan utk tak nak g sekolah…walhal dulu pukul 5.30pg mak dah gerak suruh bangun mandi..
Masa anak2 saya bawa balik satu borang..tak silap saya tajuk borang tu adalah "bagaimana nak mempertingkatkan kualiti pengajaran di sekolah"..lebih kurang gitu la…apa lagi…bagai org mengantuk disorong bantal..panjang lebar saya tulis..saya mahu system di Malaysia tiru sikit system di luar negara. Sistem berorientasikan exam utk kanak2 memang sgt2 tak sesuai..apa lagi anak2 dh diberikan soalan beberapa hari sblm peperiksaan utk dihafal dan dibuat latihan d rumah..bagus ker gitu? Adakah itu berjaya mencungkil bakat kanak2 tersebut. Memang bagus utk mangasah kanak2 tu menghafal la!
Idea siapa la bagi soalan pd budak2 ni sblm exam..dh tu suruh hafal…keluar sebijik2 benda yg sama. Mula2 dulu saya memang tak suruh anak2 hafal pun…saya suruh mereka baca dan saya betulkan kalau ada ejaan mereka silap kat mana2..tak tahu pulak soalan exam sebijik macam tu…lepas tu barulah setiap kali nak exam saya akan tanya anak2 saya..mana soalan exam…”jom menghafal!!!!”
Seriously…kena ubah…banggakah kita kalau anak2 dapat markah tinggi sbb berjaya hafal dgn baik?banggakah kita sebagai cikgu bila anak2 murid semua dapat A sbb dapat hafal jawapan dgn baik?..tak tahula org lain..tapi saya tak bangga langsung. Sbb saya rasa system begitu tak mencungkil kebolehan murid2 memberi jawapan mereka sendiri.
Apapun saya hanya org kecil…yg tak ada sesiapa pun perasan tulisan saya ini. Kalau saya dh jadi menteri nanti…tengokla..hahaha…

Friday, May 25, 2012
Bibik lari...
(entry ini mungkin yg terpanjang pernah ditulis)
2.
Bibik kedua namanya tak ingat tapi umur dalam
awal 20an
Tapi…huhuhu..lepas beberapa hari jiran
sebelah menyebelah mula mengadu…katanya dia selalu bawa baju kotor dari rumah
kakaknya berbeg2 untuk basuh di rumah saya..lepastu balik sidai kat rumah
dia..sabun n softener guna yg saya punya…bila saya dengar agak marah juga..tapi
tak apala..sabar…lepas tu jiran lain kasi tahu pulak dia pepagi tu tido
jer..tak jaga anak2 sayapun…pernah jiran tu pergi kutip anak2 saya kt padang
bola berhampiran dengan pakai pampes je.anak2 saya baru setahun lebih dan 2 thn lebih jer masa tu...gendong biskut kat tangan sebab lapar
sedangkan tiap2 pagi saya masakkan dulu nasi kat derang..cuma minta bibik tu
suapkan jer..kesiannya anak2 ku..mata berkaca bila jiran beritahu benda
ni..tapi hati masih cuba menafikan.
5.
Yang ni juga bukan bibik tapi jiran di kampong
tempat saya tinggal tu. Jiran sebelah yg rekemenkan dan saya pergi ke rumahnya...budak ni umur dalam belasan.
Bila saya dok tengok anak pompuan saya
menggaru kepala, saya tanyala kenapa asyik menggaru..dia kata gatal..so saya
cek la…dalam masa tak sampai 2 minit saya dapat tangkap 8 ekor kutu! Saya tanya
bibik saya dia ada kutu tak? Dia kata ada huhuhuhu macam2 hal la…dah tu takper
la sayapun bawa la balik ubat kutu…siap ajar lagi macam mana nak guna. beberapa
hari lepas tu saya tanya la ada rasa kurang tak kutunya..dia selamba jer
cakap..bibik tak pakai pun! Saya tanya balik kenapa tak pakai?…dia senyap
jer…hish…ada mental problem ker bibik ni??
8.
Yang ke 8 ni saya tak ingat namanya sebab
sebulan jer pakai. Umur dalam lingkungan lewat 30an. Tapi tak kawin lagi.
Mak terima bibik masa saya dh berangkat ke
German kembali. Jadi saya tak sempat tengok muka bibik tu. Tapi hahaha citer
bibik ni lagi lawak. Memang dia dtg nak jadi tuan. Dia siap cakap dia bukan nak
jadi bibik.Dia org kaya di Indon. Terkedu mak saya. Nak kata apa kalau dh bibik
cakap macam tu. Saya tel ajen..agen pun terkejut sbb dia memang kata nak keje
(tak tahula mana satu betul..ajen pun putar belit gak). Masak tak..siap mak
saya pulak yg tolong masakkan utk dia. Kalau mak saya keluar…terpaksa balik
tengahari utk masak utk dia..sbb kalau tak masak nanti dia kelaparan. Sya yg
mendengar ni naik meremang bulu roma nak marah.
Kata mak lagi anak2 tak mahu dia yg
uruskan..jadi nak kasi pakai baju sekolah…nak mandikan…sediakan makan... semua
opah dia juga yg kena buat sbb geli dgn bibik. Saya bertaya pd anak2 kenapa tak
mahu bibik buat (melalui skype) ini jawapannya “eiiii tak mau…bibik macam
hantu…kuku panjang” saya cakapla.. suruh la bibik potong…anak2 cakap “opah dh
suruh byk kali tapi dia tak mau potong..abe geli…kuku kaki pun panjang
bu….kotor…hitam” erkkk…kuku kaki sama?adoiai…ada mental problem gak ke ni?
Saya Tanya agen lagi..dia kata memang takde
masalah pun (dia temberang pun tak tau la) ada sekali tu dia melawa…pakai
lipstick bagai…mak tanya nak pergi mana? Dia cakap “tak payah nak risau dia tak
lari”amboi mak!! Jawab…tiap petang mak cakap dia buat2 menyapu sampah kat luar
(rumah mak ni berjiran dgn rumah kongsi pekerja2 bujang lelaki Indon)..ada
sekali tu dia minta izin kat mak saya nak gi johor…fuh keje tak sampai sebulan
dah nak gi jenjalan…mak tanya buat apa nak gi johor..dia cakap abg dia ada kat
sana..pulak dah!!! Kata sebatang kara…mari mana pulak abg dia ni…dh tu adik ada
kat ipoh..mak sedara ada kat KL semua ada…alahai..memang dh kena tipu hidup2
la..bila saya cakap kat agen..agen buat2 terkejut…sbb dia kata bibik tu sendiri
yg cakap dia sebatang kara.
Hari2 kat rumah dok dalam bilik menelefon..sapa
yg dia telfon pun tak tahula…kata sebatang kara…dh tu mak minta saya nasihatkan
(melalui skype la jg) saya pun cakapla..jgn la bercakap lama2 dlm tel…kita dtg
nk keje…tahu tak dia jawab apa? Hahaha..dia kata “itukan telfon saya” humang
aih…geramnya rasa…mak cakap sejak sya nasihatkan jangan terperuk dalam
bilik..dia dh mula keluar..tapi lagi menyakitkan hati sebab dia berbaring kat
tengah ruang tamu…tak malu langsung. Bila mak cakap jgn baring kat situ dia
cakap dia pusing (pening kepala)…ada penyakit darah tinggi dan sakit jantung…pernah operasi
jantungnya tu…haduhhhhhh macam2…
Atas permintaan mak yg dh tak boleh
bersabar dgn bibik ni..saya minta nak tukar lain. Tapi macam biasa..kalau dh
tukar lain tu..jawabnya lesap la duit tu…ajen pun tak dapatla nak dihubungi
lagi…
Dia berjaya dapatkan kepercayaan saya masa
tu..anak2nya pun selalu hantar sms tanya keadaan ibu mereka mybbkan saya lebih
percaya yg dia memang sgt susah kerana ditinggalkan suami dgn 3 anak. Baju2
anak2 saya banyak yg saya sedekahkan pada dia untuk anak2nya. Bila balik dh
kerja macam biasa. Dengan Maya saya sgt rapat sampai dia pernah peluk bahu saya
masa kami bergurau. Saya selalu ajak dia tengok rancangan semanis kurma dgn
saya. Dalam tempoh itu dia selalu puji rumah tangga saya, katanya dia suka
tengok saya dan suami suka mengaji…hatinya jadi tenanng…suatu hari dia minta
saya ajarkan dia mengaji (waktu tu saya masih dalam pantang dan saya katakan nanti
saya akan ajarkan)
Nak dijadikan cerita…ramai rakan sepejabat selalu bertanya mana saya dapat bibik…bila selalu sgt saya diaju soalan ni saya ceritakan pada Maya…dia dapat idea..katanya rakan2nya ramai nak kerja tapi takut nak datang sebab banyak cerita bibik didera…tapi kalau ibu dah ada bakal majikan yang dijamin baik, bibik boleh balik Indon dan bawa mereka balik ke sini. Itu kata2nya yg buat saya rasa bagus juga tu…saya kata itu boleh jadi pendapatan sampingan bibik. Sambil2 tolong kawan2 yg asyik ditipu agen.
Dalam tak promot, 4 org kawan2 saya mahukan
bibik. Saya minta RM1500 seorang utk proses buat paspot, tambang, ‘duit tunjuk’
dan pelbagai…kira buat utk tolong kawan saja..dan nak bagi sikit pendapatan
pada Maya…so semua sekali RM6500 saya kirimkan pada Maya lepas dia pulang ke
Indon (kira dia kerja dgn saya selama 6 bulan dan saya benar2 mempercayainya)
sebelum tu saya dh selalu selitkan kepadanya..jangan rambang mata dgn
duit..ingat duit tu duit org…walau byk..walau sikit tetap berdosa kalau ambik…dan
dia bersungguh2 yakinkan saya ‘ibu ni…bibik dh lama dgn ibu…bibik selalu dgr
ibu ceramah..takkan la bibik nak bawa lari duit” itu la yg dia kata…siap dia
tanyakan kepada saya apa yg saya nak kirimkan nanti..saya tak pesan apa2
cukupla dia balik dgn bawa balik bibik2 4 org tu…tapi dia berkeras nak bawa
kacang tanah,ikan bilis..sbb katanya kat Malaysia mahal dan tak cantik..kat
Indon benda2 tu cantik. Saya pun tak kisah la…
Balik dengan kapal laut siap saya berikan
duit belanja rm200 utk makan minum atau teksi..duit rm6500 tu saya bagi masa
dia dh sampai ke sana..masuk sikit2 bila dia tipu mengatakan “esok bibik mau ke
kantor buat paspor..ibu boleh masukkan wang utk buat paspor dulu”..kita pun
masukkan la duit..elok jer dia kata nak berangkat ke Malaysia balik kita
masukkan lagi baki..alih2 terus takleh telefon dah lepas tu….alahai sanggup
bibik buat macam tu…walhal kalau betul2 dia bekalkan bibik2 tu..mungkin
rezekinya akan lebih byk sbb bisnes bekalkan bibik ni saya nampak sangat
memberangsangkan..tapi itula…tak reti nak bersyukur…dah nampak rm6500..terus
lupa yg lain…sebelum dia berangkat saya berbual dgn dia…”bibik..rm6500 tu tak
boleh jadi benteng api neraka di akhirat nanti..jadi jgn la bibik bawa lari…tambah2
lagi itu semua bukan duit saya..duit kawan2 saya…RM6500 tu tk boleh buat bibik
jadi kaya seumur hidup tapi boleh bawa siksa di akhirat buat selamanya…saya
sambung lagi..kalau nak curi pun biarlah berjuta2..yg dh pastinya bibik akan
senang di dunia hingga bibik mati walaupun tahu akhirat nanti akan tersiksa..”
dia selalu balas balik..”bibik faham..bibik dah lama dengan ibu…ibu selalu ajar
bibik..takkan la bibik nak tipu ibu”…tapi dia tipu jugakkkk huhuhuhu tergamaknya
dia….
Jadi terpaksalah saya guna duit sendiri utk
bayar semula pada kawan2 saya dgn nak keluar wang untuk cari bibik baru untk
jaga anak2 lagi huhuhu…memang lebih 10k saya habis masa tu…tak per
la..itudugaan Allah untuk saya…tanda saya dalam perhatianNya…
Kalau nak diikutkan kali ni entah yg keberapa bibik yang saya pakai…tapi kali ini
memang terasa sedih sebab tak tahu kenapa dia lari…sedangkan diterlalu rapat
dgn Furqaan…kami sayangkannya sama macam ahli keluarga..tak nampak riaknya nak
lari… tiba2 terus hilang…
Di bawah adalah kisah2 bibik2 ku yg telah lepas…
1.
Namanya Sugini (umur 34 tahun)
Dia dari Medan…aku mula menggunakan khidmat
bibik bila hampir nak bersalin anak kedua (Rabiatul Adawiyah) masatu aku
mengandung rapat2…Umur Baihaqi baru masuk 6 bulan aku dh mengandung
lagi..dengan statusku sebagai pelajar aku rasa sgt2 perlu kepada khidmat bibik.
Masatu tahun 2003..gaji bibik baru RM300 dan kos nak ambik pun tak mahal sgt
RM3000.00
Bibik ni takder masalah sikap cuma suaminya
yg ditinggalkan di Indon baru pertama kali agaknya ditinggalkan isteri..hampir
setiap malam menelefon..dalam tempoh 2 minggu lepas sampai dia dh minta nak
balik Indon! Katanya suaminya rindu..boleh terima ker alasan gitu?masa belum
datang Malaysia tak terfikir akan rindu ker?Agen kat sana tak cakap ker? Dan
sebagai jawapan tentu saja saya tak kasi dia balik..baru 2 minggu…walaupun kos
ambik rm3000 jer tapi status saya masa tu hanya pelajar..besar jumlah tu…tu pun
pinjam duit abang sendiri..nama majikan pun atas nama abang juga sbb saya masih
belum layak nak pakai maid. Lepas saya tak kasi tu…dia diam kejap..lepas tu dia
cakap anak dia sakit pulak…nak balik..saya tak kasi juga..dh tu monyok..dh
takleh buat keje…sayapun dengan baik hati cakapla kat dia..”ginila bik…saya
kasi bik balik sekejap…lepas tu datang balik tau!” diapun punya la suka…saya
belikan tiket kapal laut pergi balik lagi…tapi tahu jer la..kalau dah balik
Indon..tipula kalau dia nak datang balik…di sana dia telefon saya cakap suami dia tak
kasi dia datang balik ke Malaysia…lesap la duit..dh tu kena denda dgn imigresen
lagi sbb breach bond. Haduh…dh la dianiaya oleh org Indon…dianiaya lagi oleh
undang2 kerajaan sendiri.
Dia ni bukan saya yg cari…masa tu saya
masih hantar anak2 ke nursery…walaupun hati berat nak hantar tapi apakan
daya..terpaksa…masatu bayar kat nursery RM600 sebab 3 orang (kecik2). Dia
kebetulan duduk selang 3 buah rumah dari rumah saya (saya tinggal di rumah
teres di Taman Selaseh Gombak). Dia tinggal dengan kakaknya yg ada status
permastautin sebab kawin dgn org Msia. Dia ada permit kerja kedai buku tapi
kedai tu dah tutup so permit masih berjalan dalam 4 bulan lagi…jadi dia minta
kerja dgn saya…sayapun bagai org mengantuk disorong bantal..saya terima...gaji
dalam RM300 jer…tak perlu susah2 nak hantar ker nursery…
Suatu hari Allah takdirkan saya tertinggal
kunci bilik ofis. Lepas sampai ofis baru perasan dan saya berpatah balik…hati
sangat berdebar2 masa tu..apa sebanarnya yg Allah nak tunjukkan…bagai
disangka…dari kejauhan saya dah boleh hidu bau hangit nasi yg saya masak untuk
anak2 saya pagitu (sebelum pergi saya pesan padanya supaya tolong tutupkan
apinya bila dah cukup masak). Saya buka pintu anak2 dah meluru..saya cari
dia…betul macam yg jiran katakan…dia tido dalam bilik tidur saya (melampau)
anak saya yg bongsu masa tu muttaqin
baru umur dalam 6 bulan dah bergoyang2 dalam buai nak turun…sebaknya hati…saya
terus ke dapur tutup api sebab nasi tu dah hangus…dia masih lena diulit
mimpi…saya ambil Baihaqi dan Adawiyah dan bawa ke rumah jiran…mandikan dan
pakaikan baju..Muttaqin saya biarkan. Saya pesan pada jiran tu tolong ke rumah
saya dan kejutkan dia sbb saya risau Muttaqin jatuh buai. Saya cakap pada jiran
jangan cakap yang saya bawa anak2 ke pejabat..biar dia lintang pukang cari.
Saya bayar dia untuk jaga anak2 saya bukan untuk tido. Panjang kisah bibik
ni..so pendeknya petang tu saya berhentikan dia..
3.
Bibik ni namanya Sri..bukan bibik la sbb umur
baru 18.
Kisah macam mana saya dapat bibik ni
panjang tapi saya pendekkan dia adalah mangsa sindiket penjualan org..so dia
tiada apa2 dokumen pengenalan. Saya berani ambil dia sbb bos saya yg
rekemenkan. Lagipun saya tak keluar ke mana2..mukanya pun tak macam Indon so
mudah. Saya memang takde duit nak buat permit. Alhamdulillah dia bagus
rajin..beriman..menurut katanya dia pelajar di mesir..saya percaya sbb gaya
bacaan al quran memang tak seperti Indon malah ada jiran minta untuk dia
ajarkan anak2nya mengaji. Saya guna khidmatnya agak lama dalam setahun lebih
hinggalah dia dapat berita yg ibunya meninggal dunia selepas cuba menjejaknya
sekian lama. Dia menangis sampai bengkak matanya…saya terharu dan tumpang
sedih..dan dia minta nak balik sbb ayahnya juga kurang sihat..katanya kalau dia dh
tak sempat nak jumpa ibunya sepanjang hayatnya dia nak berjumpa ayahnya. Maka
walaupun saya sedar payah untuk hantar dia pulang kerana ketiadaan apa2
dokumen. Pendeknya dia pulang juga.
4.
Yang ni bukan bibik tapi rakan sepermainan saya
masa kecil di kampong umur sebaya dgn saya
Tapi oleh kerana rezeki saya lebih, saya
berjaya dalam bidang pelajaran maka saya dapat kerja sebegini. Alhamdulillah
saya boleh kongsi rezeki yg Allah bagi ni bersama orang lain. Saya buka mulut
mencari2 siapa yg boleh menjaga anak2 saya. Pada waktu tu saya telah berpindah
ke Kuala Krai Kelantan sedangkan suami masih kekal di KL. Terasa macam janda
muda beranak 3. Bukan saja saya terasa gitu malah jiran2 di kampong juga ingat
saya janda sebab suami saya hanya boleh menjenguk kami hujung minggu saja.
Memang perit masa tu..mujur kawan lama sanggup menjaga. Masatu saya bayar gaji
hari RM20 sehari. Kebetulan dia dh bersuami, so dia datang pagi2 sblm saya
pergi kerja dan balik selepas saya tiba di rumah. Tapi dia kerja tak
lama..dalam 3 bulan saja sebab dia nak buka kedai runcit. Saya akur. Sekali
lagi bermula episode pencarian pengasuh.
Budak ni lurus bendul..masih muda cuma agak
slow (otaknya) tapi bagi saya selagi masih boleh faham apa yg saya cakap ok lah.
Dia kerja sementara saya mencari bibik Indon..dalam sebulan saja saya dapat
bibik Indon dan dia berhenti.
6.
Nama bibik ni saya dh lupa umur dalam 30an
Masa awal saya terima dia hati saya dh tak
sedap. Tak pakai tudung tu satu hal takper la..pakai pulak seluar sekerat
haduhhh..takper saya terima. Saya terima dia awal subuh so saya suruh la dia
solat subuh dulu baru tido…dia angguk…masuk zohor dia mandi dan tanyakan saya
arah kiblat..saya terkejut la tadi sembhyg subuh macam mana?dia kata dia tak
solat tadi..sebab capek! Hati dah makin goyah..takper sabar. Saya bagi ceramah
sikit. Dah tu ajar dia masak utk anak2..kebetulan saya ajar dia masak telur
kicap…telur kicaptu la setiap hari yg dia masakkan utk anak2 saya tak berubah2.
Bila saya balik keje hari tu saya nampak
dia kat luar tak pakai tudung dan pakai seluar gantung…saya terus cakap bibik
tolong pakai tudung dan seluar panjang and saya masuk dalam rumah kasi dia
tudung dan seluar. Esoknya saya balik rumah macam tu juga…dia tak pakai tudung
juga..saya cakap kenapa tak pakai? Dia senyap jer..sakit hati gak…saya kata
sekali lagi tolong pakai tudung kalau nak keluar rumah. Dalam rumah takper la sebab
suami saya pun takder.
Yang buat tak tahan tu…dia tak pernah masak
benda lain utk anak2 saya melainkan telur kicap tu…saya ingatkan memang dia tak
pandai masak..so diamjer la..rupanya bila malam dalam pukul 3 pagi saya
terdengar ada orang memasak di dapur…saya hendap diam2…rupanya dia dok
memasak..lepastu terus makan dan basuh…kira takder tinggal apa2 kesan
la…pandaiiii. Dah berapa lama dia buat macam ni pun tak tahula..
Terus saya kontek ajen dia minta nak tukar
baru..tapi ajen tahujer la…masa nak dapat duit dulu memang la cepat…lepas dh
dapat duit..nak tukar lain tak perlu bayar pulak..memang jawabnya takder la
pengganti. Nak dapatkan dulu habis rm3500 janji kalau dalam3 bulan tak perform
boleh pulang balik dan dapat tukar tanpa cas apa2..tapi itu hanya sekadar tanam
tebu dipinggir bibir saja. Tel ajen pun terus bertukar…tak dapat kontek sampai
ke hari ni…
7.
Saya masih berusaha…kali ni saya pergi sendiri
ke agensi berdaftar di Kota Bharu. Susie namanya umur baru 24.
Betullah kalau agensi ni..mahal memang
mahal masa tu rm5400. Gaji rm300 sebulan.takper la sbb perlu punya pasal. Dia
ni memang terbaik setakat ni. Dapat tunjuk ajar daripada agensi so memang
takpernah ada masalah. Agama pun bagus. Saya pilih dia masa tengok biodatapun
kerana dia tulis “maunya majikan yang benarkan solat”. Mungkin sebab itulah dia
kerja hingga tamat kontrak.
Kalau boleh memangla saya nak terus dengan
dia..tapi Allah merencanakan sesuatu yg lain kepada saya. Saya mohon untuk
sambung belajar di luar Negara. Waktu saya berangkat ke German, kontraknya
masih bersisa 4 bulan. Saya letakkannya dirumah mak saya. Saya cakap lepas ni
saya masih mahu khidmatnya. Dia juga begitu. Tapi lepas balik ke Indon..dia
bertemu jodoh..terus mengandung..jadi walaupun saya dah balik ke Malaysia
suaminya masih tak benarkan dia kembali ke Malaysia. Hingga thn lepas dia masih
menghubungi bertanyakan khabar. (tahun ni lost contact sbb hp saya hilang)
Walauoun saya masih di luar negara, saya terpaksa guna bibik sebab saya bawa
balik ke Malaysia 2 anak saya. Saya nampak si abang agak ketinggalan jika terus
bersekolah di german. Jadi hujung tahun 2009 saya bawa balik Baihaqi dan
adawiyah utk bersekolah di Malaysia. Mereka tinggal dgn opahnya (mak saya )
takkan la saya nak tinggal gitu jer…so saya carikan bibik utk tolong. Kos
dapatkan bibik tu RM3500. Murah sebab maid dh ada di Malaysia katanya nak tukar
majikan. Majikan lama suruh jaga org tua sedangkan dia nak jaga budak. Menurut
agen dia ni sebatang kara didunia..mak ayah dh meninggal..adik beradik
takder…bila dh susah saudara mara pun tak kenal…sedihkan?(Jangan sedih2..tipujer sumer tu)
9.
Yang ke 9 namanya Maya..dia saya dapat melalui
agen juga..agen lain la…dah terpaksa…nak buat macam mana..agensi nak 9k..agen
ni minta 6k saja kira ok la juga..umur maya 36 thn..itu ikut paspot la..tapi
nampak jauh lagi tua dr umur. Dia dari Medan.
Maya ni sarat dgn cerita sedih…kalau nak
tulis lagila panjang entry ni..tapi itu cerita dia..yg pada mulanya saya
percaya…masatu saya dalam menunggu untuk melahirkan anak bongsu..Furqaan..jadi keadaan
sgt terdesak walaupun siagen kata Maya nak minta gaji lepas sebulan keje dan
balik Indon skjp lepas dapat gj tu sbb anak2nya di biarkan menumpang dibawah
garaj rumah jiran..tujuan dia minta balik adalah nak mencarikan rumah sewa utk
anak2nya dgn duit gaji pertama tu. Saya dapat jaminan ajen. Lagipun wang tak
bagi habis lagi…baru bagi rm4000 (byk juga tu..dibuatnya si Maya ni tak balik2
dh teruk la saya) tapi agen betul2 yakinkan dan saya pula bila tengok si maya
ni kerje nampak baik..maka saya yakin dia akan kembali..Alhamdulillah saya bagi
dia balik dan diaa cuma balik seminggu saja dan datang balik ke Malaysia.
Nak dijadikan cerita…ramai rakan sepejabat selalu bertanya mana saya dapat bibik…bila selalu sgt saya diaju soalan ni saya ceritakan pada Maya…dia dapat idea..katanya rakan2nya ramai nak kerja tapi takut nak datang sebab banyak cerita bibik didera…tapi kalau ibu dah ada bakal majikan yang dijamin baik, bibik boleh balik Indon dan bawa mereka balik ke sini. Itu kata2nya yg buat saya rasa bagus juga tu…saya kata itu boleh jadi pendapatan sampingan bibik. Sambil2 tolong kawan2 yg asyik ditipu agen.
10.
Yang ke 10 namanya Tori Haryani…dekat2 dgn nama
saya. Dari Banyuwangi. Umur 38 (ikut paspot la..tapi nampak macam tua lagi)
mesti org kata…hish tak serik2…macam mana nak serik..saya memerlukan khidmat
bibik..kalau saya hnatar anak2 saya ke transit..(jagaan budak2 yg dh besar
sikit selepas sekolah hingga saya jemput lepas balik kerja RM250/head..saya ada 3 orang = RM550 tambah anak yg kecil
RM300 = RM850) jadi dh boleh faham situasi saya?mana2 saya pergi org selalu
salah faham mengapa saya tak serik2 nak pakai pembantu…Nampak macam mengada2…walhal
itu satu keperluan. Kalau pakai bibik jauh lebih jimat dan jauh lebih
memudahkan.
Tori ni maid paling tak byk
cakap..mungkin sbb suami saya dah warning saya…jangan baik2 sgt dgn bibik…bila
saya baik sgt..dah buat macam kawan..dia naik kepala..jadi yg ini saya cukup
berhati2..saya kurangkan bercakap dgnnya..cakap yg perlu
sahaja..Alhamdulillah..dia bibik yg baik…tak perlu saya suruh... dia buat semuanya…diapun
selalu berbual dgn bibik sebelah memuji kebaikan saya sebagai majikan tapi tak
tahu di mana silapnya tiba2 dia lari..hilang tanpa sepatah kata…tak ada tanda2
dia sedih dgn saya…tak ada tanda apa2 pun…rajin seperti biasa…memang saya sgt
terasa dgn pemergiaannya sbb dia rapat dgn Furqaan…malah kadang kala saya
cemburu melihat Furqaan terlalu rapat dgnnya…tapi sanggup juga dia pergi…dia
pernah cakap pada saya yg dia mahu terus sambung dgn saya walaupun selepas 2
tahun nanti..entahlah siapa yg dh racun fikirannya…
Kini saya masih mencari yg baru…ya
Allah berikanlah bibik yg terakhir dan terbaik buat keluarga kami…Aminnnnnnn
Subscribe to:
Posts (Atom)