Thursday, August 20, 2009

'Qariah Ramadhan' mengamit kenangan....

Alhamdulillah….Ramadhan datang lagi…..syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi oksigen untuk hidup dan dapat berjumpa dengan bulan yang penuh barakah. Permulaannya rahmat, pertengahannya pengampunan dan pengakhirannya….mudah-mudahan dijauhkan dari bakaran api neraka Allah.

Kami yang hanya satu2 keluarga Islam di idstein menyambut Ramadhan sekadar kemampuan yang ada. Bagi mereka yang juga berada di ‘oversea’ seperti kami amat2 beruntung kerana ada juga kenalan untuk bersama2 menyambut Ramadhan serta berterawikh secara berjemaah…mungkin.

Masih teringat lagi akan “Qariah Ramadhan’ di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-4, yang menjadi tempat solat terawikh bersama2 jemaah lain di tengah2 bandar Kota Bharu. Kini khabarnya menjadi tarikan untuk pelancong2 yang datang melawat Kelantan pada bulan Ramadhan ini. Qariah ini juga dijadikan tempat untuk anak2 muda mengadakan program disebelah petangnya dengan dijempaut dari pelbagai golongan seperti artis, tokoh sukan dan pelbagai latarbelakang yang bertujuan untuk memaut golongan2 muda kepada Islam untuk menjadi insan yang mukmin. Itulah harapan rakyat dan kerajaan negeri.
Itulah pentingnya bila sesebuah gerakan memegang tampuk pemerintahan berlandaskan Islam yang menjadikan Islam dan Iman sebagai teras pemerintahan.

Insyaallah bila kami akan pulang, kami akan memakmurkan ‘Qariah Ramadhan’ jika dipanjangkan umur.

Wallahua’lam

Wednesday, August 19, 2009

Pulang dari Rüdesheim dan BBQ sebelum Ramadhan....

Kebetulan ke Rüdesheim, saya mengajak Saiful atau ohh untuk bersama2 menaiki ´cable car´ kerana Bingen tempat ohh tinggal tidak jauh dari Rüdesheim Cuma 2€ dengan menaiki kapal. Walaubagaimanapun ohh sampai dah agak lewat lalu terus saya mengajaknya kerumah saya di Idstein kerana sebelum ni ada juga merancang untuk berBBQ cuma tak tetapkan tarikh jer....

Dari Rüdesheim kami berhenti di Wiesbaden untuk mencari ayam dan keperluan untuk BBQ. Oleh kerana masa pun dah 3.00pm dan takut terlepas wakktu zohor jika menunngu sampai di Idstein maka kami semua singgah di ´Seleymen Cemey´ (panggilan dalam bahasa Turkey) atau masjid Seleyman di tengah2 bandar Wiesbaden. Masjid ni memang tersembunyi dan bagi sesiapa yang tak biasa dengan bandar Wiesbaden kiranya 2-3 kali pusing dan berkali2 terpaksa bertanya pada orang. Itulah yang berlaku kepada saya sebelum berjumpa dengan masjid ini.

“Wah besar masjid Turkey ni yer...?” ujar ohh yang buat pertama kali ronda2 di Bandar Wiesbaden yang mana sebelum ini dia mengatakan hanya ronda sekitar ´Hauptbahnof´/stesen keretapi jerr ketika menunggu train yang akan dinaiki berikutnya.

“memang besar masjid ni dan cantik….banyak juga aktiviti2 yang dijalankan kalau tengok pada gambar2 yang di tampal….”jawab saya.

Selepas tunaikan sembahyang dan barang2 yang diperlukan pun sudah di beli kami menaiki bas ke Idstein. Setelah sampai ke Idstein kami mengalami kesukaran untuk mendapatkan bas (hari minggu) dan bas untuk memuatkan kami seramai 6 orang sudah penuh dan hanya boleh menempatkan 4 orang penumpang sahaja itu pun pada pukul 8.16pm, padahal kami sampai kira2 jam 6.40pm.

“macamana ni takkan kita nak tunggu jam 8.00 malam kot baru nak sampai rumah..?“ ujar isteri sambil meletak kepala diatas riba anak perempuannya akibat penangan `migrain`. Ketika itu teringgat akan satu teksi yang agak mudah untuk berurusan iaitu ´paul taxi´. Pada mulanya agak susah juga untuk memuatkan penumpang yang agak ramai tetapi berbincang punya berbincang….. Alhamdulillah ´paul taxi´sanggup untuk menghantar kami ke Wallrabenstein walaupun penumpang melebihi had. Memang, Jerman ni betul2 mempunyai peraturan yang ketat dan kalau terkana dengan pak polisi hukuman agak berat akan dikenakan. Itu yang menakutkan mereka.

BerBBQ










Setelah sampai di rumah, terpaksa la saya dan ohh menjadi chef tak bertauliah kerana isteri langsung tak boleh buka mata dan ´terjelempik´ atas katil. Part sayur saya serahkan pada ohhh dan goreng2 saya yang buat. Setelah siap makanan yang dimasak, apalagi….kami ´timbuk´ la makanan tu. “ehhh sedap juga makanan yang kita buat ni yerr….” Ujar saya pada ohh. Ohh hanya tersenyum lalu menjawab “disebabkan lapar…. tu yang sedap tu…..”.

Setelah isteri dah ok sikit lalu kami meembuat persediaan untuk BBQ untuk keesokan harinya. Pada mulanya susah juga untuk nak menyediakan secara tepat kerana kawan2 yang ohh jemput tak confirm samada mereka semua akan dating, Cuma yang confirm adalah Hafiz yang berdekatan dengan Frankfurt. Setelah berbincang saya, isteri dan ohh kami sediakan untuk 4-5 orang makan.

Setelah jam 12.00pm keesokkan harinya saya dan oh bersiap sedia untuk ber BBQ. Setelah itu ohh menerima panggilan daripada kawan2nya itu yang memaklumkan bahawa 3 orang yang akan datang iaitu Lan, Nik dan termasuk Hafiz. Pada mulanya bas dah dibook pada pukul 2.00pm lebih tetapi mereka sampai agak awal kira2 jam 1.00pm lebih. Terpaksa membatalkan bas dan menelefon ´paul taxi´. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Setelah mereka sampai kee rumah, saya dan isteri agak terkejut juga melihat perubahan saiz lan yang dah berisi ketika kami berjumpa pertama kali dengannya ketika sama2 ke rumah konsulat menghadiri ´open house´ hari raya tahun lepas. Masa tu seiras rupa zamani dari kumpulan slam ujar isteri. Manakala Hafiz saya berjumpa semasa nak bertolak ke Hamburg untuk program ziarah ukhuwwah. Manakala nik pula tak pernah berjumpa dan nik tinggal sebelah ataas jerman, sebelah atas mana pun saya tak tahu lah....

Ketika mereka sampai, ayam2 baru siap di bakar, lalu isteri menghampar tikar untuk sama2 menjamu selera bersama dengan ´nasi impit´ dan kuah kacang dan juga kuah percik. Ketika itu masing2 berborak2 disamping menghirup udara yang segar...hehehehe.

















Setelah itu kami semua solat zuhur berjemaah sebelum perkena satu lagi menu iaitu bihun sup daging sambil2 melayan ´Los and Faun´ dan ´Ali Baba Bujang Lapok´ sehingga pukul 6.00pm mereka semua bertolak ke tempat menunggu bas untuk pulang ke bingen kerana keeseokkan harinya mereka akan bertolak ke Zurich, Swiss. Berjalan2 sebelum Ramadhan kata mereka.

Sekian.

Monday, August 17, 2009

Pemandangan di Rüdesheim

Cuti-cuti ke Rüdesheim...


Hari Sabtu lepas bersamaan 15.08.2009 kami sekeluarga sempat la mengatur plan utk gi berjalan ker Rüdesheim..satu kawasan pelancongan di wilayah Hessen ni juga...dulu kami sekeluarga pernah pegi dh masa mula2 sampai ke tanah German ni..masatu program orientasi yg uni saya aturkan...tapi oleh sbb waktu tu dalam bulan Ramadan..jadi tak leh la nak enjoy sgt...sbb memang dahaga...org2 german ni kuat stamina dia...berjalan jauh pun macam takder apa masalah jer...kita ni yg semput....

So kali ni...memangdangkan dah dekat nak sambut Ramadan...so nak la gi jalan2..lagipun dh 2 minggu jugala suami n anak2 tak ke mana2...sian juga kat mereka...saya ni takper la...kuar juga gi keje...walaupun bukannya best pun gi keje...tapi at least saya kuar la juga...

So sebagai meraikan anak2 dan suami...hari Jumaat lagi saya dh tempah bas (bg sesiapa yg tak baca entry terdahulu..bas di sini hanya beroperasi hari berkerja saja...hari Sabtu, Ahad dan cuti awam...bas tak beroperasi melainkan upon request...) so saya tempah bas pukul 9.20pg...

Esoknya tu, lepas siapkan bekal makan sikit sebanyak...kami pun berangkatla...Alhamdulillah..sumernya berjalan lancar...dr Wallrabenstein ni...naik bas yg ditempah tu..then..naik tren ke Wiesbaden...dr Wiesbaden ke Rüdesheim..

Opp lupa pulak nak citer..sebenarnya ada sahabat dari Bingen nak mari rumah...dh kebetulan Bingen n Rüdesheim ni bersebelahan jer (dipisahkan oleh sebatang sungai..boleh nampak dalam gambar2 tu)..jadi kami janji nak jumpa di Rüdesheim je la...

Sampai jer di Rüdesheim...rupanya ramai betul pelancong asing...yer la...musim summer la katakan...seronok la berjalan...waktu siang pun panjang...kalau ikutkan hati memang la nak gi jalan jauh sikit..hehehe..tapi memandangkan saya dh mula praktikal...so takleh la nak panjang langkah...takut nanti tak sempat balik...hehehe...

Elok jer sampai tu..anak2 dh minta nak makan...apalaaaa...baru kejap tadi makan kat rumah...dh lapar balik..huhuhu...nak buat macam mana..kena la layan dulu mereka ni..kalau tak mereka tak nak jalan...so bila dh jumpa port menarik sikit..kami pun berenti la utk makan kejap...si abah nya sempat la snap menyenap pemandangan yg semuanya cantik2 kat sini...

Siap makan tu kami tak buang masa...terus berjalan..kat sini jalan jauh pun tak terasa sbb byk betul benda yg menarik perhatian...hehehe...apa lagi kedai2 la...bg saya murah la harga2 barang kat sini..walau ramai pelancong..nampaknya hrga barang takder la mereka ketok sgt...ok la...

So..sempat la beli sesuatu utk dihadiahkan pada kedua2 ibu tersayang di Msia..hehehe...sepanjang berjalan tu..byk betul kedai jual aiskrim...anak2 apa lagi...asyik mintak jer la...payah gak nak elak...haa kalau tengok dalam gambar tu ada yg muka muncung tu...itu la penyebabnya hahaha...bukan apa...Rüdesheim ni tempat pengeluar Wine infact masa kami gi tu adalah pesta Wine...so kami ni risau gak sipembuat2 aiskrim ni campurkan Wine ke dalam aiskrim tu....so sepanjang jalan nak naik cable car tu...saya boleh la bg bermacam2 alasan utk elak dr anak2 minta nak beli aiskrim tu....

Tiket nak naik cable car boleh tahan gak harganya...kalau utk return ticket..6.60€ utk adult...utk budak2 1€ jer....tapi kalau utk one way jer 4.50€...so kami pun ambil yg return ticket la...

Subhanallah...cantik betul pemandangan dr atas cable car ni...tanaman anggur saujana mata memandang...tapi anggur kat sini bukan ditanam utk di makan buahnya...tapi utk dibuat Wine...ada satu gambar tu kami bergambar di museum Wine...tapi kami tak masuk la...tak minat pun nak tengok macam mana depa ni buat wine....

Sampai kat atas bukit tempat cable car mendarat tu...kami sempat la gi jalan2 kejap sekitar atas bukit tu...cantik betul pemandangan dr sini...tengok jer la gambar tu yer...payah nak citer la...hehehe...kat atas ni pun ada gak kedai jual aiskrim...aduhhh penin la nak elak...tapi takper...kami berjaya gak pujuk dgn umpan...“turun nanti kita beli yer“..

So bila dh turun tu kena la tunai janji...kami duduk berehat kejap kat satu tapak pesta ni...(pesta Wine ni la...tapi malam la pesta ni berlangsung...siang ada tapak jer la...ada la kedai2 makan buka dekat2 situ)..si abah kena la pegi cari aiskrim...sambil2 kami menuggu sahabat dr Bingen ni tadi...janji nak jumpa kat situ la...

Alhamdulillah..berjaya juga abahnya cari kedai aiskrim halal...kat kedai org turki la...sambil2 dok menunggu sahabat dr Bingen tu..saya sembang dgn sorang nenek yg duduk ambil angin kat tempat saya berehat tu...tanya betul ker mereka ni buat aiskrim campur Wine...dia jawab tak semua campur dgn wine..tapi kalau campur tu...sedap...hohoho...tu yg risau tu...nasib baik la tak beli kat kedai bukan Islam....katanya kalau nak lebih selamat...tanyala samada mereka buh Wine atau tak...hmm takper la...tak tanyapun...kira ambil langkah selamat la....toksah beli kat kedai bukan Islam la...

Akhirnya sahabat yg kami tunggu tu pun tiba...jadi kami pun berangkat balik la ke Idstein...

Dalam tren tu kepala saya dh mula rasa sakit...mungkin penin dgn anak2 yg dok buat bising mmasa menunggu tren tadi...tapi rasa sakit tu masih boleh tahan lagi...hinggala kami tiba di Wiesbaden...kami singgah kejap utk sembhyang zohor...lagipun hajat sahabat dr Bingen ni sebenarnya nak buat BBQ kat rumah kami...so kena la singgah di Wiesbaden utk beli barang2 yg perlu...

Dalam bas dr Wiesbaden menuju ke Idstein tu...kepala saya dh semakin sakit...rasa dh tak tahan sgt2...masa tu dh tak peduli apa org lain fikir...saya baring jer atas riba anak....tetiba rasa nak muntah...hah sudah! Cepat2 saya suruh anak pergi minta plastik dr abahnya yg duduk di tempat duduk belakang...tapi saya berusaha sungguh2 utk tak muntah...bukan apa..malu la sbb suasana dalam bas tu sunyi...so kalau saya muntah...semua mesti tengok kat saya punya....tu yg dok menahan tu...

Alhaamdullah..sempat juga tiba di stesen bas Idstein...tapi kat sini memang dh tak tahan dah...terus jer muntah...suami dn sahabat tadi menguruskan teksi nak balik ke Wallrabestein...saya dh tak boleh nak function dah masa tu...kesian mereka...anak2 pun saya dh tak peduli dh...

Sesampai jer kat rumah..saya terus makan ubat dan tido...tapi takleh tido gak sbb terlalu sakit...dok guling2 gak la...kesian pada tamu kami...kira layan diri la..maaf la Saiful yer...tapi Alhamdulillah..Saiful ni kira sempoi la...dia n suami la dok memasak kat dapur...rasa bersalah pun ada gak..tapi nak buat macam mana...

Dalam dok guling2 tu teringat pulak hari tu ada usrah...huhuhu...minggu lepas dh tak join...minggu ni tak join lagi...maafkan kna yer....insyaAllah kalau takder aral melintang kna akan join minggu seterusnya...

Sebenarnya...kalau diteliti...setiap kali saya gi jalan2...setiap kali itu la saya kena migrain...huhuhu...tapi tak tahu macam mana nak elak dr kena migrain ni...bila dh kena tu...memang kesian pada suami..sbb dia kena uruskan anak2...tapi nak buat macam mana...ikutkan hati saya..memangla serik nak gi jalan2...sbb migrain ni sakit...sakit sangat2...tapi yer la...kalau tak grab peluang ni utk gi tengok tempat2 ciptaan Allah yg lain...bila lagi yer tak? Jadi mahu tak mahu...kira bersabar la juga...

Wallahu’alam...enjoy the pictures...













Saturday, August 8, 2009

Mengapa Yahudi Bijak????

Sumber : Terataionline

Antara sunnah Nabi (s.a.w) ialah:
- makan buah sebelum makan nasi
- tidak makan lauk ikan dan daging serentak dalam satu masa
- minum air sebelum dan selepas makan, bukan ketika makan
- ibu bapa membaca quran ketika ibu mengandung
- susu & kurma antara kegemaran Nabi (s.a.w.)

Baca artikel di bawah… Seolah2 Yahudi mengkaji sunnah Nabi dan mengamalkannya
sedang umat Islam sendiri mengabaikannya.

Wassalam

Baca… Renung… Fikir… Bertindak!
Based on true story...

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemansip dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?" . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya…, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau
melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini kerana menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai. Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.


Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma beberapa sen US! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah ratusan juta orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai “Mengapa saya gemarkan tomato!”

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Sumber : Terataionline

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg