Thursday, August 20, 2009

'Qariah Ramadhan' mengamit kenangan....

Alhamdulillah….Ramadhan datang lagi…..syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi oksigen untuk hidup dan dapat berjumpa dengan bulan yang penuh barakah. Permulaannya rahmat, pertengahannya pengampunan dan pengakhirannya….mudah-mudahan dijauhkan dari bakaran api neraka Allah.

Kami yang hanya satu2 keluarga Islam di idstein menyambut Ramadhan sekadar kemampuan yang ada. Bagi mereka yang juga berada di ‘oversea’ seperti kami amat2 beruntung kerana ada juga kenalan untuk bersama2 menyambut Ramadhan serta berterawikh secara berjemaah…mungkin.

Masih teringat lagi akan “Qariah Ramadhan’ di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-4, yang menjadi tempat solat terawikh bersama2 jemaah lain di tengah2 bandar Kota Bharu. Kini khabarnya menjadi tarikan untuk pelancong2 yang datang melawat Kelantan pada bulan Ramadhan ini. Qariah ini juga dijadikan tempat untuk anak2 muda mengadakan program disebelah petangnya dengan dijempaut dari pelbagai golongan seperti artis, tokoh sukan dan pelbagai latarbelakang yang bertujuan untuk memaut golongan2 muda kepada Islam untuk menjadi insan yang mukmin. Itulah harapan rakyat dan kerajaan negeri.
Itulah pentingnya bila sesebuah gerakan memegang tampuk pemerintahan berlandaskan Islam yang menjadikan Islam dan Iman sebagai teras pemerintahan.

Insyaallah bila kami akan pulang, kami akan memakmurkan ‘Qariah Ramadhan’ jika dipanjangkan umur.

Wallahua’lam

No comments:

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg