Wednesday, November 11, 2009

awas pengguna FB....Israel mencerooboh maklumat anda


DUBAI - Pasukan perisikan Israel dipercayai menceroboh maklumat sulit orang ramai, terutama pengguna Arab dan Islam dalam Facebook bagi mendapatkan maklumat berharga mengenai individu tersebut.

Pendedahan terbaru itu diperoleh menerusi sumber-sumber yang dipetik sebuah majalah, Israel Magazine, di Perancis.

Pencerobohan maklumat peribadi dalam laman web jaringan sosial itu bertujuan untuk menganalisis aktiviti dan memahami corak pemikiran mereka.

Pendedahan tersebut ternyata menjejaskan rahsia kerajaan Israel dan hubungan diplomatik Tel Aviv manakala duta Israel ke Paris menuduh majalah tersebut sengaja menghasilkan maklumat sulit sedia ada kepada pihak musuh.

Aktiviti risikan Israel itu dibongkar pada Mei 2001, kata profesor psikologi di Universiti Provence, Gerrard Niroux.

“Ini adalah rangkaian perisikan yang dicipta ahli psikologi Israel yang cuba menggoda belia dari dunia Arab, terutama di negara yang terletak dalam konflik Israel-Palestin dan Amerika Latin,” katanya.

Niroux turut memberi amaran kepada pengguna lelaki yang menggunakan Facebook untuk mencari teman wanita kerana aktiviti intipan akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan golongan itu.

sumber:sinarharian

Sunday, November 8, 2009

Gambar2 Majlis makan sempena Harijadi dan Ukhuwwah

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics



Terima kasih pada yg sudi hadir pada 7.11.2009



Segala puji bagi Allah......

Saya akan mengakhiri internship di Diasys Holzheim pada 20.11.2009...dengan itu kami sebagai pelajar mesti menyiapkan report internship...saya tahu rutin saya akan semakin sibuk tak lama lagi...(sekarg pun sibuk…Cuma nanti2 makin sibuklaa)..tambahan pula memikirkan kami sekeluarga akan pulang ke Malaysia pada 2.12 ni maka saya fikir ini waktu yg sgt sesuai utk buat sedikit jamuan…nak berjumpa dgn kawan2 seMalaysia…terkebetulan pula..pada tarikh 7.11….32 thn yg lalu…saya telah dilahirkan hehehehe…

Hadiah2 yg diterima dari kawan2...terima kasih semua...

Inilah kali pertama kiranya ada sambutan sempena hari lahir saya yg paling meriah! Jika selama ni hanya ucapan Selamat Hari Lahir saja yg saya terima (itupun dah lebih dr memadai..)dan jikapun ada hadiah..tentunya dr suami tercinta hihihi….. tapi semalam dapat hadiah istimewa dr rakan2 yg hadir…terima kasih sangat2 pada yg memberi hadiah….(sayang sgt nak buka present korang sumer hihihi..nak bawa balik Msia baru buka….)

Menu utama majlis semalam adalah bihun sup (hehe biasala..ni mesti ada..sbb faberet saya niiii), nasi ayam, nasi impit dan kuah kacang, karipap, popiah, dan colek nenas…maaflah..itu jer yg mampu disediakan dalam segala keterbatasan waktu dan juga peralatan memasak…(habis sumer periuk2, tupperware2, pinggan2, kuali2…keluar dr tempat persembunyian….hehehe) tapi Alhamdulillah…semuanya berjalan dgn baik dan rasanya sumer kenyang kot hihihi…

Antara tamu yg hadir adalah keluarga Sharfi dan Wani dr Hamburg…tiba hari Jumaat malam bersama Saiful…so apalagi..malam tu saya dan Wani mulakan operasi menggulung popiah dan menggentel karipap hihihi….bukan apa…takut tak sempat kalau nak buat sumernya pada esok hari…tima kasih banyak pada Wani…kitorang tido pukul 2 pagi haritu!

Esoknya ha biasala…menu kegemaran Saiful…nasi lemak! Mmg puas hati kalau masak kat dia ni…dia makan sungguh2….(itula kepuasan tukang masak sebenarnya....bila apa yg dimasak...di makan oleh si penggemarnya)...so lepas breakfast kaum2 Adam buat ‚lawatan‘ sikit di sekitar Wallrabenstein ni...Sharfi tak putus2 memuji cantik betul pemandangan di Wallrabenstein.....(saya rasa inilah satu2nya perkara positive tentang Germany yg saya akan kenang hingga bila2)…






Itqan bersama2 untuk menyiapkan juadah....

Selain family Sharfi, antara lain yg sudi hadir adalah budak2 bujang dr Bingen (Hasnon, Nik, Firdaus, Shuzaili, Aqilah, Ilham, Farah, Nisa’, Rawaidah dan lain2 hehehe…meriah betul…tak ingatla namanya satu persatu) …tapi budak2 ni mmg ringan tulang sumernya….baik yg lelaki mahupun yg pompuan….lepastu family IU dan RF dr Homburg pula tiba….lepastu family Azma dan Mustaqim Saarland…hai masing2 ada ‘askar’ masing2 ..apalagi bila askar bertemu askar….hohoho…makin meriahla jawabnya….hhihihii..(walau selama ni saya selalu sgt di komplen pasal anak2 saya bising…tapi Alhamdulillah…semalam takder pulak jiran dtg komplen)..

Haaaa last sekali tamu yg hadir adalah Kak Liza dan abg Azam…ni tetamu paling ‘jauh’ ni…hehehe…almaklumla…kak liza ada kelas walau pun hari sabtu…jadi sebaik saja habis kelas..terus kak liza dtg…takper…masih sempat beramah mesra dgn tetamu2 lain…

Bila dah jumpa tu banyak betul topik2 yg dibincangkan pasal masalah2 pengajian di Uni masing2…. Yang lelakinya apalagi pasal bola la…majority pulak yg lelakinya ‘ore kelate’ habis la semuanya kecewa sebab team Kelantan kalah…hehehehe. Takpe2 tahun depan insyallah dapat johan. Lagi topic teknologi2 baru la….

Serius berbincang.....itulah bila dapat berjumpa...

Topik yg agak hangat diperbincangkan ialah berkaitan priority yg dibangkitkan oleh hasnon seperti di Jerman ni mereka rak banyak protokol kalau meeting pon hanya ajak ahli2 yg diperlu hadir dan meeting pon secara berdiri jer tanpa ada jamuan2 dan meeting pon hanya mengambil masa 1 jaam sahaja dan straight to the point. Kami2 yg dah bekerja ni memberitahu bahawa mmg berbeza betul dgn pengurusan di Malaysia, kalau takde nasi lemak ke atau apa2 makan semasa meeting x sah...hehehehe.

Dengan bertambahnya usia mudah mudahan Allah memberkati segala usaha dan terima kasih pada sumer tetamu yg hadir….mudah2 dapat mengeratkan lagi ukhuwwah kita semua....jangan lupa bila dah abis blajar nanti sudah laa....

Saturday, October 31, 2009

Anakku yg ramai peminat....

Seperti mana you all tahu..saya ada 3 org anak...yg sulung lelaki, dipanggil Abe, 7thn, kedua perempuan dipanggil Ada, 6thn, dan yg bongsu Aqin 5 thn...

Dalam ketiga2 anak2 saya ni..Ada yg paling lancar berbahasa German...Abe?..entah..saya tak pernah dengar dia speaking German depan saya mahupun abahnya...Aqin hehehe...diani special sikit...dia guna pendekatan hemtam sajalah...ehehehe..dia mmg speaking German..tapi takder grammar...ikut suka dia jer nak bercakap....jadila tu....

Tapi walau Ada lancar berbahasa German tapi kawan2nya tak seramai kawan2 Abe...itu yg saya pelik...macam mana dia boleh ada ramai kawan sedangkan dia tak bercakap...guna bahasa isyarat jer kot?itu sangka saya la...

Macam mana saya tahu Abe ramai kawan?hmmm masa dia di sekolah tadika dulu…tiap kali saya pegi ambil anak2 balik sekolah…kiri kanan depan belakang....semuanya panggil nama dia...hish...pening...memang nama anak2 lain pun disebut juga..tapi tak seramai yg menyebut nama Abe....begitu juga kalau kami sekeluarga berjalan2 sekitar Wallrabenstein ni....ramai betul yg memanggil namanya...hinggakan budak yg seperti bukan sebayanya pun dok memanggil namanya juga...hihihi...

Suatu hari tu...ada seorang bapa telefon suami saya...minta izin nak bawa anak saya bermain dgn anaknya di rumahnya...hmm di sini saya puji sikap begini...katanya anaknya suka sgt bermain dgn anak saya....kamipun takder masalah...elok juga dia tak duduk di rumah saja...dok bergaduh tak henti2 dgn adik beradiknya...itu berebut..ini berebut...gaduh..berbaik...gaduh baik...itu jer la rutinnya...jadi bila tiba hari yg telah ditetapkan..si bapa budak tu datang menjemput di rumah kami...dia siap beritahu pukul berapa dia akan hantar anak saya pulang...sempat juga dia bertanya apa yg anak saya dibenarkan makan...kiranya toughtful juga orgnya...(kalau dia tak tanyapun..saya akan jelaskan sblm dia ambil anak saya)...apapun saya mmg dh siap pesan pada Abe...apa yg dia boleh makan dan apa yg tidak...

Jadi bila Abe jer yg dijemput..apalagi...Ada n Aqin pun dok menangis nak ikut la....hehehe..nak buat macam mana..dh anak dia nak main dgn Abe jer...ops lupa nak beritahu...nama budak yg nak main dgn anak saya tu Lucas...umur muda setahun dr Abe...maklum la Abe ni mmg tua setahun la dr budak2 lain dlm kelasnya...sbb kalau nak diikutkan dia patut masuk sekolah rendah dh masa tu...tapi oleh sbb dia tak tahu sepatah pun bahasa German...jadi elokla dia gi tadika dulu...

Lucas ni pun baik budaknya...ayahnya dah tua (dah 50 lebih)hehehe..menurut kata ayahnya,Jürgen...dia dapat Lucas sbb ‚accident‘ hehehe..tak plan...malu la dia dh tua...ada anak kecik pulak...heheh..ingatkan kat Msia jer malu kalau dh tua2 ada anak kecik... masa dia hantar anak saya pulang...anaknya terus meluru masuk dalam rumah saya...dah tu tak nak balik rumah dia la pulak...hihihi budak...mana2 pun serupa...

Sejak dr hari tu..beberapa kali jugala Mr Jürgen ni dtg ambil anak saya dan setiap kali itula Ada dan Aqin menangis nak ikut..ada juga sekali tu bila dia tengok budak2 tu menangis...dia ambik kesemuanya...hihihi...tapi hmmm macam saya dh agak la...mesti dia pening punya heheheh...lepas tu dia hanya ambil Abe jer la...

Selain ayah Lucas ada lagi ibubapa budak2 lain yg menelefon saya minta izin nak bawa Abe ke rumahnya bermain dgn anak mereka...dan setiap kali itula juga Ada dan Aqin menangis...hish...pening juga dibuatnya....Ada selalu juga bertanya kenapa mereka tak jemput dia dan Aqin..hihihi...mudah jer jawapan saya...‘manala ibu tahu...‘ hihihi...

Hari ni...31 Oktober 2009 buat pertama kalinya saya pergi ke perjumpaan ibu bapa utk kelas Abe...kelas Ada takder buat lagi...bagus sistem begini..di mana ibubapa berjumpa secara personal dgn cikgu..abubapa lain takder...cikgu akan beritahu apa yg dia nampak pada anak kita...apa yg anak kita lemah...apa yg bagus...sumer2 la...jadi tadi lepas cikgu minta saya terangkan serba sikit latar belakang saya dan keluarga...diapun terangkan pasal Abe...terkejut juga saya bila dia cakap anak saya sgt pandai dalam Matematik dan bahasa German! Haaaa...kalau Matematik tu mmg la saya akui..Abe ni mmg minat dgn kira2...tapi bahasa German? Hihihii...cikgu ni silap org tak?

Saya tanya pada cikgu..macam mana dia boleh cakap Abe pandai bahasa German sedangkan saya tak pernah dgr spatahpun dia bertutur bahasa German!...cikgu senyum jer...dia cakap..Abe mmg gitu...dia sgt pemalu nak bercakap..tapi kalau cikgu suruh juga dia cakap...dia akan bercakap dalam bahasa German dgn baik. Dan cikgu menyambung lagi...Abe mmg ramai sgt kawan dalam kelas ni...jadi mmg dia tak ada masalah nak bertutur dlm german...sumer kawan2 dalam kelasnya sgt sukakannya hingga kadang kala bila dalam kelas tu dibentukkan kumpulan..Abe pening nak masuk kumpulan mana satu...semua nak satu kumpulan dgn nya..hehehe...Alhamdulillah...dulu sebelum dtg German ni..saya bimbang juga kalau anak2 saya dibuli kerana saiz yg kecil berbanding budak2 German yg lain...tapi Alhamdulillah...kebimbangan saya tak berasas sama sekali...

Petang tadi...dalam pukul 3ptg...tetiba ada seorg bapa datang menjemput Abe lagi..aik! bila masa pulak ayah budak ni booking? (cheee wahhhh siap kena booking hihihi) takder la...saya heran..itu jer..takder beritahu apa2 tup2 dtg nak ambil anak saya..rupanya dia dah pesan pada Abe utk beritahu pada saya dan abahnya..(mungkin sbb selama ni mmg saya mudah berkira dgn semua ibu bapa ni...jadi kali ni mereka pesan pd anak saya jer)..tapi takper la..selagi mereka dtg jemput...tak mengapala...

Malam ni saja..beberapa kali loceng pintu rumah kami dipicit...setiap kali itu la saya ingatkan ayah Leon (nama anaknya) dtg nak hantar Abe...tapi salah...budak2 yg berpakaian macam ahli silap mata lagaknya yg dtg...dh abahnya yg dok buka pintu..bila abahnya tengok bukan Abe...maka diapun tutup balik la pintu tu....(sbb loceng kat luar rumahtu ada 3..menandakan ada 3 keluarga penghuni dalam bangunantu..jadi abahnya ingat budak2 ni salah picit loceng.....

Untuk kesekian kalinya..loceng rumah dipicit lagi...kali ni abahnya dh malas nak gi buka pintu....Ada pun pergila buka pintu rumah...di lihatnya budak2 pakai pakaian pelik2 gitu..dia dah tahu..budak2 ni menyambut hari Halloween (mana tak nya...dalam seminggu ni...perkataan Halloween tu tak pernah lekang dr bibir mereka...punya la semangat nak menyambutnya) Ada berlari mendapatkan saya dan dgn gembiranya minta coklat dr saya...saya tanya nak buat apa?..katanya nak diberi pada budak2 Halloween tu...hish....apa la...saya jelaskan padanya..kita org Islam...tak boleh sambut Halloween...dan saya minta Ada pergi bg tahu budak2 tu...kita takder coklat nak diberikan...Ada muncung...dia cakap kalau tak nak bg coklat...ibu dan abah jer yg bg tahu budak2 tu...dia tak nak cakap...malu....hmmm budak...akhirnya abahnya keluar bg tahu yg kami takder apa2 coklat nak di beri....dn budak2 tu berlalu gitu jer...

Dalam kami dok menunggu Abe pulang...tup...sekali saya teringat! „Ha...abah..entah2 Abe tu pun dok gi berjalan rumah ke rumah kutip coklat jugak kot?“alamak! elok jer lepas saya cakap gitu...loceng rumah berbunyi sekali lagi....kali ni abahnya yg gi buka pintu...dan seperti apa yg saya cakap tadi...di tangan Abe penuh dgn coklat! Huhuhuhu...

Dan belum sempat saya nak buat soal siasat..Abe dgn gembiranya beritahu..dia gi jalan dgn Leon rumah ke rumah kutip coklat pakai baju macam magician...seronok!!! beria2 betul dia bercerita....hmmm nampaknya malam ni kena ada sesi mencuci minda la hihihi....

Tu la bila kita tak ambik endah tarikh2 perayaan agama lain...bukan utk sambutan..tapi sekadar mengetahui dan boleh mengelakkan apa yg sepatutnya boleh di elak.

Wallhua‘lam

Friday, October 30, 2009

Sistem yg pelik lagi menyusahkan...di Jerman

Saja tak nak blog ni bersawang sebenarnya...dan lagi tak nak memori ni hilang gitu jer...so baik saya catatkan di sini...beberapa pengalaman yg bagi saya pelik dan menyusahkan...

Pengalaman pertama...(yg masih saya ingat laaaa)

Masa anak2 nak masuk sekolah primary...pihak sekolah tel saya dalam 2 bulan sblm cuti sekolah tadika..oleh sbb saya tak faham bahasa German (tapi saya faham la yg dia tu dr pihak sekolah)..jadi org tu letak telefon gitu jer...huhuhu...apa agaknya derang nak bg tahu?..dalam hati saya dok fikir sendiri...selang beberapa hari lepas tu..org yg sama telefon lagi...(agaknya dia ingat lepas beberapa haritu..saya dh boleh cakap german kot heheh..) tapi bila sya bg tahu sekali lagi yg saya tak faham apa yg dia cakap..dia nak letak gagang sekali lagi...kali ni saya berjaya stop dia...saya cakap nanti dulu...jgn letak telefon lagi..nanti saya bg telefon pada kawan German saya...(masa tu saya masih di rumah lama...kawan german Cuma tinggal di tingkat atas)...

So cepat2 la saya berlari ke bilik atas dgn bawa tel...bersembang la 2 org ni...at the end saya pun tahu la yg pihak sekolah nak saya bawa anak2 gi check up sblm masuk sekolah rendah...ooo itu yg dia nak bg tahu...agak2 kalau saya tak stop dia dr letak telefon...apa macam yer?

So bila saya dh habis sumer kelas2..exam2..so saya berkemas utk nak pindah ke rumah sekarg ni...lepas pindah..baru saya uruskan utk bawa anak2 check up. Sebelum nak gi tu..saya ada hantar emel pd pihak uni saya minta sikit penjelasan sbb selama ni tiap kali saya atau anak2 sakit..ada sorang staff ni yg selalu book kan appointment kat klinik sbb Dr2 kat Idstein ni aduhai....tak bleh speaking laaaa..kadang2 Dr boleh speaking..tapi receptionist klinik tu pulak takleh jadi takleh juga nak booking appointment....tu yg jadi serabai hidup saya tuh.. nak sakit pun kena fikir dua tiga kali oooo (tapi saya tak percaya derang ni takleh speaking...saya rasa derang tak nak speaking jer...)

So saya tunggu punya tunggu...staf ni tak balas2 emel..beberapa kali saya cuba tel opis..tak berangkat...saya pun faham la...saya kena uruskan sendiri kali ni...saya kena buat sblm saya mula praktikal...kalau dh mula nanti susahla...nak minta cuti segala bagai...jadi satu hari tu..kami 5 beranak gi redah la...nak booking aptt dulu hajatnya...jadi saya pun gi satu klinik yg mmg pernah saya bawa anak2 saya haritu...tapi..hahaha..si receptionist ni tak faham apa yg saya cuba nak cakap huhuhu...nasib baik masa tu ada pesakit lain yg boleh speaking..so dia tolong jelaskan pd staf tu...at last...dia cakap kalau nak check up tu bukan kat klinik ni (patutla berbelit2 juga nak bagi dia faham...rupanya procedur tu tak dibuat di kliniknya)...so saya pun minta dia bg tahu klinik mana yg buat check up yg pihak sekolah ni nak...tapi percaya tak...dia boleh tak tahu kat mana procedur ni di buat! (ker...dia tak faham apa yg saya tanya??)

So kalau saya nak main redah lagi..takut buang masa jer...kalau saya sorang..tak mustahil..saya redah juga..tapi dok berangkai dgn askar2 ni...kalau derang kata tak nak jalan..ha...mmg derang berdiri tegak la kat situ...toksah buat apa la...bulan posa pulak tu...hai..mmg menguji kesabaran betul....so saya ambik keputusan utk balik jer...lepas tu saya tel kawan german saya ni...dia boleh gelak kat saya bila tahu yg saya bawa anak2 saya gi check up kat klinik biasa...katanya procedur ni di buat di klinik khas..biasanya satu2 bandar hanya ada satu jer klinik macam tu (habis tu takkan la klinik yg saya gi mula2 tu tak tahu kat mana tempat tu??itu klinik peadiatrik..dn klinik tempat nak buat check up ni pun hanya kendalikan budak2 jer..habis selama ni tak pernah ada komunikasi ker antara derang? Tak pun dia baru masuk keje kot? Hihihi...)..jadi kawan saya ni pun tolong la book kan appointment dgn klinik tu...dan dapat la satu tarikh...masalahnya saya dh mula praktikal...dan mengikut agreement praktikal tu..saya tak layak utk dapat apa2 cuti...huhuhu...siksanya...tapi Alhamdulillah..bos tempat saya keje tu baik...bila saya bg tahu pasal ni...mudah jer dia bg saya cuti...katanya kalau bila2 saya perlukan cuti...bg tahu jer kat dia...Alhamdulillah...

So bila tiba hari temujanji kami pun pegi la...huhuhu..macam nak nangis...Dr tu layan saya macam saya ni imigran...malasla nak citer sakit hati...tapi at the end...dapat la surat dr Dr tu mengatakan anak2 saya layak masuk sekolah...sbb anak2 saya faham apa yg dia cakap...anak2 saya boleh buat kira2 mudah..anak2 saya boleh kenal objek..anak2 saya boleh berjalan tegak huhuhu apakebenda la...anak2 saya boleh berjengket..anak2 saya boleh berlari..melompat...fuh lega...lepas satu beban...

So pengajaran dr citer tu...sistem kita di Malaysia ada ker benda2 gitu?

Pengalaman kedua...(alamak..dah panjang la pulakkkk)

Masa saya tgh mengalami masalah kewangan yg kritikal huhuhu...(kritikal sungguh masa tu...ekoran dr bil air dan gas yg tertunggak dr rumah lama yg mana jumlah keseluruhannya boleh buat beli kete baru cash!!! Huh...sabar je la...)jadi rajin la dok belek2 statement bank...nak kaji macam mana nak jimatkan perbelanjaan tuk survive sementara nak tunggu elaun baru masuk....dalam saya dok belek2 statement bank tengok2 pihak kindergarten potong lagi mahal dr masa ketiga2 anak2 saya di tadika...(sekarg ni 2 dr anak2 saya dh masuk sekolah...Cuma tinggal yg bongsu jer kat tadika)...dulu masa ketiga2 di tadika..mereka potong 98.01€ (kata kawan german saya...charge tu mahal tu..tu bukan bayaran utk kindergarten biasa...) habis nak buat macam mana...dh saya ni dok kat hulu..itu jer satu2nya tadika yg ada...kena la terima...so saya teruskan juga la...

Tapi bila tengok mereka potong 127€ pulak kali ni sedangkan Cuma seorg saja anak saya kat situ...saya pun tanyala kenapa..huhuhu..tapi macam biasala...mana la derang ni boleh nak terangkan apa2 kat saya...so apa lagi...saya kena cari org yg boleh speaking german la...hahah kali ni saya bawa handy saya kepada boss kat tempat saya praktikal...boss saya ni mmg la dh lama kawin...tp dia tak mahu ada anak sbb keje dia tak ‚mengizinkan‘ dia ada anak...so lama gak la 2 org tu dok bercakap...(sblm saya bg handy tu pada boss saya..saya terangkan dulu apa masalahnya...huhu..kalau tak dia nak cakap apa..yer tak?) dh la dia tak pernah ada anak...

So lepas habis conversation tu..ha jeng3...boss saya ni geleng kepala sblm terangkan pada saya...hihihi...dia pulak minta maaf sbb byk masalah yg saya hadapi sepanjang duduk di negaranya ni...masalah yg tak sepatutnya berlaku...

Katanya..dulu cost 98.01€ tu adalah yuran utk anak bongsu saya sahaja sbb dia berumur 4 thn..belum wajib utk ke tadika..tapi bila parents nak juga anaknya masuk tadika..jadi parents kena bayar yuran...anak saya yg sulung dan kedua..masing2 berumur 6 dan 5 thn..mmg wajib tadika...jadi mereka percuma...dan kos utk seorg anak (yg belum cukup umur utk ke tadika) adalah 127€..tapi anak bongsu saya dapat harga diskaun 98.01€ sbb abg dan kakaknya juga belajar di tadika yg sama..

So sekarg ni bila 2 anak saya tu dh masuk sekolah...hanya tinggal yg bongsu saja ke tadika..jadi harga kembali ke harga yg tanpa diskaun...127€ . Tapi saya tanya balik...sekarg yg bongsu tu pulak dh berumur 5 thn...dh wajib tadika..jadi kenapa dia tak dapat percuma pulak?macam abg dan kakaknya thn lepas?

Haaaaa..tahu apa jawapan merapu lagi tak masuk akal yg pihak sekolah cakap? Sbbnya...anak bongsu saya ni lahir bulan 8...yg percuma tu kalau kanak2 tu lahir bulan 1-6 jer...hohohoho...mmg melampaulah derang niiiiiii (ni ayat sakit hati niiiii) So para bakal ibu...rancang kehamilan anda bebaik yer....pastikan bakal anak2 anda lahir sebelum bulan Jun kalau nak tadika kat German ni dgn percuma!

So at the end saya berentikan anak bongsu saya dr tadika...ha puas hati saya!!! Dah la org tgh kritikal habis ni….boleh derang tinggikan pulak yuran tadika…ha sapa suruh…kan dh hilang sorang pelanggan…(sebenarnya bukan pasal duit tu jer yg buatkan saya hentikan dia dr tadika…byk sebabnya..tapi sebab paling utama adalah kerana rupa2nya tadika tu adalah di bawah pentadbiran pihak gereja…patutla thn lepas byk betul aktiviti2 agama yg derang buat…yg mana anak2 saya turut terlibat…jadi dr benda ni jadi melarat…baikla saya hentikan saja dia…)

Hahahaha...itu la dia pengalaman2 pelik saya yg larat saya nak coretkan kat sini...

Wallahua‘lam

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg