Tuesday, April 14, 2009

Coretan....seminggu

Emmm... nampaknya sudah seminggu lebih blog alrijalnajwa tak diupdatekan....maklumlah takder aktiviti yang dapat dikongsi...Cuma minggu ini kami nak kongsi 'Recycle System' kat German ni..... So arini kami ke bandar Idstein la sambil2 beli barang keperluan dapur serta nak me'recycle' botol2 plastik kami yang kosong ni.....

Setelah membuat 'list' yang agak panjang juga sehari sebelum ke Idstein... maka kami ke bandar Idstein selepas alrijal menghantar 'alle kinder' (cuba2 nk cakap German... betul ke tak tu...) atau semua anak2 ke kindergarten... so kami mengambil bas jam 9.22 am. Maklumlah tempat tinggal kami ni agak hulu sikit.... bas pun sejam satu... Weekend/holiday pulak tu bas takder, kena call baru bas datang ambik tapi kena la call 2-3 jam sebelum masa perjalanan...itu kalau hari Sabtu atau cuti pulic holiday..kalau hari Ahad..kena call sehari sebelum perjalanan...huh memang susah jugak la....kul 12.30 pulak nak kena berkejar ambik anak2....hai terus otak ni teringat kete kat Msia....takperla...itu pengajaran buat kami yg memang terlalu bergantung pada kenderaan sendiri masa di Msia dulu...

Tapi mungkin la jugak kan...kat M'sia takder excercise langsung.... nak pegi kedai cinonet tu pun naik motor.... jauh sikit naik kereta....tak nak langsung berpeluh...walaupun tahu ia baik utk kesihatan...kat sini hah ambik laaa.... hantar anak2 kat kindergarten 20 minit pegi...20 min balik jadi 40 minit...jalannya berbukit lak tu....aisey man... berpeluh jugak... w/pun dalam cuaca 7-8 darjah celcius baru2 ni pun.... tapi takper Allah nak bagi 'Gesundheit'/kesihatan kita ni elok sikit la.... balik M'sia nanti kurus sikitla...kalau tak kurus byk...InsyaAllah...

Berbalik citer ke bandar Idstein tadi.... oleh kerana dah banyak botol2 kosong plastik air yang di minum especially oleh isteri tercinta, najwa (minum masa study....kalau tak minum cepat ngantuk....katanya la.....kami beli pon yang harga 0.39 euro jerrr...) so kami berhenti di satu pasaraya nama LIDL... terus ke mesin 'recycle' untuk me'recycle'kan botol2 yang kami bawa tu... seronok jugak macam mainan pulak.... kita masukkan botol kosong tu dan mesin tu baca 'bar code' kat botol tu..kalau botol tu boleh recycle..mesin akan terima...kalau tak dia reject dan kena cari mesin recycle lain yg akan terima botol tu...(tak semua mesin terima semua jenis recycle bottle)..dan terus keluar jumlah botol yang telah kita masukkan berserta resit jumlah yg mesin tu bayar kat kita.... 'sehr gut'/very good lah mesin tu....


So kita simpanla resit tu dan ambil barang2 keperluan yang kita nak beli dalam supermarket tu (kalau tak nak beli apa2 pun boleh jer cash kan resit tu..so dapat la duit seperti yg tercatat dalam resit tu). Bila habis je barang yang dalam list tu kami beli, kamipun beratur la nak bayar...cashier akan kira semua and nyatakan berapa yg kita perlu bayar..masa tu la kita tunjukkan resit recycle tadi...utk cashier potong dari jumlah yang kita kena bayar tu.... so dapat la jimat duit kita.... 

Setelah membeli barang keperluan dan me'recycle' botol2 plastik tu.... kami ke Hochschule Fresenius (tempat najwa belajar) di bahagian 'advertisment'....survey rumah2 sewa kat bandar Idstein ni... Bukannya untuk kami, tetapi untuk kawan kami.... Kak Liza.... yang bakal datang buat Master di Uni yg sama dgn najwa.... so dia mintak untuk survey2 kan rumah yang dekat ngan hochschule yang boleh jalan kaki jer....... insyaAllah banyak...

So berbalik pada 'Recycle System'.... kami cuba la compare2 sistem 'recycle' kat M'sia nun.... agaknya kalau dibuat macam kat German ni ok jugak la.... Sebab dari pemerhatian kami mungkin disebab takder mesin2 seperti kat pasaraya sini kot.... bila kita 'recycle' botol2 tu... kita dapat balik duit atau dipotong semasa di kaunter. Di German ni..ada juga sebilangan kecil yang membuang botol2 plastik ni....tapi kalau benda tu dapat mendatangkan duit....sebaik saja bendatu dibuang...cepat2la orang yang nampak tu kutip dan akan simpan lalu dibawa ke pasaraya sambil2 membeli barang2 keperluan mereka. Najwa sendiripun pernah kutip botol ni..tapi bukanla dgn niat nak jadi pengutip botol...tapi memang dah sifat semulajadi dia sejak di Msia lagi...tak boleh nampak kotor...so dia kutip...bila nak buang botol tu ke dalam tong sampah...ternampak logo recycle...jadi baikla kumpul dan recycle bila kuantiti dh banyak... 

Kami rasa mungkin disebabkan 'recycle' tanpa ganjaran yang menyebabkan orang ramai tak minat untuk me'recycle'kan plastik2 mereka dan ini menyebabkan berlakunya sampah sehingga menjadikan sarang pembiakan untuk nyamuk2 dan seangkatan dengannya....

Di German ni..cuba la tanya pada budak2 kecik...macam mana la agaknya rupa nyamuk, lalat dan serangga2 lain yg seangkatan dgn nya...kalau tak kerana tengok gambar dr buku atau TV..mungkin budak2 di German ni tak tahu rupa sebenar serangga2 tu...kami pun sejak dtg German ni...dah mula 'rindu' pada nyamuk..hehehe..mana la pegi semua nyamuk2 ni????? serangga2 lain tu man tempat tinggalnya???tak pernah jumpa!!!! Bagus kan cara German jaga kebersihan negara dia? kita bila lagi nak tiru sistem diaorang ni....yg baik biasanya kita tak tiru...yg dok tiru..yg budaya tak sihat tu....pelik...pelik....

Oklah itu sahaja untuk dikongsi untuk kali ini....tchussss

1 comment:

fauziharis said...

De rasa kalau di tempat kita buat macam tu, insyaAllah bukan takat mende yang nak recycle...mesin2 tu sekali org ambik untuk di recycle kan. Kalau mesin ATM yang lekat dalam bangunan pun org blh angkut..apatah lagi mesin recycle tu. Kita mungkin nampak macam takde rege sgt..tp bagi org "bisnes", semua tu duit tu!. (Baca dgn nada Hj. Bakhil..he hehe)

Anyway, memang bagus kalau Malaysia dapat buat macam tu. Rasanya akan muncul ramai tukang kutip sampah recycle secara part time sebab senang nak tukar ngan duit. So instead of org minta sedekat tepi jalan tu kita bagi duit, blh la kita cadang kat diorang utk jalan2 sekitar bandar utk kutip barang2 recycle ni dan pegi ke mesin tu. dari situ dapat duit yang lebih bernilai di sisi Allah.

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg