Firman Allah swt...
“ Hai manusia, sesunguhnya Kami telah mencipakanmu terdiri dari jenis pria dan wanita dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku (berpuak-puak) untuk saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Berpengalaman.” (QS. Al-Hujarat:13).
Hari ini kita masih lagi dibesar-besarkan dengan isu bangsa dan puak. Pada hal Allah telah perjelaskan dengan firmanNya seperti di atas yang mana orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang bertaqwa....Tak kira dari bangsa eropah, afrika, china, arab hatta melayu itu sendiri. Itulah ajaran Islam.
Negara kita sekarang kelam kabut berkaitan isu perpaduan...terutama parti politik. Ada suara2 yang mahu parti melayu bergabung dengan parti Islam untuk menjaga orang melayu dan agama Islam.
Bekas PM Tun Mahathir berkata yang dipetik dari Berita Harian...
Bekas Perdana Menteri berkata, beliau melihat kesedaran itu berikutan pelbagai badan berkaitan orang Melayu ditubuhkan serta pelbagai program dan forum mengenai kedudukan orang Melayu dianjurkan kebelakangan ini.
Kenapa perlu kepada perpaduan bangsa sahaja? Walhal Islam itu 'universal' menyeluruh....meliputi perpaduan puak dan bangsa....dan perpaduan melalui Islamlah yang hakiki yang mempunyai roh kerohanian yang tinggi, hanya mengakui hanya Allah sahaja yang disembah....
Bila hanya kepada perpaduan bangsa sahaja tidak mampu untuk membentuk sebuah kepimpinan itu bersih daripada penyelewengan atau kerosakan khazanah negara kerana tidak berkai rapat dengan dosa dan pahala serta neraka dan syurga.
Perpaduan Islam
Ketika ini kita melihat bahawa sudah ramai orang bukan Islam yang terdiri dari pelbagai bangsa sudah melihat Islam mampu menyatu padukan bangsa. Mereka tidak lagi takut untuk berbumbung dibawah pemerintahan Islam seperti di sebuah negeri pantai timur, Kelantan Darul Naim.
Ini kerana dasar Islam yang dibawa iaitu memberi kebajikan dan keadilan kepada semua kaum dan bangsa yang juga selari dengan naluri mereka sebagai manusia dan juga agama mereka sendiri.
Begitu jugalah sejarah membuktikan semasa pemerintahan Umar Al-Khattab yang meluaskan empayar pemerintahan Islam ke 2/3 dunia. Ini kerana keyakinan semua bangsa dan puak terhadap pemerintahan Islam. Begitu juga semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz yang memberi keadilan kepada semua kaum.
Oleh itu perpaduan hanya boleh dicapai dengan berbumbungkan Islam bukan dengan bangsa walaupun pada mulanya nampak mereka bersatu tetapi akhirnya mereka tidak dapat menutup perasaan bangsa masing-masing yang perlu diutamakan oleh mereka.
Kita sebagai orang melayu Islam akan menerima sesiapa sahaja menjadi pemimpin dari bangsa mana sekalipun jika beliau betul-betul beliau melaksanakan sistem Islam dalam segenap aspek kehidupan.... terhadap diri sendiri, keluarga dan negara.
Islam itu 'universal' seperti yang di syarahkan oleh Naqib semasa usrah IPMJ.
Wallahua'lam. Tchusss
No comments:
Post a Comment