Friday, June 5, 2009

Abe dan Kakak bermalam di Kindergarten...


Hari ini kami menghantar abe dan kakak ke sekolah pada sebelah petang kerana ada satu event yang pihak sekolah anjurkan bagi pelajar2 kindergarten ke 'primary school'pada musim summer ni. Event tersebut bermula jam 6.30 petang dan mereka dikehendaki bermalam disekolah dan pada keesokan harinya ibubapa diminta hadir untuk 'frushtuck' atau bersarapan bersama anak masing-masing.


Abe dan kakak sudah tentulah melompat-lompat bila dapat tahu mereka kena tidur kat sekolah
bersama kawan-kawan mereka kerana setelah 7 bulan lebih mereka di ASB-KITA-Kindergarten Wallrabenstein, masing-masing sudah menjadi makin akrab. Kakak semakin fasih berbahasa Jerman begitu juga dengan abe. Ini kerana jika mereka tidak faham bahasa Jerman mereka sukar untuk memasuki 'primary school'.

Pada mulanya setelah mendapat tahu berkaitan event ini, kami rasa tidak sedap hati kerana pada sebelah malamnya mereka akan membuat BBQ. Setelah berbincang suami isteri maka kami pun membernarkan juga abe dan kakak untuk mengikuti event tersebut kerana mereka sudah beriya benar untuk bermalam bersama kawan-kawan mereka.

Kami telah menyediakan "Sleeping bag" serta pakaian tidur dan yang terpenting ialah makanan kepada abe dan kakak iaitu ayam yang dicucuk seperti sate untuk mereka semasa aktiviti BBQ dan juga 'waffer' untuk dimakan bersama. Itulah perkara yang membimbangkan kami selaku ibu dan bapa agar anak-anak tidak memakan benda2 yang diharamkan oleh Allah.


Seperti dalam Al-Quran menyebut:

Surah Al-An'aam> Ayat 121
Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa) dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik.

Setelah kami sampai disekolah, lalu berjumpa dengan ketua guru di kindergarten tersebut maka isteri memperjelaskan berkaitan makanan halal yang perlu di makan oleh muslim. Alhamdulillah guru tersebut faham dan ini melegakan hati kami. Begitu juga untuk membakar 'sate' tersebut kami meminta satu tungku asing supaya tidak bercampur dengan daging haram terutama 'schwein/babi'.


'schwein/babi' ni memang menjadi makanan popular orang-orang kafir di Jerman ni. Pernah sekali saya diberitahu oleh orang jerman yang mengatakan:

"Daging babi memang sedap lebih-lebih lagi yang dara sebab bila digoreng kurang darah...." Terus tekak merasa loya dan perutpun macam nak muntah terdengar dengan perkataan tersebut dan bila gambarkan muka dan tubuh badan babi yang hodoh itu.

Alhamdulillah sehingga kini kami masih lagi particular berkaitan makanan-makanan yang kami makan. Begitu juga apa yang masuk ke dalam mulut anak-anak kami. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan kepada kami untuk terus bertahan dengan prinsip ini.

Setelah balik kerumah, anak yang bongsu Muttaqin asyik bertanyakan abe dan kakak je...

"Abe dan kakak kena tidur kat sekolah.... lama ke ibu?" tanya aqin. Ibunya menjawab "satu malam je aqin...sabar la pagi esok kita ambik abe dan kakak...."jelas si ibu kepada anak bongsunya. Setelah berkali-kali asyik dok tanya pasal abe dan kakak akhirnya anak bongsu kami pun tertidur.

Rasa di hati kesian pula... ye la selamani tak pernah berpisah walau satu hari pun. So bila takde satu malam je asyik dok tanya2 je... kalau ada abe dan kakak asyik dok bergaduh je....kejap2 gaduh..nangis berbaik lepas tu bergaduh lagi....hai begitu lah adik beradik sama macam kita kecik2 dulu jugak.

Wallahua'lam.

2 comments:

iu @ wid said...

salam..

hi kak..
seronoknye baa entri akak..
blh tya.. anak2 da stay kat kindergarten bp lama eh? umur2nye baper.. anak sy blom masuk lagi.. ni dah nk masuk 6 tahun tahun depan.. tp x reti lg ckp deutchs..

primary school tu start 6 tahun kan..aritu ada gak nk antar.. tp direject.hohoho..

take care ye :D

iu, homburg.

alrijalnajwa said...

Waalaikumussalam
Kami tiba di German ni 21hb 9, bulan 10 terus masuk tadika..memang nak terus hantar masuk primary school tapi di tolak sbb anak2 kna tak pandai bahasa German lagi...
Infact sebenarnya kalau nak diikut kan memang anak sulung kna tu dh agak lewatla..anak2 kna umur 5,6 n 7 tahun masing2..hehehe deret2..
Tapi insyaAllah...lepas cuti musim summer ni 2 anak akan masuk sekolah tinggal yg bongsu jer la kat tadika...dia pun dh ramai kawan kat sana...cuma tak tahu tahap penguasaan bahasa German dia jer..sbb sibongsu ni diam sikit...

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg

Video Klip Ziarah Ukhuwah di Hamburg

Loading...