Wednesday, September 30, 2009

'Open House' di Konsulat Malaysia di Frankfurt....

Seperti tahun lepas Konsulat Malaysia di Frankfurt telah mengadakan 'open house'. Kami sekeluarga sekali lagi bersama2 dengan kawan yang baru sampai ke Idstein bg mengikuti kursus yg sama macam isteri telah sama2 ke sana dgn menempah sebijik bas khas utk kami jer....(yer la namanya bas..tapi van jer...so maksimum boleh muat cuma 7 org...jadi cepat2 la isteri tempah bas utk kami...utk pergi dan juga utk balik.... kalau tak nanti susah nak book utk 7 org serentak..

kami bertolak pukul 11.20 pg hari Sabtu...kawan kami tu namanya kak liza naik di perhentian bas lain..tapi isteri dh nasihatkan supaya keluar awal sbb sistem bas di sini tak sama dgn sistem di Msia...Alhamdulillah bila bas tiba di perhentian yg kawan saya sepatutnya tunggu...kak liza dan suaminya dh sedia menunggu...

Sampai di Frankfurt dalam pukul 1.00 lebih..masih awal sbb majlis di rumah konsulat bermula pukul 3.00ptg..oleh kerana ini kali pertama kawan kami tu menjejakkan kaki ke Frankfurt ni...maka kami bawa la round2 kat tempat yg kami tahu...nak bawa jauh2 pun kami sendiri tak pernah menjelajah Frankfurt pun...sekadar gi kedai2 Asia jer kat sini....

Bila masuk waktu Zohor..kami bawa kawan kami ke masjid...senangla nanti kalau kak liza dtg sendiri ke Frankfurt ni...tak susah macam kami dulu...terkapai2 cari masjid....
Di masjid ramai pulak budak2 Malaysia yg turut sembhyg sekali...rupanya semua nak ke tempat yg sama...jadi senangla...lepas solat kami pun sama2 bertolak ke perhentian bas...tunggu group2 lain tiba...ramainya...

Bila bas sampai hahaha....macam kami jer dalam bas tu....meriah betul...dgn baju melayunya....dgn baju kurungnya...hahaha...
Sampai rumah konsulat makanan dah sedia terhidang...salam sikit ala kadar...hihihi perut dh lapar la...Chef Ismail masak...tahun lepas pun dia jugak...dh ada kontrak dgn konsulat kot...tak kisahla....yg penting dapat makan free....

Kami bukan apa...kalau nak diikutkan untuk kemana2 pada hujung minggu memang susah sikit...tetapi inilah peluang untuk bertemu dan berkenalan dengan kawan2 yang baru...kirannya sekali setahun jer untuk nak dapatkan kawan2 yang baru.....Tak sangka ramai jugak orang2 satu negeri sehinggakan kak liza kata...'ehhhh...ehhh orang kelate jer yang datang kt sini....'

Banyak perkara yang bincangkan....sesama isteri mereka dok bincang masalah jiran2 jerman dok komplen pasal anak2 buat bising....dan macam2 masalah lain lagi yang mereka dok kongsi bersama....bagi kami yang lelaki ini biasalah lepas dok introduce sikit sebanyak....dok sembang2 pasal kereta lah....tanya macamana nak bawa balik kete dan macam2 lah....memang rasanya tak cukup masa untuk nak sembang....heheheh....

Pada pemerhatian saya orang2 yang lama bekerja atau yang menetap kat jerman ni memang dah habis la dengan jumpa bertemu pipi....bab aurat tu takyah dok cakap lah....haiii memang terasa benar nak balik...tak sabar2 tunggu....

Makan kejap jer...sembang yg lama hehehe..almaklumla ramai kawan2....tak terasa masa berlalu...dh malam...nak kena balik la huhuhu..lepas sembhyg maghrib kami semua berkumpul dan balik sekali...sekali lagi satu bas tu penuh dgn Msian jer hihihi...

Kami balik dgn bas yg dh di tempah oleh isteri...banyak kisah ngeri di sebaliknya tapi tak nak la ceritakan di sini sbb kat sini nak tulis yg hepi2 jer...

Apapun Alhamdulillah kami sampai dgn selamat di rumah...

Para tetamu yang datang....rasanya lebih ramai tahun ni berbanding tahun lepas....
Lagi tetamu...
Chef Ismail...sebagai 'tuan rumah'. Dapat bersalam dan makan masakkan chef ismail....kalau kt msia...tak pernah...
Bersembang dengan chef Ismail...
Masing2 tengah menjamu selera...Kelihatan disebelah kak liza (berbaju merah) dua student UITM yg buat praktikal di Jerman selama 3 bulan.
macam2 bangsa ada....chinese, indian...dan orang jerman pun datang..

duduk dari kiri....kaka liza, neny dan saya...serta abe...
bawah khemah...
Adawiyah ...
2nd round.....
Dah malam....masing2 minta diri untuk beredar....

Thursday, September 24, 2009

Sekitar bingen fachhochschule (universiti Bingen) dan Pohon Anggur....

Bergambar kenangan di depan bingen fachhochschule (FH Bingen) antara universiti utama yang menerima student Msia terutama dalam bidang Engineering....
Berjalan2 disekitar bingen fachhochschule...tidak perlu untuk meminta kebenaran masuk ke kawasan bingen fachhochschule kerana tidak di pagari oleh pagar dan tiada `Pak Guard`...Aqin berdiri di salah satu pintu utama bingen fachhochschule

Rabiatul Adawiyah, Sdri Rawai dan sdri Ilham berlatarbelakangkan pokok anggur...
Inilah pemandanan saujana mata memandang pokok anggur yang mana anggur2 yg ditanam ini diproses membuat wine.
kakak berposing...
Ehhhh...ehhh isteri pon teruja jugak dapat melihat dan memegang pokok dan buah anggur...
Saya pon nok posing gak....buat kenangan,.....
Inilah antara pelajar2 yang belajar di bingen fachhochschule
Mencuba teknik bergambar....
inilah buah anggur yerrr...bagi mereka yg tidak mengenali....
Bergambar di hadapan flat pelajar2 Msia di Bingen....
Sudah sampai masa untuk berpisah....kami bertolak balik ke Idstein manakala mereka2 ni pergi beraya di rumah pegawai JPA di Frankfurt.....

Tuesday, September 22, 2009

Aidilfitri di Bingen....

Allahuakbar....Allahuakbar...Allahuakbar.....Alhamdulillah, Aidilfitri pada tahun ini kami sekeluarga dapat beraya bersama kawan2 di Bingen, kira2 2 jam dari Idstein tempat tinggal kami. Pada mulanya dok bincang2 untuk solat hari raya kat Idstein dulu, lepas tu baru bertolak ke Bingen. Oleh kerana hari minggu bas kena booking dulu dan bas paling awal pun ada jam 8.20pagi walhal solat aidilfitri kat Idstein jam 8.00 pagi. So ambil keputusan terus bertolak ke Bingen, kalau nak gi solat pun orang dah selesai solat.....

Kakak, Aqin dan Abe berbaju kurung dan berbaju melayu.....

**********************************************************

menunggu bas 225 untuk ke Idstein BusbahnhofAqin
Abe
kakakKetika menunggu bas 271 untuk ke Wiesbaden
Dalam train dari Mains ke Bingen

**************************************************************
Sambutan Aidilfitri di adakan di rumah Sdr. Saiful Firdaus/ohh (berkaca mata...2 dari kanan). Inilaah kali pertama kami menyambut Aidilfitri di Bingen dan bersama2 student Msia. Tahun lepas kami sekeluarga sendirian di Idstein.....huhuhuhuhu sadehhh ooo.....

Beraneka juadah mereka sediakan....emmm satay dan roti jala pun adaaaaa
kat atas meja tu lagi banyak makanan......nasi ayam, masak lodeh....sup ayam, nasi impit, udang masak pedas....huiiiih macam2 ada....kuih muih pun adaaaa...memang diorang ni terer la masak, memang sedap2 masakan mereka.
wajah2 kawan2 di Idstein antaranya...hasnon (baju melayu biru tua), Aqilah tepi kiri sekali, ilham (berdiri)....yg lain2 tu tak ingat nama.....sorry yeee
Ohh sebagai tuan rumah (baju melayu putih), Hisham (lengan pendek), abe dan kakak

Ini dia wajah2 srikandi di Bingen....comey2 belaka...
Saya pun sempat menyelit jugak.....hehehehWajah2 pemuda2 handsome....kecuali yg kanan sekali....hehehe jangan marah yeee myhubby...

Berbuka Puasa Penutup Ramadhan......

Alhamdulillah dan minta maaf sebab dah lama tak update blog.... maklumlaaa puasa..hehehe...walauapapun pada hari terakhir Ramadhan kami sekeluarga menjemput kak Liza dan husbandnya iaitu En. Azam datang kerumah untuk berbuka puasa....

Untuk juadah berbuka ni saya masak nasi ayam jeeerrr...masakan paling senang dan juga `pengat pisang` manakala suami mencuba buat `murtabak`....hehehehe....inti murtabak tu boleh tahan...tapi rotinya tu tebal laaa....hehehe nak buat camner chef baru nak belajar daaaa....syabas untuk suamiku.....walaupun begitu murtabak mendapat pujian daripada kak liza....

Kak Liza dan husbandnya baru tiba di Idstein lebih kurang 2-3 minggu dan tinggal di kampung Worsdorf bersebelahan kampung yang kami tinggal dan akan menyambung `master` seperti saya juga laa.....


Husband kak liza sedang mencuba `pengat pisang`. Kelihatan juga murtabak yang dibuat oleh husband saya...hehehehe

Sedang melayan kak liza...

Tuesday, September 1, 2009

Bayar 20 sen guna beg plastik...

Itulah tajuk berita kosmo! online berkaitan pelaksanaan `hari tanpa plastik` oleh kerajaan Pulau pinang pada 1 Julai 2009 yang lalu. Bagus..... Satu inisiatif yang baik yang telah diambil untuk menjadikan persekitaran kita bersih dan selamat.

Pengalaman kami di Jerman, ketika mula2 sampai dan 'first time' ke pasaraya untuk membeli belah barang-barang keperluan, ketika itu 'mentaliti Malaysia' lagi... so tak bawa bekas apa2 la kan sebab biasanya pasaraya akan menyediakan plastik secara percuma untuk membawa balik barang2.

Ketika membeli tu, alahamdulillah.... beli la sekali baldi untuk digunakan.... selepas menngambil barang2 keperluan lalu ke tempat cashier untuk membayar. Selepas membayar harga barangan (tu pun mata kami dok tengok pada mesin pembayar jerrr sebab kalau tak tengok tak paham berapa euro yang cashier tu sebut....dah la tak paham...laju yang amat pulak tu....dia sebut..) kami dok tunggu2 plastik untuk diisi barang2 kami...ingat cashier tu lupa ka ape...

So orang belakang kami tu suruh kami ke depan sikit sebab giliran dia nak bayar pulak... kami pun isi jer la barang2 tu dalam baldi tu....lepas habis isi, kami pun berhenti kejap dekat dengan pintu keluar untuk membetulkan barang2 dalam baldi tadi....sambil2 tu dok perhatikan pembeli2 lain....

Rupa-rupanya mereka semua membawa bekas masing2 samada raga, plastik ataupun beg kertas.... dan kami melihat kat bawah temapt cashier tu ada palastik2 beg tapi tiap2 satu plastik tu ada harga masing2....

Ohhh baru lah kami perasan bahawa nak membeli kat pasaraya di jerman ni kena bawa bekas sendiri ataupun bayar plastik yang disediakan. Mula2 pikir tu..."apala plastik pun kena bayar kerrr" tapi bila kita pikir balik kalau tak nak beli plastik tu bawa la bekas sendiri....boleh jimat duit dan tak membazir....kerana selalu dapat yang baru....

Memang kalau nak ikutkan di jerman ni kebersihan dah jadi sistem...mungkin sebab dah lama mereka praktikkan...dan memang ada kesan pada alam sekitar kerana biasanya bila plastik2 diberi percuma ni kita tak menghargai lalu dibuang merata-rata... mata pun naik sakit melihatnya...dan orang2 jerman boleh dikatakan mengikut peraturan dalam bab2 kebersihan ni....

Kalau di lihat berita dari kosmo tu memang mula2 respon yang diberikan oleh pengguna negatif tetapi bila sudah melihat kebaikan melebihi keburukan barulah pengguna dapat menerima langkah yang dibuat itu adalah langkah yang patut dialu-alukan....

Rasanya memang perkara baik ini wajar dicontohi oleh semua kerajaan negeri2 di malaysia bahkan kerajaan persekutuan sendiri lah yang sepatutnya bukan sekadar membuat slogan "Jagalah Kebersihan" tetapi perlu di ambil langkah2 seperti ini...

Bagi kita tak salah meniru perkara2 yang baik untuk kesejahteraan bersama terutamanya banyak sifat2 baik yang ada pada negara2 luar yang wajar dicontohi terutama dalam bab2 kebersihan dan pengangkutan awam di negara2 maju sepeerti jerman ini.

Wallahua'lam...

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg