Tuesday, February 14, 2012

Another bad experience di KK Presint 9

Pada 13/2/2012 sekali lagi saya berurusan dengan premis KKM, saya jarang sebenarnya pergi mendapatkan rawatan melainkan jika benar2 perlu saja…kalau sakit sikit2 tu biasanya saya berubat sendiri saja…pada hari jumaat sebelum itu (10/2/2012) dengan tak semena-mena saya tergigit benda macam batu…tengok2 tampalan gigi saya tercabut rupanya…alahai…ni nak kena gi klinik gigi la pulak ni…

Seperti biasa saya tak suka buat kerja tanpa plan, saya telefon dulu kninik gg presint 9 manalah tahu kena buat temujanji ker..atau rawatan2 tertentu dibuat hanya pada hari2 tertentu ke..tapi jawapan yg saya terima positif iaitu boleh datang pada hari apa2 pun sebelah pagi kerana pada sebelah petang adalah diperuntukkan untuk kanak2.

Pada hari isnin 13/2 seawal 7.45pg saya pergi ke klinik kesihatan presint 9, straight away ke klinik gg dan ambil no giliran. Pukul 10.00 lebih saya dipanggil untuk bertemu dgn Dr gigi di bilik no 17…(berapa jam menunggu tu…nak pergi tandas pun tak berani takut nanti terlepas no..tahan je la) Dr pun cek gigi…tak sampai seminit pun…dia tanya sakit tak? Saya jawab tak sakit..then she replied ‘ok’. Terus dia pusing belakang menulis apa entahla…saya masih terbaring di atas kerusi rawatan tu…then dia bersuara "ni kalau ikutkan actual appointment bulan 10 nanti"…dengan nada terkejut saya tanya balik “haaa bulan 10?” gila ker hapa…untuk benda yg kalau dibuat terus tak ambik masa 15 minit pun! Dia nak bagi appointment sampai bulan 10…elok2 gigi tu boleh pakai cuma nak kena tampal sikit je..terus nanti dapat jangkitan…kena cabut! Saya pun tanya la..’kenapa tak tampal sekarang jer” dengan nada tak berapa nak mesra alam..(tak tengok saya pun…180⁰ di belakang saya) dia jawab “pesakit kita ramai..tak boleh nak buat terus”…kenapa kalau buat nanti tu pesakit tak ramai dah ke? Takder la pulak soalan ni saya luahkan..dalam hati saya jer…tapi reason sebegitu adalah ridiculous….lainlah kalau kes saya too complicated..nak kena tunggu stok/kepakaran Dr pakar ke…sekadar nak tampal gigi yg baru tercabut tampalan…apalah sgt...

Saya terdiam..menahan marah sebenarnya…then saya tanya balik “bila appointment saya sebenarnya?” Dr jawab…”kita bagi bulan 4 ni”…saya terkedu…inikah KPI /piagam pelanggan di kinik ni? Untuk rawatan tampalan sampai ambik masa sebegitu lama. Dr tanya saya balik ”nak tak ni?” saya jawab “ tengokla” dia cakap balik dgn nada yg agak kasar (marah la tu agaknya…macam dia sorang yg tahu marah..sepatutnya saya la yg marah) dia cakap “kalau nak saya bagi..kalau tak nak saya kasi date ni pada org lain” saya jawab balik “saya risau gigi saya ni terpaksa dicabut kalau tunggu selama itu..takper bagi jer appointment tu..kalau saya nak dtg saya dtg..kalau saya takleh tunggu saya gi swasta” dia berkeras…”tak puan, kalau puan nak pergi swasta saya tak kasi appointment ni”(macam mengharapkan saya g swasta) saya diam agak lama jg…(tahan marah sebanarnya)then saya cakap “bagi jer..” then dia ckp lagi “kalau puan nak gi swasta kami tak kasi ni” then dgn suara yg terketar2 menahan marah saya cakap sekali lagi “you bagi je!” tetiba pembantu pergigian tu mencelah dengan nada suara yg melegakan hati “macam ni..kami bagi date ni..kalau puan gi ke swasta..puan bagitahu kita yer” hmmm saya angguk.

Saya keluar dari bilik tu memang dgn membara….baru lagi habis ribu riban sbb bedah mata haritu…ni nak habis lagi utk tampal gigi…kalau di HRPZ ritu senang ja…tel je kawan kat klinik gigi klinik Bandar kota bharu tu on the spot boleh buat.
Kalau ditengok kepada pencapaian keseluruhan KKM…semedangnya mencapai KPI…yerla tu mencapai…tu angka2 cover jer tu…kes saya ni bukan kes terpencil…ramai lagi macam ni…kesian pada org susah…takder pilihan lain..terpaksa la menahan derita kalau sakit apa2…

Selepas itu terus saya ke klinik gg swasta...tunggu kejap tak sampai 10 minit nama saya dipanggil dan terus buat...siappppppp tak sampai pun 10 minit...

Nanti la...kalau saya berpeluang beramah mesra dgn KPK...siap la korang sumer...sekarang ni tak berani lagi nak berbual mesra dgn Dato' Sri KPK...bual gitu-gitu jer dalam meeting...(ayat ugut ni hahaha)

2 comments:

iu rf said...

hurmmmm haru btl la KK ni.. hmmm...agaknye ramai sgt pesakit dia sampai x leh nk buat cpt2.. kesian pd yang tak mampu... terpaksa tunggu lama utk rawatan cmni...klu jd kat sy mmg meletop gak ni...hihihi

cepatlah akak beramah mesra ngan bos2 atas ni.. gtau psl benda ni.. supaya nasib org2 lain terbela.. kalau dr tu gaji dia kecik sgt.. or beban keje dia tinggi sgt.. suh la yng atasan ni naikkan gaji..kurangkan beban keje dr.. tambah dr2 gigi seluruh negara.. insyaallah akan terbela nasib rakyat jelata... ( ada gaya ckp cam wakil rakyat tak..?heheheheh =)

alrijalnajwa said...

hahaha memang macam wakil rakyat!!!(kak na dah cakap dalam hati sblm baca statement terakhir iu hahaha)tu la derang ni...buat keje tu biarla ikhlas...buat macam ni rosak habis reputasi pegawai2 lain yg bertungkus lumus keje...

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg