Monday, February 20, 2012

Mendobi.....

Sebulan dua ni memang betul-betul sibuk, banyak perkara yang hendak di buat maklumlah kehidupan sekarang ni pun makin menekan segalanya memerlukan duit. Eh apasal plak kena mengena dengan mendobi plak.....

Emmm sebelum ini tak pernah terfikir nak buka kedai dobi, yang ada kat kepala adalah bisnes makan.. buka kedai makan sebab sukan makan kot...tup..tup kena ikut wife pegi kursus dobi...dah register katanya. adoiiii malas gak sebenarnya nak pegi, selepas satu hari pegi kursus maka timbul la plak semangat berkobar-kobar nak bukak dobi bila dah di rangsang oleh konsultan kursus tu.

Macam-macam tips dan idea yang diberikan oleh konsaltant semasa berkursus setengah hari kemudian pada sebelah petang plak diberi praktikal untuk nak tahu secara lebih terperinci lagi macamana nak ambik order dari pelanggan, macamana cara nak basuh baju yang baunya masyaallah macam bau longkang pun ada....macamana nak buat sukatan sabun dan softner, macamana nak tagging kalau baju yang dihantar terlalu banyak dan macam-macam lagi.

Setelah balik kursus pikir-pikir lokasi yang sesuai untuk dibuka dobi. Bab pilih lokasi ni lah yang agak kritikal jugak kerana terpaksa berulang kali pegi ketempat yang kita dah survey unttuk mencari kedai untuk di sewa. Alhamdulillah Allah permudahkan juga walaupun dah lima enam kali ronda di tempat yang sama akhirnya bertemu kedai untuk disewa pada sebelah malamnya padahal siang harinya dah ronda. Tanpa ragu-ragu terus bayar deposit tanda jadi, peluang didepan mata jangan lambat-lambat ini pesan orang yang dah bisnes la...

Ini kerana ada satu citer yang mana sorang ni nak buka kedai dobi dan telah jumpa kedai untuk di sewa di lokasi yang diingininya. Oleh kerana hatinya berbelah bagi samada nak atau tidak, ditunggunya..dihitunginya kedai tersebut..tup..tup orang lain dah sapu dan dibuka kedai dobi juga....aduh begitu keciwa la orang tersebut. Itulah kalau dah ada peluang didepan mata jangan tunggu lama-lama disamping memohon kepada Allah agar lokasi yang di pilih adalah lokasi yang betul-betul memberi rezeki kepada kita....

Bersambung...lama tak menulis.....

No comments:

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg