Thursday, March 15, 2012

Dobi berusia tiga bulan...


Alhamdulillah…sedar tak sedar kedai dobi Ich liebe Dich telah masuk ke bulan ketiga. Letih oooooo bisnes ni…huhuhu tapi seronok! Kepuasannya ada di situ…saya rasa macam jiwa saya lebih sesuai dgn bisnes ni bukan makan gaji (walaupun sangat sedar selama ni yang menyara hidup kami sekeluarga adalah hasil dari makan gaji juga)


Semenjak Ustaz Fahrul Juoy menjadi tamu di IKIM. Fm setiap Isnin petang, perasaan takut curi tulang di waktu kerja tu lagi membuak2 (tapi buat juga hukhukhuk) terasa macam walau macam mana pun cuba mengelak memang takleh lari dari curi masa ni…tambahan pula saya sebagai ibu yg menyusukan sendiri anak..saya curi masa utk pam susu di pejabat…dan kadang kala kerja rutin saya membuatkan saya letih mengadap journal2 klinikal..dan sekali sekala saya buka blog2 kawan2…dengan tujuan merehatkan fikiran…dan sebagai pompuan juga saya tak lepas dari berbual2 dgn kengkawan…itu juga termasuk dalam curi masa…


Memang saya bayar zakat pendapatan (dengan harapan pendapatan yg saya peroleh itu berkat dan boleh disucikan utk menampung masa2 yg mana saya curi tulang) tapi rasa bersalah tu tetap ada…wang gaji saya adalah wang rakyat…maka saya kena bertanggungjawab dengan apa yg telah diamanahkan kepada saya…saya cuba sehabis baik saya..tambahan pula kerja saya ada dateline…dan hingga kini saya pastikan bahawa saya sentiasa memenuhi dateline yg telah diberikan…


Memikirkan risiko anak2 saya suapkan dengan duit yg tidak berapa ‘bersih’ saya jadi takut…kebetulan pula bisnes dobi saya Alhamdulillah menjadi…saya lebih bersemangat untuk lebih memajukan bisnes dan mengembangkannya…bila dah ok dan agak2 dah boleh setara dengan pendapatan saya sekarang ni…boleh la saya resign kan? Hehehe…impian tu ada…saya seronok buat kerja yang tak perlu nak fikir itu wang rakyat…ini wang rakyat..ini harta awam..itu harta awam…kalau bisnes sendiri segalanya harta benda saya…ikut suka hati saya la nak buat macam mana pun kan?…nak buka bisnes lewat pun takper…nak bawa anak2 pun takper…nak berkelah kat dalam kedai pun takper…huaghhh seronoknya!!!!


Kini kedai dobi saya dah tambah pekerja seorang lagi..sorang la dulu…kalau byk2 takut tak mampu nak bayar gaji…saya sangat mendoakan agar bisnes ni menjadi dan saya boleh buka peluang pada org utk mndapatkan pekerjaan..selain saya dapat jadi bos hehehe…(part jadi bos tu yg paling best tu)


Berkat sokongan rakan2 pejabat saya, rakan2 pejabat suami dan juga doa ibu bapa, adik beradik semua…Alhamdulillah ia semakin maju (walaupun selang 4 buah kedai dari kedai kami itu juga kedai dobi) Betullah…rezeki masing2…saya harap pembukaan kedai kami tak mengurangkan rezekinya.
















No comments:

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg