Saturday, July 11, 2009

Pengalaman nak beli kete di German....banyak songelnya...

Pada mulanya kami tidak beranggan-angan untuk memiliki kereta di German ni, tetapi setelah memikirkan akan keperluannya terutamanya setelah isteri mendapat tahu tempat praktikal agak jauh juga iaitu kira2 1 jam setengah untuk sampai, maka terfikir lah untuk membeli kereta.

Memang sebelum ke German telah pun mendapat info berkaitan lesen di Grman ni, iaitu kita boleh pakai samada "international licence" atau "Malaysia licence" hanya 6 bulan pertama je selepas tu tidak valid la licence tu.

Walaubagaimana pun kami gagah jugak la untuk bertanya kepada penjual kereta tersebut mudah-mudahan dapat la kami membeli kereta untuk digunakan. Pada mulanya setelah bertanya akan pembelian kereta tersebut penjual yang berbangsa Turki itu berkata semuanya akan di 'settle'kan (Perbualan dengan menggunakan orang tengah yang boleh speaking english sebab orang Turki ni sepatah haram tak tahu english....). Kami juga bertanya akan lesen dari Malaysia, dia kata akan diuruskan. Nampaknya senang la kerja kami....

Setelah itu kami ronda-ronda tengok kereta idaman kami....jeng..jeng..jeng so terjumpa lah kete Golf Volkswagen yang berharga tak sampai 700euro. So setelah bersetuju dengan kete tersebut, penjual tu kata "ok kami akan repair mana yang patut....dalam 3-4 hari datang bayar dan ambik kete...." kata saya "ok".

So setelah tiba masa yang dinanti-nantikan, kami menerima telefon dari si penjual tu dengan mengatakan kereta dah siap repair. Tanpa berlengah lagi kami ke kedai tersebut dan setelah sampai kami berjumpa dengan taukeh kedai untuk nak test enjin ok ke tak. Selepas di cuba hidupkan enjin dan taukeh tu berkata kereta dalam keadaan bagus (dia cakap German lah...kami pun angguk je lah....dok dengar kata gut(good) dua tiga kali...)..maka kami pun masuk kedalam opis....untuk proses seterusnya.

Bila bincang punya bincang dia tanya pasal plate(nombor) kete...rupa-rupanya kami kena dapatkan sendiri plate tersebut dan sebelum tu kami kena pegi syarikat insurans kete dulu untuk nak dapatkan insurans kete lepas tu baru boleh dapatkan plate kete....aiseh mannn...kami pun berbincang suami isteri...."aik...kata aritu akan diuruskan semuanya?? tak tahu plak pasal plate tu....(ingatkan macam Msia beli kete terus dapat plate...adduhhh). Kami pun bagitahu balik pada taukeh tu dengan mengatakan bahawa pihak penjual akan buat semua proses termasuk lesen vang hendak ditukarkan ke International licence.

Masa tu kami pun dah fening2 lalat dah la....tak tahu camner nak pikir. Si taukeh tu pon dok bincang dgn geng2 dia 2-3 orang macamana nak buat. So kami teringat akan ada chinese M´sia kat sini yang boleh berbahasa english dan melayu serta fasih bahasaa german. So kami bincang bersama-sama maka taukeh tadi menelefon pihak berkuasa bertanyakan lesen dari m'sia boleh atau tidak untuk digunakan. Pihak berkuasa juga ada bertanya sudah berapa lama menggunakan lesen memandu di msia. Kami menjawab "adalah dekat 10 tahun...".

Pihak berkuasa juga meminta agar pihak universiti menghantar surat sokongan untuk dipertimbangkan menggunakan lesen luar german. Nampak gaya macam ada rezeki jugak la...so setelah tunggu keputusan seminggu juga la maka keputusan pun keluar dengan mengatakan: "lesen luar daripada German tidak dibenarkan kecuali mengambil lesen german untuk memandu di negara German..." so pecah berkecai harapan untuk memiliki kereta.

Kami pun memberitahu akan keputusan tersebut kepada tauke kedai kereta tersebut dan mereka akur dengan keputusan tersebut. Bagi kami takdapat pun tak mengapa kerana dah setahun kat sini dah biasa dengan "public transport" yang agak efisien berbanding negara tercinta, cuma kalau dapat alhamdulillah satu bonus la senang nak berurusan dengan kenderaan sendiri.

Walaubagaimanapun bagi sesiapa nak datang German hanya setahun dua tak berbaloi untuk nak buat lesen mereka ni...memang mahal dalam 2500euro. Tapi kalau yang datang buat PHD lebih kurang 4 tahun agaknya berbalaoi la... cuma kalau berani seperti sahabat kami dari Saarland dengan menggunakan "international licence" mereka menyewa kereta untuk kemana-mana dan setakat ni alhamdulillah tak ada apa2 yang berlaku.

Friday, July 10, 2009

Rumah sewa baru.....

















Sebenarnya sebelum kami ke Program Ziarah Ukhuwwah di Hamburg, kami telah berpindah ke rumah baru. Tapi nampaknya entry berkaitan program ziarah yang masuk terlebih dahulu...yela kami merasakan program untuk memertabatkan Islam lebih penting berbanding pindah ke rumah sewa baru....

Rumah sewa baru terletak dalam kampung Wallrabenstein, Hunstetten juga..sama seperti rumah sewa yang lama, kira-kira 15 minit berjalan kaki. Nasib baik jugak dapat rumah yang dekat-dekat senang untuk urusan berpindah randah ni...boleh kata 2 trip jugak la...barang-barang kena angkut...aduiihhh sakit gak belikat ni...ye la dah tua2 macam ni dan dah lama tak menggangkat barang yang berat2.















Pemandangan yang indah kat luar dari sudut meja makan

So pihak uni yang tolong carikan van untuk angkut mengangkut barang, maklum la kami ni danke, genau, ya, nein tu tahu la... yang lain2 tu sepatah haram pun tak reti...oleh sebab tak reti bahasa german tu jugak la membuatkan saya tak nak bercakap dengan orang jerman ni...kita tanya sepatah yang kita paham (dengan niat nak beramah mesra la..)...dia jawap berpatah-patah (memang terlebih mesra pulak)...pulak tu bercakap dengan selaju-lajunya...mak aiihhh...mengaru kepala den yang tak gatal ni...dah tu buat2 macam faham la walaupun tak faham...

Sebelum berpindah aritu kami terpaksa bertungkus lumus jugak la membersih rumah...maklumla anak-anak ramai dan tengah aktif pulak tu...adoi..2-3 hari jugak la nak settle bersihkan rumah tu...nasib baik jugak la anak2 tak nak jadi cikgu (jadi takder la aktiviti menjadikan dinding rumah tu sebagai papan hitam)...semua anak2 lebih berminat nak jadi ahli sukan (main wii) nak jadi ben10 (bergaduh..) kalau tak teruk jugak la nak cuci dinding dengan pelbagai colour yang ada...




Pemandangan di hadapan rumah

Cuma yang teruknya mencuci bilik air lah...ye la kita ni mana biasa dengan keadaan susana sejuk memanjang....nasib baik gak la Kak Liza dari Raunheim yang datang hari tu ajar cara2 untuk mengelakkan kulat2 tumbuh dalam bilik air...balik air asyik basah je...maklum la askar ramai....

Sewa rumah kat Jerman ni bukan macam kat M'sia boleh keluar cam-cam tu je...sebelum pindah owner akan datang check samada keadaan dia sama seperti mana yang kita masuk mula-mula dulu...sama seperti dalam kontrak yang kita signed. Jadi Alhamdulillah selepas owner tu check nampaknya semuanya ok....sebenarnya isteri dah risau dekat dengan singki dapur yang berkayu...sebab kan kita basuh pingan magkuk so bila air dari pingan tu ada jugak jatuh kat kayu tu...walaupun kita lap kadang2 tak betul2 kering so kayu singki tu jadi gelembung la jugak....Bila owner tu check kat kontrak rupa2nya ada yang tertulis pasal singki tu....ada kesan calar2 ke ntah la....jadi owner tu pun kata takpelah sebab dah ada cacat sebelum ni....Alhamdulillah...lega rasanya.




Dari dalam rumah...



So deposit yang dibayar aritu dapat balik la...boleh la buat bayar deposit rumah sewa baru....tapi kena tambah gak duit deposit rumah sewa baru...sebab deposit 3 bulan...rumah sewa lama 2 bulan je....aiseh man....

Alhamdulillah semua urusan pindah randah dah selesai dah...tapi kami terpaksa membeli barangan baru gak la...banding rumah lama dah di provide walaupun buruk tapi at least dapat guna jadi laaaa..... Cuma bernasib baik sebab penyewa lama ada tinggal barangan dapur seperti peti, mesin basuh pingan, dapur skali dengan oven, kabinet dan singki untuk di jual dengan harga 500euro. So kami minta sahabat kami Saiful yang datang menolong masa tu untuk bargain...maklumla nak bargain dalam bahasa Jerman ni kekok gak....hihihi bukan kekok tak reti langsung....so bargain punya bargain dapat la 400euro. Kira murah la tuh....jadi la tu 'oh' (nama timbangan saiful). Thanks a lot sebab berjaya dalam bargain membargain ni....

Wassalam

Tuesday, July 7, 2009

Ziarah Ukhuwwah di Hamburg

Alhamdulillah dengan izinNya kami sekeluarga telah berkesempatan menziarahi sahabat kami di Harburg, Hamburg di sebelah utara Jerman. Perjalanan mengambil masa 8 jam dengan menaiki bas di Frankfurt. Kali ini kami bersama-sama sahabat dari Bingen akhi Saiful atau dikenali dengan ‘che pico’ oleh kawan-kawannya di Bingen.

Semasa di Hamburg Haupbahnhof(Stesyen besar keretapi)

Ziarah Hamburg ini adalah program ke2 setelah kali pertamanya di buat di rumah kami di Wallrabenstein-Hunstetten, Idstein. Program kali ini amat memberi kesan sekali terutama ukhuwwah kekeluargaan kerana melibatkan seluruh ahli family tidak seperti program yang pertama yang hanya dihadiri oleh para sang suami sahaja.

Respon dari muslimat cukup-cukup positif kerana selama ini mereka hanya berusrah secara online sahaja, dengan adanya program ziarah yang di anjurkan oleh pihak muslimin ini mereka secara tidak langsung mengeratkan ukhuwwah sesama mereka terutamanya semasa mereka bersama-sama memasak makanan yang pelbagai resepi kepada pihak muslimin. Dengan program sebegini juga mereka berpeluang mengenal tempat-tempat menarik di Jerman ini.



Muslimat tunjang kekuatan muslimin...nasi ayam...antara menu yang dimasak...terasa macam kat M'sia plak....

Bagi pihak muslimin semestinyalah program ini memberi kesan yang amat mendalam terutama ukhuwwah sesame kami. Setelah pertemuan kedua ini secara peribadi saya merasakan satu perasaan yang cukup manis kerana Ukhuwwah Fillah.






Bergambar bersama-sama tanda ikatan ukhuwwah fillah

Teringat satu hadis berkautan ukhuwwah ini iaitu:

Hadits dari Abu Daud dan Ibnu Majah

Rasulullah berkata :

“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah Arash naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang

naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:

1. Pemerintah yang adil,

2. Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,

3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,

4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat

keredhaan Allah,

5. Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”,

6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,

7. Dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak adadalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya

kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”

Ujian sebagai Tarbiyyah...

Antara ujian yang kecil semasa kami ke program ziarah ialah semasa menaiki keretapi dari Hamburg HBF ke rumah sahabat kami akhi Sharfie di materstrasse, Harburg... barang makanan yang dibawa dari rumah telah tertinggal dalam train s-bahn tersebut. Tak ada rezeki lah nampaknya....

Begitu juga sahabat kami dari Rasulsheim, akhi fazrul ‘delay‘ dekat dua jam lebih yang pada jadual asalnya akan sampai ke Harbug, hamburg jam 12.20 tengahmalam...akhirnya sampai pada pukul 2.40 pagi. Perjalanan akhi fazrul dari selatan ke utara jerman memakan masa kira-kira 8-9 jam.

Begitu juga berlaku kepada akhi Syamsul yang sepatutnya sampai pada pukul 12.30 malam lebih akhirnya terpaksa bermalam di hotel dan pagi esoknya naik train semula ke Harburg. Tapi nasib baik juga pihak train Dbahn yang menyediakan hotel dan akan membayat pampasan sedikit sebanyak diatas kesulitan tersebut.

Famili dari Homburg akhi Arief yang pada mulanya menyatakan tidak akan hadir, tiba-tiba menelefon tuan rumah, akhi Sharfie memaklumkan kehadiran bersama keluarga dengan menyewa kereta yang memakan masa perjalanan hampir 11jam untuk sampai di Harburg.

Begitulah ujian-ujian yang sedikit itu untuk menjayakan program yang dirancang bersama-sama untuk mengharapkan Mardhatillah (keradhaan dari Allah). Hasil dari ukhuwwah Fillah inilah yang dapat menghadapi pelbagai rintangan tanpa melemahkan semangat kami semua.

Tempat menarik di Hamburg

Semestinyalah kami tidak melepaskan peluang untuk meronda-ronda bandar Hamburg yang sarat dengan pembangunan serta pelbagai latarbelakang manusia. Sebuah bandar yang menarik, terdapat pelbagai makanan halal dari pelbagai negara seperti Afghanistan, turki dan lain-lain. kiranya senang bagi sesiapa yang datang ke Hamburg untuk mencari makanan halal. Kami juga sempat snap menyenap di menara jam besar yang menjadi salah satu ikon dibandar Hamburg ini.




Menara tinggi tu menara jam besar, tak sempat nak gi dekat sebab nak berkejar naik train plak.....




Kami di bawa menaiki kapal pelancong bagi merasai pengalaman menaiki kapal menyelurusi sungai di Hamburg dengan melihat sendiri tempat2 untuk membaiki kapal dan melihat bangunan2 di pesisir sungai. Oleh kerana para ibu-ibu sudah penat dengan menguruskan anak-anak dan aktiviti memasak, so para bapa-bapa pula yang mengambil alih membawa anak-anak bersiar-siar....





Bergambar bersama-sama sebelum menaiki kapal




Negara Denmark








Kami juga berkesempatan untuk menjejakkan kaki di negara Denmark. Ia memakan masa selama 2 jam lebih dengan menaiki train dengan tiket berharga 30euro untuk satu famili. Kami hanya dapat menjejakkan kaki kami hanya beberapa ketika sahaja di border negara Denmark untuk snap menyenap gambar kenang-kenangan. Ini kerana di border negara Denmark tidak mempunyai pemandangan menarik kerana ia satu bandar yang kecil sahaja. Selepas itu kami berhenti di satu kawasan pelabuhan yang amat menarik dengan terdapat pelbagai jenis kapal dan rumah di kawasan berbukit.





Pemandangan yang sungguh cantik....

Kesimpulan yang dapat kami katakan bahawa Program Ziarah Ukhuwwah di Hamburg kali ini benar-benar dapat mengeratkan tali kekeluargaan kami disamping pengisian daripada ustaz Ahmad Rafizi selaku Naqib. Banyak persoalan-persoalan terutamanya persoalan munakahat daripada sahabat2 yang dalam pencarian dapat di selesaikan oleh naqib.

Sekian.

Wednesday, June 24, 2009

Kapir Laknatullah hina Islam....

Sumber : Terataionline

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani...EEmmm, bagi aku la, org mcm ni layak dibunuh je, menghina ISLAM, dah la buat tatu yang jelas haramnya, tulis plak kalimah ALLAH
ape komen saudara semua...
































































































Sumber: terataionline

Sunday, June 21, 2009

Islam adalah Universal....

Firman Allah swt...

“ Hai manusia, sesunguhnya Kami telah mencipakanmu terdiri dari jenis pria dan wanita dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku (berpuak-puak) untuk saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Berpengalaman.” (QS. Al-Hujarat:13).

Hari ini kita masih lagi dibesar-besarkan dengan isu bangsa dan puak. Pada hal Allah telah perjelaskan dengan firmanNya seperti di atas yang mana orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang bertaqwa....Tak kira dari bangsa eropah, afrika, china, arab hatta melayu itu sendiri. Itulah ajaran Islam.

Negara kita sekarang kelam kabut berkaitan isu perpaduan...terutama parti politik. Ada suara2 yang mahu parti melayu bergabung dengan parti Islam untuk menjaga orang melayu dan agama Islam.

Bekas PM Tun Mahathir berkata yang dipetik dari Berita Harian...

Bekas Perdana Menteri berkata, beliau melihat kesedaran itu berikutan pelbagai badan berkaitan orang Melayu ditubuhkan serta pelbagai program dan forum mengenai kedudukan orang Melayu dianjurkan kebelakangan ini.

Beliau tidak menolak keadaan itu berpunca daripada rasa cemas orang Melayu dengan kedudukan mereka ketika ini dari segi politik dan ekonomi sehingga timbul kesedaran untuk memastikan agar ia terus dipertahankan.

Kenapa perlu kepada perpaduan bangsa sahaja? Walhal Islam itu 'universal' menyeluruh....meliputi perpaduan puak dan bangsa....dan perpaduan melalui Islamlah yang hakiki yang mempunyai roh kerohanian yang tinggi, hanya mengakui hanya Allah sahaja yang disembah....

Bila hanya kepada perpaduan bangsa sahaja tidak mampu untuk membentuk sebuah kepimpinan itu bersih daripada penyelewengan atau kerosakan khazanah negara kerana tidak berkai rapat dengan dosa dan pahala serta neraka dan syurga.

Perpaduan Islam

Ketika ini kita melihat bahawa sudah ramai orang bukan Islam yang terdiri dari pelbagai bangsa sudah melihat Islam mampu menyatu padukan bangsa. Mereka tidak lagi takut untuk berbumbung dibawah pemerintahan Islam seperti di sebuah negeri pantai timur, Kelantan Darul Naim.

Ini kerana dasar Islam yang dibawa iaitu memberi kebajikan dan keadilan kepada semua kaum dan bangsa yang juga selari dengan naluri mereka sebagai manusia dan juga agama mereka sendiri.

Begitu jugalah sejarah membuktikan semasa pemerintahan Umar Al-Khattab yang meluaskan empayar pemerintahan Islam ke 2/3 dunia. Ini kerana keyakinan semua bangsa dan puak terhadap pemerintahan Islam. Begitu juga semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz yang memberi keadilan kepada semua kaum.

Oleh itu perpaduan hanya boleh dicapai dengan berbumbungkan Islam bukan dengan bangsa walaupun pada mulanya nampak mereka bersatu tetapi akhirnya mereka tidak dapat menutup perasaan bangsa masing-masing yang perlu diutamakan oleh mereka.

Kita sebagai orang melayu Islam akan menerima sesiapa sahaja menjadi pemimpin dari bangsa mana sekalipun jika beliau betul-betul beliau melaksanakan sistem Islam dalam segenap aspek kehidupan.... terhadap diri sendiri, keluarga dan negara.

Islam itu 'universal' seperti yang di syarahkan oleh Naqib semasa usrah IPMJ.

Wallahua'lam. Tchusss

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg