Saturday, July 11, 2009

Pengalaman nak beli kete di German....banyak songelnya...

Pada mulanya kami tidak beranggan-angan untuk memiliki kereta di German ni, tetapi setelah memikirkan akan keperluannya terutamanya setelah isteri mendapat tahu tempat praktikal agak jauh juga iaitu kira2 1 jam setengah untuk sampai, maka terfikir lah untuk membeli kereta.

Memang sebelum ke German telah pun mendapat info berkaitan lesen di Grman ni, iaitu kita boleh pakai samada "international licence" atau "Malaysia licence" hanya 6 bulan pertama je selepas tu tidak valid la licence tu.

Walaubagaimana pun kami gagah jugak la untuk bertanya kepada penjual kereta tersebut mudah-mudahan dapat la kami membeli kereta untuk digunakan. Pada mulanya setelah bertanya akan pembelian kereta tersebut penjual yang berbangsa Turki itu berkata semuanya akan di 'settle'kan (Perbualan dengan menggunakan orang tengah yang boleh speaking english sebab orang Turki ni sepatah haram tak tahu english....). Kami juga bertanya akan lesen dari Malaysia, dia kata akan diuruskan. Nampaknya senang la kerja kami....

Setelah itu kami ronda-ronda tengok kereta idaman kami....jeng..jeng..jeng so terjumpa lah kete Golf Volkswagen yang berharga tak sampai 700euro. So setelah bersetuju dengan kete tersebut, penjual tu kata "ok kami akan repair mana yang patut....dalam 3-4 hari datang bayar dan ambik kete...." kata saya "ok".

So setelah tiba masa yang dinanti-nantikan, kami menerima telefon dari si penjual tu dengan mengatakan kereta dah siap repair. Tanpa berlengah lagi kami ke kedai tersebut dan setelah sampai kami berjumpa dengan taukeh kedai untuk nak test enjin ok ke tak. Selepas di cuba hidupkan enjin dan taukeh tu berkata kereta dalam keadaan bagus (dia cakap German lah...kami pun angguk je lah....dok dengar kata gut(good) dua tiga kali...)..maka kami pun masuk kedalam opis....untuk proses seterusnya.

Bila bincang punya bincang dia tanya pasal plate(nombor) kete...rupa-rupanya kami kena dapatkan sendiri plate tersebut dan sebelum tu kami kena pegi syarikat insurans kete dulu untuk nak dapatkan insurans kete lepas tu baru boleh dapatkan plate kete....aiseh mannn...kami pun berbincang suami isteri...."aik...kata aritu akan diuruskan semuanya?? tak tahu plak pasal plate tu....(ingatkan macam Msia beli kete terus dapat plate...adduhhh). Kami pun bagitahu balik pada taukeh tu dengan mengatakan bahawa pihak penjual akan buat semua proses termasuk lesen vang hendak ditukarkan ke International licence.

Masa tu kami pun dah fening2 lalat dah la....tak tahu camner nak pikir. Si taukeh tu pon dok bincang dgn geng2 dia 2-3 orang macamana nak buat. So kami teringat akan ada chinese M´sia kat sini yang boleh berbahasa english dan melayu serta fasih bahasaa german. So kami bincang bersama-sama maka taukeh tadi menelefon pihak berkuasa bertanyakan lesen dari m'sia boleh atau tidak untuk digunakan. Pihak berkuasa juga ada bertanya sudah berapa lama menggunakan lesen memandu di msia. Kami menjawab "adalah dekat 10 tahun...".

Pihak berkuasa juga meminta agar pihak universiti menghantar surat sokongan untuk dipertimbangkan menggunakan lesen luar german. Nampak gaya macam ada rezeki jugak la...so setelah tunggu keputusan seminggu juga la maka keputusan pun keluar dengan mengatakan: "lesen luar daripada German tidak dibenarkan kecuali mengambil lesen german untuk memandu di negara German..." so pecah berkecai harapan untuk memiliki kereta.

Kami pun memberitahu akan keputusan tersebut kepada tauke kedai kereta tersebut dan mereka akur dengan keputusan tersebut. Bagi kami takdapat pun tak mengapa kerana dah setahun kat sini dah biasa dengan "public transport" yang agak efisien berbanding negara tercinta, cuma kalau dapat alhamdulillah satu bonus la senang nak berurusan dengan kenderaan sendiri.

Walaubagaimanapun bagi sesiapa nak datang German hanya setahun dua tak berbaloi untuk nak buat lesen mereka ni...memang mahal dalam 2500euro. Tapi kalau yang datang buat PHD lebih kurang 4 tahun agaknya berbalaoi la... cuma kalau berani seperti sahabat kami dari Saarland dengan menggunakan "international licence" mereka menyewa kereta untuk kemana-mana dan setakat ni alhamdulillah tak ada apa2 yang berlaku.

4 comments:

fauziharis said...

Mahal betul nak ambik lesen kat sana. Ingatkan nak ambil lesen di Jepun dah kira mahal (dalam RM10k), rupanya kat sana lagi mahal. Tapi at least di sini diorang benarkan kita just tukarkan je lesen tu dengan kena test memandu sekali lagi. Agak2 nya Malaysia pun kena buat camni juga la kot. baru la kurang angka kematian di jalanraya..he heh

alrijalnajwa said...

itu pendapat pronya..pendapat kontranya pun byk gak...jadi macam kammi ni..susah btol nak bergerak ke mana2...tempat praktikal na tu ..kalau gi dgn public transport 2jam lebih tapi kalau dgn kete 28 minit jer...ha itu la yg tak bagusnya...

iu @ wid said...

insya allah.. ada hikmah setiap segala yg berlaku tu.. kita dah try usaha nk dptkan benda tu.. spend masa... tenaga dan segalanye.. tp still x dpt juga benda yg dihajati.. insya allah mungkin ada sesuatu yg disebaliknye...

apepun .. semoga memperolehi yg terbaik buat keluarga.. thanx sbb share pengalaman ttg cara nk membeli kereta di jerman ni.. b4 ni rasanya x pernah tau pun cara nk beli.. tau cara nk sewa saje..hehehe

k good luck yer utk praktikal nt..
pintu rumah kami sentiasa terbuka utk menanti kehadiran kakna & family di homburg.. :D

alrijalnajwa said...

tu la IU..kami cuba cuba jee..mana tahu kot2 dapat....dah tak dapat nk wat camner kannn...tapi tkpelah dh takde rezeki nampaknya....pasal ke homburg tu insyaalah jadi...tunggggguuuuu...:P

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg

Video Klip Ziarah Ukhuwah di Hamburg

Loading...