Saturday, March 27, 2010

Ku tinggalkan separuh jiwaku...

Lama blog ni bersawang....bukan tak hargai pengunjung yg terus menerus menjengah...tapi kesibukan serta kesihatan yg tak membenarkan saya menitip entry...lagipun semangat pun kurang hehehe...













(Abe, kakak dan aqin......)


Sejak tinggalkan 2 anak2 di Malaysia (abe dan kakak)...bagaikan patah semangat utk buat apapun...beberapa minggu pertama di German tanpa mereka..betul2 terasa...walau selama ni kadang2 terasa juga bahagianya bila mereka tido (teruk la saya ni kan?) rasa nyamannya bila takder budak memanjat sana...memanjat sini...buat selerak kat hujung sana..buat selerak kat hujung sini...tapi perasaan tu sikit pun tak hadir bila saya tiba di sini semula tanpa mereka....sunyi sesunyinya....

Di tambah dgn keadaan saya yg masih lagi mengalami alahan mengandung...(maklumla dh lama pencen dr mengandung sebenarnya...) tetiba mengandung balik...terasa peritnya nak lalui sumer ni tanpa anak2 tersayang. Bising mereka itula yg saya rindukan...kini bila suami masakkan sesuatu yg selama ni mereka suka makan...bergenang air mata ni...teringatkan mereka...

Kini tiap hari saya telefon mereka...dengar suara saja pun dh cukup...mula2 dulu...bila dengar suara mereka...terus saja air mata ni laju mencurah..tapi Alhamdulillah sekarg dh tiada lagi...sejak mereka tak lagi menangis tiap kali mendengar suara saya...dah dapat membiasakan diri tanpa saya dan abahnya mungkin...(walaupun tiap hari..soalan yg sama diajukan..‘bila ibu nak balik? Dah lama ibu pergi....‘)

Tak pernah saya tinggalkan anak2 selama ini...paling lamapun Cuma seminggu jika ada out station...itupun jika saya tiada..abahnya tetap ada bersama2 mereka....kini...kedua2nya tiada...dapat saya bayangkan kesunyian mereka...

Saya tinggalkan mereka dgn ibu saya...Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan pada ibu bapa saya lagipula keputusan meninggalkan mereka bersama opah dan tok wan telah saya dapatkan persetujuan opahnya terlebih dulu sebelum saya bawa mereka pulang.

Walaupun mereka masih sihat..namun saya tahu tugas menjaga budak kecil bukanlah tugas org tua...lagipula ibu bapa kita dh bersusah menjaga kita masa kita kecil dulu...kenapa pula nak bebankan mereka menjaga anak2 kita pula bila mereka tua...mereka pun ada aktiviti yg nak mereka lakukan buat bekalan akhirat...

Bukan juga saya suka2 nak menyusahkan ibu bapa saya...tapi macam yg pembaca sudah sedia maklum...keperitan hidup di sini memaksa saya membawa mereka pulang serta memikirkan pelajaran mereka yg telah ketinggalan berbanding budak2 seusia...

Memang betul..sekembalinya ke Malaysia..Abe di masukkan ke kelas peralihan kerana tak boleh membaca sedang budak2 lain seusianya dh sgt lancar membaca...Adawiyah juga menurut guru kelasnya ‚lambat‘...maka oleh sbb itu saya dan abahnya tak putus2 mengajar mereka membaca..bimbang ketiadaan kami nanti..opah dan tok wan tak mampu menolong...

Hari2 dipenuhi dgn kelas tubi...kesian juga tengok anak2 terpaksa korbankan masa main mereka...walhal bukan salah mereka juga...(salah saya...dtg ke sini...)
Memikirkan saya tidak akan lama di Msia..macam2 saya fikirkan ttg masa depan anak2 saya...saya tak mahu mereka terus ketinggalan...
Saya juga tak mahu menyusahkan ibu bapa saya utk mengajar anak2 saya...serta menjaga makan minum mereka...maka saya nekad mengambil pembantu rumah. Sebelum saya dtg ke German dulu, mmg saya memiliki pembantu rumah...dia sgt rapat dgn anak2 saya...jika tak kerana saya ke German..mungkin dia masih lagi bersama saya...tapi malas nak bercakap soal ‚mungkin‘ ni...

Saya hubungi dia semula di Indonesia bertanyakan jika dia mahu berkerja semula dgn saya..tapi rezeki tiada..dia dh berkahwin dan suaminya tak mengizinkan dia dtg ke Msia...tak mengapalah...saya cuba cari lagi org2 tempatan...tapi tahu sajalah...manalah org tempatan nak kerja jadi pembantu rumah...mungkin tak glamour kot...ataupun penat kot kalau jadi pembantu rumah...maklumla tiada punch card...sedangkan kalau kena majikannya...mmg lebih mudah dr kerja2 lain....dan lebih seronok dr kerja2 lain...

Cari punya cari...akhirnya saya dapat satu orang Indonesia juga…berurusan dgn imigresen dan segala bagai..akhirnya hari ini baru pembantu rumah itu tiba ke rumah ibu saya...Alhamdulillah...semoga dia dapat mengurangkan beban ibu saya...mungkin kerana mendengarkan berita itula memberikan saya kekuatan utk menulis entry kali ini...

Cuma ibu kata maid tu tiba dgn memakai baju kecik, seluar jean dan tak bertudung...saya tersenyum...satu lagi peluang dakwah berada di depan mata...akan kami gunakan peluang ini utk sama2 mentarbiah umat Islam yg lain...InsyaAllah...

Sunday, November 29, 2009

Jalan2 dan Aidiladha di Holland



Plan ni mengejut sebenarnya...tak terfikirpun nak gi jalan2 dalam tempoh terdekat...dah la dgn sibuk nak siapkan report internship...dh tu nak bersiap utk balik Msia pulak...tetiba jer..suami tanya...“bolehh tak nak gi jalan2 ke Holland sblm balik M‘sia?“..alahai...part ni yg lemah ni....souvenir utk ibu bapa..adik beradik dan kengkawan pun belum beli apa2 lagi...macam mana nak gi jenjalan..tanya saya balik!...tapi betul juga kata suami saya...kami akan bawa 2 anak kami balik Msia for good...ini saja peluang utk mereka travel sekali lagi setelah lebih 4 bulan (selama saya berpraktikal) kami tak ke mana2...lagipula kali ni kami travel bersama Abg Azam dan Kak Liza...jadi, nak perkenalkan Abg Azam n kak liza cara2 nak travel tanpa kereta hahahaha....

Akhirnya walaupun plan ni mengejut..tapi Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar...dan juga sgt ekonomi..(kenala fikir cara nak jimat kos sbb plan mengejut lagipun dh nak balik Msia ni...ngeeee) kami beli lander ticket utk Hessen dan juga NRW..bermula dr Idstein-Frankfurt-Köln-Düsseldorf-Venlo(Holland)-Den Haag HS. Bertolak dr rumah pukul 7.20pagi dan sampai ke rumah sahabat, Yusman dan Ida dalam pukul 9.00mlm...kesian kat tuan rumah...lapar kerana menunggu kami utk makan malam bersama....

Malam tu punyala berselera makan..Ida dan Yusman hidangkan budu!...dah berapa lama kami tak pekena budu....Abg Azam dan Kak Liza pun punyala berselera makan..budupun mereka makan!...Sambil makan sambil berbual...sebenarnya kami dan pasangan Ida dan Yusman hanya bertemu di Luxembourg..masa tu kami gi jalan2 ke sana..begitu juga mereka yg menyambut anniversary perkahwinan yg ke...erk..tak ingat la hihiih...jadi di situ kami bertukar2 no telefon...tapi Allah tu maha kuasa...walau hanya pertemuan yg sekejap tu...kami boleh sampai ke Holland! Dan di layan macam dah kenal lama...

Selepas makan malam...sempatla berbuat tentang plan utk keesokan harinya...mulanya plan naak ke Brussel...sbb dh tak jauh dr Den Haag...tapi sbb masa yg terlalu suntuk...jadi kami batalkan plan ke Brussel...dan kekal dgn plan utk ke Amsterdam...Yusman ni dh lama berkerja di Holland...so byk benda dia tahu pasal negara ni...ralit pulak dgn dia beri penerangan....tapi saya ni tak ambik port sgt mana2 nak pegi tu...asal sampai sudah! Tangkap gambar sikit sebanyak sudah....lagipun jalan2 dgn anak2 ni mana boleh nak lama2 kat satu2 tempat...melainkan tempat tu tempat permainan....

Akhirnya kami sampai juga ke Amsterdam...tak sampai 1j dr Den Haag la...pusing2 mana yg boleh...tangkap gambar yg mana nampak cantik...dh tu perut pun mula lapar la...huh..kedai kebab kat sini mmg cekik darah! Kalau kat bandar2 lain dalam 5-7€ utk satu2 hidangan yg kami biasa makan..tapi kat Amsterdam ni kena 11€! Dah tu air ppun kalau kat Frankfurt 1€ sebotol...kat sini kena 2€...bukan tak bawa bekal makan...mmg la kami bawa..tapi tahu jer la..bawa anak2 ni....cepat habis bekalan tu....takper la..at least dapat merasa kebab Amsterdam.

(Antara icon di Amsterdam...Madaame Tusaud....Tempat patung lilin...)

Lepas jamak Zohor-Asar di masjid di Amsterdam (punyalah payah nak cari masjid tu pun)..anak2 dah tak larat nk berjalan dh...mak anak pun dh tak larat juga hihihi.....lagipun cuaca tak berapa nak baik...hujan renyai2...tapi sempatla juga beli sourvenir yg tak berapa mahal....

Kami balik bila dh agak gelap...naik train..tapi tersilap tengok stesen...akhirnya kami sampai ke Rotterdam instead of Den Haag Centraal! Tapi bagus gak sesat gini...boleh snap2 gambar sikit kat Rotterdam hehehe...lepas tu ambik balik train yg betul...so sampai rumah Yusman agak lewat la...sekali lagi kesian kat Yusman dan Ida terpaksa tunggu kami utk makan malam...minta maaf yer tuan rumah....

Oleh kerana keesokannya dah nak raya haji..dan ada sambutan di embassy...malam tu Ida masak nasi impit dan kek carrot...saya tak sempat nak nolong sbb mmg tgh sakit kepala sgt2...dh 2 hari berturut2 jalan jauh...tapi anak2 rilek jer...takder pulak keletihan...bangun tido pun awal jer...derang ni sebenarnya semanngat nak main game kat rumah tu...tv si tuan punya rumah ni punya la besar gedabak! Dah tu macam2 mainan ada…Mana anak2 tak syok main...gi jalan2 pun takmo…dok asyik sebut nak balik jer sepanjang gi Amsterdam tu...

Sambutan hari raya Eidul Adha di Holland ni mmg la tak semeriah sambutan hari raya Eidul Fitri kat Frankfurt haritu...tapi tetap meriah...staff2 yg masak sumer juadah...tak sempat beramah mesra dgn ramai staff...sibuk nak makan lagiii...hihihi..




(Antara juadah yg di hidangkan...buah mata kucing pon ada kat Holland....)

Majlis pun tak lama..lepas sembhyng, khutbah...makan..dan semasa makan ni suami sempat berkenalan dengan lecturer dari UM yang buat research dekat Holland, bila dok sembang2 tu jadi la jejak kasih yang mana lecturer ni, dr. Fauzi Hamat rupanya satu kampung dengan ayah suami...apa lagi panjang la cerita yang dibualkan....






(Saya bersama dgn orang lama di Jerman K.yah berbelas2 tahun....manakala suami pulak bersama dr. wan suhaimi, dr. Fauzi Hamat (lecturer UM) dan lecturer UTP baju belang2 ..x ingat nama lak....)

Lepas tu terus bersurai...dalam tghari dh habis...sempat la juga gi jalan2 sekitar Den Haag pulak....sempat pegi ke ICJ..mahkamah di mana berlangsungnya perbicaraan merebut Pulau Batu Putih...dan juga ke Madurodam...tp takleh gi jalan byk juga sbb hari hujan...lagipun ni jer hari yg ada utk beramah mesra dgn tuan rumah kan? Asyik keluar jer...









(Bergambar didepan ICJ......)

So hari tu kami stay kat rumah jer..berbual2 dgn tuan rumah dan juga beberapa lagi Msian yg berkerja di Holland ni...rancak berbual...lagipun keesokannya dah nak balik German...rilek2 la sikit...hihihi...

Kami bertolak pulang seawal pukul 9.30pg...naik tram ke Den Haag Centraal-Venlo-Düsseldorf-Bonn-Limburg-Idstein-Wallrabenstein. Wahhh jauh berjalan...punyala penat...sampai rumah dah pukul 11.40malam...

Secara rumusannya...Holland ni mmg lain sangat2 dgn German...ramai org Indonesia kat sini...yer la sbb mereka jajah Indonesia dulu...macam kita juga ramai di UK....jadi mereka tak pandang kita yg bertudung ni macam org2 German pandang org2 Turki...dan satu lagi yg amat memudahkan adalah mereka mmg boleh berbahasa English...dan tak pandang kita lain bila kita tak boleh berbahasa guna bahasa mereka...

Menurut Yusman, terdapat masjid2 kepunyaan komnuniti Indonesia yang mana mereka membeli church untuk dijadikan Masjid. Tidak seperti Jerman, di Holland ni juga kebanyakkan mereka menggunakan basikal dan motosikal yang mana basikal ni di buat dengan pelbagai bentuk ada yang tempat duduk tiga dan ada yang kat depannya macam beca untuk membawa anak2 mereka.






Satu perkara lagi yang saya perhatikan ialah rumah di Holland tidak seperti rumah kami di Idstein Jerman, tak tahu lah mgkin perbezaan antara Den haag iaitu sebuah bandar besar manakala Idstein adalah kawasan perkampungan iaitu ketika kami tinggal di Den Haag selama tu jugak la hujan sentiasa turun tetapi saya tengok tuan rumah tak la sibuk perlu buka tingkap untuk peredaran uadara tak seperti di Jerman yang mana kami hari2 terpaksa membuka semua tingkap 5-10 minit bagi peredaran udara...kalau tak buat camtu kulat2 akan tumbuh merata2 tempat dan siap tuan rumah kami ni bagi penyukat suhu kelembapan dalam rumah supaya suhu lembap dalam rumah sentiasa di bawah 60 darjah...aduhhh macam2 kat Jerman ni....









(Bersama tuan rumah ida....terima kasih daun keladi....)

Apapun terima kasih banyak2 pada Ida dan Yusman atas layanan selama 4 hari kami di sana...inilah pertama kali kami pegi travel anak2 sebut takmo balik nak duduk rumah Aunty Ida and Uncle Yusman...(alaaa saya tahu sbbnya...ada byk game...mmg la tak mo balik!)...Harap2 nanti Ida dan Yusman jangan la segan2 nak dtg berkunjung ke sini pulak....cumanya rumah kami ni byk la kekurangan sbb hidup pun ala kadar jer hahahaha....

Oklah itu jer coretan utk entry kali ni....

Friday, November 20, 2009

Last day at Diasys...


20hb November 2009 tibalah hari terakhir saya di Diasys Holzheim, sebuah syarikat reagen bahan kimia. Mulanya saya mmg tak sabar nak tunggu habis internship ni...mahunya tak...hari2 dok mengadap komputer dgn membaca perkara2 yg memboringkan (walaupun boring ia tetap memberikan ilmu yg sgt2 berguna kepada saya kerana pengalaman mengendalikan regulatory affairs ni mmg sgt mencabar)...sekarang ni saya berani bet..sapa2 yg berani nak tanya saya pasal peraturan2 di setiap negara pengedar produk2 sykt tmpat saya berkerja ni hihihihi...belagakla pulak ngeeee...takderla...mmg bila kita buat keje tu hari2..mmg sumer tu dalam kepala kita....

Nak tahu tak...di Thailand...label untuk medical devices dan ubat2 an di kehendaki dalam bahasa Thai...jika ada sebarang bahasa selain Thai di label ubat/medical devices tersebut...fontnya mestilah lebih kecil dr font bahasa Thai tersebut! Begitu juga peraturan2 labeling di negara2 terutamanya EU member states..sumernya mengkehendaki label di tulis dalam bahasa mereka...tapi bagaimana dgn negara kita? Ha cuba teka!...hmmm biasala negara kita....label mestila dalam bahasa Eng! (ni untuk medical devices la…) utk ubat saya tak pasti sbb tak sumer Negara aktanya bersekali antara ubat dan medical devices…tapi saya pernah beli ubat batuk utk kegunaan hospital tempat saya berkerja yg mana labelnya tak ada sedikitpun bahasa Melayu…yg ada adalah bahasa Eng dan juga Cina! (salah saya juga sbb tak check dulu label ubat…yer la..takkanla nak check setiap label ubat…saya bukannya beli ubat batuk jer…berpuluh2 jenis ubat saya beli…habis kalau nak gi check label satu2…haiii..tak terbuat la…apapun saya take note la sykt pembekal tu hihihi…so that lain kali tak beli dr sykt yg sama….

Apapun byk lagi perkara2 menarik berkenaan keje saya selama 4 bulan ni..tapi biarlah saya luahkan sumernya dalam report internship saya nanti hihihi…

Pada hari Isnin minggu terakhir saya di Diasys…saya dapat rakan semeja…selama ni saya sorang jer konker meja tu...haritu dh kena share dgn dia….namanya Robert….bertugas sebagai salah seorang engineer di situ…Alhamdulillah…siRobert ni boleh speaking Eng…jadi sepanjang minggu terakhir tu saya ada rakan berbuallah….seronok pulak dok bersembang dgn dia…byk ideanya nak bersembang dgn saya…mungkin dia nak practice English dia kot!

Hari ni…last day..saya sibuk dok mengemas mejala…apa yg patut saya ambil bawa balik…saya simpan…apa yg patut saya tinggal..saya letakkan atas meja…then saya ke bhgn raw material…dh janji nak kutip kotak kat situ…byk juga kotak saya ambil bawa balik…walaupun saya balik Msia kalini tak bawa brg2…tapi saya nak berkemas apa yg patut…lagipun kat mana lagi saya nak dapatkan kotak kalau bukan kat kilang yer tak?..Suzie pun sudi nak hantarkan saya balik ke rumah terus….sbb tu la saya ambil kotak byk2…

Sesudah tu…saya kembali ke meja…buat apa yg patut…tetiba dating Stefanie dan Dominik…bersama kamera…katanya nak ambil gambar bersama…huhuhu..terharu pulak rasanya….(saya pun bawa gak kamera..nak ambil gambar buat kali terakhir la hajatnya…)..sudah ambil gambar…dating pula makcik2 cleaner…sumer pakat2 salam dgn saya…huhuhu..cedey la pulak…siap berpelukan lagi…hai bergenang juga air mata….

Minit2 terakhir saya di Diasys…dating Holger..memberikan saya beberapa buah tangan…yg pastinya akan saya bawa balik Malaysia…kemudian saya ke bilik Stefanie dan Dominik…bersalaman dan berpelukan dgn Stefanie…dan walaupun tak rela…terpaksa jugala bersalaman dgn Dominik….dah dia hulurkan tgn…(itupun Nampak gayanya macam nak berpeluk juga…tapi nasib baikla saya boleh elak…)

Gambar yg disnap tadi siap di printkan atas kertas A4..di belakangnya tertulis kata2 semangat utk saya…huhuhu….

Apapun…terima kasih atas segala2nya…walaupun byk pengalaman pahit di German ni…tapi ia tetap manis di Diasys….all of u guys will always be remembered!

Wednesday, November 18, 2009

Teringgin nak makan kebab......


Pada Jumaat minggu lepas kami sekeluarga dan pasangan K. Liza dan abg azam ke Wiesbaden. Banyak kali jugak la kami mengajak k.liza dan abg azam untuk ke Wiesbaden tetapi memandangkan stok bahan2 makanan yang dibawa dari Msia masih ada lagi kata mereka. Yela baru dalam 2-3 bulan baru sampai kat sini mana nak habis stok lagi...ye dak....

Oleh kerana kami akan balik tak lama lagi, maka kali ini mereka pun ikut sekali la sebab nak tahu cara2 nak ke Wiesbaden dan nak tahu kat mana letaknya kedai2 Asia jika stok makanan yg dibawa dah habis.....

Sebelum ini mereka kata mereka dah ke Wiesbaden tetapi dengan menaiki train tapi dengan kawan2 sekelas mereka tapi bukan dari Jerman laa... so tak banyak yg mereka tahu di Wiesbaden.

So kali ni kami kiranya jadi macam pemandu pelancong la plak....hehehe.

Bermula di Idstein kami menaiki ‘bus‘ 271 ke Wiesbaden kira2 dalam 40 minit. So bila sampai di Wiesbaden, tempat pertama yg kami tuju ialah kedai kebab ini kerana abg Azam teringin sangat nak makan kebab. Sebelum ini semasa ke jamuan Aidilfitri di Frankfurt abg azam memang dah teringin nak pekena kebab tapi rugi la pulak rasanya sebab pergi ke konsulat tu tu pun nak pekena maknan gak...hehehe.





So bila masuk kedai kebab tu masing2 terus melihat apa menu yg menarik.... abg azam ada gak tanya kenapa pilih kedai kebab kat sini....so jawab saya kedai kebab memang banyak... tetapi yg takde jual kebab bersekali dengan arak tu tak banyak sebab tu saya pilih kedai ini. Supaya kita makan pun tak ragu2. Ada banyak kedai kebab kat Jerman ni tetapi masalahnya mereka jual arak sekali tu yang tak syok tu.....






Kami juga di jamu dengan manisan... amat2 manis entah apantah namanya...begitu juga dengan teh Turki, agak2 kami la...sebab nak tanya pun mereka x leh berbahasa english...begitu jugak kami x leh berbahasa jerman....2x5 je la....

Makan kebab kat Jerman ni memang puashati....sebab keebab mereka ni besar...diorang satu pinggan tu sorang....kami satu pinggan kongsi sebab banyak sangat....huhhuuhuhu....kata abg azam memang puashati....memang kenyang wpun berkongsi....

Setelah habis makan, kami semua ke kedai Asia utk membeli barang2 keperluan dan kebetulan kedai asia tu berdekatan dengan ‘Suleymen Camey‘ iaitu Masjid Turki di Wiesbaden ni maka kami pun terus solat Maghrib kerana sekarang cepat malam dan waktu maghrib pon cepat....






(Bergambar kenangan dalam masjid Turki...)

So selepas solat, kami pun sempat la snap2 gambar dalam masjid Turki ni.... lepas tu pergi membeli brg kat kedai asia dan daging2 kat kedai halal Turki sebab isteri nak buat jamuan perpisahan kerana internship dah nak habis minggu ni.....

Schusss...

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg