Friday, November 20, 2009

Last day at Diasys...


20hb November 2009 tibalah hari terakhir saya di Diasys Holzheim, sebuah syarikat reagen bahan kimia. Mulanya saya mmg tak sabar nak tunggu habis internship ni...mahunya tak...hari2 dok mengadap komputer dgn membaca perkara2 yg memboringkan (walaupun boring ia tetap memberikan ilmu yg sgt2 berguna kepada saya kerana pengalaman mengendalikan regulatory affairs ni mmg sgt mencabar)...sekarang ni saya berani bet..sapa2 yg berani nak tanya saya pasal peraturan2 di setiap negara pengedar produk2 sykt tmpat saya berkerja ni hihihihi...belagakla pulak ngeeee...takderla...mmg bila kita buat keje tu hari2..mmg sumer tu dalam kepala kita....

Nak tahu tak...di Thailand...label untuk medical devices dan ubat2 an di kehendaki dalam bahasa Thai...jika ada sebarang bahasa selain Thai di label ubat/medical devices tersebut...fontnya mestilah lebih kecil dr font bahasa Thai tersebut! Begitu juga peraturan2 labeling di negara2 terutamanya EU member states..sumernya mengkehendaki label di tulis dalam bahasa mereka...tapi bagaimana dgn negara kita? Ha cuba teka!...hmmm biasala negara kita....label mestila dalam bahasa Eng! (ni untuk medical devices la…) utk ubat saya tak pasti sbb tak sumer Negara aktanya bersekali antara ubat dan medical devices…tapi saya pernah beli ubat batuk utk kegunaan hospital tempat saya berkerja yg mana labelnya tak ada sedikitpun bahasa Melayu…yg ada adalah bahasa Eng dan juga Cina! (salah saya juga sbb tak check dulu label ubat…yer la..takkanla nak check setiap label ubat…saya bukannya beli ubat batuk jer…berpuluh2 jenis ubat saya beli…habis kalau nak gi check label satu2…haiii..tak terbuat la…apapun saya take note la sykt pembekal tu hihihi…so that lain kali tak beli dr sykt yg sama….

Apapun byk lagi perkara2 menarik berkenaan keje saya selama 4 bulan ni..tapi biarlah saya luahkan sumernya dalam report internship saya nanti hihihi…

Pada hari Isnin minggu terakhir saya di Diasys…saya dapat rakan semeja…selama ni saya sorang jer konker meja tu...haritu dh kena share dgn dia….namanya Robert….bertugas sebagai salah seorang engineer di situ…Alhamdulillah…siRobert ni boleh speaking Eng…jadi sepanjang minggu terakhir tu saya ada rakan berbuallah….seronok pulak dok bersembang dgn dia…byk ideanya nak bersembang dgn saya…mungkin dia nak practice English dia kot!

Hari ni…last day..saya sibuk dok mengemas mejala…apa yg patut saya ambil bawa balik…saya simpan…apa yg patut saya tinggal..saya letakkan atas meja…then saya ke bhgn raw material…dh janji nak kutip kotak kat situ…byk juga kotak saya ambil bawa balik…walaupun saya balik Msia kalini tak bawa brg2…tapi saya nak berkemas apa yg patut…lagipun kat mana lagi saya nak dapatkan kotak kalau bukan kat kilang yer tak?..Suzie pun sudi nak hantarkan saya balik ke rumah terus….sbb tu la saya ambil kotak byk2…

Sesudah tu…saya kembali ke meja…buat apa yg patut…tetiba dating Stefanie dan Dominik…bersama kamera…katanya nak ambil gambar bersama…huhuhu..terharu pulak rasanya….(saya pun bawa gak kamera..nak ambil gambar buat kali terakhir la hajatnya…)..sudah ambil gambar…dating pula makcik2 cleaner…sumer pakat2 salam dgn saya…huhuhu..cedey la pulak…siap berpelukan lagi…hai bergenang juga air mata….

Minit2 terakhir saya di Diasys…dating Holger..memberikan saya beberapa buah tangan…yg pastinya akan saya bawa balik Malaysia…kemudian saya ke bilik Stefanie dan Dominik…bersalaman dan berpelukan dgn Stefanie…dan walaupun tak rela…terpaksa jugala bersalaman dgn Dominik….dah dia hulurkan tgn…(itupun Nampak gayanya macam nak berpeluk juga…tapi nasib baikla saya boleh elak…)

Gambar yg disnap tadi siap di printkan atas kertas A4..di belakangnya tertulis kata2 semangat utk saya…huhuhu….

Apapun…terima kasih atas segala2nya…walaupun byk pengalaman pahit di German ni…tapi ia tetap manis di Diasys….all of u guys will always be remembered!

1 comment:

Unknown said...

haa kan aku dah kata, walau sepahit mana pun pengalaman, bila dikenang2 balik akan ada manisnya...tambahan pulak ia muungkin once in a lifetime, ye la kalau ada rezeki lain kali mgkin boleh p lagi. lagi pulak pengalaman di tempat asing yg serbaserbinya asing, boleh la dicompare dgn budaya dan negara kita mana yg ok, mana yg x ok.

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg