Monday, April 6, 2009

Outdoor during 'Frϋhlings'

Alhamdulillah.....kami di German ini baru mengalami musim 'Frϋhlings' atau musim bunga...Tapi bunga-bunga nampaknya tak muncul-muncul lagi la... mungkin disebabkan cuaca di German ni agak sejuk berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain....

Sehari dua ni cuaca Alhamdulillah.... cerah-secerahnya sebab tu la sekarang ni walaupun pukul 7.00 malam tapi macam kul 5.00 petang dan minggu yang lepas juga waktu di seluruh negara 4 musim ni dipercepat satu jam... so sekarang ni perbezaan masa dengan tanahair Malaysia adalah 6 jam.

Oleh kerana 'Frϋhlings'  ...cuaca tidak terlalu sejuk...sekarang sekitar 18-20 darjah lebih...kiranya ala-ala Cameron highland la....so kami sekeluarga mengambil peluang untuk membuat aktiviti 'outdoor'. Inilah kali pertama kami melakukan aktiviti 'outdoor' sejak datang ke German ni kira-kira hampir 7 bulan.


Aktiviti 'outdoor' yang kami sekeluarga lakukan iaitu bermain 'roller blade'.... kira-kira seminggu berlatih kat dalam rumah. Nampaknya anak-anak kami yang lebih 'teror' berbanding dengan parent diaorang ni.... naik je atas jalan..... "ehhhh...ehhhh gedebuk....jatuh....". Oleh kerana teruja sangat untuk melakukan aktiviti 'outdoor' ni kami dah tak kira dah...jatuh pun jatuh lahhhh.

Anak-anak bukan main eksyen lagi.... siap ajar lagi... "buat macam ni abah.....buat macam ni bu...." ehh...ehhh....mentang-mentang la deh teror....nak ajar itik berenang pulak....rasa malu la  pulak bila asyik jatuh je.... nasib baik la masa lakukan aktiviti tu orang tak ramai....(memang cari tempat yang kurang orang.....malu ooooo...asyik jatuh jeee)...



Ada sekali 'accident' yang agak serius jugak la berlaku pada isteri tercinta, najwa.... entah macamana ntah masa tu najwa bersama-sama dengan anak perempuan kami Adawiyah... tiba-tiba najwa tak dapat nak control 'roller blade' tu ...lalu apa lagi terjatuh la.... sampaikan kepala terhantuk kat jalan tar.....aduh....teruk jugak la bengkaknya. Begitu juga la dengan pergelangan tangan kerana menahan daripada jatuh.... 

Setelah kami melakukan riadah/aktiviti 'outdoor' lebih kurang sejam dan bengkak di kepala isteri pun makin semakin membesar lalu kami membuat keputusan untuk balik kerumah....sampai kat rumah alrijal pun terus cari minyak gamat urut kepala dan pergelangan tangan... lalu bertanya kepada isteri .."Esok nak main lagi ker???"... Isteri terus menjawab "Itu sudah tentu....". 

Itu lah satu sifat yang ada pada isteri tercinta yang alrijal kenal sejak 8 tahun yang lalu...iaitu sifat yang tak pernah putus asa walaupun dalam keadaan mencabar..... Insyaalah kami akan lakukan lagi aktiviti ini tanpa henti selagi tak dapat mengalahkan anak-anak kami...."Tunggulah...kehebatan abah dan ibu anak-anakku semua......"

2 comments:

zulidastory.blogspot.com said...

Wah..bestnyer u all main roller blade...keep it up..lama2 pandai la tu nanti..

fauziharis said...

wah....sudah terer k.na ye sekarang ye....kami kat cni main kat round 1...abg n fauzan pegang dinding je...takut jatuh...imah nk tergelak jg tgk abg,tapi fauzan dia berani jg nk jalan..

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg