Monday, March 30, 2009

Selamat Memilih pemimpin Warga kampungku.....

Tidak sampai seminggu lagi kawasan parlimen yang najwa tunaikan kewajipannya pada PRU12 baru-baru ini akan diadakan pengundian sekali lagi atas kematian wakil rakyat yang lalu Allahyarham Roslan Shahrom.

Nampaknya kali ini najwa tidak berkesempatan untuk membuang undi kerana menyambung pengajian di negara German. Moga Allah memaafkan najwa kerana tidak dapat mengundi untuk memilih 'kepimpinan Islam' yang dituntut oleh syarak. 

Seperti yang najwa selalu dengar dari ustaz-ustaz dan juga semasa menuntut dahulu... seseorang yang ingin menjadi pemimpin ialah seorang yang bertaqwa kepada Allah. Taqwa bermakna "tinggal benda-benda yang di haramkan oleh Allah, buat benda-benda yang dihalalkan/disuruh oleh Allah"....

Tidak melakukan dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil. Mampu untuk memberi nasihat yang berguna untuk bertaqwa kepada Allah. 

Memimpin masyarakat bukan hanya di masjid tetapi dalam segala bidang pentadbiran, ekonomi, sosial, muamalat dan sebagainya kearah Islam yang syumul dan lengkap. Pernah juga najwa terdengar kata-kata "Islam....way of life".....

Pemimpin ini juga akan disoal tentang tanggungjawabnya terhadap rakyat samada memberi keadilan atau sebaliknya. Sebab itu menjadi pemimpin bukannya senang.... tengok sahaja suami tersayang iaitu ketua keluarga.... tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak-anak agar mempunyai aqidah yang utuh kepada Allah, mengajar fardhu ain dan keagamaan serta perlu memberi nasihat dan adab-adab untuk anak-anak kami.

Itu baru dalam sebuah keluarga..... kalau ketua peringkat kampung, negeri.... bahkan peringkat negara.... betapa besar tanggungjawab seseorang ketua itu kepada Allah taala.

Apa-apapun harapan najwa kepada warga kampung dan parlimen Bukit gantang... marilah kita pilih pemimpin yang digariskan oleh Islam. Mudah-mudahan ianya dapat memberi manfaat bukan setakat dunia tetapi akhirat yang abadi.....

Sekian....German  

No comments:

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg