Tuesday, October 13, 2009

Nilai positif pemimpin barat....

Tidak semua nilai yang ada pada orang barat itu negatif dan tidak semua nilai pada orang timur itu positif. Kisah pemimpin ini patut dijadikan contoh tauladan walaupun mereka bukan orang Islam. Kalau orang islam tetapi tidak beramal dengan nilai2 Islam pun tak guna jugakkan?...

Semua orang mengenali Arnold Schwarzenegger,hero filem2 aksi sebelum menjadi gabenor California. Akhbar AP melaporkan bahawa si gabenor ni telah memarahi isterinya kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan.


AP menyatakan menerima 2 keping foto daripada TMZ.com yang menunjukkan bukti bahawa 2 kali isteri gabenor itu melakukan kesalahan yang sama.

Lalu si gebenor ini telah menulis dalam Twitter kepada TMZ.Com dan menyatakan ucapan terima kasihnya di atas tindakan akhbar itu melaporkan kesalahan tersebut dan akan menyiasat perkara tersebut. Seperti di petik dibawah....

On his Twitter feed, Schwarzenegger wrote to TMZ.com founder Harvey Levin: "Thanks for bringing her violations to my attention. There's going to be swift action."

Apa yang hendak di nyatakan disebalik kejadian ini ialah, ketelusan yang dipamerkan oleh seorang pemimpin bukan Islam berterima kasih kepada mereka yang memberitahu akan jenayah yang berlaku walaupun kesalaahaan itu terjadi kepada keluarganya sendiri. Ini memberi keyakinan kepada rakyat akan sistem yang dilaksanakan di negara mereka.

Ini tidak sesetengah daripada kita walaupun mempunyai bukti yang kukuh tetapi tiada tindakan yang diambil.

No comments:

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg