Thursday, June 18, 2009

Akhirnya.........Wii tiba juga...

Ketika kepala ni dok pikir apa yang nak di masukkan dalam blog tiba2 bunyi loceng dari bawah, pada mulanya tak angkat la 'telefon loceng' tu sebab dok pikir anak2 selalu dok tekan. Bila dok bunyi banyak kali timbul perasaan geram kat anak2 dalam hati....

"geram betul la budak2 ni bising dok tekan loceng kat bawah...." Bila angkat, ada suara lelaki "Guten Tag, ...." bla2..bla2 mamat tu dok cakap dalam Deutchs...mula tu pening nak paham...tapi bila dengar mamat tu sebut 'paket'...Tiba2 je mulut ni memanggil ...

"Bu....Wii kot dah sampai...." Masing2 pakat berlari turun ke bawah. Bila sampai dekat dengan mamat tu dia minta 'sign' untuk pengesahan.

Alrijal kata kat isteri..."Alhamdulillah akhirnya WII tiba jugak..." isteri pun tersenyum je la....

Rega dalam 229.90€........OK kot...

Kami bukannya apa sebab ni lah pertama kali sebulan lebih barang yang dibeli dengan Ebay lambat sampai....biasanya dalam 2-3 hari selepas pembayaran dibuat...atau pun selambat2nya seminggu. Ni kami dah reply 2-3 kali emel kat 'company' tu takut2 company tu dapat duit dan lesap....hehehehe nampaknya tanggapan kami salah...kerana sebenarnya WII ni telah dihantar balik kat company tu....Anak2 tengah tunjuk aksi bermain boling....

Kami pun hairan sebab selama ni alamat yang kami guna untuk membeli netbook, camera dan beberapa barang lain melalui ebay sampai ok je...Mula2 tu dok pikir haiiii dah takde rezeki kot....

Amanah

Nampaknya kami mengakui bahawa sifat yang sepatutnya ada pada seorang muslim terlekat kepada orang2 kapir niii....rasanya di negara tercinta Malaysia pun kita masih lagi tak mampu membeli melalui alam maya ni seperti ebay atau amazon...sebab masalah amanah. Selepas kita bank-in kat akaun company entah sampai atau terus lenyap je barang kita. Itulah perkara yang perlu diubah oleh masyarakat kita amanah dan jujur perlu diperkasakan.

Sebelum kami ke Jerman ni ada juga la melabur sedikit sebanyak kebetulan ada sahabat ingin menjalankan perniagaan. So dia perlukan modal untuk buka cawangan perniagaan berasaskan kesihatan yang kosnya agak banyak juga la...oleh kerana rapat juga dengan kawan ni dan dia berjanji bahawa lepas 2 tahun modal akan dikembalikan dan tahun2 seterusnya kami akan mendapatkan bonus. Tetapi sehingga sekarang sesudah hampir 5 tahun modal pun tak di bagi2 lagi....

So begitulah keadaannya kita muslim di Malaysia yang mempunyai asas agama pun ada yang tidak amanah tapi bukan semua la....

Ok berbalik kepada WII tadi...anak2 bukan main la....melompat2 sampai tak nak tidur lak sebab asyik nak main WII jer....so kami kira ugut la kalau nak main esok kena tido dulu...barulah semua pun masuk tido....so masa mak bapa diaorang la pulak mempraktis macamana nak main WII Sport....aduhhh sedap la pulak main Wii ni sebab ada pergerakkan juga..so keluar la jugak peluh tu....ok itu je untuk kali ni....

Wassalam....tchusss.

Sunday, June 14, 2009

Manisnya Ukhuwwah......Kerana Allah.


Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.... Perhimpunan Ukhuwwah Ikatan Persaudaraan Melayu German (IPMJ) telah selamat diadakan. Selaku tuan rumah kami merasakan perhimpunan ini telah berjaya walaupun ada beberapa slot yang dirancang tidak dapat di buat kerana kesuntukkan masa. Yang penting ikatan persaudaraan dapat dieratkan.

Terima kasih juga kepada naqib usrah, ust Rafizi Salleh yang datang jauh dari Leipzig (utara) kira-kira 6-7 jam untuk sampai ke rumah kami. Begitu juga sahabat dari Hamburg (selatan) sdr Mohd Sharfi kira2 5-6 jam, Wan fazrul dari Rosenheim (barat) kira2 7-8 jam, syamsul amri (tak ingat dari mana), Tok Penghulu IPMJ Saiful dan amiril dari Bingen (3jam) serta satu keluarga dari Humborg(timur) sdr Arif Fathullah kira2 4-5 jam. Kira-kiranya kami ni kat tengah2 la......

Program ni sebenarnya mengambil masa yang begitu singkat sahaja. Bermula berkumpul di rumah kami pada jam 1.00 petang 13 Jun sehingga jam 9.00 pagi 14 Jun. Bermula dengan makan dan solat secara berjemaah selepas itu sesi 'ta'ruf dmulakan.

Apa yang menyeronokkan ialah pada masa makan, kami juga menjemput 'member sekelas dari German dan Kenya' kat atas.... tanpa segan silu mereka tidak menolak pelawaan kami untuk makan bersama-sama dengan menggunakan 'talam'. Pada mulanya kelihatan 'berkerut' juga la dahi mereka kerana pelik melihat nasi yang dihidangkan.

Si German berkata "Nak kena makan dalam benda ni ker....?" sambil menunjukkan jari ke talam.

alrijal pun berkata " ya kita makan dalam bekas hari ni.... ok ker atau nak guna pinggan lain?"

Si German dan si Kenya tu mengangguk je tanda setuju. Semasa makan tu memang kekok la nampak diorang makan. Si German tu lepas suap nasi ambik tisu lap...lepas tu makan lagi dan lap lagi...kotor tangan katanya....

Si German tu bertanya adakah di Malaysia orang2nya makan dengan menggunakan 'benda' ni...ceritanya lagi bahawa di German kalau makan dengan tangan nampak tak sopan. Sahabat2 yang ada menjawab bahawa kami makan dalam talam ni untuk nak lebih eratkan lagi ikatan kami. Walaupun sepatutnya kita lebih kepada 'ikut sunnah Nabi' tapi kalau bagitahu macam tu bukannya paham puak2 kapir ni....just bagitahu guna logik je la...nampaknya mereka setuju dengan jawapan kami..

Setelah habis ta'ruf, program seterusnya tadarus Al-Quran dan pengisian tafsir 'tadarus' oleh Naqib usrah. Alhamdulillah pada sebelah petang semasa 'program pengisian' diluar rumah, Allah mengizinkan dengan memberi cuaca yang baik sekali sehingga dapat menghabiskan slot 'Selamat Tinggal Dunia' tersebut sehingga jam 10.00 malam. Walaupun hampir memasuki musim 'summer', sekarang boleh dikatakan hanya satu atau dua hari sahaja yang tidak hujan dan selebihnya hujan renyai dan kadang kala lebat.

Setelah sampai di rumah berehat sekejap dan terus menunaikan solat Maghrib berjemaah dan menjamu selera selepas itu sambil masing-masing berbincang sesama sendiri untuk menunggu waktu Isyak kira2 hampir jam 12.00 malam. Pada mulanya dirancang program 'Qiamullai' tetapi masing2 tak mampu untuk bangkit jam 2.00 pagi kerana waktu subuh jam 3.00 pagi. Cuma hanya mampu bangkit jam 3.30 pagi untuk solat subuh berjemaah. Ini kerana masing2 kepenatan sesebabkan musafir yang agak jauh. Seterusnya ustaz menyampaikan tazkirah subuh bagi menutup program 'Perjumpaan Ukhuwwah' ini.

Walaupun keterbatasan waktu iaitu hanya separuh hari dan malamnya separuh malam sahaja, bagi kami ia satu kejayaan yang besar kerana mampu diadakan memandangkan sahabat2 semua berada nun jauh serata German. Yang penting dapat mengikat ukhuwah Islamiyyah walaupun baru bersua namun masing2 cukup erat dengan gelak tawa.....usik mengusik dan sebagainya juga satu fikrah untuk sama-sama berada dalam persekitaran Islam untuk mencari redhaNya.

Moga2 Allah mempermudahkan untuk merancang program2 sebegini di masa akan datang. Sahabat2 jumpa lagi lain masa.....Wassalam.

Lain-lain gambar....





Inilah pokok gandum...






"Siapa yang kena tembak dulu Fazrul??"










Berbincang cabaran muslim di German










Ketika 'syok' mendengar pengisian... terkejut dgn kehadiran 'belon gas'... apa lagi masing2 tak lepas peluang ambik gambar.







Teringin jugak nak naik belon ni...

Friday, June 5, 2009

Abe dan Kakak bermalam di Kindergarten...


Hari ini kami menghantar abe dan kakak ke sekolah pada sebelah petang kerana ada satu event yang pihak sekolah anjurkan bagi pelajar2 kindergarten ke 'primary school'pada musim summer ni. Event tersebut bermula jam 6.30 petang dan mereka dikehendaki bermalam disekolah dan pada keesokan harinya ibubapa diminta hadir untuk 'frushtuck' atau bersarapan bersama anak masing-masing.


Abe dan kakak sudah tentulah melompat-lompat bila dapat tahu mereka kena tidur kat sekolah
bersama kawan-kawan mereka kerana setelah 7 bulan lebih mereka di ASB-KITA-Kindergarten Wallrabenstein, masing-masing sudah menjadi makin akrab. Kakak semakin fasih berbahasa Jerman begitu juga dengan abe. Ini kerana jika mereka tidak faham bahasa Jerman mereka sukar untuk memasuki 'primary school'.

Pada mulanya setelah mendapat tahu berkaitan event ini, kami rasa tidak sedap hati kerana pada sebelah malamnya mereka akan membuat BBQ. Setelah berbincang suami isteri maka kami pun membernarkan juga abe dan kakak untuk mengikuti event tersebut kerana mereka sudah beriya benar untuk bermalam bersama kawan-kawan mereka.

Kami telah menyediakan "Sleeping bag" serta pakaian tidur dan yang terpenting ialah makanan kepada abe dan kakak iaitu ayam yang dicucuk seperti sate untuk mereka semasa aktiviti BBQ dan juga 'waffer' untuk dimakan bersama. Itulah perkara yang membimbangkan kami selaku ibu dan bapa agar anak-anak tidak memakan benda2 yang diharamkan oleh Allah.


Seperti dalam Al-Quran menyebut:

Surah Al-An'aam> Ayat 121
Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa) dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik.

Setelah kami sampai disekolah, lalu berjumpa dengan ketua guru di kindergarten tersebut maka isteri memperjelaskan berkaitan makanan halal yang perlu di makan oleh muslim. Alhamdulillah guru tersebut faham dan ini melegakan hati kami. Begitu juga untuk membakar 'sate' tersebut kami meminta satu tungku asing supaya tidak bercampur dengan daging haram terutama 'schwein/babi'.


'schwein/babi' ni memang menjadi makanan popular orang-orang kafir di Jerman ni. Pernah sekali saya diberitahu oleh orang jerman yang mengatakan:

"Daging babi memang sedap lebih-lebih lagi yang dara sebab bila digoreng kurang darah...." Terus tekak merasa loya dan perutpun macam nak muntah terdengar dengan perkataan tersebut dan bila gambarkan muka dan tubuh badan babi yang hodoh itu.

Alhamdulillah sehingga kini kami masih lagi particular berkaitan makanan-makanan yang kami makan. Begitu juga apa yang masuk ke dalam mulut anak-anak kami. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan kepada kami untuk terus bertahan dengan prinsip ini.

Setelah balik kerumah, anak yang bongsu Muttaqin asyik bertanyakan abe dan kakak je...

"Abe dan kakak kena tidur kat sekolah.... lama ke ibu?" tanya aqin. Ibunya menjawab "satu malam je aqin...sabar la pagi esok kita ambik abe dan kakak...."jelas si ibu kepada anak bongsunya. Setelah berkali-kali asyik dok tanya pasal abe dan kakak akhirnya anak bongsu kami pun tertidur.

Rasa di hati kesian pula... ye la selamani tak pernah berpisah walau satu hari pun. So bila takde satu malam je asyik dok tanya2 je... kalau ada abe dan kakak asyik dok bergaduh je....kejap2 gaduh..nangis berbaik lepas tu bergaduh lagi....hai begitu lah adik beradik sama macam kita kecik2 dulu jugak.

Wallahua'lam.

Saturday, May 30, 2009

Ceramah UZAR di Frankfurt....

Alhamdulillah (sabtu) kami sekeluarga telah berkesempatan menghadiri Kursus Kesempurnaan Solat oleh penceramah yang tak asing lagi Ustaz Hj. Zaharuddin Abdul Rahman atau UZAR. UZAR sebelum ini telah ke Wolfsburg, Saarbrukeen, Albstact juga Geneva (Swiss) dan Besanco (France) sebelum yang terakhir ini di Frankfurt. Kebetulan Wan Fazrul Adlan, sahabat dari Bayern datang menziarahi kami. So kami sama2 ke Konsulat untuk menghadiri kursus tersebut. Bayern mengambil masa kira2 6 jam untuk sampai ke Frankfurt dengan train laju atau ICE.

Kursus Kesempurnaan Solat dan muhasabah diri ini banyak memberi ilmu-ilmu tambahan dan dapat memperbaiki kesilapan2 yang dilakukan seawal mengambil wudhuk sehingga habis solat serta dapat mengetahui bagaimana untuk mendapatkan pahala yang paling banyak di setiap rukun dalam solat. Ye la kita belajar solat sewaktu sekolah rendah jee lepas tu masing2 anggap dah pandai dah padahal banyak terdapat kesalahan2 kecil yang membuatkan pahala tertolak.

"Kita di Malaysia belajar solat di masjid2 tu pun sebulan sekali. Mula2 tu ustaz yang datang mengajar tu syarah intro pasal kitab solat tersebut lebih kurang setengah jam lepas tu solat Isyak. Bulan depan kita datang, ustaz tu tak datang....bulan depan satu lagi kita tak datang ustaz tak datang...tambah lagi elok....bulan depan lagi ustaz datang dan kita pun datng...tapi ustaz dah lupa dah kat mana last yang dia ajar 5 bulan lepas... senang2 ustaz tu kata kita mula kat intro tu balik...."ujar UZAR disambut ketawa oleh hadirin...

Walaupun sepatutnya 'slide' kursus tersebut untuk sehari lebih tetapi UZAR terpaksa menyampaikannya secara preview dan menghighlightkan perkara2 yg dapat memberi markah/pahala yang tertinggi sahaja memandangkan kesuntukkan masa.

Dalam kursus tersebut UZAR juga menyentuh secara asas berkaitan keewangan Islam dan 'Riba' dan relatednya dengan kesempurnaan solat.


"Sebab itulah doa2 kita kurang mustajab kerana hasil keewangan kita masih terlibat dengan 'riba' seperti simpanan, pinjaman dan macam-macam lagi..."ujar UZAR.

Bagi kami sekeluarga memang berpuashati kerana mendapat mengenalpasti kesalahan2 dan dapat untuk mempertingkatkan solat kearah yang lebih sempurna.

Antara tujuan lain ialah dapat berkenal-kenalan dan mengeratkan ukhuwah dengan student2 yang tinggal jauh dari Frankfurt.

Kami sebenarnya ada menjemput UZAR untuk bermalam kat rumah kami di Idstein kerana kami pikir bahawa tinggal kat hotel amat susah terutama bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang ramai. Ruang yang sempit, susah untuk mendapatkan makanan yang sesuai. Pada mulanya UZAR dah bersetuju untuk datang kerumah pada sebelah petang setelah ronda2 Frankfurt. Walaubagaimanapun beliau perlu ke hotel untuk selesaikan bayaran hotel tersebut.

Setibanya kami kat rumah, kami mendapat sms daripada UZAR mengatakan beliau meminta maaf kerana tak dapat datang/ziarah kerana masih lagi keletihan dan juga Idstein jauh untuk ke Bremen berbanding Frankfurt. Ini kerana UZAR akan menaiki flight di Bremen Airport dan menghantar kereta yang disewanya juga di Bremen.

So alrijal reply sms kepada UZAR dengan mengatakan Insyaalah lain kali jika ada rezeki UZAR dapat ziarah ke rumah kami....walaupun ada nada kecewa kerana tidak dapat menerima tetamu yang mempunyai ilmu agama yang tinggi ke rumah....



Najwa bergambar kenangan
dengan Ustazah Noraslina
Istari UZAR







Depan pintu masuk Konsulat Malaysia








Najwa bersama geng usrah dari Bingen








Fazrul (bertopi) dan Radin(depan akin, baju berbelang) atas Tram








Wednesday, May 27, 2009

BBQ sempena (beenden)tamat Exam....


Gestern (kelmarin) 26 May... student-student kelas isteri telah buat kata sepakat untuk membuat BBQ bagi menyambut sempena habisnya exam.... Pada mulanya mereka rancang untuk buat pada hari Rabu tetapi ramai yang tak dapat hadir kalau buat pada hari tersebut terutamanya Prof dr Helen (Course Coordinator) dan Witrud (staff Uni).

So selepas habis exam dalam 12pm tiba-tiba isteri (najwa) telefon...

"Abang geng2 kelas dah berpakat nak buat BBQ kul 4 petang ni...."  

Alamak macamana ni...masa tu alrijal tengah ambik anak2 kat kindergarten...

"Habis tu macamana? Ayam tak beli lagi ni...." alrijal jelaskan pada isteri.

"Na kat Kuchun Markt dah ni nak beli ayam..." kata isteri.. 

"Sempat ke nak perap ayam tu?" ujar alrijal.

"Kita buat takat yang dan je lah.." balas isteri. "ok lah kalau camtu..."

Perancangannya pada keesokan hari nak buat BBQ tu nak bakar sate la... nak bagi depa try makan sate....
  
Setelah sampai kat rumah dari kindergarten, isteri dah tercegat kat depan pintu balik dari Kuchun Mart. Kami pun tanpa berlengah-lengah lagi terus potong ayam dan sediakan apa yang patut potong bawang, hiris halia dan macam-macam lagi lah.....

"Entahlah sedap ke tak sate kita ni.... perap pun sekejap je..."alrijal berkata kat isteri....

"Takpelah bang nak buat macamana....diaorang nak buat jugak pada petang ni...."

Setelah perap dekat sejam je kami pun terus cucuk ayam tu dengan lidi.. dapat la lebih kurang 50 batang.

"Cukup ke ni?" tanya alrijal.... "Cukup lah kita sekeluarga je...campur dengan ayam rendang ni lagi.... yang lain tu diaorang beli sendiri.."kata isteri...

"Yelah... demo tu bukan makan yang halal pun...yang penting keluarga kita..." balas alrijal sambil tersengeh....

Antara menu lain yang dibuat oleh isteri ialah ayam rendang.....

Diaorang dah set time untuk berkumpul kat umah Wiltrud kul 4pm... setelah semua barang dah disediakan dengan membawa sudu dan gelas sendiri beserta pingan (takut oooo pingan depa bekas babi...) dan makanan pun dah dimasukkan dalam bekas kira2 jam 3.45pm...isteri call kawan kat flat atas.... rupa2nya 2 orang bujang kat atas...telefon tak menjawab rupa2nya tengah tido lagi....isteri dah berbunyi dah....

"Budak Jan (baca Yan) dengan Nicholas ni kata nak kumpul kat sana kul 4pm....tak bangun-bangun lagi...." So apa lagi....kami suruh anak2 pegi kacau 2 budak bujang ni....

So selepas mereka dah bersiap dan turun ke flat kami...."Sorry la Hariana.... nak release kejap kan kita baru lepas exam...." ujar Jan.

"Ye la ....tadi kata tak nak tido takut terbabas pulak...." balas isteri.... Jan dan nicholas hanya tersengih je mendengar kata-kata isteri....mungkin mereka tahu mereka salah kot....

Setelah kami semua sampai kat umah Witrud... sudah ramai rakan sekelas isteri berkumpul kira-kira dalam 7-8 orang... dan tuan rumah menyambut kami....dan alrijal bertemu dengan Paul dan Jacob yang dua2 Melawian sambil2 bertanya khabar dalam bahasa Jerman...

"Wie gehts dir?(apa khabar)...."ujar alrijal pada paul. "Gut.." balas Paul..."und du" giliran Paul pulak bertanya pada alrijal "sehr gut...." masing2 tersengih... saja2 nak bermesra dengan gunakan bahasa jerman.... Jacob pulak menyampuk..."Alles klar....(tak ingat eje camner....maksud everything is ok?)" jawab alrijal...."ja...Alles klar..." Masing2 pun berlalu.....

Alhamdulillah juga wiltrud menyediakan 2 tempat untuk membakar....satu utk daging haram dan satu untuk daging halal katanya.....

Sebelum ni kami membeli tempat membakar segera BBQ (gambar atas) bersekali dengan arang....so kami bawa untuk membakar sate kami. 

Setelah masak sate dan ayam bakar kami....kami menjemput mereka semua untuk mencuba sate.... dan ramai memuji makanan M'sia sedap2....sampaikan prof dr Helen berkata 

"Macamana ni saya dah addicted dah ni dengan sate dan ayam bakar M'sia ni...." disambut ketawa oleh orang lain....

Prof dr Helen dengan rakusnya memakan BBQ resepi M'sia

So kami semua memang seronok sangan dengan majlis BBQ tersebut. Tetapi ye la masalahnya depa ni tak dapat lari la dengan 'arak' depa.... tapi ok jugak wiltrud sediakan dua meja....satu meja tak de arak...satu meja ada arak....

Oleh kerana ini lah hari terakhir mereka bersama kerana selepas ini mereka akan ke tempat praktikal masing2 kami pun turut sama meraikannya juga lah....kalau tidak jangan harap kami nak pergi....












Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg