Monday, July 20, 2009

Apakah akibat tiada had laju di lebuhraya....260 kenderaan berlanggar di Jerman

Lebuhraya di Jerman ni tak ada had lajunya.... pecut habis meter pun takpe takde "speed trap". Sebab itu mereka ni boleh mengaplikasikan teknologi berkaitan dengan automotif kereta dan mengeluarkan ciptaan-ciptaan baru dengan berkesan sebab mereka boleh terus mencubanya....Wallahua'lam...

***************************************************


SEBUAH kereta rosak teruk selepas terlibat dalam perlanggaran melibatkan 260 kenderaan dekat bandar Braunschweig kelmarin.


BERLIN - Sebanyak 10 orang bertarung nyawa di hospital selepas 260 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya di utara Jerman, kata polis semalam.

Sebanyak 66 mangsa cedera dalam kemalangan jalan raya itu yang berlaku dekat Braunschweig kelmarin.

Menurut polis, ia merupakan kemalangan yang paling buruk dalam sejarah di negara itu.


ANGGOTA-ANGGOTA polis dan perkhidmatan kecemasan membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dekat bandar Braunschweig kelmarin.


Lebih 300 buah ambulans, beberapa buah jentera bomba dan sejumlah kereta polis dihantar ke tempat kejadian.

Kejadian itu berpunca daripada sinaran matahari yang menyilaukan dan jalan raya basah akibat hujan lebat. - AFP

Saturday, July 18, 2009

Jangan undang Bala Allah....(update news)

Alhamdulillah la..perkara ini memang tak ada... pihak Polis dah menafikan adanya "restoran berahi" ini... pihak Polis juga menyatakan wartawan dari akhbar Harian Metro itu hanya mereka-rekakan cerita. Manusia yang tak tahu akan dosa pahala dan tidak menjunjung Islam sebagai perlembagaan senang-senang membuat fitnah perkara yang bukan2. Susah nak percaya.......

**********************************************


Pendedahan sebuah akhbar Harian Metro berkaitan "Restoran Berahi" di ibukota negara begitu mengujutkan kita. Persoalan=persoalan yang timbul.... Apakah pihak berkuasa tidak memantau restoran tersebut yang dikatakan hanya memakai seluar dalam dan memakai baju dalam sahaja. Akhbar itu juga mendedahkan bahawa kebanyakan pelayan dipercayai warga China itu boleh disentuh atau diusik asalkan menyelitkan tip ketika mereka datang ke meja pelanggan dan Lebih mengejutkan, makanan turut dihidangkan di atas tubuh pelayan terbabit yang berbaring beramai-ramai di atas meja sebelum pelanggan memilih juadah digemari.

Klik sini untuk artikel penuh.

Diharap dengan adanya pendedahan ini pihak berkuasa dan pihak Jabatan Islam mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba menggundang bala Allah ini. Akhbar ini juga mendedahkan terdapat ramai VIP datang ke restoran tersebut.

Thursday, July 16, 2009

2 Pengumuman yang kontras....

Berita dari BERNAMA:

Tambang Pengangkutan Awam Seluruh Negara Naik 1 Ogos

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Tambang untuk pengangkutan awam bagi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa di seluruh negara dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos.

Kenaikan tambang bagi semua jenis bas dan teksi ialah antara dua sen dan RM10.

Bagi bas sekolah pula, kadarnya naik antara dua sen dan maksimum RM31.70.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengumumkan perkara itu di sini Khamis berkata, Kabinet telah bersetuju dengan kenaikan kadar tambang baru itu dalam mesyuaratnya pada 17 Jun lalu.

Menurutnya tambang bas ekspres naik dua sen setiap km kepada 8.5 sen daripada 6.5 sen setiap km sebelum ini.

Sebagai tambahan, tambang bas ekspres bagi kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 12 tahun dinaikkan daripada 50 peratus kepada 75 peratus berbanding kadar tambang yang ditetapkan.
----------------
Berita dari BERITAHARIAN (minggu lepas)

Rebat 20 peratus tol babit semua lebuh raya
Oleh Khairunnisa Kamarudin
khairunnisa@bharian.com.my

Dengan syarat guna Touch n' Go atau Smart Tag

KUALA LUMPUR: Pemberian rebat 20 peratus kepada kira-kira 85,000 pengguna lebuh raya kelas satu atau kereta yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan menggunakan Touch n'Go dan Smart Tag, merangkumi semua laluan lebuh raya di seluruh Semenanjung.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh, berkata pemberian rebat itu tidak terhad kepada satu laluan lebuh raya saja, sebaliknya semua jaringan lebuh raya yang ada di seluruh Semenanjung layak menikmatinya.

******************************
Kadang-kadang kita rasa pening jugak dengan pendekatan kerajaan yang terrsayang, ini kerana dalam masa sekejap sahaja beberapa pengumuman yang agak berbeza untuk rakyat diumumkan.

Bagi pengguna tol yang diberi rebat itu rasanya hanya tak sampai 50% yang menggunakan tol di seluruh negara, cuma dibandar2 besar sahaja. Rebat itu juga untuk pengguna kad Touch n Go dan Smart Tag yang mana langsung tidak melibatkan orang2 kampung yang susah2. Kebanyakkan mereka yang menggunakan kad ini juga adalah mereka yang hendak mengejar masa bagi business mereka.

Manakala bagi kenaikan harga tambang, inilah yang digunakan oleh orang ramai tak kira di bandar atau orang miskin dikampung, menggunakan kenderaan awam untuk kemana-mana terutamanya dari pantai timur yang banyak menggunakan bas ekspress.

Rasanya kerajaan yang disayangi perlu melihat semula pengumuman tersebut agar memberi kebajikan kepada rakyat yang susah bukan untuk mereka yang dah kaya raya.

Wallahua'lam

Tuesday, July 14, 2009

Yang mana satu anda pilih berdasarkan kekuatan dan kelemahan diri....

Orang kata sekarang dh nak masuk musim 'summer' entah ye ..entah tidak...tapi dalam musim bunga lagi la kot...nak kata musim panas tak jugak...dalam seminggu hanya sehari je yang nampak matahari..kadanag-kadang tak nampak sebab hujan... itu lah manusia...Apa yang Allah buat suka je mengomel...

Waktu pulak sekarang siangnya panjang berbanding malam...5 pagi dah cerah...10 malam tak gelap lagi...bagi yang nak qadha puasa tu nampaknya rugi la tak ambik peluang semasa siangnya pendek ketika dalam winter dulu...tu la kalau suka bertangguh...

eh..eh melalut pulak...sebenarnya sekadar berkongsi pengalaman untuk menunaikan waktu solat...

ok sekarang waktu maghrib kira2 jam 9.32 malam, isyak jam 11.46 malam dan subuh pula jam 3.05 pagi. Kalau anda la dalam situasi ini bagaimana gaknya yee....? Nak tidur lepas isyak takut zaaasss lenyap waktu subuh. Tidur lepas maghrib takut lenyap kedua-duanya....hai risau gak tu....ada satu cara lagi utk yg betul2 mengantuk dan teramat letih iaitu solat Jamak Soury...tetapi menurut ulama ianya jangan dilakukan sentiasa. ***Kalau nak tahu lebih lanjut tanya la ustaz yeee....:-D***

Bagi saya yang pantang jumpa bantal ni....heheh saya tidur lepas subuh...barulah selamat....tapi kalau penat ke pada hari tu... tidur la sekejap dan pastikan isteri ker...member ker...atau kunci jam 2-3 biji untuk bangun. Bergantung kepada kekuatan dan kelemahan diri masing2 yang kita dapat mengenalinya. Ke ada yang tak kenal diri sendiri? ish tak mungkin...tak mungkin.... anda mesti tahu kekuatan dan kelemahan diri anda...

ok tchuss...sambil2 tunggu subuh...

Sunday, July 12, 2009

Tahniah kepada PM…meningkatkan prestasi negara untuk lebih baik

PM telah mengumumkan Petunjuk Prestasi Utama Nasional (KPI), yang bertujuan meningkatkan prestasi perkhidmatan awam iaitu:

1. mencegah jenayah,

2. memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan,

3. meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah,

4. memperkasakan prasarana luar bandar dan pedalaman, serta

5. menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

Sumber:utusanonline

-----------------------------------------------------

Alhamdulillah, kita sebagai rakyat mengucapkan tahniah kepada PM sempena 100 hari pemerintahannya telah berusaha untuk meningkatkan prestasi Negara kearah yang lebih baik.

Cuma 2 perkara besar yang di umum oleh PM kita diharap akan berusaha untuk melihat solution daripada alQuran dan hadis Nabi SAW. Ini kerana jenayah dan rasuah ini melibatkan feel perangai manusia.

Allah taala yang mencipta manusia sudah tentu solution terbaik adalah daripada Allah juga sepertimana manusia yang mencipta kenderaan sudah pasti manusia tahu akan solution jika berlaku apa-apa masalah terhadap kereta tersebut.

Manusia terdiri daripada fizikal dan roh atau rohani. Selama ini jenayah hanya dilihat berdasarkan kepada hukuman sahaja yang tidak mampu untuk member keinsafan kepada manusia. Tiap-tiap tahun pasukan beruniform seperti polis menambah anggota untuk menjaga keamanan tetapi jenayah dalam Negara makin bertambah juga. Sudah tentu solution tersebut tidak bertepatan sehingga tidak mampu untuk membendung jenayah.

Cuba kita lihat sejarah Rasulullah SAW, selama 13 tahun Rasulullah mentarbiyyah manusia untuk bertaqwa kepada Allah dalam diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara. Bila mana Rasulullah menanamkan konsep taqwa kepada Allah yakni buat yang Allah suruh tinggal yang Allah larang….. secara automatic taqwa menjadi pendiding/penghalang kepada manusia untuk membuat sesuatu yang dilarang. Bila dalam diri manusia sudah ada pendinding maka kadar jenayah akan menurun sehinggakan tidak ada kes jenayah akan berlaku.

Sepertimana sejarah masyhur dizaman Rasulullah iaitu ada sepasang lelaki dan perempuan melakukan maksiat iaitu berzina, lalu setelah mereka sedar (peranan taqwa….) akan kesalahan mereka itu mereka mengadu kepada Rasulullah SAW untuk dijatuhkan hukuman hudud. Sehingga Nabi tidak melayan rayuan pemuda tersebut sehingga lah beberapa kali pemuda itu berjumpa Rasulullah untuk menghukumnya. Lalu Rasulullah mengatakan bahawa selepas perempuan yang dizina itu bersalin baru kamu kembali berjumpa denganku.

Ini menunjukkan kesan taqwa yang diterap oleh Rasulullah tanpa paksaan daripada sesiapa hatta pihak polis sekali pun.

Begitu juga berkaitan rasuah perlu kepada solution daripada Allah. Teringat akan sebuah negeri di pantai timur yang membuka ruang kepada badan pencegah rasuah selama 25 jam jika negeri pimpinannya itu berlaku rasuah dan mereka akan memberi kerjasama kepada BPR untuk menyiasat. Ini kerana keyakinan pimpinan tersebut kepada tarbiyyah taqwa kepada staffnya yang di ajar sejak 18 tahun yang lalu. Kalau mengikut akan balasan yang ditentukan oleh alquran, penerima dan pemberi rasuah sama-sama akan masuk ke neraka. Begitulah beratnya balasan kepada mereka, semoga kita dihindari dari penyakit rasuah.

So dengan perasaan yang berharap agar PM kita akan menerapkan konsep taqwa kepada staffnya dan dapat meningkatkan KPI yang di umumkan. Seperti laporan Bernama:

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) tahun ini kekal di paras 5.1, sama seperti tahun lepas, kata Presiden Transparency International Malaysia Tan Sri Ramon Navaratnam.

Beliau berkata kedudukan Malaysia sejak 2001 berlegar sekitar 4.9 dan 5.1.

"Ini menunjukkan bahawa arah aliran CPI bagi Malaysia terus sederhana dan tidak mencatat sebarang kemajuan sejak lapan tahun lepas," katanya ketika mengumumkan kedudukan itu, Selasa.

CPI 2008 mengukur kedudukan 180 negara dengan menggunakan skala 0 (amat tinggi kes rasuah) hingga 10 ( amat bersih).

Navaratnam berkata, bagaimanapun daripada segi ranking negara, Malaysia menunjukkan penurunan secara beransur-ansur iaitu dari tangga ke-36 dalam kalangan 91 negara yang diukur pada 2001, kepada tangga ke-43, daripada 179 negara tahun lepas dan di tangga ke-47 daripada 180 negara pada tahun ini.

"Ini menunjukkan ada beberapa negara mencatat penambahbaikan yang jauh lebih besar daripada Malaysia," katanya.

Navaratnam berkata Malaysia perlu meneruskan usaha membanteras rasuah bagi meningkatkan persepsi positif terhadap negara ini.

"Walaupun Malaysia boleh dipuji kerana mengambil pelbagai daya usaha, seperti menubuhkan Pemudah -- kerjasama sektor awam dan swasta bagi menambahbaik sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan -- namun persepsi darjah amalan rasuah terhadapnya boleh dianggap tidak berubah.

"Ini mungkin berpunca daripada beberapa kes berprofil tinggi, yang mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap integriti institusi kerajaan," katanya.

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg