Sunday, July 12, 2009

Tahniah kepada PM…meningkatkan prestasi negara untuk lebih baik

PM telah mengumumkan Petunjuk Prestasi Utama Nasional (KPI), yang bertujuan meningkatkan prestasi perkhidmatan awam iaitu:

1. mencegah jenayah,

2. memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan,

3. meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah,

4. memperkasakan prasarana luar bandar dan pedalaman, serta

5. menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

Sumber:utusanonline

-----------------------------------------------------

Alhamdulillah, kita sebagai rakyat mengucapkan tahniah kepada PM sempena 100 hari pemerintahannya telah berusaha untuk meningkatkan prestasi Negara kearah yang lebih baik.

Cuma 2 perkara besar yang di umum oleh PM kita diharap akan berusaha untuk melihat solution daripada alQuran dan hadis Nabi SAW. Ini kerana jenayah dan rasuah ini melibatkan feel perangai manusia.

Allah taala yang mencipta manusia sudah tentu solution terbaik adalah daripada Allah juga sepertimana manusia yang mencipta kenderaan sudah pasti manusia tahu akan solution jika berlaku apa-apa masalah terhadap kereta tersebut.

Manusia terdiri daripada fizikal dan roh atau rohani. Selama ini jenayah hanya dilihat berdasarkan kepada hukuman sahaja yang tidak mampu untuk member keinsafan kepada manusia. Tiap-tiap tahun pasukan beruniform seperti polis menambah anggota untuk menjaga keamanan tetapi jenayah dalam Negara makin bertambah juga. Sudah tentu solution tersebut tidak bertepatan sehingga tidak mampu untuk membendung jenayah.

Cuba kita lihat sejarah Rasulullah SAW, selama 13 tahun Rasulullah mentarbiyyah manusia untuk bertaqwa kepada Allah dalam diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara. Bila mana Rasulullah menanamkan konsep taqwa kepada Allah yakni buat yang Allah suruh tinggal yang Allah larang….. secara automatic taqwa menjadi pendiding/penghalang kepada manusia untuk membuat sesuatu yang dilarang. Bila dalam diri manusia sudah ada pendinding maka kadar jenayah akan menurun sehinggakan tidak ada kes jenayah akan berlaku.

Sepertimana sejarah masyhur dizaman Rasulullah iaitu ada sepasang lelaki dan perempuan melakukan maksiat iaitu berzina, lalu setelah mereka sedar (peranan taqwa….) akan kesalahan mereka itu mereka mengadu kepada Rasulullah SAW untuk dijatuhkan hukuman hudud. Sehingga Nabi tidak melayan rayuan pemuda tersebut sehingga lah beberapa kali pemuda itu berjumpa Rasulullah untuk menghukumnya. Lalu Rasulullah mengatakan bahawa selepas perempuan yang dizina itu bersalin baru kamu kembali berjumpa denganku.

Ini menunjukkan kesan taqwa yang diterap oleh Rasulullah tanpa paksaan daripada sesiapa hatta pihak polis sekali pun.

Begitu juga berkaitan rasuah perlu kepada solution daripada Allah. Teringat akan sebuah negeri di pantai timur yang membuka ruang kepada badan pencegah rasuah selama 25 jam jika negeri pimpinannya itu berlaku rasuah dan mereka akan memberi kerjasama kepada BPR untuk menyiasat. Ini kerana keyakinan pimpinan tersebut kepada tarbiyyah taqwa kepada staffnya yang di ajar sejak 18 tahun yang lalu. Kalau mengikut akan balasan yang ditentukan oleh alquran, penerima dan pemberi rasuah sama-sama akan masuk ke neraka. Begitulah beratnya balasan kepada mereka, semoga kita dihindari dari penyakit rasuah.

So dengan perasaan yang berharap agar PM kita akan menerapkan konsep taqwa kepada staffnya dan dapat meningkatkan KPI yang di umumkan. Seperti laporan Bernama:

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) tahun ini kekal di paras 5.1, sama seperti tahun lepas, kata Presiden Transparency International Malaysia Tan Sri Ramon Navaratnam.

Beliau berkata kedudukan Malaysia sejak 2001 berlegar sekitar 4.9 dan 5.1.

"Ini menunjukkan bahawa arah aliran CPI bagi Malaysia terus sederhana dan tidak mencatat sebarang kemajuan sejak lapan tahun lepas," katanya ketika mengumumkan kedudukan itu, Selasa.

CPI 2008 mengukur kedudukan 180 negara dengan menggunakan skala 0 (amat tinggi kes rasuah) hingga 10 ( amat bersih).

Navaratnam berkata, bagaimanapun daripada segi ranking negara, Malaysia menunjukkan penurunan secara beransur-ansur iaitu dari tangga ke-36 dalam kalangan 91 negara yang diukur pada 2001, kepada tangga ke-43, daripada 179 negara tahun lepas dan di tangga ke-47 daripada 180 negara pada tahun ini.

"Ini menunjukkan ada beberapa negara mencatat penambahbaikan yang jauh lebih besar daripada Malaysia," katanya.

Navaratnam berkata Malaysia perlu meneruskan usaha membanteras rasuah bagi meningkatkan persepsi positif terhadap negara ini.

"Walaupun Malaysia boleh dipuji kerana mengambil pelbagai daya usaha, seperti menubuhkan Pemudah -- kerjasama sektor awam dan swasta bagi menambahbaik sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan -- namun persepsi darjah amalan rasuah terhadapnya boleh dianggap tidak berubah.

"Ini mungkin berpunca daripada beberapa kes berprofil tinggi, yang mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap integriti institusi kerajaan," katanya.

No comments:

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg

Video Klip Ziarah Ukhuwah di Hamburg

Loading...