Thursday, July 16, 2009

2 Pengumuman yang kontras....

Berita dari BERNAMA:

Tambang Pengangkutan Awam Seluruh Negara Naik 1 Ogos

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Tambang untuk pengangkutan awam bagi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa di seluruh negara dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos.

Kenaikan tambang bagi semua jenis bas dan teksi ialah antara dua sen dan RM10.

Bagi bas sekolah pula, kadarnya naik antara dua sen dan maksimum RM31.70.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengumumkan perkara itu di sini Khamis berkata, Kabinet telah bersetuju dengan kenaikan kadar tambang baru itu dalam mesyuaratnya pada 17 Jun lalu.

Menurutnya tambang bas ekspres naik dua sen setiap km kepada 8.5 sen daripada 6.5 sen setiap km sebelum ini.

Sebagai tambahan, tambang bas ekspres bagi kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 12 tahun dinaikkan daripada 50 peratus kepada 75 peratus berbanding kadar tambang yang ditetapkan.
----------------
Berita dari BERITAHARIAN (minggu lepas)

Rebat 20 peratus tol babit semua lebuh raya
Oleh Khairunnisa Kamarudin
khairunnisa@bharian.com.my

Dengan syarat guna Touch n' Go atau Smart Tag

KUALA LUMPUR: Pemberian rebat 20 peratus kepada kira-kira 85,000 pengguna lebuh raya kelas satu atau kereta yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan menggunakan Touch n'Go dan Smart Tag, merangkumi semua laluan lebuh raya di seluruh Semenanjung.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh, berkata pemberian rebat itu tidak terhad kepada satu laluan lebuh raya saja, sebaliknya semua jaringan lebuh raya yang ada di seluruh Semenanjung layak menikmatinya.

******************************
Kadang-kadang kita rasa pening jugak dengan pendekatan kerajaan yang terrsayang, ini kerana dalam masa sekejap sahaja beberapa pengumuman yang agak berbeza untuk rakyat diumumkan.

Bagi pengguna tol yang diberi rebat itu rasanya hanya tak sampai 50% yang menggunakan tol di seluruh negara, cuma dibandar2 besar sahaja. Rebat itu juga untuk pengguna kad Touch n Go dan Smart Tag yang mana langsung tidak melibatkan orang2 kampung yang susah2. Kebanyakkan mereka yang menggunakan kad ini juga adalah mereka yang hendak mengejar masa bagi business mereka.

Manakala bagi kenaikan harga tambang, inilah yang digunakan oleh orang ramai tak kira di bandar atau orang miskin dikampung, menggunakan kenderaan awam untuk kemana-mana terutamanya dari pantai timur yang banyak menggunakan bas ekspress.

Rasanya kerajaan yang disayangi perlu melihat semula pengumuman tersebut agar memberi kebajikan kepada rakyat yang susah bukan untuk mereka yang dah kaya raya.

Wallahua'lam

No comments:

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg