Monday, July 27, 2009

Saarbruecken(Saarland) Germany

Alhamdulillah…Segala pujian bagi Allah ketana nikmat yang tak terhingga dapat lagi merasai pengalaman menjelajah dan insyaallah dapat mengenali kebesaran tuan punya bumi (Allah) ini dengan lebih yakin lagi.

Kali ini kami sekeluarga bertamu ke sebelah barat negara Jerman iaitu rumah sahabat kami akhi Arief dan isterinya IU di Homburg, negeri Saarland. Kiranya inilah negeri ketiga yang kami jelajah dalam Jerman selepas Hamburg dan Hessen (tempat tinggal sekarang).

Alhamdulillah dengan adaanya ikatan ukhuwah yang dibina di Jerman ini dapat la juga kami kenal tempat-tempat selain tempat yang kami tinggal.

Ucapan jazakumullahu kepada akhi Arief sekeluarga kerana sudi menerima kami sebagai tetamu kira2 lama juga la 4hari 3 malam (campur hari sampai dan balik). Semoga Allah membalas budi kalian sekeluarga.

Setelah mengambil masa kira2 hampir 3 jam lebih kami bertolak dari Idstein BF ke Homburg(saar) HBF dengan menggunakan “lander ticket” yang mana tiket ni boleh digunakan satu hari bermula 9.00pagi sehingga jam 3.00pagi keesokan harinya. Inilah perjalanan yang agak lama dengan menggunakan train yang mana sebelum ini kami menggunakan “eurolines bus”.

Seperti yang diduga, dengan menggunakan ‘train’ anak-anak “tak duduk diam”, terpaksa la kami mencari seat di tempat ruang kecil yang hanya kami sekeluarga yang duduk. OK la kalau anak-anak bising sikit pun takde orang2 sekeliling dok jeling atau marah….kalau naik bas tu naik 5 minit terus jer tidur….ermmm takpelah kena sabar banyak2.

Setelah sampai di Homburg HBF, akhi Arief dah tercegat dok menunggu kami untuk dibawa ke rumahnya. Sampai2 je agak2 dah pukul 9.00 malam, makan malam pun dah dihidang, ermm apa lagi “rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari….”kami pun bismillah terus menikmati hidangan yang cukup lazat. Terima kasih tuan rumah….

Selepas makan dan tunaikan jamak, kami berbincang dengan tuan rumah untuk ke Luxembourg kerana menurut akhi Arief hanya mengambil masa 2 jam dari Homburg tetapi kena pergi ke Saarbucken (ibu negeri Saarland, dalam setengah jam dari Homburg).

Orang kata dah ada peluang melawat tempat orang, jangan lepaskan….so tanpa banyak soal kami bersetuju, so pagi2 lagi kami berolak ke Saarbucken dengan di temani akhi arief sekeluarga. Sampai di Saarbucken kebetulan ada “Flohmarkt” atau pasar tani lah kalau kat Malaysia yang menjual pelbagai barangan terpakai yang murah2. Isteri ada juga teringin nak beli pinggan mangkuk yang agak murah, tapi dia dok pikir2 susah utk nak bawa balik ke Idstein maka tak jadi beli la…ermm dalam hati “Alhamdulillah….kalau tak sapa lagi yang nak kena angkut barang2 tu….hehehe :P).

Menurut akhi Arief “Flohmarkt” tu tak sebesar di Homburg yang diadakan pada setiap awal bulan. Kami juga dibawa ronda2 oleh “pemandu pelancong” kami disekitar Bandar Saarbucken yang mana iainya hari Sabtu, so tak sesibuk hari kerja lah. Akhie arief ada juga menunjukkan tempat tinggal student Malaysia tetapi semuanya dah balik “for good” jadi dah takde orang lah sekarang dan kemasukan baru pun tak de ditempatkan di Bandar Saarbucken.

Kebetulan pulak, sekarang musim nak pilihanraya, so ada la diaorang buat kempen untuk parti mereka kalau tak silap parti PDF atau “Green Party” dengan memberikan kanak2 belon, apa lagi anak2 riang gumbira sakan laa…sampai tak terkawal la tambah2 disekeliling orang terlalu ramai.

Banyak juga la kami di bawa ke tempat2 menarik terutamanya tempat2 sejarah2 orang2 jerman ni la… So x leh nak bangga sangat la kan sebab sejarah diaorang, kalau berkaitan sejarah Islam tu lagi la bangga. Tapi yang sejarah Islam ni jauh2 la sikit seperti di Spain, Turki dan lain2 yang kena pergi dengan flight dan kena duduk sana lama sikit baru puashati. Tapi Insyallah kami akan cuba untuk sampai ke tempat2 peninggalan sejarah Islam.

Cerita di Luxembourg bersambung……

Wallahua’lam

Tuesday, July 21, 2009

Tunggu tetamu…..mesin basuh yang tiba…

Hari ini sebenarnya kalau ikutkan “planning” kami akan menerima tetamu kerana sahabat kami dari Bingen nak bawa familinya bertamu ke rumah kami, rumahnya agak kecik sikit berbanding rumah kami maklum la rumah bujang lawan rumah berkeluarga. Tapi takdir Allah tetamu yang ditunggu tak jadi datang disebabkan keletihan baru sampai semalam dan lusanya nak bertolak ke Brussel dengan train pulak dan sahabat kami kata familinya tu ramai dah berumur tak larat “enjin lama “ katanya….InsyaAllah jumpa bila balik Malaysia nanti.

Walaupun tetamu tak jadi datang, tengahari tu tiba-tiba ada orang tekan loceng… kakak berlari mendapatkan telefon loceng…“Abah ada orang datang…..”, terdengar suara adawiyah memberitahu, sempat menoleh kat isteri “ehhh takkan ohhh bawa family dia datang pulak….kata tak jadi datang….”

Bila angkat je telefon, terdengar suara orang bercakap jerman, macam biasa la mana la paham speaking jerman ni , tapi ayat last dia ada bunyi “washmachine”. OOO baru terlintas ada beli kat internet haritu mesin basuh….

“Ermmm nampaknya kita tunggu tetamu….mesin basuh yang tiba….Alhamdulillah…” Isteri pun tersenyum la….mungkin dalam hatinya berkata “Alhamdulillah…lepas ni takyah la nak guna tangan…..basuh baju”.

Setelah membuka pintu, lalu terus meluru kearah lori yang membawa mesin basuh tu, sambil-sambil menunggu driver lori membawa turun mesin basuh tu, kepala ni berpusing-pusing dok memikir macamana la nak bawa turun mesin basuh ni ke ruang membasuh kat bawah. Pada mulanya mamat driver ni nak letak je dekat muka pintu, lalu dengan menggunakan bahasa isyarat meminta mamat driver tu meletak sebelah ruang yang agak kosong tak menghalang laluan. Mamat tu dengan muka tak berapa nak suka mengalih mesin kearah yang diminta.

So lepas tu cepat2 dia bawa naik troly dia tu atas lori, lalu ketika saya nak beredar, dengan memberanikan diri meminta izin sekali lagi dengan mamat driver tu untuk nak guna troly dia tu untuk membawa mesin basuh turun ke tempat membasuh tetapi kali ni mamat driver tu dok berkata2 dalam bahasa jerman sambil menunjukkan jamnya, lalu buat2 paham je la yang dia tak nak bagi pinjam troly tu.

Sambil2 dok memikrkan penyelesaian untuk membawa turun mesin tu, takdir Allah ada sepasang suami isteri yang dah tua, yang anak2 kami dok komplen mereka kata yang suami isteri ni selalu marah kat mereka sebab bermain sambil buat bising dan selalu suruh mereka masuk ke dalam rumah. Pada mulanya terfikir jugak…” betul ke dia bercakap dengan aku ni….” Maklum la tak pernah bercakap pun dan ada perasan kurang senang la di atas sikap suka memarahi budak2. Lalu yang lelaki tu pun terus turun….”vater mal…..bla2…bla2….” Vater mal aje la yang saya faham…”tungggu sekejap….” Lalu dia terus ke setor untuk mengambil troly.

Dengan tercunggap2 juga la dia dating membawa troly, maklumla agak2nya dalam 70 tahun lebih kot umurnya… lalu terus ke mesin basuh tersebut dan membuka kotak mesin basuh tu tanpa menghirau tuan punya mesin basuh iaitu saya. Berkata dalam hati…”ehh..ehhh mesin basuh ni dia punya ke aku punya….” Lalu setelah menolongnya menganggkat mesin basuh tu ke atas troly, lalu dia menyuruh saya ketepi untuk dia nak tolak troly tu turun ke tempat ruang membasuh kain. Lalu rasa terpaku jugak la tak percaya yang orang tua tu dok buat semuanya sehingga menolak troly tu ke tempat ruang membasuh.

Sesudah sampai ke ruang membasuh dia meminta untuk menurunkan mesin tu dari troli, kemudian tanpa berlengah dia terus mengambil sambungan paip dan sambungan air untuk disambungkan ke mesin tu…. Masa tu jadi serba salah la pulak, orang muda dok tengok orang tua yang tercunggap-cungap dok sambung wayar kesana kesini sambil2 dok bercakap dalam bahasa jerman, tak tahu apa yang dia dok cakap. Habis nak tolong dia tak bagi…..Masa tu jugak dia perlukan pemutar skrew dan playar dan meminta isterinya yang tua tu naik ke tingkat atas untuk mengambilnya. Isterinya terus berlalu dan setelah mendapatkan barang tersebut terus membawa turun dan kami suami isteri dok pandang satu sama lain sambil berkata…”tak baik kita dok salah sangka kat suami isteri ni…rupanya baik bukan main….”. Isterinya pun macam orang kena asma (lelah) sebab naik untuk ambilkan barang2 yg diminta oleh suaminya itu.

Setelah selesai memasang wayar tu, orang tua tu siap mengajar lagi macamana nak gunakan mesin tu… Alhamdulillah rupa2nya mesin tu sama ‘brand’ dgn mereka punya so apa lagi kami pun mendengar aje la walau sebiji dua je yang paham atas penerangan tersebut. So setelah siap semua kami pun ucap terima kasih banyak atas pertolongan mereka berdua. Kalau tak ada mereka tak tahu lah macamana, semua tulisan di mesin tu bahasa jerman semua….


Oleh kerana kami dah planning nak buatkan nasi ayam untuk tetamu kami, jadi kami pun memasak la juga walaupun tetamu tak jadi dating dan kami pun menghulurkan sepingan untuk suami isteri yang tua itu di atas kesudian mereka menolong kami. Pada mulanya kami nak bagitahu macaman untuk nak bagi nasi ayam dalam jerman ni… so dengan menggunakan teknologi terkini internet kami transletkan ayat yang kami nak ucap tu ke dalam bahasa jerman. “Ich will sie versuchen Nahrungsmittel von Malaysia (Tak tahulah betul ke tak ayat ni….kadang2 x leh nak caya gak translator ni….)” bermaksud “Saya nak memberi sedikit masakan daripada Malaysia untuk awak”.

So dia dok sebut “Nahrungsmittel” berulang kali, kami dok angguk je la… so dia dok cakap2 yang kami paham bahawa dia akan makan nasi ayam ni untuk makan malam. Kami pon kata “ach sooooo (ooooo)”. Selepas dia bawa naik bagi isteri dia lalu dia bawa bekas tu pulangkan semula kepada kami dengan berkata “vielan Dank, my wife said tahnk you very much” sambil memegang erat tangan saya tanda terima kasih….mungkin mereka tak pernah menerima apa2 daripada jiran2 mereka sebelum ini.

Kami juga berharap biar mereka dapat lihat orang Islam menunjukkan kebaikan tidak sepertimana yang digambarkan bahawa orang islam ‘terrorist’ atau ‘extremist’.

Monday, July 20, 2009

Apakah akibat tiada had laju di lebuhraya....260 kenderaan berlanggar di Jerman

Lebuhraya di Jerman ni tak ada had lajunya.... pecut habis meter pun takpe takde "speed trap". Sebab itu mereka ni boleh mengaplikasikan teknologi berkaitan dengan automotif kereta dan mengeluarkan ciptaan-ciptaan baru dengan berkesan sebab mereka boleh terus mencubanya....Wallahua'lam...

***************************************************


SEBUAH kereta rosak teruk selepas terlibat dalam perlanggaran melibatkan 260 kenderaan dekat bandar Braunschweig kelmarin.


BERLIN - Sebanyak 10 orang bertarung nyawa di hospital selepas 260 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya di utara Jerman, kata polis semalam.

Sebanyak 66 mangsa cedera dalam kemalangan jalan raya itu yang berlaku dekat Braunschweig kelmarin.

Menurut polis, ia merupakan kemalangan yang paling buruk dalam sejarah di negara itu.


ANGGOTA-ANGGOTA polis dan perkhidmatan kecemasan membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dekat bandar Braunschweig kelmarin.


Lebih 300 buah ambulans, beberapa buah jentera bomba dan sejumlah kereta polis dihantar ke tempat kejadian.

Kejadian itu berpunca daripada sinaran matahari yang menyilaukan dan jalan raya basah akibat hujan lebat. - AFP

Saturday, July 18, 2009

Jangan undang Bala Allah....(update news)

Alhamdulillah la..perkara ini memang tak ada... pihak Polis dah menafikan adanya "restoran berahi" ini... pihak Polis juga menyatakan wartawan dari akhbar Harian Metro itu hanya mereka-rekakan cerita. Manusia yang tak tahu akan dosa pahala dan tidak menjunjung Islam sebagai perlembagaan senang-senang membuat fitnah perkara yang bukan2. Susah nak percaya.......

**********************************************


Pendedahan sebuah akhbar Harian Metro berkaitan "Restoran Berahi" di ibukota negara begitu mengujutkan kita. Persoalan=persoalan yang timbul.... Apakah pihak berkuasa tidak memantau restoran tersebut yang dikatakan hanya memakai seluar dalam dan memakai baju dalam sahaja. Akhbar itu juga mendedahkan bahawa kebanyakan pelayan dipercayai warga China itu boleh disentuh atau diusik asalkan menyelitkan tip ketika mereka datang ke meja pelanggan dan Lebih mengejutkan, makanan turut dihidangkan di atas tubuh pelayan terbabit yang berbaring beramai-ramai di atas meja sebelum pelanggan memilih juadah digemari.

Klik sini untuk artikel penuh.

Diharap dengan adanya pendedahan ini pihak berkuasa dan pihak Jabatan Islam mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba menggundang bala Allah ini. Akhbar ini juga mendedahkan terdapat ramai VIP datang ke restoran tersebut.

Thursday, July 16, 2009

2 Pengumuman yang kontras....

Berita dari BERNAMA:

Tambang Pengangkutan Awam Seluruh Negara Naik 1 Ogos

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Tambang untuk pengangkutan awam bagi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa di seluruh negara dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos.

Kenaikan tambang bagi semua jenis bas dan teksi ialah antara dua sen dan RM10.

Bagi bas sekolah pula, kadarnya naik antara dua sen dan maksimum RM31.70.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengumumkan perkara itu di sini Khamis berkata, Kabinet telah bersetuju dengan kenaikan kadar tambang baru itu dalam mesyuaratnya pada 17 Jun lalu.

Menurutnya tambang bas ekspres naik dua sen setiap km kepada 8.5 sen daripada 6.5 sen setiap km sebelum ini.

Sebagai tambahan, tambang bas ekspres bagi kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 12 tahun dinaikkan daripada 50 peratus kepada 75 peratus berbanding kadar tambang yang ditetapkan.
----------------
Berita dari BERITAHARIAN (minggu lepas)

Rebat 20 peratus tol babit semua lebuh raya
Oleh Khairunnisa Kamarudin
khairunnisa@bharian.com.my

Dengan syarat guna Touch n' Go atau Smart Tag

KUALA LUMPUR: Pemberian rebat 20 peratus kepada kira-kira 85,000 pengguna lebuh raya kelas satu atau kereta yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan menggunakan Touch n'Go dan Smart Tag, merangkumi semua laluan lebuh raya di seluruh Semenanjung.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh, berkata pemberian rebat itu tidak terhad kepada satu laluan lebuh raya saja, sebaliknya semua jaringan lebuh raya yang ada di seluruh Semenanjung layak menikmatinya.

******************************
Kadang-kadang kita rasa pening jugak dengan pendekatan kerajaan yang terrsayang, ini kerana dalam masa sekejap sahaja beberapa pengumuman yang agak berbeza untuk rakyat diumumkan.

Bagi pengguna tol yang diberi rebat itu rasanya hanya tak sampai 50% yang menggunakan tol di seluruh negara, cuma dibandar2 besar sahaja. Rebat itu juga untuk pengguna kad Touch n Go dan Smart Tag yang mana langsung tidak melibatkan orang2 kampung yang susah2. Kebanyakkan mereka yang menggunakan kad ini juga adalah mereka yang hendak mengejar masa bagi business mereka.

Manakala bagi kenaikan harga tambang, inilah yang digunakan oleh orang ramai tak kira di bandar atau orang miskin dikampung, menggunakan kenderaan awam untuk kemana-mana terutamanya dari pantai timur yang banyak menggunakan bas ekspress.

Rasanya kerajaan yang disayangi perlu melihat semula pengumuman tersebut agar memberi kebajikan kepada rakyat yang susah bukan untuk mereka yang dah kaya raya.

Wallahua'lam

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg