Tuesday, July 21, 2009

Tunggu tetamu…..mesin basuh yang tiba…

Hari ini sebenarnya kalau ikutkan “planning” kami akan menerima tetamu kerana sahabat kami dari Bingen nak bawa familinya bertamu ke rumah kami, rumahnya agak kecik sikit berbanding rumah kami maklum la rumah bujang lawan rumah berkeluarga. Tapi takdir Allah tetamu yang ditunggu tak jadi datang disebabkan keletihan baru sampai semalam dan lusanya nak bertolak ke Brussel dengan train pulak dan sahabat kami kata familinya tu ramai dah berumur tak larat “enjin lama “ katanya….InsyaAllah jumpa bila balik Malaysia nanti.

Walaupun tetamu tak jadi datang, tengahari tu tiba-tiba ada orang tekan loceng… kakak berlari mendapatkan telefon loceng…“Abah ada orang datang…..”, terdengar suara adawiyah memberitahu, sempat menoleh kat isteri “ehhh takkan ohhh bawa family dia datang pulak….kata tak jadi datang….”

Bila angkat je telefon, terdengar suara orang bercakap jerman, macam biasa la mana la paham speaking jerman ni , tapi ayat last dia ada bunyi “washmachine”. OOO baru terlintas ada beli kat internet haritu mesin basuh….

“Ermmm nampaknya kita tunggu tetamu….mesin basuh yang tiba….Alhamdulillah…” Isteri pun tersenyum la….mungkin dalam hatinya berkata “Alhamdulillah…lepas ni takyah la nak guna tangan…..basuh baju”.

Setelah membuka pintu, lalu terus meluru kearah lori yang membawa mesin basuh tu, sambil-sambil menunggu driver lori membawa turun mesin basuh tu, kepala ni berpusing-pusing dok memikir macamana la nak bawa turun mesin basuh ni ke ruang membasuh kat bawah. Pada mulanya mamat driver ni nak letak je dekat muka pintu, lalu dengan menggunakan bahasa isyarat meminta mamat driver tu meletak sebelah ruang yang agak kosong tak menghalang laluan. Mamat tu dengan muka tak berapa nak suka mengalih mesin kearah yang diminta.

So lepas tu cepat2 dia bawa naik troly dia tu atas lori, lalu ketika saya nak beredar, dengan memberanikan diri meminta izin sekali lagi dengan mamat driver tu untuk nak guna troly dia tu untuk membawa mesin basuh turun ke tempat membasuh tetapi kali ni mamat driver tu dok berkata2 dalam bahasa jerman sambil menunjukkan jamnya, lalu buat2 paham je la yang dia tak nak bagi pinjam troly tu.

Sambil2 dok memikrkan penyelesaian untuk membawa turun mesin tu, takdir Allah ada sepasang suami isteri yang dah tua, yang anak2 kami dok komplen mereka kata yang suami isteri ni selalu marah kat mereka sebab bermain sambil buat bising dan selalu suruh mereka masuk ke dalam rumah. Pada mulanya terfikir jugak…” betul ke dia bercakap dengan aku ni….” Maklum la tak pernah bercakap pun dan ada perasan kurang senang la di atas sikap suka memarahi budak2. Lalu yang lelaki tu pun terus turun….”vater mal…..bla2…bla2….” Vater mal aje la yang saya faham…”tungggu sekejap….” Lalu dia terus ke setor untuk mengambil troly.

Dengan tercunggap2 juga la dia dating membawa troly, maklumla agak2nya dalam 70 tahun lebih kot umurnya… lalu terus ke mesin basuh tersebut dan membuka kotak mesin basuh tu tanpa menghirau tuan punya mesin basuh iaitu saya. Berkata dalam hati…”ehh..ehhh mesin basuh ni dia punya ke aku punya….” Lalu setelah menolongnya menganggkat mesin basuh tu ke atas troly, lalu dia menyuruh saya ketepi untuk dia nak tolak troly tu turun ke tempat ruang membasuh kain. Lalu rasa terpaku jugak la tak percaya yang orang tua tu dok buat semuanya sehingga menolak troly tu ke tempat ruang membasuh.

Sesudah sampai ke ruang membasuh dia meminta untuk menurunkan mesin tu dari troli, kemudian tanpa berlengah dia terus mengambil sambungan paip dan sambungan air untuk disambungkan ke mesin tu…. Masa tu jadi serba salah la pulak, orang muda dok tengok orang tua yang tercunggap-cungap dok sambung wayar kesana kesini sambil2 dok bercakap dalam bahasa jerman, tak tahu apa yang dia dok cakap. Habis nak tolong dia tak bagi…..Masa tu jugak dia perlukan pemutar skrew dan playar dan meminta isterinya yang tua tu naik ke tingkat atas untuk mengambilnya. Isterinya terus berlalu dan setelah mendapatkan barang tersebut terus membawa turun dan kami suami isteri dok pandang satu sama lain sambil berkata…”tak baik kita dok salah sangka kat suami isteri ni…rupanya baik bukan main….”. Isterinya pun macam orang kena asma (lelah) sebab naik untuk ambilkan barang2 yg diminta oleh suaminya itu.

Setelah selesai memasang wayar tu, orang tua tu siap mengajar lagi macamana nak gunakan mesin tu… Alhamdulillah rupa2nya mesin tu sama ‘brand’ dgn mereka punya so apa lagi kami pun mendengar aje la walau sebiji dua je yang paham atas penerangan tersebut. So setelah siap semua kami pun ucap terima kasih banyak atas pertolongan mereka berdua. Kalau tak ada mereka tak tahu lah macamana, semua tulisan di mesin tu bahasa jerman semua….


Oleh kerana kami dah planning nak buatkan nasi ayam untuk tetamu kami, jadi kami pun memasak la juga walaupun tetamu tak jadi dating dan kami pun menghulurkan sepingan untuk suami isteri yang tua itu di atas kesudian mereka menolong kami. Pada mulanya kami nak bagitahu macaman untuk nak bagi nasi ayam dalam jerman ni… so dengan menggunakan teknologi terkini internet kami transletkan ayat yang kami nak ucap tu ke dalam bahasa jerman. “Ich will sie versuchen Nahrungsmittel von Malaysia (Tak tahulah betul ke tak ayat ni….kadang2 x leh nak caya gak translator ni….)” bermaksud “Saya nak memberi sedikit masakan daripada Malaysia untuk awak”.

So dia dok sebut “Nahrungsmittel” berulang kali, kami dok angguk je la… so dia dok cakap2 yang kami paham bahawa dia akan makan nasi ayam ni untuk makan malam. Kami pon kata “ach sooooo (ooooo)”. Selepas dia bawa naik bagi isteri dia lalu dia bawa bekas tu pulangkan semula kepada kami dengan berkata “vielan Dank, my wife said tahnk you very much” sambil memegang erat tangan saya tanda terima kasih….mungkin mereka tak pernah menerima apa2 daripada jiran2 mereka sebelum ini.

Kami juga berharap biar mereka dapat lihat orang Islam menunjukkan kebaikan tidak sepertimana yang digambarkan bahawa orang islam ‘terrorist’ atau ‘extremist’.

7 comments:

dillhanim said...

salam,

bukan "vater mal".. tapi "warte mal"

"nahrungsmittel" tu macam x sesuai.. "essen" je dah cukup..


heheh.. sori ye, saya memang suka betulkan salah ni.. sama2 belajar.. tapi kalau faham orang cakap sikit2 tu dah kira okla.. cuma takut kita salah faham je..

apa2 pun, es macht viel spaß, deutsch zu lernen!

alrijalnajwa said...

Jazakallah dillhanim....saya ni nulis ikut bunyi sebutan jer...blajar ngan anak dari kindergatren so tak tahu sangat la ejaan dia tu... ekekekeke...pastu sebelum saya nak jumpa org jerman tu saya guna translator..paham2 je lah translator ni..bukannya betul...apa2 pun thanks diatas pembetulan itu. Semoga Allah memberi rahmat di atas mempelajari ilmu Allah.

Ohh ye dillhanim dari mana yer? datang la jalan2 kat Idstein ni..bole rapatkan ukhuwah kita...

-k na-

dillhanim said...

akak nak pegi homburg kan weekend ni? saya jiran kak ayu.. insya Allah boleh jumpa.. dulu kt frankfurt ada jumpa masa uzar datang tu.. akak tak ingat kot

iu @ wid said...

aha..

teacher dah beri tunjuk ajar.. wat pengetahuan kakna cik dill la cikgu deutchs sy kat sni.. bru je jadi anak murid beliau.. tp tak lama lagi cik dill akan terbang ke mesia for good..sob2.. hilang kwn sorang lg..huwaa... :(

pernah jooin grop usrah kelmarin.. kakna ingat dok??

ehem..
biasalah kak.. org2 tua biasa x suke bisin2 kt cni.. sy pun duk risau aje kt umah sbb bisin sgt anak2 ni.. yelah nk salahkan org2 tua2 tu.. diorg pun kesian gak..maybe perlukan masa tuk rehat ke ape2 ke..(da biase bertahun2 takde dak2 kecik kot).. so kitelah slalu kene byk mengalah nasehatkan anak2 kite suh senyap2 sket.. yelah kt tpt org kan..perlu gak hormati situasi dorg.. tp bg sy lelama nt diorg biase & x marah lagi ngn kite sbb da terbiase ngan keadaan kite ni.. ( anak2 kecik2 ) ..ni pandangan peribadi aje..hehehe

ok.. semoga kita dpt berikan model yg terbaik yg menunjukkan islam ni baik..insya allah ( peringatan utk diri sendiri..:))

alrijalnajwa said...

ekkekek..oooo yer ker? tak ingat la...kna ni pun barang lama laaa...huhuhu...insyaAllah..nanti ada rezeki kita jumpa...jom ikut kna gi Luxembourg!

:::::::::::::::::::::: said...

ampun tuanku beribu ampun sembah patik harap diampun....

maaf sangat-sangat tak dapat datang rumah...melihatkan keadaan mak,makcik dan pakcik(yang masing-masing dalam lingkungan 50-60an) yg sangat letih jadi ambik keputusan untuk berehat di rumah pada sebelah petang.

itupun belah pagi mintak tolong LAN bawak gi jalan-jalan sekitar bandar bingen.InsyaAllah satu hari nanti kita boleh jumpa kat Malaysia,mengeratkan lagi ikatan ukhuwah sesama kita =)

Apapun jazakallahu khair wa barakallahu fik kerana sudi jemput datang rumah bertujuan mengurangkan beban diri ini dalam menghadapi exam yang tidak dapat dielakkan....danke sehr

Lagu Kasih Sayang

Marilah kita jalinkan
Kasih Sayang Sesama Kita
Biar telah Lama Hilang
Tambah Gersang Dihati Ini

Kita Siram Kembali
Dengan Air Iman Yang Suci
Dengan Menabur Budi
Kepada Semua Manusia

alrijalnajwa said...

Takpo ohh...takpo...tidak menjadi hal... memang kesian dalam peringkat umur sebegitu nak berkejar2 dalam masa yang singkat. Orang kita kata "tokcekak" la...

Apa2 pom goodluck dalam menghadapi exam..semoga berjaya.

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg

Video Klip Ziarah Ukhuwah di Hamburg

Loading...