Sunday, September 25, 2011

Rumah terbuka 2011



Alhamdulillah…walau keputusan nak buat rumah terbuka ni dibuat dgn drastic…(kejap rasa nak buat…kejap rasa tak nak buat)..akhirnya terlaksana juga nak buat rumah terbuka…sebenarnya sebelum kembalinya kami ke Malaysia dulu lagi saya dah pasang niat nak buat rumah terbuka bila balik Msia nanti…tapi dh saya bersalin pula masa raya tahun lepas…jadi pospon la ke tahun ni….tu la jadi suam2 kuku tu..kejap nak buat kejap tak nak tu…bukan apa…saya tak pandai nak oder2 katering ni…kot mana pun mmg nak kena masak sendiri gak…tu yg maleh tu…dgn anak kecik lagi…

Tapi Allah dh kurniakan saya bibik yg rajin…Alhamdulillah..suami pun jenis yg mmg terer di dapur..jadi saya pun kuat la sikit semangat nak buat majlis ni…menu saya nasi dagang dan laksam. Memang saya tak pernah masak kedua2 menu tu spanjang hayat saya ni….makan tu adalah…tak niat nak belajar masak pun sbb rasa macam complicated sgt…lagipun mak n mertua ka nada hehehe…kalau nak makan kenen2 la mak atau mak mentua…mesti dapat punya la…

So lepas dh betul2 tetap nak buat majlis maka saya n suami pun mula la menjemput. Takder la ramai sgt pun yg nak dijemput..maklumla rumah terbuka hari raya jer pun…bukan kenduri kawin. Saya jemput kawan2 sepejabat saya... suami jemput kawan2 sepejabat dia…tapi yer la dh cik suami ni aktif dalam macam2 NGO lain..so ramai la kawan2 yg bukan sepejabat pun. Apapun itu semua dh masuk dalam list jemputan.

Majlis kami adalah pada 24/9/2011 selepas Asar hingga pukul 10mlm..so seawal semalam lagi bermulalah proses koling2 nih…huhuhu..koling mak la nak tanya resepi…mmg nak cari resepi dalam tenet bukan payah sgt tapi ni resepi tok nenek..takkan sama macam yg dlm tenet..buat permulaan tu mmg podih la jg telinga ni..kena sindir dgn mak ahaks..yerla..selama ni pandai makan jer...buat malas…nolong pun malas gak hahaha tu yg tak tahu langsung macam mana nak buat tuh..tapi at last mmg semua ilmu mak diturunkan la…so bermulala proses pencarian bahan2 di pasar borong Selangor…huhuhu..first time ke pasar borong tu….takmo pegi dah…kotorr (yerla mana ada pasar yg bersih..nampak sangat jarang gi pasar hhahaha)…semua barang2 borong kat situ jer..senang kira

Walaupun cooking utensils kat rumah tu tak banyak…tapi pandai2 la nak idup. Saya ni tak macam pompuan lain..suka ngumpul barang2 gitu…entah la tak minat..nak buat macam mana…tapi lepas event ni rasanya nak kena la beli barang2 dapur sikit sebanyak…siksa oooo masak pun kena 3-4 kali round nak siapkan satu2 menu…insap2…suami pun masa ni la nak pulangkan paku buah keras…almaklumla selama ni bila ada sales kat supermarket dia selalu gak suruh saya pilih…tapi saya pandang sebelah mata pun tak…ha sekarang hadap la sendiri kepayahannya. Buat suri2 rmh sekalian..beli2 la barang2 keperluan dapur tu selengkap yg mungkin…jangan beli sekaligus…kopak la…beli sikit2…lama2 banyak laa

Apapun seawal pukul 12.30 dah siap semua juadah. Kedudukan perabut yg ada sikit sebanyak tu pun dah dipindah supaya ramai org boleh duduk bersila…Alhamdulillah..sempat la berehat tarik nafas kejap sblm tetamu mula datang…sempat la nak uruskan baby yg ditinggalkan pada bibik sepanjang pagi…kecian dia…ibu cutipun tak main dgn dia gak…

Lepas mandikan baby (entah kali ke berapa pun tak tahula…dia suka mandi…ibu diapun suka gak mandikan dia..yer la pakai cloth diaper… so no hal la nak pakai nak cabut berapa kali sehari pun). Baby suka mandi kat luar rumah…dia suka kalau ibu dia sembur guna paip tu…terkedek-kedek dia lari..tak sempat nak bernafas hahaha..lepas mandi…kasi baby makan dulu..pakai baju melayu yg beli utk raya ritu..n bagi susu…terus tertido…alahai comelnyaaa… sayang anak ibu!

Tamu mula datang sebelum Asar lagi..kami pun faham…di hujung2 Syawal ni berpusu2 org nak buat open house…jadi para tetamu kena atur elok2 perjalanan nak ke open house kawan2 ni. Yang dekat tu sama ada didahulukan ataupun diakhirkan…apapun Alhamdulillah…dalam pukul 8 malam tetamu terakhir pun pulang….suami pun dh terlentok di sofa. Anak2 juga yg masih kekal aktif..terutamanya sikecik..mana tak aktifnya..tido sblm pkl 2 ptg..bangun dekat pukul 5! Dah bangun tu keje nak berdukung jer la…tamu dok ingat dia takleh berjalan lagi..walhal dari umurnya 8 bulan lagi dia dh berjalan…sekrg ni dah pandai berlari dh pun…tapi oleh sbb pagi tadi asyik dgn bibik jer..so ni dia takmo dok bawah langsung…kira nak qada la ni…haduhhh…kalau ringan takper la jg…

Ada jg tetamu yg sambil menyelam sambil minum air hahaha….datang open house smbil2 tu beli baju bundle utk anak2 mereka sekali…minta maaf byk2 la kawan2…tak sempat nak layan…tapikan kalau saya..saya suka pilih sorang2…takder org ikut…rasa puas jer nak memilih kan…so kira ok la tu saya tinggal tu…

Akhir kata…pada kawan2 yg tak terjemput tu..saya minta maaf sgt2…saya buat majlis kecik jer…kawan2 n jiran2 terdekat jer…rumah pun tak besar…takleh nak tampung ramai org dlm satu2 masa…dan pada kawan2 yg hadir terima kasih byk2 kerana hadir…minta maaf juga atas segala kekurangan layanan saya n suami sepanjang majlis berlangsung.

Monday, September 12, 2011

Kembali lagi setelah lama menyepi






Assalamualaikum para pengunjung…dh lama sgt blog ni ditinggal bersawang…kalau ada tempoh expiry rasanya dh expired blog ni…nasib baikla takder tempoh expired…
Sekarang ni dh terfikir plak nak tukar nama blog ni…(sbb cerita dh tak berkisar ttg kehidupan di German kan) tapi almaklumlah…kebolehan saya dalam bidang IT ni mmg sgt2 terbatas…blog ni pun suami saya yg buat…saya tumpang2 tulis jer…Cuma sejak balik Malaysia ni…En. Suami mmg dh buat blog ni macam anak tiri dah…tak peduli langsung…tapi dia aktif fb…saya pulak kedua2nya tak peduli hehehe…fb lagilah…ditambah pula pejabat saya block penggunaan fb…hmm lagila kuat justifikasi utk tidak menjengok fb…minta maaf yer kawan2 yg add saya…tak bermakna saya takmo kawan dgn anda sumer…

Jeng..jeng ..jeng…

Kini saya sibuk pula berbisnes…hahaha…nak tau bisnes apa?memangla bukan bisnes besar2..tapi walau kecik..cukup untuk memberikan kepuasan. Saya sekarang buat bisnes baju bundle baby dan kanak2 dari umur baru lahir hinggalah ke umur 5-7 tahun..tapi ada juga terselit baju budak2 yg besar sikit tapi yg terselit tu kira rezeki anak2 saya la hahaha. Baju2 ni adalah baju2 terpakai berjenama dari US gred A. Gred A ni kira gred yg terbaik la..yg byk baju2nya macam baru...yer la saya tak nak la rumah saya tu nanti jadi tempat himpunan kain2 buruk berjenama plak!!kalau saya rasa tak tergamak nak pakai...mana mungkin saya tergamak nak jual kan?…jenama2 yg selalu ada dalam bundle yg saya dapat adalah Oshkosh, Okie Dokie, Carter, Guess, Disney, Place,Faded Glory apa lagi yer…hmmm tak ingat la…tapi pokoknya baju berjenamalah…


Macam mana saya boleh tahu pasal bisnes baju terpakai ni?
Hmm gini citernya….tahu jer la sejak balik Msia ni..mmg sibuk tahap gaban…sampai nak gi beli baju untk anak2 pun takder masa…jadi mulala saya mencari secara online…taip je ‘baju kanak-kanak online’ zup terus keluar byk blog2 yg menjual baju2 bundle kanak-kanak ni…hohoho….meriahnya!!! baru la saya tahu kewujudan baju bundle kanak2 ni…(tak pernah tahu oooo selama ni) ralit saya go thru dari satu blog ke satu blog lain…menyeronokkan! Murah2 pulak tu…


So apa lagi...saya pun mula la mencari pembekal…cari punya cari…terjumpa la pembekal yang saya kira menawarkan harga yg murah…haaaa apa lagi…saya bawa balik baju satu bundle…basuh dulu (sbb tak mahu bau bundle tu ada kat baju2 yg saya jual..almaklumla org allergy dgr dan juga bau baju bundle ni…haduhhh letih gak membasuh baju2 ni…(hek elehhh macam la dia yg basuh…bibik dia yg basuh punnnn hihihi) banyak oooo… saya taklah serahkan bibik buat sumernya…saya tolong…lagipun inikan bisnes saya…bukan bisnes bibik…kesianla kalau saya libatkan dia…apapun jgn ingat saya berlaku kejam pada bibik saya yer sbb saya bayar upah dia membasuh baju2 tu…(memangla dia tak minta…tapi bila saya bagi..itu bonus la padanya)

Bila dh siap basuh saya siapkan 2 beg utk isi baju2 ni…satu utk saya bawa ke pejabat..satu lagi utk En Suami..hihihi..dia mula dulu…saya malu2 kucing lagi masa tu…saya ingat lagi haritu hari jumaat…minggu kedua bulan Ramadan..ambil berkat la tu…bawa 10 pasang jer pun..nak test market…wahhhh meriahnya…laku!!! Habis terus..mungkin sbb semua mereka ni mmg jenis yg selama ni pakai baju baru berjenama…so bila dh tahu harga baju baru…dan saya pula jual yg terpakai…yg Nampak macam baru…tapi harga nunnnnn jauh lebih murah berbanding harga yg baru…apa lagiiiii….sambar la..suami pun balik dgn muka senyum jer…saya pun mula la yakin nak bawa ke pejabat saya pula…hehehe

Alhamdulillah..sambutan di pejabat memberangsangkan…kawan2 yg tak satu pejabat saya pun saya helo2 jg..pelawa dtg ke rumah utk jamu2 mata…hahaha…mula2 mmg la Nampak macam tak nak dtg sbb baju bundle la katakan hahahah…tup2 bila dh dtg..hahaha…bertimbun dipilihnya! Mahu dekat seratus habis…tapi berbaloi la ..habis dekat seratus pun baju setimbun…berbanding beli yg baru…belum tentu dapat 3 helai! Saya tahu la… dulu pun saya beli yg gitu2 gak….(takder kesedaran lagi masa tu)..begitu la bentuk pembelian beberapa rakan yg datang ke rumah…hati saya dh semakin berbunga nihhh..

Ada satu pelanggan saya plak yg tetiba sms saya minta nak bawa baju2 tu ke pejabatnya sbb kawan2nya nak tengok! Hahaha..peluang baik ni…Alhamdulillah Allah buka jalan kepada saya…di pejabatnya juga laku…dan ada juga yg tak sempat nak tengok pun sbb kawan saya ni dh nak bercuti saya…takperla..belum ada rezeki.
Kini saya dh pun menambah stok baju2 saya kerana yg lama telah tinggal sikit. Walaupun ada kawan2 minta saya bawa ke pejabat…tapi saya rasa dh tak sempat nak bawa….kerja kat pejabat pun dh bertimbun…tader masa nak tengok2 kan jualan saya…saya kena berlaku adil pada kerja saya dan saya mahu rezeki yg saya dapat halal…bukan kerana curi tulang.

Jadi pada kawan2 yg nak tengok2 baju2 stok terbaru..jemputlah ke rumah saya di Putrajaya….atau sms saya 019-6908043. Kalau betul2 nak datang elok bagi tau dulu sbb maklumla…kot2 keluar ker…kalau nak Tanya harga pun takper….tapi senang citer…ni nak royat…harga baju2 saya mmg teramatla murahnya…bermula dari RM0.50 hinggala RM10 dan kalau jeans tu jer yg mahal sikit tapi sikit jer pun…tak lebih RM20 pun (tu sah2 la yg memang nampak sgt2 baru)


Kat sini ada saya uploadkan gambar2 baju2 yg saya jual…ada banyaaaaaakk lagi yg tak gantung tu sbb anak2 sibuk nak tolong lekatkan harga…jadi saya susun ikut harga…yang rm0.50, rm1.00, rm2.00, rm3..dan seterusnya…tapi tu la kan ada sikecik yg nak nolong ni…kita dh tetapkan harga pandai pulak dia komen…’apa ibu letak murah sgt?’…haaaa tengok budak kecik pun cakap murah…tak caya meh la dtg rumah!!!

Tuesday, December 14, 2010

Sesekali terkenang…

Walaupun pernah saya tulis entry berkenaan kepayahan kami sekeluarga hidup di kawasan pedalaman German dan saya seboleh2nya tak mahu mengenangkannya lagi setibanya kami ke tanah air tercinta Malaysia..tapi tak tahula sejak kebelakangan ini sering berlaku imbasan kenangan2 semasa di sana secara tiba2…nak dikatakan saya buka video tengok gambar2 kami di sana..takde masa saya nak buka pun, nak kata saya menyimpan barang2 kami semasa di sana pun tak..nak dikatakan saya rindu pada suasana di sana lagilah jauh…tak rindu pun..tapi tak tahu kenapa dgn tiba2 datang imbasan kenangan saya sedang berjalan dgn anak2 pergi membeli belah, sedang tunggu bas, berkejar nak naik bas, pergi kedai nak sewa kete tak dapat, makan anggur untuk isi perut yg tengah lapar… nak naik teksi tak dapat sbb 5 org…nak jumpa doctor tapi tak dilayan sbb tak tahu Deutsch….kesimpulannya semua yg tak seronoklah…

Bila terjadi imbasan tu, saya jadi diam seketika..terfikir kenapa Allah nak ingatkan saya kembali pada kenangan di sana. Mungkin juga kerana di sini saya tak mungkin berdepan dgn suasana seperti itu dan Allah mahu saya mensyukuri nikmat yg ada sekrg. Sememangnya saya sangat2 bersyukur bila dah balik ni…tambah syukur lagi bila saya melahirkan Furqaan di Malaysia…tak terbayang kepayahan saya jika Allah takdirkan saya bersalin di sana.

Apapun itu pengalaman peribadi saya dan keluarga..tak semestinya orang lain juga mengalami benda yg sama…saya terima ujian2 itu dgn redha. Sesekali apabila jiran sebelah rumah dulu menghantar emel memberitahu yg anak2nya merindui anak2 saya..rasa tersentuh juga..siap hantar gambar terbaru anak2nya..Sesekali juga anak2 saya bertanya bila lagi kami akan ke German? Hehehe…mungkin tidak sampai bila2 saya jawab..

Rakan2 sekelas dahulu pun masih lagi berhubungan tapi taklah sekerap dulu…tambahan pula saya sendiri sudah teramat jarang menjenguk fesbuk…malas dan sibuk jadi makin jauhla jarak hubungan kami..hanya sekadar melalui emel..skype dan ym mmg tak pernah dibuka sejak balik ke Malaysia…ada juga pihak university buat cadangan nak buat reunion…tapi tahu sajalah…kami pelajar2 international ni mmg boikot habis apa saja program mereka…so akhirnya reunion pun tak jadi. Saya memndam rasa ketidakprihatinan pihak uni kepada kami sekeluarga…rakan2 luar german yg lain pun begitu juga….soal kebajikan kami mmg tiada siapa yg menjaga…dari segi pelajaran juga sangat menyedihkan…hinggakan semasa sesi berjumpa dgn external moderator dr Cardiff tiada antara kami yg mahu mencadangkan kursus yg kami ambil ini kepada pelajar lain melainkan pelajar2 dr German sendiri.

Ahhhh itu semua pengalaman pahit yg telah pun berlalu dan tak mahu saya kenang lagi. Tidak dinafikan ramai juga rakan2 saya yg tinggal di German sangat gembira semasa berada di sana…itu rezeki mereka. Alhamdulillah. Apapun pengalaman sebegini tidak membuat saya serik untuk terus menjelajah hehehe…(tapi bukan ke German laa)…tapi tengok poket la…sihat ker sakit…tapi tak tahula bila poket nak sihat...asyik sakit je manjanggggg...

Sunday, November 21, 2010

Tertinggallah pulak….

Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua…
Haa..entry kali ni nak citer pasal kepulangan saya sekeluarga ke rumah kedua ibu bapa saya di Taiping Perak. Kamipun macam orang lain juga rasanya..ambil cuti pada 18 dan 19hb 11 untuk beraya. Saya balik berkonvoi dgn adik yg tinggal di Nilai. Kami mulakan perjalanan pada lebih kurang jam 10malam bermula dari rumah saya di Putrajaya (nak elak jam la kononnya)..
Saya macam biasala sebagai ibu yg menyusu badan ni…selain sediakan baju2 anak2 utk dipakai di rumah opah nanti saya kena pastikan la gadjet2 menyusu saya tu lengkap. Nak dijadikan cerita pada mulanya dah sedia elok2 dah letak satu tempat sumer barang2…tapi bila adik telefon beritahu dia akan lewat sikit tiba di rumah saya..so saya pun keluarkan la corong penyedut susu pam medela saya untuk di sterilkan bersekali dgn botol2 susu yg lain. (botol2 susu yg nak di bawa dh pun ada dalam beg).
Bila adik tiba jer terus kami punggah beg2 masuk ke dalam kereta. Lupa terus pada corong pam medela tadi. Akibatnya..tertinggallah corong tersebut….
Saya sedar tu pun pada keesokan hari selepas bangun tidur tu…nak pam susu la kononnya sbb dah bengkak…alamak!!! Huhuhu terlupa ambik la pulak…apa lagi walaupun hari tu hari raya..saya dan suami berserta adik saya keluar ke Bandar mencari corong pam ni di setiap farmasi yg ada di Bandar Taiping. Malangnya..tiada satu pun farmasi yg menjualnya kata mereka produk tu mahal dan tiada permintaan. Huhuhuhu…so penyelesaiannya terpaksala saya beli pam baru..
Satu2nya pam yg direkemen kan pada saya adalah pam Pureen harga dalam lebih kurang RM120 la…(melayang duit tak pasal2 akibat kecuaian sendiri) Memangla beza produk mahal dgn produk murah ni..pam Pureen ni memang boleh perah susu juga tapi sakitnya mak aiiiii…dah tu bunyi macam orang mesin orang yg tebang pokok balak laaaa
So selama 4 hari di rumah mak..saya Cuma perah sekali sekala saja la..dah sakit…buat apa nak perah byk kali…bila balik ke Putrajaya saya terus gunakan pam medela…tapi oleh kerana saya beli medela swing so saya ingat nak pasang pam Pureen ni sebelah n sebelah lagi medela…jimat masa…tapi entah macam mana..pam Pureen ni macam merajuk pulak…tak boleh menyedut langsung! Last2 guna satu pam la juga…
Pengajarannya jangan la lupa nak bawa gadjet2 menyusu tu…penting tu….

Wednesday, November 10, 2010

Penyusuan susu ibu sepenuhnya

Ehem ehem...macam pakar laktasi plak entry kali ni hihiihi...

Saja nak share pengalaman berharga ni dgn pengunjung blog ni. Saya ni baru sekrg berpeluang dan rasa mampu nak buat gini. Dulu2 tu...byk la alasannya.malas la nak citer kat sini...selain tak mampu dr segi mental...dr segi material pun tak mampu gak..almaklumlah ketiga2 anak2 saya dulu tu saya dapat masa masih bergelar pelajar...

OK berbalik pada tajuk tadi..nasib baikla kali ni saya nekad beri susu badan sepenuhnya...kalau tak jenuh juga la...harga susu skrg ni bukan murah ooooo...kalau susu badan kan senang...free jer..tapi yer la..gadjet2 lain tu la pulak yg mahal...tapi takper la..bukan nak kena beli selalu pun..sekali tu jer seumur hidup...boleh pakai lagi kalau nak beranak di lain kali...atau kalau macam saya ni...dah takmo beranak dh...(insyaAllah) boleh jer pass pada adik pompuan nanti..mana ada membazir kan?

Saya mula menyimpan stok susu seawal minggu pertama bersalin lagi...dah bengkak susu...nak tido pun takleh..rasa nak demam jer..so perah simpan...tu yg byk stok tu. Sekarg ni bila dh berkerja Alhamdulillah saya syukur sgt kerja saya ni flexible....so ikut suka hati saya la bila masa nak pergi perah susu...tempat yg disediakan utk ibu2 memerah pun ada..selesa pulak tu...Alhamdulillah...Allah permudahkan...

Saya mula memerah sebaik saja tiba di pejabat...seawal pukul 7.30pg...dapat la dekat 2 botol (4oz/botol) susu saya Alhamdulillah mmg byk...nak kata saya ada tip2 tertentu..takder plak..tapi mmg saya minum susu segelas besar setiap pagi dan malam....selain saya mmg tak putus2 minum air masak...Alhamdulillah susu saya bukan sekadr banyak..tapi pekat (kata bibik saya 'kental') hehehe..tip2 lain mmg takder...

Tapi betullah..kalau dulu saya tak pernah jaga pemakanan saya...makan pun sekali sehari jer..minum air masak pun malas..apa lagi nak minum susu...huh jauh sekali...tapi sbb rasa tanggungjawab nak bagi susu badan ni...kena la gagahkan diri makan 2x sehari..minum air pun byk...kena minum susu lagi...so secara tak langsung..kita menjaga diri kita sendiri....byk hikmahnya menyusu badan ni...

Anak saya pun Alhamdulillah setakat ni tak pernah demam lagi...badan pun semakin montel dan pejal...syukur tak terhngga Allah beri saya peluang menyusukan anak sepenuhnya. Di pejabat pukul 3ptg saya perah susu lagi..dapat 2 botol lagi..so satu hari saya boleh simpan 4 botol (di pejabat sj).

Sebaik saja tiba di rumah dalam pukul 5.30 sy menyusukan anak dan perah lagi..dapat 1 botol..hingga ke esok pagi saya masih boleh simpan 1-2 botol lagi...jadi setiap hari baby saya minum yg fresh saja....jarang2 sekali saya beri juga susu yg telah difrozen kan...takut juga membazir sbb lama dah simpan...

BAru2 ni saya beli sterilizer dan warmer...mula dulu saya ingat benda2 ni tak perlu..boleh buat secara manual jer.....tapi rupa2 nya sgt2 membantu. Jimat masa. Dan warmer tu kalau dulu panaskan susu secara manual jer..payah..tiap kali air suam tu dh bertukar sejuk..kena tukar air suam lain pulak...dh jadi satu keje pulak nak tukar air suam berkali2 utk panaskan susu yg di keluarkan dr peti ais...bila ada warmer...buh jer dalam warmer..tinggalkan..nanti lepas 5 minit or so...ambillah...mmg dh suam pun susu tu...mudah..kalau tinggalkan lama pun takder masalah..susu tu tetap suam jer...sbb suhunya dah ditetapkan...pendek kata..mmg mudah.

oklah nak stop dulu la..lenkali saya citer lagi.

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg