Monday, March 30, 2009

Selamat Memilih pemimpin Warga kampungku.....

Tidak sampai seminggu lagi kawasan parlimen yang najwa tunaikan kewajipannya pada PRU12 baru-baru ini akan diadakan pengundian sekali lagi atas kematian wakil rakyat yang lalu Allahyarham Roslan Shahrom.

Nampaknya kali ini najwa tidak berkesempatan untuk membuang undi kerana menyambung pengajian di negara German. Moga Allah memaafkan najwa kerana tidak dapat mengundi untuk memilih 'kepimpinan Islam' yang dituntut oleh syarak. 

Seperti yang najwa selalu dengar dari ustaz-ustaz dan juga semasa menuntut dahulu... seseorang yang ingin menjadi pemimpin ialah seorang yang bertaqwa kepada Allah. Taqwa bermakna "tinggal benda-benda yang di haramkan oleh Allah, buat benda-benda yang dihalalkan/disuruh oleh Allah"....

Tidak melakukan dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil. Mampu untuk memberi nasihat yang berguna untuk bertaqwa kepada Allah. 

Memimpin masyarakat bukan hanya di masjid tetapi dalam segala bidang pentadbiran, ekonomi, sosial, muamalat dan sebagainya kearah Islam yang syumul dan lengkap. Pernah juga najwa terdengar kata-kata "Islam....way of life".....

Pemimpin ini juga akan disoal tentang tanggungjawabnya terhadap rakyat samada memberi keadilan atau sebaliknya. Sebab itu menjadi pemimpin bukannya senang.... tengok sahaja suami tersayang iaitu ketua keluarga.... tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak-anak agar mempunyai aqidah yang utuh kepada Allah, mengajar fardhu ain dan keagamaan serta perlu memberi nasihat dan adab-adab untuk anak-anak kami.

Itu baru dalam sebuah keluarga..... kalau ketua peringkat kampung, negeri.... bahkan peringkat negara.... betapa besar tanggungjawab seseorang ketua itu kepada Allah taala.

Apa-apapun harapan najwa kepada warga kampung dan parlimen Bukit gantang... marilah kita pilih pemimpin yang digariskan oleh Islam. Mudah-mudahan ianya dapat memberi manfaat bukan setakat dunia tetapi akhirat yang abadi.....

Sekian....German  

Wednesday, March 25, 2009

Fikir sejenak.....makruh panggil 'ibu atau bapa' kepada pasangan - Dr Abd. Basit.

Sudah lama alrijal tidak mengukuti kuliah daripada Mudir Pondok Muhammadiyah, Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan iaitu Dr. Us. Abdul Basit B. Ab. Rahman. Semasa berkerja di Kuala Krai dulu selalu juga pihak pentadbiran memanggil beliau untuk memberi kuliah waktu rehat yang panjang pada  hari Ahad. Jadi bila dah terbang ke German lagi la tak dapat ikuti kuliah beliau.

Tapi alhamdulillah dengan adanya teknologi terkini yang digunakan untuk medium dakwah, alrijal dapat la mengikutinya juga..... 

Jadi alrijal tertarik berkaitan program 'Tanya lah Ustaz' yang di tayang pada umum oleh TV9. Jadi setelah mengikuti program tersebut Dr. Abdul basit telah menjawab persoalan berkaitan dengan panggilan terhadap pasangan masing-masing.... 

Ye la kita ni kan selalu dengar suami memanggil isteri 'ibu', 'mama' dan macam-macam panggilan yang dipanggil oleh anak-anak mereka. Begitu juga dengan isteri memanggil suami dengan panggilan yang dipanggil oleh anak-anak mereka.

Alasan kita untuk memudahkan anak-anak mengikut panggilan yang dipanggil oleh ibu atau bapa.

Tetapi rupa-rupanya bila dengar jawapan ust berkaitan panggilan tersebut adalah makruh. Bahkan ada hadis nabi pulak tu yang di baca oleh ust berkaitan perihal tersebut.

Kalau nak lebih detail kena la dengar kupasan dr basit dalam video kat atas tu. Nampaknya alrijal kena cari perkataan sesuai la untuk di panggil kepada najwa 'isteri tercinta'.

Jom kita sama-sama ubah kearah kebaikan......

Pelajar 20A dapat biasiswa khas.....

KOTA BAHARU, 25 Mac (Bernama) -- Kerajaan Kelantan menawarkan biasiswa khas kepada pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang mendapat 20A dalam peperiksaan SPM tahun lepas untuk melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Mohd Amar Nik Abdullah berkata penawaran biasiswa khas itu diputuskan dalam mesyuarat Exco di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu, Mohd Amar berkata terserah kepada pelajar terbabit sama ada ingin menerima tawaran belajar sama ada di universiti dalam negeri atau Timur Tengah seperti yang diimpikannya.

"Selain itu, kerajaan negeri juga meluluskan bantuan RM500 kepada setiap pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM, STPM, STAM," katanya.

Sumbangan kecemerlangan pelajar itu disalurkan menerusi Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan pelajar terbabit mesti mendaftar dengan agensi kerajaan negeri berkenaan.

Beliau berkata pada tahun ini, 738 pelajar layak mendapat bantuan itu berbanding lebih 400 pelajar tahun lepas.

Ditanya sama ada pelajar yang layak menerima bantuan itu terdiri pelajar anak Kelantan, Mohd Amar berkata ia melibatkan semua pelajar asalkan mereka mengambil peperiksaan di negeri ini.

-- BERNAMA

Monday, March 23, 2009

Kasut ohh kasut.....


Setelah 6 bulan berada di negara orang ni, alrijal masih menggunakan kasut yang di 'present'kan oleh isteri tercinta sempena hari lahir.....agak lama juga kasut ni bertahan hampir 2 tahun juga lah... maklumlah jenama 'crocodile' katakan...

Maka terdetik lah dalam hati hasrat untuk membeli kasut baru... kira-kira buat kenang kenangan la sebab beli kat negara German. Hasrat hati ini juga di luahkan kepada isteri tercinta.

Selepas Solat Jumaat baru-baru ni alrijal pun ke pusat jualan kasut yang boleh dikira besar juga lah untuk 'servey' kasut yang kira berjenama seperti Adidas, Nike, Puma dan lain-lain. Harga pun kira berpatutan juga lah bawah dari 50 euro sepasang.

Tengok pada rekabentuk tu memang menarik perhatian jugak la... terutama jenama Nike dan Adidas... Maka hati pun memang teruja la nak beli....

Setelah membelek-belek depan belakang, atas dan bawah selepas itu mencuba saiz yang sesuai.... lalu tercari-cari la negara pebuatnya. Nak tahu jugakkan 'Made in mana....?" Bila je melihat "made in..."nya tu.... kasut yang ada di tangan terus terletak kembali kat tempat asalnya....

"Ya Allah..." "Made ini Thailand...." ambil jenama Nike yang sama tengok lagi.... "Made in  Vietnam...." Aduhhhhh tension.... cuba tengok jenama lain, Adidas "made in Indonesia..." Argggg... terus letak kasut tersebut lalu meninggalkan kedai kasut tersebut.....

Bukan maksud alrijal untuk melekehkan "made in......" dari Thailand atau dari negara-negara sejiran Malaysia, tetapi rasanya tak berbaloi datang jauh-jauh beli kasut dan bila tengok "made in ...." dari negara sejiran dengan Malaysia... baik tunggu balik beli kat Malaysia je.... harga boleh dapat murah lagi..... 

Kalau kasut keluaran german sekurang-kurangnya boleh jadi kenang-kenangan la.... ni tak bila beli kasut... bawak balik Malaysia kira-kira nak tunjuk la konon-konon beli kat German tapi bila kawan-kawan tengok made in mana..... "made in thailand..." nak letak kat mana muka kita ni  kan..... hihii....

Tapi pada pandangan alrijal, kiranya Thailand, vietnam dan Indonesia maju kedepan la kerana dapat mengeksport keluaran mereka sampai negara eropah.... Malaysia bila lagi yer???? 

moral : Tengok betul-betul sebelum membeli kasut di Oversea.... jangan terkena "made ini Thailand pulak.....hihihi". 

Saturday, March 21, 2009

Renungan Bersama....

Bagi yang bujang sesuatu i'tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar

Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah

Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.

Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI
ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan
Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

//CINAISLAM...

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg