Wednesday, March 25, 2009

Pelajar 20A dapat biasiswa khas.....

KOTA BAHARU, 25 Mac (Bernama) -- Kerajaan Kelantan menawarkan biasiswa khas kepada pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang mendapat 20A dalam peperiksaan SPM tahun lepas untuk melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Mohd Amar Nik Abdullah berkata penawaran biasiswa khas itu diputuskan dalam mesyuarat Exco di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu, Mohd Amar berkata terserah kepada pelajar terbabit sama ada ingin menerima tawaran belajar sama ada di universiti dalam negeri atau Timur Tengah seperti yang diimpikannya.

"Selain itu, kerajaan negeri juga meluluskan bantuan RM500 kepada setiap pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM, STPM, STAM," katanya.

Sumbangan kecemerlangan pelajar itu disalurkan menerusi Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan pelajar terbabit mesti mendaftar dengan agensi kerajaan negeri berkenaan.

Beliau berkata pada tahun ini, 738 pelajar layak mendapat bantuan itu berbanding lebih 400 pelajar tahun lepas.

Ditanya sama ada pelajar yang layak menerima bantuan itu terdiri pelajar anak Kelantan, Mohd Amar berkata ia melibatkan semua pelajar asalkan mereka mengambil peperiksaan di negeri ini.

-- BERNAMA

No comments:

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg