Macam-macam cara anak2 tak mau g sekolah…
Pelikla kenapa masa kat German dulu kalau cuti lama sikit terutama cuti Ester anak2 sibuk tanya bila boleh g sekolah balik? Padahal cuti Ester bukan lama sgt pun..paling2 seminggu jer..tu pun dah tak sabar nak pergi sekolah..
Kat Malaysia ni..cuti dah sebulan setengah pun masih lagi takmau g sekolah! Apa yg tak kena sebenarnya dgn system pendidikan kita ni yer?
Anak2 saya 3 orang sekolah di sekolah yg sama..senang nak hantar and ambik…cikgu2 pun dah tahu ‘do re mi’ tu anak2 saya..darjah 2, 3 dan 4. Kalau sorang tak g sekolah biasanya 2 lagi tu pun tak gi juga. Tapi tu kalau mereka ikut saya out station la. Dulu memang kerap ikut sbb sekolah pun saya rasa macam main2..tapi sejak sisulung tu dah drjah 4..saya kurangkan out station dan juga tak benarkan mereka ikut dah…konon nak suruh tumpukan pada pelajaran la.
Tapi ada kes2 tertentu kalau seorang tak pergi..2 lagi masih pergi..tapi dengan muka tak puas hati la hahahha…mana tak nya..mereka akan tanya kenapa mereka kena pergi sekolah? Walhal bukan tak tahu yg kakaknya demam! Tapi oleh kerana kerap sgt berlakon sakit..so kalau org lain sakitpun mereka ingat berlakon sakit la juga.
Baru2 ni si kakak balik rumah dgn berdarah2 di bawah siku dan beberapa tempat lain…bukan dia nak risaukan luka dia..dia boleh tanya “kakak sakit ni..esok kakak tak payah gi sekolah la ibu?”..akibatnya dia akan berlakon macam sakit sgt2 supaya tak payah g sekolah…abahnya yg lembut hati pulak apa lagi…’hmm kakak tak payah g sekolah yer…’ happy sakan la si kakak manakala abe n aqin masam mencuka nak marah sbb mereka terpaksa g sekolah. Bila balik sekolah pandai pulak kedua2nya..”abah..kalau abah tak caya..balik nanti tengok la..kakak tu bukan sakit pun…” dan hahaha..memang la hanya budak tahu psikologi budak lain…elok2 je si kakak dok main dgn kawan2 dia kat luar…
Later..abe pulak sakit perut…berguling2 gayanya…saya ni pergi la urut guna minyak angin sbb sblm tu elok2 jer pun…tapi anak2 ni cepat tak cepat otak dia..elok jer sakit terus dia terfikir nak buat alasan tak payah g sekolah…dalam saya dok urut2 perut dia tu si abe tanya “ibu..abe rasa esok abe takleh g sekolah la” saya jawab la…”ala sakit perut jer pun…kejap lagi baik la..” dia jawab balik “tapi abe sakit sgt ni..macam mana nak g sekolah” saya jawab balik “takper kalau esok pagi perut abe sakit lagi..abe tak yah g sekolah la…” (itu jawapan g dia tunggu pun..) so esoknya hmm macam dh tahu2 la…memang dia sakit perut lagi la…n seperti biasa kakak n aqin masam mencuka nak marah…n bila balik sekolah..abe elok2 jer main dgn kawan2 dia…
Last sekali minggu lepas..si aqin hhahahaha..mungkin dia kata dah orang lain semua cuti sekolah..dia jer belum lagi..so dia kena cari alasan nak cuti gak..masa saya tengah potong kuku dia, tetiba dia cakap “ibu, aqin mggu depan cuti..” saya tanya la ‘cuti apa pulak..takder surat apa2 pun..” dia jawab balik..”tak..ni aqin jer cuti” saya tanya balik “cuti apa? Berapa hari?” jawapan dia ni bagi saya kelakar..”beg aqin basah..haritu ada kawan aqin tumpahkan air susu dia kat beg aqin…bibik basuh beg aqin..aqin takleh g sekolah. Nanti bila beg aqin dah kering baru aqin boleh g sekolah” hahaha saya n abah dia gelak bagai nak rak…adeker alasan gitu tak nak g sekolah?…last2 kena g sekolah gak la sbb bukan lamapun nak kering beg sekolah..kalau tak kering jemur di bawah mataharipun..mak ayah dia kan tokeh kedai dobi..takkan la takleh nak keringkan guna dryer kat kedai nun…
Saya rasa dia akan kreatif mencari dan terus mencari alasan tak nak g sekolah. Saya kena berhati2 supaya tak dimanipulasi oleh anak2 saya.
Haritu masa bibik saya lari dan saya masih bersusah payah mencari pengganti bibik..terpaksalah saya cuti..si anak2 ni punya tak puas hati boleh dia tanya “eh ibu tak g keje ke hari ni?” saya jawab la..”ibu cuti sbb nak jaga furqaan..kan bibik lari” semua tak puas hati…”kenapa ibu boleh cuti?kami nak cuti jgk!”..nasib baik la otak sayapun jalan jg…”masa cuti sekolah tu..anak2 ibu cuti panjang ibu tak cuti pun!” hahaha baru terdiam.
Tapi saya musykil kenapa la mereka ni cukup tak mahu g sekolah…bukan anak2 saya jer..kadang2 masa saya pergi jemput anak2 saya pulang dr sekolah..ada juga saya bawa balik anak2 jiran…siap mereka pulak cakap “seronok la abe tak gi sekolah rini…” saya tanya kenapa pulak seronok? Mereka jawab.."yer la tak payah g sekolah…best la…g sekolah tak best.."
Hai..seingat saya..dulu masa saya sekolah..memang la tak seronok gak tapi takder la sampai benci betul nak g sekolah…saya tak pernah nak cari alasan utk tak nak g sekolah…walhal dulu pukul 5.30pg mak dah gerak suruh bangun mandi..
Masa anak2 saya bawa balik satu borang..tak silap saya tajuk borang tu adalah "bagaimana nak mempertingkatkan kualiti pengajaran di sekolah"..lebih kurang gitu la…apa lagi…bagai org mengantuk disorong bantal..panjang lebar saya tulis..saya mahu system di Malaysia tiru sikit system di luar negara. Sistem berorientasikan exam utk kanak2 memang sgt2 tak sesuai..apa lagi anak2 dh diberikan soalan beberapa hari sblm peperiksaan utk dihafal dan dibuat latihan d rumah..bagus ker gitu? Adakah itu berjaya mencungkil bakat kanak2 tersebut. Memang bagus utk mangasah kanak2 tu menghafal la!
Idea siapa la bagi soalan pd budak2 ni sblm exam..dh tu suruh hafal…keluar sebijik2 benda yg sama. Mula2 dulu saya memang tak suruh anak2 hafal pun…saya suruh mereka baca dan saya betulkan kalau ada ejaan mereka silap kat mana2..tak tahu pulak soalan exam sebijik macam tu…lepas tu barulah setiap kali nak exam saya akan tanya anak2 saya..mana soalan exam…”jom menghafal!!!!”
Seriously…kena ubah…banggakah kita kalau anak2 dapat markah tinggi sbb berjaya hafal dgn baik?banggakah kita sebagai cikgu bila anak2 murid semua dapat A sbb dapat hafal jawapan dgn baik?..tak tahula org lain..tapi saya tak bangga langsung. Sbb saya rasa system begitu tak mencungkil kebolehan murid2 memberi jawapan mereka sendiri.
Apapun saya hanya org kecil…yg tak ada sesiapa pun perasan tulisan saya ini. Kalau saya dh jadi menteri nanti…tengokla..hahaha…
Sunday, July 15, 2012
Friday, May 25, 2012
Bibik lari...
(entry ini mungkin yg terpanjang pernah ditulis)
2.
Bibik kedua namanya tak ingat tapi umur dalam
awal 20an
Tapi…huhuhu..lepas beberapa hari jiran
sebelah menyebelah mula mengadu…katanya dia selalu bawa baju kotor dari rumah
kakaknya berbeg2 untuk basuh di rumah saya..lepastu balik sidai kat rumah
dia..sabun n softener guna yg saya punya…bila saya dengar agak marah juga..tapi
tak apala..sabar…lepas tu jiran lain kasi tahu pulak dia pepagi tu tido
jer..tak jaga anak2 sayapun…pernah jiran tu pergi kutip anak2 saya kt padang
bola berhampiran dengan pakai pampes je.anak2 saya baru setahun lebih dan 2 thn lebih jer masa tu...gendong biskut kat tangan sebab lapar
sedangkan tiap2 pagi saya masakkan dulu nasi kat derang..cuma minta bibik tu
suapkan jer..kesiannya anak2 ku..mata berkaca bila jiran beritahu benda
ni..tapi hati masih cuba menafikan.
5.
Yang ni juga bukan bibik tapi jiran di kampong
tempat saya tinggal tu. Jiran sebelah yg rekemenkan dan saya pergi ke rumahnya...budak ni umur dalam belasan.
Bila saya dok tengok anak pompuan saya
menggaru kepala, saya tanyala kenapa asyik menggaru..dia kata gatal..so saya
cek la…dalam masa tak sampai 2 minit saya dapat tangkap 8 ekor kutu! Saya tanya
bibik saya dia ada kutu tak? Dia kata ada huhuhuhu macam2 hal la…dah tu takper
la sayapun bawa la balik ubat kutu…siap ajar lagi macam mana nak guna. beberapa
hari lepas tu saya tanya la ada rasa kurang tak kutunya..dia selamba jer
cakap..bibik tak pakai pun! Saya tanya balik kenapa tak pakai?…dia senyap
jer…hish…ada mental problem ker bibik ni??
8.
Yang ke 8 ni saya tak ingat namanya sebab
sebulan jer pakai. Umur dalam lingkungan lewat 30an. Tapi tak kawin lagi.
Mak terima bibik masa saya dh berangkat ke
German kembali. Jadi saya tak sempat tengok muka bibik tu. Tapi hahaha citer
bibik ni lagi lawak. Memang dia dtg nak jadi tuan. Dia siap cakap dia bukan nak
jadi bibik.Dia org kaya di Indon. Terkedu mak saya. Nak kata apa kalau dh bibik
cakap macam tu. Saya tel ajen..agen pun terkejut sbb dia memang kata nak keje
(tak tahula mana satu betul..ajen pun putar belit gak). Masak tak..siap mak
saya pulak yg tolong masakkan utk dia. Kalau mak saya keluar…terpaksa balik
tengahari utk masak utk dia..sbb kalau tak masak nanti dia kelaparan. Sya yg
mendengar ni naik meremang bulu roma nak marah.
Kata mak lagi anak2 tak mahu dia yg
uruskan..jadi nak kasi pakai baju sekolah…nak mandikan…sediakan makan... semua
opah dia juga yg kena buat sbb geli dgn bibik. Saya bertaya pd anak2 kenapa tak
mahu bibik buat (melalui skype) ini jawapannya “eiiii tak mau…bibik macam
hantu…kuku panjang” saya cakapla.. suruh la bibik potong…anak2 cakap “opah dh
suruh byk kali tapi dia tak mau potong..abe geli…kuku kaki pun panjang
bu….kotor…hitam” erkkk…kuku kaki sama?adoiai…ada mental problem gak ke ni?
Saya Tanya agen lagi..dia kata memang takde
masalah pun (dia temberang pun tak tau la) ada sekali tu dia melawa…pakai
lipstick bagai…mak tanya nak pergi mana? Dia cakap “tak payah nak risau dia tak
lari”amboi mak!! Jawab…tiap petang mak cakap dia buat2 menyapu sampah kat luar
(rumah mak ni berjiran dgn rumah kongsi pekerja2 bujang lelaki Indon)..ada
sekali tu dia minta izin kat mak saya nak gi johor…fuh keje tak sampai sebulan
dah nak gi jenjalan…mak tanya buat apa nak gi johor..dia cakap abg dia ada kat
sana..pulak dah!!! Kata sebatang kara…mari mana pulak abg dia ni…dh tu adik ada
kat ipoh..mak sedara ada kat KL semua ada…alahai..memang dh kena tipu hidup2
la..bila saya cakap kat agen..agen buat2 terkejut…sbb dia kata bibik tu sendiri
yg cakap dia sebatang kara.
Hari2 kat rumah dok dalam bilik menelefon..sapa
yg dia telfon pun tak tahula…kata sebatang kara…dh tu mak minta saya nasihatkan
(melalui skype la jg) saya pun cakapla..jgn la bercakap lama2 dlm tel…kita dtg
nk keje…tahu tak dia jawab apa? Hahaha..dia kata “itukan telfon saya” humang
aih…geramnya rasa…mak cakap sejak sya nasihatkan jangan terperuk dalam
bilik..dia dh mula keluar..tapi lagi menyakitkan hati sebab dia berbaring kat
tengah ruang tamu…tak malu langsung. Bila mak cakap jgn baring kat situ dia
cakap dia pusing (pening kepala)…ada penyakit darah tinggi dan sakit jantung…pernah operasi
jantungnya tu…haduhhhhhh macam2…
Atas permintaan mak yg dh tak boleh
bersabar dgn bibik ni..saya minta nak tukar lain. Tapi macam biasa..kalau dh
tukar lain tu..jawabnya lesap la duit tu…ajen pun tak dapatla nak dihubungi
lagi…
Dia berjaya dapatkan kepercayaan saya masa
tu..anak2nya pun selalu hantar sms tanya keadaan ibu mereka mybbkan saya lebih
percaya yg dia memang sgt susah kerana ditinggalkan suami dgn 3 anak. Baju2
anak2 saya banyak yg saya sedekahkan pada dia untuk anak2nya. Bila balik dh
kerja macam biasa. Dengan Maya saya sgt rapat sampai dia pernah peluk bahu saya
masa kami bergurau. Saya selalu ajak dia tengok rancangan semanis kurma dgn
saya. Dalam tempoh itu dia selalu puji rumah tangga saya, katanya dia suka
tengok saya dan suami suka mengaji…hatinya jadi tenanng…suatu hari dia minta
saya ajarkan dia mengaji (waktu tu saya masih dalam pantang dan saya katakan nanti
saya akan ajarkan)
Nak dijadikan cerita…ramai rakan sepejabat selalu bertanya mana saya dapat bibik…bila selalu sgt saya diaju soalan ni saya ceritakan pada Maya…dia dapat idea..katanya rakan2nya ramai nak kerja tapi takut nak datang sebab banyak cerita bibik didera…tapi kalau ibu dah ada bakal majikan yang dijamin baik, bibik boleh balik Indon dan bawa mereka balik ke sini. Itu kata2nya yg buat saya rasa bagus juga tu…saya kata itu boleh jadi pendapatan sampingan bibik. Sambil2 tolong kawan2 yg asyik ditipu agen.
Dalam tak promot, 4 org kawan2 saya mahukan
bibik. Saya minta RM1500 seorang utk proses buat paspot, tambang, ‘duit tunjuk’
dan pelbagai…kira buat utk tolong kawan saja..dan nak bagi sikit pendapatan
pada Maya…so semua sekali RM6500 saya kirimkan pada Maya lepas dia pulang ke
Indon (kira dia kerja dgn saya selama 6 bulan dan saya benar2 mempercayainya)
sebelum tu saya dh selalu selitkan kepadanya..jangan rambang mata dgn
duit..ingat duit tu duit org…walau byk..walau sikit tetap berdosa kalau ambik…dan
dia bersungguh2 yakinkan saya ‘ibu ni…bibik dh lama dgn ibu…bibik selalu dgr
ibu ceramah..takkan la bibik nak bawa lari duit” itu la yg dia kata…siap dia
tanyakan kepada saya apa yg saya nak kirimkan nanti..saya tak pesan apa2
cukupla dia balik dgn bawa balik bibik2 4 org tu…tapi dia berkeras nak bawa
kacang tanah,ikan bilis..sbb katanya kat Malaysia mahal dan tak cantik..kat
Indon benda2 tu cantik. Saya pun tak kisah la…
Balik dengan kapal laut siap saya berikan
duit belanja rm200 utk makan minum atau teksi..duit rm6500 tu saya bagi masa
dia dh sampai ke sana..masuk sikit2 bila dia tipu mengatakan “esok bibik mau ke
kantor buat paspor..ibu boleh masukkan wang utk buat paspor dulu”..kita pun
masukkan la duit..elok jer dia kata nak berangkat ke Malaysia balik kita
masukkan lagi baki..alih2 terus takleh telefon dah lepas tu….alahai sanggup
bibik buat macam tu…walhal kalau betul2 dia bekalkan bibik2 tu..mungkin
rezekinya akan lebih byk sbb bisnes bekalkan bibik ni saya nampak sangat
memberangsangkan..tapi itula…tak reti nak bersyukur…dah nampak rm6500..terus
lupa yg lain…sebelum dia berangkat saya berbual dgn dia…”bibik..rm6500 tu tak
boleh jadi benteng api neraka di akhirat nanti..jadi jgn la bibik bawa lari…tambah2
lagi itu semua bukan duit saya..duit kawan2 saya…RM6500 tu tk boleh buat bibik
jadi kaya seumur hidup tapi boleh bawa siksa di akhirat buat selamanya…saya
sambung lagi..kalau nak curi pun biarlah berjuta2..yg dh pastinya bibik akan
senang di dunia hingga bibik mati walaupun tahu akhirat nanti akan tersiksa..”
dia selalu balas balik..”bibik faham..bibik dah lama dengan ibu…ibu selalu ajar
bibik..takkan la bibik nak tipu ibu”…tapi dia tipu jugakkkk huhuhuhu tergamaknya
dia….
Jadi terpaksalah saya guna duit sendiri utk
bayar semula pada kawan2 saya dgn nak keluar wang untuk cari bibik baru untk
jaga anak2 lagi huhuhu…memang lebih 10k saya habis masa tu…tak per
la..itudugaan Allah untuk saya…tanda saya dalam perhatianNya…
Kalau nak diikutkan kali ni entah yg keberapa bibik yang saya pakai…tapi kali ini
memang terasa sedih sebab tak tahu kenapa dia lari…sedangkan diterlalu rapat
dgn Furqaan…kami sayangkannya sama macam ahli keluarga..tak nampak riaknya nak
lari… tiba2 terus hilang…
Di bawah adalah kisah2 bibik2 ku yg telah lepas…
1.
Namanya Sugini (umur 34 tahun)
Dia dari Medan…aku mula menggunakan khidmat
bibik bila hampir nak bersalin anak kedua (Rabiatul Adawiyah) masatu aku
mengandung rapat2…Umur Baihaqi baru masuk 6 bulan aku dh mengandung
lagi..dengan statusku sebagai pelajar aku rasa sgt2 perlu kepada khidmat bibik.
Masatu tahun 2003..gaji bibik baru RM300 dan kos nak ambik pun tak mahal sgt
RM3000.00
Bibik ni takder masalah sikap cuma suaminya
yg ditinggalkan di Indon baru pertama kali agaknya ditinggalkan isteri..hampir
setiap malam menelefon..dalam tempoh 2 minggu lepas sampai dia dh minta nak
balik Indon! Katanya suaminya rindu..boleh terima ker alasan gitu?masa belum
datang Malaysia tak terfikir akan rindu ker?Agen kat sana tak cakap ker? Dan
sebagai jawapan tentu saja saya tak kasi dia balik..baru 2 minggu…walaupun kos
ambik rm3000 jer tapi status saya masa tu hanya pelajar..besar jumlah tu…tu pun
pinjam duit abang sendiri..nama majikan pun atas nama abang juga sbb saya masih
belum layak nak pakai maid. Lepas saya tak kasi tu…dia diam kejap..lepas tu dia
cakap anak dia sakit pulak…nak balik..saya tak kasi juga..dh tu monyok..dh
takleh buat keje…sayapun dengan baik hati cakapla kat dia..”ginila bik…saya
kasi bik balik sekejap…lepas tu datang balik tau!” diapun punya la suka…saya
belikan tiket kapal laut pergi balik lagi…tapi tahu jer la..kalau dah balik
Indon..tipula kalau dia nak datang balik…di sana dia telefon saya cakap suami dia tak
kasi dia datang balik ke Malaysia…lesap la duit..dh tu kena denda dgn imigresen
lagi sbb breach bond. Haduh…dh la dianiaya oleh org Indon…dianiaya lagi oleh
undang2 kerajaan sendiri.
Dia ni bukan saya yg cari…masa tu saya
masih hantar anak2 ke nursery…walaupun hati berat nak hantar tapi apakan
daya..terpaksa…masatu bayar kat nursery RM600 sebab 3 orang (kecik2). Dia
kebetulan duduk selang 3 buah rumah dari rumah saya (saya tinggal di rumah
teres di Taman Selaseh Gombak). Dia tinggal dengan kakaknya yg ada status
permastautin sebab kawin dgn org Msia. Dia ada permit kerja kedai buku tapi
kedai tu dah tutup so permit masih berjalan dalam 4 bulan lagi…jadi dia minta
kerja dgn saya…sayapun bagai org mengantuk disorong bantal..saya terima...gaji
dalam RM300 jer…tak perlu susah2 nak hantar ker nursery…
Suatu hari Allah takdirkan saya tertinggal
kunci bilik ofis. Lepas sampai ofis baru perasan dan saya berpatah balik…hati
sangat berdebar2 masa tu..apa sebanarnya yg Allah nak tunjukkan…bagai
disangka…dari kejauhan saya dah boleh hidu bau hangit nasi yg saya masak untuk
anak2 saya pagitu (sebelum pergi saya pesan padanya supaya tolong tutupkan
apinya bila dah cukup masak). Saya buka pintu anak2 dah meluru..saya cari
dia…betul macam yg jiran katakan…dia tido dalam bilik tidur saya (melampau)
anak saya yg bongsu masa tu muttaqin
baru umur dalam 6 bulan dah bergoyang2 dalam buai nak turun…sebaknya hati…saya
terus ke dapur tutup api sebab nasi tu dah hangus…dia masih lena diulit
mimpi…saya ambil Baihaqi dan Adawiyah dan bawa ke rumah jiran…mandikan dan
pakaikan baju..Muttaqin saya biarkan. Saya pesan pada jiran tu tolong ke rumah
saya dan kejutkan dia sbb saya risau Muttaqin jatuh buai. Saya cakap pada jiran
jangan cakap yang saya bawa anak2 ke pejabat..biar dia lintang pukang cari.
Saya bayar dia untuk jaga anak2 saya bukan untuk tido. Panjang kisah bibik
ni..so pendeknya petang tu saya berhentikan dia..
3.
Bibik ni namanya Sri..bukan bibik la sbb umur
baru 18.
Kisah macam mana saya dapat bibik ni
panjang tapi saya pendekkan dia adalah mangsa sindiket penjualan org..so dia
tiada apa2 dokumen pengenalan. Saya berani ambil dia sbb bos saya yg
rekemenkan. Lagipun saya tak keluar ke mana2..mukanya pun tak macam Indon so
mudah. Saya memang takde duit nak buat permit. Alhamdulillah dia bagus
rajin..beriman..menurut katanya dia pelajar di mesir..saya percaya sbb gaya
bacaan al quran memang tak seperti Indon malah ada jiran minta untuk dia
ajarkan anak2nya mengaji. Saya guna khidmatnya agak lama dalam setahun lebih
hinggalah dia dapat berita yg ibunya meninggal dunia selepas cuba menjejaknya
sekian lama. Dia menangis sampai bengkak matanya…saya terharu dan tumpang
sedih..dan dia minta nak balik sbb ayahnya juga kurang sihat..katanya kalau dia dh
tak sempat nak jumpa ibunya sepanjang hayatnya dia nak berjumpa ayahnya. Maka
walaupun saya sedar payah untuk hantar dia pulang kerana ketiadaan apa2
dokumen. Pendeknya dia pulang juga.
4.
Yang ni bukan bibik tapi rakan sepermainan saya
masa kecil di kampong umur sebaya dgn saya
Tapi oleh kerana rezeki saya lebih, saya
berjaya dalam bidang pelajaran maka saya dapat kerja sebegini. Alhamdulillah
saya boleh kongsi rezeki yg Allah bagi ni bersama orang lain. Saya buka mulut
mencari2 siapa yg boleh menjaga anak2 saya. Pada waktu tu saya telah berpindah
ke Kuala Krai Kelantan sedangkan suami masih kekal di KL. Terasa macam janda
muda beranak 3. Bukan saja saya terasa gitu malah jiran2 di kampong juga ingat
saya janda sebab suami saya hanya boleh menjenguk kami hujung minggu saja.
Memang perit masa tu..mujur kawan lama sanggup menjaga. Masatu saya bayar gaji
hari RM20 sehari. Kebetulan dia dh bersuami, so dia datang pagi2 sblm saya
pergi kerja dan balik selepas saya tiba di rumah. Tapi dia kerja tak
lama..dalam 3 bulan saja sebab dia nak buka kedai runcit. Saya akur. Sekali
lagi bermula episode pencarian pengasuh.
Budak ni lurus bendul..masih muda cuma agak
slow (otaknya) tapi bagi saya selagi masih boleh faham apa yg saya cakap ok lah.
Dia kerja sementara saya mencari bibik Indon..dalam sebulan saja saya dapat
bibik Indon dan dia berhenti.
6.
Nama bibik ni saya dh lupa umur dalam 30an
Masa awal saya terima dia hati saya dh tak
sedap. Tak pakai tudung tu satu hal takper la..pakai pulak seluar sekerat
haduhhh..takper saya terima. Saya terima dia awal subuh so saya suruh la dia
solat subuh dulu baru tido…dia angguk…masuk zohor dia mandi dan tanyakan saya
arah kiblat..saya terkejut la tadi sembhyg subuh macam mana?dia kata dia tak
solat tadi..sebab capek! Hati dah makin goyah..takper sabar. Saya bagi ceramah
sikit. Dah tu ajar dia masak utk anak2..kebetulan saya ajar dia masak telur
kicap…telur kicaptu la setiap hari yg dia masakkan utk anak2 saya tak berubah2.
Bila saya balik keje hari tu saya nampak
dia kat luar tak pakai tudung dan pakai seluar gantung…saya terus cakap bibik
tolong pakai tudung dan seluar panjang and saya masuk dalam rumah kasi dia
tudung dan seluar. Esoknya saya balik rumah macam tu juga…dia tak pakai tudung
juga..saya cakap kenapa tak pakai? Dia senyap jer..sakit hati gak…saya kata
sekali lagi tolong pakai tudung kalau nak keluar rumah. Dalam rumah takper la sebab
suami saya pun takder.
Yang buat tak tahan tu…dia tak pernah masak
benda lain utk anak2 saya melainkan telur kicap tu…saya ingatkan memang dia tak
pandai masak..so diamjer la..rupanya bila malam dalam pukul 3 pagi saya
terdengar ada orang memasak di dapur…saya hendap diam2…rupanya dia dok
memasak..lepastu terus makan dan basuh…kira takder tinggal apa2 kesan
la…pandaiiii. Dah berapa lama dia buat macam ni pun tak tahula..
Terus saya kontek ajen dia minta nak tukar
baru..tapi ajen tahujer la…masa nak dapat duit dulu memang la cepat…lepas dh
dapat duit..nak tukar lain tak perlu bayar pulak..memang jawabnya takder la
pengganti. Nak dapatkan dulu habis rm3500 janji kalau dalam3 bulan tak perform
boleh pulang balik dan dapat tukar tanpa cas apa2..tapi itu hanya sekadar tanam
tebu dipinggir bibir saja. Tel ajen pun terus bertukar…tak dapat kontek sampai
ke hari ni…
7.
Saya masih berusaha…kali ni saya pergi sendiri
ke agensi berdaftar di Kota Bharu. Susie namanya umur baru 24.
Betullah kalau agensi ni..mahal memang
mahal masa tu rm5400. Gaji rm300 sebulan.takper la sbb perlu punya pasal. Dia
ni memang terbaik setakat ni. Dapat tunjuk ajar daripada agensi so memang
takpernah ada masalah. Agama pun bagus. Saya pilih dia masa tengok biodatapun
kerana dia tulis “maunya majikan yang benarkan solat”. Mungkin sebab itulah dia
kerja hingga tamat kontrak.
Kalau boleh memangla saya nak terus dengan
dia..tapi Allah merencanakan sesuatu yg lain kepada saya. Saya mohon untuk
sambung belajar di luar Negara. Waktu saya berangkat ke German, kontraknya
masih bersisa 4 bulan. Saya letakkannya dirumah mak saya. Saya cakap lepas ni
saya masih mahu khidmatnya. Dia juga begitu. Tapi lepas balik ke Indon..dia
bertemu jodoh..terus mengandung..jadi walaupun saya dah balik ke Malaysia
suaminya masih tak benarkan dia kembali ke Malaysia. Hingga thn lepas dia masih
menghubungi bertanyakan khabar. (tahun ni lost contact sbb hp saya hilang)
Walauoun saya masih di luar negara, saya terpaksa guna bibik sebab saya bawa
balik ke Malaysia 2 anak saya. Saya nampak si abang agak ketinggalan jika terus
bersekolah di german. Jadi hujung tahun 2009 saya bawa balik Baihaqi dan
adawiyah utk bersekolah di Malaysia. Mereka tinggal dgn opahnya (mak saya )
takkan la saya nak tinggal gitu jer…so saya carikan bibik utk tolong. Kos
dapatkan bibik tu RM3500. Murah sebab maid dh ada di Malaysia katanya nak tukar
majikan. Majikan lama suruh jaga org tua sedangkan dia nak jaga budak. Menurut
agen dia ni sebatang kara didunia..mak ayah dh meninggal..adik beradik
takder…bila dh susah saudara mara pun tak kenal…sedihkan?(Jangan sedih2..tipujer sumer tu)
9.
Yang ke 9 namanya Maya..dia saya dapat melalui
agen juga..agen lain la…dah terpaksa…nak buat macam mana..agensi nak 9k..agen
ni minta 6k saja kira ok la juga..umur maya 36 thn..itu ikut paspot la..tapi
nampak jauh lagi tua dr umur. Dia dari Medan.
Maya ni sarat dgn cerita sedih…kalau nak
tulis lagila panjang entry ni..tapi itu cerita dia..yg pada mulanya saya
percaya…masatu saya dalam menunggu untuk melahirkan anak bongsu..Furqaan..jadi keadaan
sgt terdesak walaupun siagen kata Maya nak minta gaji lepas sebulan keje dan
balik Indon skjp lepas dapat gj tu sbb anak2nya di biarkan menumpang dibawah
garaj rumah jiran..tujuan dia minta balik adalah nak mencarikan rumah sewa utk
anak2nya dgn duit gaji pertama tu. Saya dapat jaminan ajen. Lagipun wang tak
bagi habis lagi…baru bagi rm4000 (byk juga tu..dibuatnya si Maya ni tak balik2
dh teruk la saya) tapi agen betul2 yakinkan dan saya pula bila tengok si maya
ni kerje nampak baik..maka saya yakin dia akan kembali..Alhamdulillah saya bagi
dia balik dan diaa cuma balik seminggu saja dan datang balik ke Malaysia.
Nak dijadikan cerita…ramai rakan sepejabat selalu bertanya mana saya dapat bibik…bila selalu sgt saya diaju soalan ni saya ceritakan pada Maya…dia dapat idea..katanya rakan2nya ramai nak kerja tapi takut nak datang sebab banyak cerita bibik didera…tapi kalau ibu dah ada bakal majikan yang dijamin baik, bibik boleh balik Indon dan bawa mereka balik ke sini. Itu kata2nya yg buat saya rasa bagus juga tu…saya kata itu boleh jadi pendapatan sampingan bibik. Sambil2 tolong kawan2 yg asyik ditipu agen.
10.
Yang ke 10 namanya Tori Haryani…dekat2 dgn nama
saya. Dari Banyuwangi. Umur 38 (ikut paspot la..tapi nampak macam tua lagi)
mesti org kata…hish tak serik2…macam mana nak serik..saya memerlukan khidmat
bibik..kalau saya hnatar anak2 saya ke transit..(jagaan budak2 yg dh besar
sikit selepas sekolah hingga saya jemput lepas balik kerja RM250/head..saya ada 3 orang = RM550 tambah anak yg kecil
RM300 = RM850) jadi dh boleh faham situasi saya?mana2 saya pergi org selalu
salah faham mengapa saya tak serik2 nak pakai pembantu…Nampak macam mengada2…walhal
itu satu keperluan. Kalau pakai bibik jauh lebih jimat dan jauh lebih
memudahkan.
Tori ni maid paling tak byk
cakap..mungkin sbb suami saya dah warning saya…jangan baik2 sgt dgn bibik…bila
saya baik sgt..dah buat macam kawan..dia naik kepala..jadi yg ini saya cukup
berhati2..saya kurangkan bercakap dgnnya..cakap yg perlu
sahaja..Alhamdulillah..dia bibik yg baik…tak perlu saya suruh... dia buat semuanya…diapun
selalu berbual dgn bibik sebelah memuji kebaikan saya sebagai majikan tapi tak
tahu di mana silapnya tiba2 dia lari..hilang tanpa sepatah kata…tak ada tanda2
dia sedih dgn saya…tak ada tanda apa2 pun…rajin seperti biasa…memang saya sgt
terasa dgn pemergiaannya sbb dia rapat dgn Furqaan…malah kadang kala saya
cemburu melihat Furqaan terlalu rapat dgnnya…tapi sanggup juga dia pergi…dia
pernah cakap pada saya yg dia mahu terus sambung dgn saya walaupun selepas 2
tahun nanti..entahlah siapa yg dh racun fikirannya…
Kini saya masih mencari yg baru…ya
Allah berikanlah bibik yg terakhir dan terbaik buat keluarga kami…Aminnnnnnn
Sunday, April 29, 2012
Malang tak berbau...
Pada 22 April lepas macam biasa Furqaan memang tak suka dok dalam rumah…dia suka main..dia tak kisah sebenarnya main dalam rumah atau kat luar..tapi tahu aje la kalau dalam rumah tu nak main apa? Ruang kecik jer…Furqaan pulak kalau mainan yang indoor dia tak minat…dia nak yang lari2..sepak2 bola..memang kena main luar rumah la…saya ni pulak tak berapa gemar nak keluar rumah…memang setiap petang saya dah devote kan masa utk main dgn dia…letih macam mana sekalipun..memang lepas pukul 5 ptg tu kena bawa dia main kat luar..tak kira hari cuti atau hari berkerja…
Petang tu awal2 lagi bebudak kat kejiranan tu dah mula main…rumah saya ni jual aiskrim Malaysia..so awal2 lagi dah laku aiskrim tu..(memang ‘laku’ tiap hari…duit jer tak nampak…anak2 sendiri pun tak tahu berapa batang sehari ambik…kalau pegi beli kat petronas tu tahu pulak bayar hmph…sekarg ni si Furqaan pun dah pandai dah makan aiskrim…memang la dia tak sampai nak buka pintu peti ais tu..tapi dia pandai jer tarik tangan ibu/abah/bibik/abg2/kakak dia suruh ambik aiskrim utk dia…yg lagi pandai..org nak potong aiskrim tu dia tak kasi…nak yang sebatang terus!...nak lapik aiskrim tu dgn kain pun tak nak..siap guling2 lagi marah kalau org lapik dgn kain-tujuan tak nak kasi tgn dia sejuk. Dah sejuk tu pandai pulak ngadu kata tgn dia sejuk..minta kita tiupkan kasi panas huhuhu)
So dah awal2 lagi bebudak dtg beli aiskrim..furqaan pun apa lagi…ajak saya keluar la…alahai…awal lagi ni…kalau nak ikutkan mana ada ibu2 lain keluar pun…yang ada bibik2 jer..saya jer tiap hari keluar main dgn anak…kadang2 tu hand bag pun masih tergantung di bahu…nak buat macam mana..tak turun kete lagi anak dh ajak main…
Bila saya tak nak keluar mulalah dia nangis2..si abg sulung faham..dia bawa adik dia tu keluar…letak atas kete tolak…tolak la kedepan ke belakang atas jalan tar depan rumah…malang tak berbau..tengah dok tolak2 tu si Furqaan terjatuh…luka parah…dari dalam rumah saya dengar Furqaan menangis dgn kuar..terus saya berlari ke pintu..Ya Allah banyaknya darah! Kenapa ni? Saya tanya…abe yg ketakutan cakap adiknya jatuh…saya bawa furqaan ke sinki cuci darah yang banyak tu..gerun juga kalau2 lukanya besar…di kepala pulak tu..lepas cuci luka tengok luka tak besar mana cuma agak dalam…biasalah kalau luka di kepala memang darah banyak…Alhamdulillah luka tak besar mana..tapi rasanya cukuplah untuk tinggalkan parut seumur hidup huhuhu…
Alahai hilang hencem anak ibu..kat muka pulak tu… kulit tergores atas jalan tar…insyaAllah sebagai ibu saya akan cuba sedaya upaya utk mengurangkan parut yg bakal ada tu…sayu tengok keadaannya masa mula2 jadi tu…bengkak…sekarg ni bendkak dah hilang cuma parut yg masih tinggal…macam mana yer nak hilangkan parut tu?
Pada 22 April lepas macam biasa Furqaan memang tak suka dok dalam rumah…dia suka main..dia tak kisah sebenarnya main dalam rumah atau kat luar..tapi tahu aje la kalau dalam rumah tu nak main apa? Ruang kecik jer…Furqaan pulak kalau mainan yang indoor dia tak minat…dia nak yang lari2..sepak2 bola..memang kena main luar rumah la…saya ni pulak tak berapa gemar nak keluar rumah…memang setiap petang saya dah devote kan masa utk main dgn dia…letih macam mana sekalipun..memang lepas pukul 5 ptg tu kena bawa dia main kat luar..tak kira hari cuti atau hari berkerja…
Petang tu awal2 lagi bebudak kat kejiranan tu dah mula main…rumah saya ni jual aiskrim Malaysia..so awal2 lagi dah laku aiskrim tu..(memang ‘laku’ tiap hari…duit jer tak nampak…anak2 sendiri pun tak tahu berapa batang sehari ambik…kalau pegi beli kat petronas tu tahu pulak bayar hmph…sekarg ni si Furqaan pun dah pandai dah makan aiskrim…memang la dia tak sampai nak buka pintu peti ais tu..tapi dia pandai jer tarik tangan ibu/abah/bibik/abg2/kakak dia suruh ambik aiskrim utk dia…yg lagi pandai..org nak potong aiskrim tu dia tak kasi…nak yang sebatang terus!...nak lapik aiskrim tu dgn kain pun tak nak..siap guling2 lagi marah kalau org lapik dgn kain-tujuan tak nak kasi tgn dia sejuk. Dah sejuk tu pandai pulak ngadu kata tgn dia sejuk..minta kita tiupkan kasi panas huhuhu)
So dah awal2 lagi bebudak dtg beli aiskrim..furqaan pun apa lagi…ajak saya keluar la…alahai…awal lagi ni…kalau nak ikutkan mana ada ibu2 lain keluar pun…yang ada bibik2 jer..saya jer tiap hari keluar main dgn anak…kadang2 tu hand bag pun masih tergantung di bahu…nak buat macam mana..tak turun kete lagi anak dh ajak main…
Bila saya tak nak keluar mulalah dia nangis2..si abg sulung faham..dia bawa adik dia tu keluar…letak atas kete tolak…tolak la kedepan ke belakang atas jalan tar depan rumah…malang tak berbau..tengah dok tolak2 tu si Furqaan terjatuh…luka parah…dari dalam rumah saya dengar Furqaan menangis dgn kuar..terus saya berlari ke pintu..Ya Allah banyaknya darah! Kenapa ni? Saya tanya…abe yg ketakutan cakap adiknya jatuh…saya bawa furqaan ke sinki cuci darah yang banyak tu..gerun juga kalau2 lukanya besar…di kepala pulak tu..lepas cuci luka tengok luka tak besar mana cuma agak dalam…biasalah kalau luka di kepala memang darah banyak…Alhamdulillah luka tak besar mana..tapi rasanya cukuplah untuk tinggalkan parut seumur hidup huhuhu…
Alahai hilang hencem anak ibu..kat muka pulak tu… kulit tergores atas jalan tar…insyaAllah sebagai ibu saya akan cuba sedaya upaya utk mengurangkan parut yg bakal ada tu…sayu tengok keadaannya masa mula2 jadi tu…bengkak…sekarg ni bendkak dah hilang cuma parut yg masih tinggal…macam mana yer nak hilangkan parut tu?
![]() |
| Luka dah sembuh cuma parut yang masih tinggal.. |
Monday, April 2, 2012
Kain sembahyang pun hilang??
Saya ni tinggal di Putrajaya..keje pulak di Petaling Jaya..hari2 ulang alik dalam 75km setiap hari. Saya ambik wp1 ie. Masuk keje pukul 7.30 pagi balik kul 4.30 petang..so tahu2 je la kalau dh balik kul 4.30 petang tu…kalau masa asar masuk awal tu memang la saya solat kat pejabat jer…tapi kalau masuk lewat..saya solat kat RnR (takleh solat kat rumah sbb kalau dah sampai rumah t uterus la si kecik tu meluru..nak dukung la nak ronda2 naik motor la) so kot mana pun saya kena solat sblm sampai rumah jg.
Kebiasaannya saya berhenti solat Asar di RnR Sri Kembangan..ada surau kat situ…bersih Cuma takder kipas..tingkap pun takleh buka..so berpanas la kalau nk solat lelama…solat kejap pun berpeluh gak oooo. Oleh kerana kain sembhyang yg disediakan oleh pihak RnR tu nipis2..saya bawala kain sembhyg saya sendiri…mula2 tu saya bawa balik kain sembhyg tu (bawa pergi..bawa balik tiap2 hari)..tapi lelama rasa malas la pulak nak bawa balik..lagipun terfikir juga ‘kalau saya sendiri rasa tak berapa sah nak solat guna kain sembhyg yg sgt nipis…org lain pun macam tu jugala kan?” tapi kalau dh musafir mungkin tak bawa kain sembhyg sendiri so mahu tak mahu kena guna juga kain sembhyg yg sedia ada…tapi kena pakai byk lapisla subaya tak berbayang…(lagila panas)..
So lepas fikir “mungkin kain sembhyg saya akan bermanfaat pada org lain juga” maka saya tinggalkan kain sembhyg saya di surau tuberserta begnya sekali (tidaklah bergantung seperti kain sembhyg wakaf). Ditakdirkan saya ‘cuti’..maka saya tak singgahla ke surau tu…sebaik saja habis ‘cuti’ macam biasa tiap kali dalam perjalanan balik saya akan singgah solat Asar di situ…cari punya cari manala kain sembhyg saya ni…huhuhu takder..beg je ada…alahai kain sembhyg pun boleh hilang…
Sedihla…kain smbhyg tu bukan la mahal sgt pun…Cuma ia dihadiahkan oleh seorang kenalan…itu satu2nya perkara yg dihadiahkannya yg masih tinggal…itu pun hilang juga. Kenapala boleh jadi macam ni…agakan saya… org yg masih ada hati nak singgah solat walaupun dalam perjalanan adalah org yg teguh imannya…bagaimana org yg teguh imannya boleh mengambil kain sembhyg org lain? Sungguh saya tak faham.
Bukan soal kain sembhyg tu yg saya sedihkan…saya sedih dengan sikap masyarakat dunia hari ni…mengambil hak org lain sudah dianggap perkara biasa..tiada rasa berdosa…
Kenala cari kain sembhyg lain utk solat kat situ…tapi Nampak gayanya kain sembahyg wakaf kat situ pun pun dah tebal2 dah…yg nipis tu dah takder…Alhamdulillah ada penambahbaikan. Cuma kalau boleh diletakkan kipas akan lebih baik…sebab panas sgt…kipas takder…tingkap pula tak boleh buka..memang berpeluh2…tapi mungkin juga tujuan asal pihak pengurusan berbuat begitu adalah kerana tak nak kasi orang lepak lelama kot…cukup sekadar sembhyg jer…
Kebiasaannya saya berhenti solat Asar di RnR Sri Kembangan..ada surau kat situ…bersih Cuma takder kipas..tingkap pun takleh buka..so berpanas la kalau nk solat lelama…solat kejap pun berpeluh gak oooo. Oleh kerana kain sembhyang yg disediakan oleh pihak RnR tu nipis2..saya bawala kain sembhyg saya sendiri…mula2 tu saya bawa balik kain sembhyg tu (bawa pergi..bawa balik tiap2 hari)..tapi lelama rasa malas la pulak nak bawa balik..lagipun terfikir juga ‘kalau saya sendiri rasa tak berapa sah nak solat guna kain sembhyg yg sgt nipis…org lain pun macam tu jugala kan?” tapi kalau dh musafir mungkin tak bawa kain sembhyg sendiri so mahu tak mahu kena guna juga kain sembhyg yg sedia ada…tapi kena pakai byk lapisla subaya tak berbayang…(lagila panas)..
So lepas fikir “mungkin kain sembhyg saya akan bermanfaat pada org lain juga” maka saya tinggalkan kain sembhyg saya di surau tuberserta begnya sekali (tidaklah bergantung seperti kain sembhyg wakaf). Ditakdirkan saya ‘cuti’..maka saya tak singgahla ke surau tu…sebaik saja habis ‘cuti’ macam biasa tiap kali dalam perjalanan balik saya akan singgah solat Asar di situ…cari punya cari manala kain sembhyg saya ni…huhuhu takder..beg je ada…alahai kain sembhyg pun boleh hilang…
Sedihla…kain smbhyg tu bukan la mahal sgt pun…Cuma ia dihadiahkan oleh seorang kenalan…itu satu2nya perkara yg dihadiahkannya yg masih tinggal…itu pun hilang juga. Kenapala boleh jadi macam ni…agakan saya… org yg masih ada hati nak singgah solat walaupun dalam perjalanan adalah org yg teguh imannya…bagaimana org yg teguh imannya boleh mengambil kain sembhyg org lain? Sungguh saya tak faham.
Bukan soal kain sembhyg tu yg saya sedihkan…saya sedih dengan sikap masyarakat dunia hari ni…mengambil hak org lain sudah dianggap perkara biasa..tiada rasa berdosa…
Kenala cari kain sembhyg lain utk solat kat situ…tapi Nampak gayanya kain sembahyg wakaf kat situ pun pun dah tebal2 dah…yg nipis tu dah takder…Alhamdulillah ada penambahbaikan. Cuma kalau boleh diletakkan kipas akan lebih baik…sebab panas sgt…kipas takder…tingkap pula tak boleh buka..memang berpeluh2…tapi mungkin juga tujuan asal pihak pengurusan berbuat begitu adalah kerana tak nak kasi orang lepak lelama kot…cukup sekadar sembhyg jer…
Thursday, March 15, 2012
Dobi berusia tiga bulan...
Alhamdulillah…sedar tak sedar kedai dobi Ich liebe Dich telah masuk ke bulan ketiga. Letih oooooo bisnes ni…huhuhu tapi seronok! Kepuasannya ada di situ…saya rasa macam jiwa saya lebih sesuai dgn bisnes ni bukan makan gaji (walaupun sangat sedar selama ni yang menyara hidup kami sekeluarga adalah hasil dari makan gaji juga)
Semenjak Ustaz Fahrul Juoy menjadi tamu di IKIM. Fm setiap Isnin petang, perasaan takut curi tulang di waktu kerja tu lagi membuak2 (tapi buat juga hukhukhuk) terasa macam walau macam mana pun cuba mengelak memang takleh lari dari curi masa ni…tambahan pula saya sebagai ibu yg menyusukan sendiri anak..saya curi masa utk pam susu di pejabat…dan kadang kala kerja rutin saya membuatkan saya letih mengadap journal2 klinikal..dan sekali sekala saya buka blog2 kawan2…dengan tujuan merehatkan fikiran…dan sebagai pompuan juga saya tak lepas dari berbual2 dgn kengkawan…itu juga termasuk dalam curi masa…
Memang saya bayar zakat pendapatan (dengan harapan pendapatan yg saya peroleh itu berkat dan boleh disucikan utk menampung masa2 yg mana saya curi tulang) tapi rasa bersalah tu tetap ada…wang gaji saya adalah wang rakyat…maka saya kena bertanggungjawab dengan apa yg telah diamanahkan kepada saya…saya cuba sehabis baik saya..tambahan pula kerja saya ada dateline…dan hingga kini saya pastikan bahawa saya sentiasa memenuhi dateline yg telah diberikan…
Memikirkan risiko anak2 saya suapkan dengan duit yg tidak berapa ‘bersih’ saya jadi takut…kebetulan pula bisnes dobi saya Alhamdulillah menjadi…saya lebih bersemangat untuk lebih memajukan bisnes dan mengembangkannya…bila dah ok dan agak2 dah boleh setara dengan pendapatan saya sekarang ni…boleh la saya resign kan? Hehehe…impian tu ada…saya seronok buat kerja yang tak perlu nak fikir itu wang rakyat…ini wang rakyat..ini harta awam..itu harta awam…kalau bisnes sendiri segalanya harta benda saya…ikut suka hati saya la nak buat macam mana pun kan?…nak buka bisnes lewat pun takper…nak bawa anak2 pun takper…nak berkelah kat dalam kedai pun takper…huaghhh seronoknya!!!!
Kini kedai dobi saya dah tambah pekerja seorang lagi..sorang la dulu…kalau byk2 takut tak mampu nak bayar gaji…saya sangat mendoakan agar bisnes ni menjadi dan saya boleh buka peluang pada org utk mndapatkan pekerjaan..selain saya dapat jadi bos hehehe…(part jadi bos tu yg paling best tu)
Berkat sokongan rakan2 pejabat saya, rakan2 pejabat suami dan juga doa ibu bapa, adik beradik semua…Alhamdulillah ia semakin maju (walaupun selang 4 buah kedai dari kedai kami itu juga kedai dobi) Betullah…rezeki masing2…saya harap pembukaan kedai kami tak mengurangkan rezekinya.

Subscribe to:
Posts (Atom)



