Tuesday, March 17, 2009

Cuti-cuti Ke Disneyland Paris....

Setelah ronda-ronda kota Paris dengan berjalan kaki dan menaiki bas tour pakej dua hari berturut-turut tu, seterusnya kami berpeluang ke Paris Disneyland......(yer la..dah tempah tiket online masa kat German lagi)

Setelah anak-anak dah bersiap-siap dan maklumat ke Paris Disneyla
nd telah didapati pada sebelah malamnya melalui Google Earth, maka kami pun menuju ke Jacques Bonsergent  Metro Station M5 ke Nation Metro Station. Di Nation Metro kami perlu menukar train dari Underground ke RER train untuk sampai ke Marne-la-Vallée - Chessy RER station. Station tersebut yang paling dekat dengan Paris Disneyland...memang dekat sesangat..satu bangunan :):)keluar jer dr train....naik lift...and that's it...Disneyland!!!

Tambang untuk menaiki Train RER ini lebih kurang 22euro/head dan anak-anak adalah separuh harga. Masa perjalanan pula adalah lebih kurang 35-40 minit untuk sampai ke Disneyland. Nasib baik juga kami ke Disneyland pada hujung 'winter' ini... Kalau tak sudah tentu menyesakkan jugak dengan orang ramai.

Setelah sampai di Marne-la-Vallée - Chessy Station, kami terus bergerak ke pintu masuk utama.... mula-mula tu kami confuse gak yang mana satu pintu masuknya, maklumla 'first time' sampai ke Disneyland. Sebab ada dua pintu masuk besar iaitu Disneyland Park dan Disneyland Studio. Kami buat keputusan untuk masuk ke Disneyland Park dahulu. Bila sampai ke 'entrance door' kami ingat kat situ tempat untuk tunjukkan tiket kami, rupa-rupanya 'guard' disitu minta kami buka beg untuk di'check'. Bila kami tunjukkan tiket... 'guard' tu kata pergi ke entrance seterusnya.

Bercerita tentang tiket Paris Disneyland ni... kami booking melalui online dan kami kena menyamar dengan memasukkan alamat sahabat kami di London untuk mendapatkan harga yang murah berbanding dengan beli online dari negara German. Tiket yang kami beli ni 'offer' bagi musim winter maka kami dapat pakej untuk masuk ke Disneyland Park dan Disneyland Studio. Kalau harga selepas musim winter akan lebih tinggi mungkin waktu winter ni kurang orang ke Disneyland.... Nasib baik opis yang jual tiket tu 
tak 'call' kawan kami kat London tu ....hihihi kalau tak susah jugak dibuatnya. Tapi sebelum tu kami dah maklum dah kat sahabat tu kalau ada call dari opis Paris Disneyland tu ....pandai-pandai je la....heheheh.

Bila sudah masuk ke dalam Disneyland Park tu...lebih kurang pukul 11 pagi maka ternampak la berbagai permainan yang menarik perhatian anak-anak kami.... Apalagi terus depa ni menarik 
baju ke tempat permainan tu la.... antara yang kami sempat naik ialah permainan kuda, cawan berpusing...
 pening jugak naik benda ni... tikar terbang Aladdin 
dan bermacam-macam lagi lah...rugi oooo kalau tak main semua...tiket tu mahalllll.Ops lupa nak kasi tahu harga tiket...ha kalau nak gi harganya adalah 165pound utk 5org....so convertlah...dalam RM seribu juga tu..he he he..sebab tu la kalau tak main semua...rugiiiii. Antara Point yang Palinng menarik ialah kami menaiki sampan memasuki gua buatan. Macam-macam pengalaman menarik kat dalam tu.... 

Tapi memang tak boleh main semua pun...bukan kami tak nak main...tapi ada sesetengah permainantu mungkin agak mencabar kot...so mereka ukur ketinggian....hmm anak yg bongsu tu kecik sgt...so tak lepas...rugi juga...tapi takper lah...memang puas hati datang ke Disneyland ni....tapi kalau 2 hari baru boleh cover semua kot....so kalau ada duit lebih...sewalah hotel di Disneyland..boleh dapat pakej lain pulak...boleh masuk keluar suka hati berapa kalipun..and mainlah byk mana nak main pun...masalahnya...harga hotel pun mahallaaaaaa...and Disneyland ni pulak jauh dr semua tempat menarik lain di Paris...so kalau memang hajat nak main di Disneyland saja...okla...tapi kalau bercadang nak gi melawat tempat2 lain macam Eiffel Tower...jauhlaaaa...sebab tu saya sewa hotel di bandar Paris...mudah nak gi round2 bandar.....

So dalam 4 hari kami di Paris...3 hari kami round bandar Paris and sehari gi main di Disneyland....tapi jangan lupa bawa kain sembahyg tau...kat sana takder surau..so semayang jer la kat mana2 ruang lapang yg ada..he he...(kalau keluar..nanti takleh masuk balik....)and jangan lupa bawa bekal makanan juga....main main juga...perut pun lapar...air boleh beli jer kat situ....byk kedai tapi makanan tu takder yg halal..so baik bawa sendiri....

Semasa balik dari Disneyland ke tempat menginap.. kami terkejut juga bila train berhenti di satu perhentian... berhenti dengan lama... kemudian berbunyi orang bergaduh... bila pegi jengok ikut pintu tak nampak sebab ramai dah kerumun dan tempat bergaduh pulak kat gerabak akhir manakala kami kat gerabak hadapan sedikit.... tiba-tiba pengumuman dibuat... kami buat-buat tak tahu je la sebab announce tu buat dalam bahasa France.... bila je tengok semua orang keluar maka kami cepat-cepat angkat barang dan suruh anak-anak keluar cepat. Rupa-rupanya pengumuman itu meminta kami semua menukar train lain....adoi....dah la penat berjalan kat Disneyland tu kena angkut barang and kena tunggu train lain pulak.... nasib baik jugak tunggu train yang satu lagi tu tak lama lebih kurang 10 minit....

Akhirnya kami sampai ke tempat penginapan dah malam..... semuanya dah kepenatan...apalagi lepas makan.. anak-anak pun tidur.... 

No comments:

Luxembourg, German (Saarbrucken dan Homburg)

Gambar kenangan di Hamburg